Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 113
August 9, 2010
Cerewetkah Saya?
[image error]
Cerewetkah saya?
Harapnya tidak begitu.
Dalam rumahtangga, Insya Allah saya jarang berkira tentang makan minum. Saya survive dengan apa sahaja. Pakaian juga tidak pernah berubah. Seluar dengan baju Melayu dan bagpack, itulah saya semenjak di bangku pengajian hinggalah sekarang.
Tetapi saya tersedar bahawa kebelakangan ini saya jadi seperti cerewet. Bukan dengan keluarga, bukan dengan sahabat handai.
Saya cerewet dengan adik-adik di kampus.
Cerewet dengan mahasiswa.
BERTAHAN SELAMA INI
Entah di...
August 7, 2010
Jangan Terlalu Formal, Hidup Itu Pelangi
[image error]
Sama ada memang tiada apa yang berlaku, atau terlalu banyak yang berlaku.
Hingga saya kekurangan nafas untuk menulis.
Kasihan Saifulislam.Com, dalam sebulan dua ini, ia menjadi sepi.
Hampir setiap detik saya berfikir mengenainya, tetapi setiap masa senggang yang datang, ia tiba dengan lelah yang bersangatan. Saya terlupa, bahawa saya terlalu serius dengan blog ini. Mahu setiap entri bertaraf wacana atau artikel, hingga terlupa bahawa selama ini Saifulislam.Com hidup dengan segala yang kasual di ...
Membuka Sebuah Lagi Pintu Kehidupan
"Saya tidak galakkan, Hasrizal. Kamu lihatlah sendiri bagaimana keadaan Turki sekarang!" kata Dr. Adnan.
Saya termenung.
Pensyarah Sejarah di Atatürk Eğitim Fakültesi, Göztepe itu merenung mata saya.
Tidak mampu saya menatapnya. Tunduk dan kecewa.
"Kamu lupakanlah Turki. Saya cadangkan, atau kalau boleh saya katakan, saya cabar kamu, pergilah mencari peluang di negara Barat. Keterbukaan mereka, adalah apa yang kamu perlukan" ujar Dr. Adnan lagi.
Kata-kata Dr. Adnan itu adalah kebenaran yang...
August 2, 2010
Buah Tangan Menjelangnya Ramadhan
Ramadhan tiba berulang masa.
Di suatu ketika, ketibaan Ramadhan sinonim dengan kegemilangan umat. Ramadhan mencatat kemenangan di medan Badar dan pembebasan Kota Makkah. Ramadhan juga mengiringi ketibaan Islam di bumi Andalus. Ramadhan mewarnai kejayaan Salahuddin al-Ayyubi membebaskan al-Masjid al-Aqsa daripada cengkaman Tentera Salib. Malah Ramadhan juga menyaksikan kejayaan Saifuddin Qutz menumpaskan kemaraan Moghol di medan 'Ain Jalut.
Demikianlah Ramadhan dan kejayaan silam. Masihkah...
July 28, 2010
Menamatkan Pendidikan Kiasu
[image error]
Seawal 2006, saya sudah menangkap hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merombak sistem pendidikan negara yang terlalu berorientasikan peperiksaan.
Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Pelajaran ketika itu pernah membuat kenyataan betapa sistem pendidikan semasa yang berorientasikan peperiksaan menjadi satu bebanan ke atas guru dan murid. Justeru satu bentuk pendekatan baru di dalam sistem pendidikan mahu diperkenalkan.
Saya mengalu-alu saranan ini.
'KIASUISM'
Obsesi semua...
Pendidikan Yang Berpaksikan Murid, Bukan Selainnya
[image error]
Seawal 2006, saya sudah menangkap hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merombak sistem pendidikan negara yang terlalu berorientasikan peperiksaan.
Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Pelajaran ketika itu pernah membuat kenyataan betapa sistem pendidikan semasa yang berorientasikan peperiksaan menjadi satu bebanan ke atas guru dan murid. Justeru satu bentuk pendekatan baru di dalam sistem pendidikan mahu diperkenalkan.
Saya mengalu-alu saranan ini.
'KIASUISM'
Obsesi semua...
July 25, 2010
Common Sense: Kebiasaan Yang Kini Luar Biasa
"Assalamualaikum. Saya nak tanya, baru-baru ini saya ada ke hospital untuk membuat pemeriksaan kerana ada sedikit bintil di bahagian lengan. Kata doktor itu, ia masalah kelenjar. Apa yang pelik, ketika doktor itu membuat pemeriksaan, dia menanggalkan pakaian saya. Ketika itu hanya kami berdua dalam bilik tersebut. Saya tidak mengesyaki apa-apa. Doktor tersebut ada menggesel alat sulit saya dan berkata sedap kalau kahwin. Saya terkedu… adakah ini dibenarkan dalam etika kedoktoran?" tanya...
July 22, 2010
Jangan Bunuh Angsa Itu
"Macam tidak percaya. Angsa kita bertelur telur emas!" kata petani tua itu kepada isterinya.
Hidup mereka sudah lama dibelenggu kemiskinan.
Mendapat angsa bertelur emas, adalah sesuatu yang di luar bayangan. Dengan emas itu mereka mengubah keadaan hidup. Jika dahulunya rumah mereka menunggu masa menyembah bumi, kini sudah tegap mendukung langit.
Namun, perubahan yang berlaku agak perlahan.
Mengapa hanya seketul emas sehari?
Mengapa tidak lebih daripada itu?
Timbul rasa tamak di hati petani itu...
July 19, 2010
Ibrah Dari Akihabara
Berikut adalah nota rancangan Motivasi Pagi yang tersiar di Radio IKIM.FM jam 7:30 pagi, Selasa 20 Julai 2010:
Agama memberi makna kepada kehidupanAgama memberi kita tujuan dalam perbuatanApa yang Islam mahu tawarkan kepada masyarakat Jepun?Menepati masa kerana Islam ada Wal-'Asr?Kisah lelaki bosan menjadi baik tikam orang ramai di simpang jalan Akihabara (8 Jun 08)Di Akibahara itu juga ada ramai golongan Otaku yang obses dengan manga – (Osaka School Massacre atau Tsutomu Miyazaki, "The...July 17, 2010
Mengatur Langkah Satu di UMS Kota Kinabalu
[image error]
Sebahagian daripada peserta program bergambar selepas berakhirnya slot saya bersama mereka
Alhamdulillah, program di Universiti Malaysia Sabah sudah sampai ke kemuncaknya.
Segalanya berjalan lancar dan mudah-mudahan bermanfaat sebagai bekalan langkah satu pelajar-pelajar baru di UMS kali ini.
[image error]
Gambar ini diambil semasa kami makan malam di Tanjung Lipat, sejurus sebelum kawasan ini dipukul angin ribut kencang, sisa tiupan Taufan Conson di Filipina dan China. Sup yang saya ingin hirup tidak masuk k...