Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 112

August 19, 2010

Anugerah Pilihan Pembaca Popular – Berita Harian 2010

[image error]

Alhamdulillah, buku kedua saya iaitu BERCINTA SAMPAI KE SYURGA (ATN2) telah terpilih ke senarai finalis Anugerah Pilihan Pembaca Popular – Berita Harian 2010.

Saya mengetahui tentang pencalonan buku tersebut melalui tagging saudara Zamri Mohamad di Facebook.

Majlis penganugerahan Insya Allah akan berlangsung di Main Stage Hall 1, Kuala Lumpur Convention Centre di KLCC pada jam 10:30 pagi, Isnin 6 September 2010.

Daripada begitu banyak judul buku yang terdapat di pasaran, terpilih untuk berada...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 19, 2010 03:08

August 18, 2010

Wanita dan Gejala Sosial: Amanah Menyampaikan Islam

[image error]

"Bandar Ur di dalam tamadun Mesopotamia memperlihatkan penempatan masyarakat yang sekata. Orang kaya, orang miskin, ahli politik, petani dan ahli perniagaan, kesemuanya menghuni kawasan yang sama dan berjiran di antara satu sama lain. Tidak seperti hari ini yang sebahagian tuan-tuan dan puan-puan berada di Bukit Antarabangsa, Bukit Damansara dan Bukit Semantan. Manakala saya dan orang seperti saya berada di Parit, Dinding, Lumut dan yang seumpama dengannya, jika Perak dirujuk" saya mengusik.

H...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 18, 2010 07:39

August 17, 2010

Dirimu Itu Sendiri Adalah Sistemnya

[image error]

"Saranan ustaz itu, bukan semua orang boleh terima" kata seorang sahabat saya.

"Maksud anta, Metod Khalifah?" saya meminta kepastian.

"Sama ada ia dipanggil Metod Khalifah atau tidak, ramai kawan ana kata cara itu memanjakan budak-budak.  Walhal kita ini, jangan sampai dianggap kawan oleh murid-murid. Nanti mereka tidak hormat!" katanya lagi.

Saya hanya mampu tersenyum.

Sememangnya pendekatan mendidik itu banyak mazhabnya.

Kita tidak berkuasa untuk memaksa.

Namun apa yang saya belajar, saya...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 17, 2010 02:16

August 15, 2010

Bayi Kita Menjelang Hari Kebangsaan ke-53

[image error]

Jenayah ada di mana-mana.

Di empat penjuru dunia.

Rompakan, pembunuhan, pecah amanah dan sengketa kuasa.

Tetapi jenayah yang satu ini, mengapa di Malaysia terajunya?

Apakah keunikan bangsa Malaysia hingga jenayah yang satu ini tidak popular di Belanda, tidak menghiasi dada akhbar Tanzania, tidak menjadi kebiasaan di tanah Manchuria, tetapi popular di negara kita.

Mengapa Malaysia?

Apakah yang ada di benak hati kita hingga jenayah yang satu ini, kita menjuarainya?

Jika Eric Erikson mencadangkan...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 15, 2010 20:29

August 14, 2010

Jangan Jemu Memuji dan Merangsang

[image error]

"Naurah dah makan ke?" saya bertanya.

Beliau hanya tersengih.

Muka saya masam mencuka.

Naurah memuncungkan mulutnya.

"Kenapa Naurah makan? Bukankah hari ini kita berpuasa? Sayang sahaja. Baru pukul 11 pagi!" saya menjelaskan kepadanya tentang apa yang berlaku.

Too hot to handle…. kadang-kadang begitu saya istilahkan anak perempuan kesayangan saya ini. Naurah sangat unik. Hatinya boleh menjadi sekeras batu, boleh juga sedingin salju. Jika saya pulang dari kerja, Naurahlah yang paling mesra...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 14, 2010 08:35

August 12, 2010

Selamat Berehat Murabbi Umat: Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad

[image error]

Lewat malam itu semasa saya dan sahabat-sahabat Singapura berbincang tentang jadual saya sepanjang Jerayawara, ada usul yang mencadangkan agar selepas Solat Jumaat di Masjid Muhajirin, Singapura, kami pergi menziarahi seorang ilmuan Islam tersohor Singapura yang sedang gering di Hospital Tan Tock Seng.

Ilmuan yang dimaksudkan itu adalah Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad.

Kali pertama saya mengenali beliau adalah melalui buku "Tazkirah Untuk Orang Mengaji: Karya Sonhadji" yang diedit oleh Dr...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 12, 2010 10:21

Selamat Berangkat Murabbi Umat: Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad

[image error]

Foto Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad pada tahun 2004

[Ihsan http://www.flickr.com/photos/roodee/2...]

Lewat malam itu semasa saya dan sahabat-sahabat Singapura berbincang tentang jadual saya sepanjang Jerayawara, ada usul yang mencadangkan agar selepas Solat Jumaat di Masjid Muhajirin, Singapura, kami pergi menziarahi seorang ilmuan Islam tersohor Singapura yang sedang gering di Hospital Tan Tock Seng.

Ilmuan yang dimaksudkan itu adalah Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad.

Kali pertama saya...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 12, 2010 10:21

August 11, 2010

Harga Sebuah Tauhid dan Suci Diri

[image error]

"Hello Imam…!" seorang wanita bercakap di telefon.

"Hai. Assalamualaikum!" saya menjawab.

"Err… Mr. Imam, I wanna share with you a good news of mine. I just got married!" kata wanita itu.

Saya mengagak beliau berketurunan India atau Pakistan walaupun loghat Celtic beliau agak pekat.

"Alhamdulillah. Congratulations! What can I do to help you? Anything you need from our Mosque?" saya melayan keceriaan luar biasanya.

"Indeed. I do need your help. I want you to attend our wedding in Derry to bless...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 11, 2010 23:15

August 10, 2010

Ramadan: Antara Bulan dan Matahari

[image error]

"Apa istimewanya berpuasa di bulan Ramadhan dan bukannya September?" saya bertanya.

Para peserta modul Fiqh of Travellers terpinga-pinga.

Bukan tidak tahu jawapan, tetapi tidak faham apa hubungkaitnya antara Ramadhan dan September.

"Kedua-duanya adalah bulan kesembilan di dalam kalendar Gregorian dan kalendar Hijriah Islam" aju seorang peserta.

"Benar sekali. Tetapi sentiasakah Ramadhan itu jatuh bersamaan dengan bulan September?" saya melanjutkan soal jawab.

"Tentu sahaja tidak. Malah Ramadhan...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 10, 2010 21:51

Seloka Marhaban Duhai Ramadhan

[image error]

Sirna senja di mega Shaaban

Menyambut tetamu bulan Ramadhan

Berbuah tangan sejuta tawaran

Belas kasih Tuhan yang Rahman

Setiap amal diganda kurniaan

Setiap huruf berlipat balasan

Syaitan terbelenggu berkurang peranan

Tinggal nafsu menanti latihan

Hajat dan keinginan dikekang ditahan

Seperti haiwan dalam kurungan

Perlu dijinak dengan al-Quran

Bersama zikir hati dan lisan

Bersahur jangan diawal-awalkan
Berbuka pula jangan lewatkan
Beragama jangan melampaui suruhan
Atau dikurang dan ringan-ringankan

span

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 10, 2010 06:07