Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 116
June 7, 2010
Rehlah Mencari Faham Dalam Agama [Q 18:60]
[image error]
Macam mana kalau terlepas kenduri kahwin adik beradik?
Soalan seperti ini timbul. Saya baru sahaja menerima surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan. Tempatnya jauh. Perginya, tidak mudah untuk kembali.
Tetapi jika soal majlis kenduri kendara sahaja yang timbul, saya tidaklah terlalu teragak-agak untuk membuat pendirian.
"Insya Allah, sanggup" saya menjawab dengan tenang.
Abang saya yang sulung tersenyum.
"Bagaimana pula jika semasa di perantauan, bonda yang semakin uzur kembali ke...
June 3, 2010
Wacana di Singapura Sabtu Ini
Sabtu ini, saya menerima undangan untuk berprogram di Singapura.
Undangan diterima daripada AVERROESMEDIA untuk saya mengisi program Hari Keluarga di Masjid Al Abdul Razak di Jalan Ismail, Singapore 419285. Dijangkakan, program di Masjid Al Abdul Razak ini akan bermula pada jam 11:30 pagi hingga 1 tengah hari.
Selepas itu, Insya Allah saya dijadualkan berwacana di Pesta Buku Islam Singapura 2010 yang berlangsung di Wisma Indah, di perkarangan Masjid Kassim di Changi Road Singapore 419871...
June 2, 2010
Palestin Dan Orientalisma
[image error]
[image error]
"Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai tiada keupayaan, maka lakukan dengan lisannya. Andai tiada juga keupayaan, maka lakukan ia dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman" " Muttafaq 'alayh
Apabila kita berdepan dengan kemungkaran, dalam apa bentuk sekali pun, kita boleh bertindak dan memberikan reaksi dalam tiga bentuk. Sama ada kita bertindak mengecam dan mengutuk kemungkaran itu...
Rebah Ditinggal Sejarah
[image error]
"Boleh lajak ke depan sedikit?" saya mengajak rakan-rakan ke arah Utara.
Kampung Padang Asam di Batu 18 Jalan Taiping hanya beberapa kilometer dari simpang ke Lebuhraya Utara Selatan.
Mungkin cuaca yang redup usai hujan lebat yang menyimbah bumi, membangkitkan perasaan mahu bersyahdu-syahdu. Saya dan pasukan STC yang pulang dari Kulim menuju ke Kuala Lumpur, singgah sebentar di Kuala Kangsar. Asalnya sekadar mahu berhenti Solat dan makan tengah hari. Tetapi alang-alang tiba di kampung...
May 31, 2010
Khutbah: Palestin Memanggil Kamu Pulang Kepada Islam
[image error]
kredit animasi: Carlos Latuff
[image error]
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sekali lagi, umat Islam sedunia dihidangkan dengan pusingan seterusnya kekejaman regim Zionis ke atas umat Islam dan manusia di bumi Palestin. Kekejaman yang melampaui batas fikiran manusia, yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengiyakan apa yang diamarankan oleh al-Quran, tentang fasad besar-besaran pusingan kedua yang dicetuskan oleh kaum Yahudi ini.
Firman Allah SWT:
[image error]
"Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di...
May 27, 2010
Normalisasi Muqaddimah Zina
[image error]
"Susah, ustaz. Macam mana nak solat dalam kapal terbang kalau pakaian kotor" kata seorang anak muda.
"Nak berangkat ke UK pun pakai baju kotor? Tak sempat basuh ke?" tanya si ustaz.
"Bukan macam itu. Pakaian yang dipakai sudah tentu bersih. Tetapi semasa ke tandas di KLIA, di situlah pakaian jadi kotor" jelas beliau.
"Mengapa? Ustaz ke tandas tiada masalah pun" si ustaz 'pura-pura tidak tahu'.
"Ustaz lainlah" ujar anak muda itu lagi.
"Apa pula lainnya. Awak lelaki, ustaz lelaki. Masuk pun ke...
May 25, 2010
Bimbang Soalan Atau Jawapan?
[image error]
Sebahagian pelajar yang pernah menghadiri program saya
"Ustaz, macam mana nak buat kalau kawan-kawan non Muslim itu nanti tanya kita soalan, kita tak boleh jawab? Ustaz ada tips?", tanya seorang pelajar yang menjadi peserta program kendalian saya.
"Kamu risau tak dapat memberikan jawapan kepadanya, atau kamu risaukan diri kamu yang tidak mengetahui jawapan tentang agama kamu sendiri?', saya menjawab dengan pertanyaan.
"Err… dua-dua kot", katanya.
"Mana yang harus diselesaikan dulu?", saya...
May 23, 2010
MHI: Pengurusan Rumahtangga Secara Holistik dan Praktikal
[image error]
Berbicara tentang rumahtangga dan keluarga, adalah cara saya mencari jalan untuk muhasabah diri, lebih daripada berkongsi panduan dengan orang lain.
Lebih banyak saya bercakap tentang rumahtangga dan keluarga, lebih banyak saya menerima cabaran berkaitan dengannya. Justeru itu, saya berusaha untuk tidak terbang ke udara memetik bintang-bintang pedoman, kerana takut kaki yang berpijak di alam nyata tidak dapat menyesuaikan diri dengannya.
Rumahtangga bukan template.
Buat seperti ini...
May 20, 2010
Bersiaran Bersama di al-Kuliyyah di TV3: "ANAK SIAPA?"
[image error]
Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran di Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama.
'Anak Siapa' bakal mengupas masalah pembuangan anak di kalangan masyarakat Islam kini. Bagaimana dan mengapa perkara terkutuk ini berlaku dan apa pendekatan Islam bagi menanganinya?
Kes pembuangan anak pastinya berkait rapat dengan kelahiran anak luar nikah akibat zina. Peringatan mengenai keburukan zina amat jelas melalui firman Allah:
[image error]
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu...
May 17, 2010
Hidup Bukan Lagi Satu Keseronokan
[image error]
Tingkatan 1 di tahun 1988 yang penuh pengajaran
"Bising betullah abang-abang Form 5 di belakang itu" saya merungut.
"Asyik melepak dan buat bising. Lepas tu patah-patahkan tikar, buat semak. Kita juga yang kena sapu nanti" tambah Azman.
Kami para pelajar Tingkatan 1 berasa tidak puas hati. Bukankah sepatutnya kami mencontohi abang-abang itu. Salah satunya ialah dengan hadir awal ke Musolla dan duduk di saf hadapan. Biar kami di belakang-belakang menjadi makmum paling akhir.
Barangkali itulah...