Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 115

June 27, 2010

Menaip Bahasa Arab di Platform WP

[image error]

Agak mengecewakan apabila anda menaip dengan font Bahasa Arab sama ada di entri anda sendiri, atau semasa menulis komen, lalu yang keluar hanyalah ????? ??? ????? ????

Bagaimanakah kaedahnya untuk membolehkan Bahasa Arab disiarkan dengan betul di blog anda?

Saya ingin berkongsi kaedah ini dengan anda, iaitu jika anda memiliki blog dengan platform WordPress yang Self Hosting dan bukannya dihoskan di www.wordpress.com.

A. ENABLE WRITING ARABIC IN POSTING:

Find the table wp_post or wordpress_post
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 27, 2010 09:05

June 26, 2010

Maafkan Kami Urdun

[image error]

Maafkan kami Urdun

Engkau teduhkan kami dalam kelana ilmu

Meneguk warisan Anbiya', Ulama' dan Syuhada'

Belajar makna hidup, belajar makna mati


Belajar wujud bermakna, dengan sentuhan Murabbi

Ada Murabbi Sufi ada Murabbi Haraki

Ada Murabbi Salafi ada Murabbi Mazhabi

Mereka bertemu pada titik didik yang satu

Himpunkan manusia, jangan kecai-kecaikan mereka

Maafkan kami Urdun



ABU SAIF @ www.saifulislam.com

68000 AMPANG

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 26, 2010 16:54

June 22, 2010

Nikah, Nafkah, Mukjizat dan Karamah!

[image error]

"Masalah kamu dengan  bos sudah selesaikah?" emak bertanya kepada Ahmad.

"Sudah" jawab si anak.

Pantas.

"Hai, senang pula selesainya. Kamu buat macam mana?" tanya emak lagi.

"Berhenti kerja!" balas Ahmad.

"Astaghfirullah! Berhenti kerja lagi? Habis kamu menganggurlah sekarang?" emak terkejut dengan jawapan anaknya itu.

Sudah banyak kali Ahmad berhenti kerja. Usia sudah lanjut. Tetapi masih kelihatannya tidak stabil. Tidak sesuai bekerja, berhenti. Tidak betah saban hari diarah, berhenti. Senang...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 22, 2010 10:52

June 21, 2010

Majlis Perjumpaan Grup Penulis GISB 2010

Majlis Perjumpaan Grup Penulis GISB kali yang pertama telah berlangsung dengan jayanya pada hari sabtu, 19 Jun yang lalu bertempat di Akademik Huffaz, Kota Damansara. Majlis telah diisi dengan pelbagai perkongsian ilmu dan pengalaman daripada para penulis.

Ustaz Amaluddin Mohd Napiah, penulis buku Bawalah Hatimu Kepada Tuhan dan Lembutkanlah Hatimu menukilkan majlis tersebut sebagai "sebuah majlis yang indah, majlis yang memberi nilai tambah pada iman dan ilmu."

Tuan Haji Abu Hassan Morad...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 21, 2010 09:18

June 20, 2010

Anakku Mahu Kahwin!

[image error]

Saya mahu menjadi seorang doktor.

Saya mahu menjadi seorang askar.

Saya mahu menjadi seorang guru.

Itulah kata-kata kita semasa di usia kanak-kanak. Disoal tentang cita-cita dan kerjaya. Dewasa nanti mahu jadi apa.

Selalunya seorang budak itu akan dipengaruhi oleh apa yang paling mengujakan dirinya. Mungkin seronok melihat aksi tentera. Teruja barangkali menyaksikan polis berseragam kemas dengan kereta yang boleh dipecut sesuka hati. Atau jatuh hati dengan guru yang bijak mengambil hati.

Anak...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2010 09:41

Lelaki Itu Yang Bernama Bapa

[image error]

Tidak banyak sajak

Tidak banyak syair

Tidak banyak gurindam

Tidak banyak yang didendang

Pada mengungkapkan keistimewaan

Seorang insan bernama bapa

Yang kehadirannya jarang bertemankan perasaan

Tetapi keberanian, kecekalan dan hikmah pengajaran

Kehadirannya ada kala jarang disedari

Namun kehilangannya patah tak tumbuh hilang tak berganti

Itulah himmah dan kepimpinan

Seorang insan bernama bapa

Sekalung doa dan rindu buat ayahanda Haji Abdul Jamil b Mohd Akib…  dalam kenangan…
Setulus doa dan...

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2010 00:37

June 17, 2010

Antara Salah Laku Anak dan Hukuman

[image error]

"Siapa pecahkan pinggan ini?" si ibu menjerit.

Anak-anaknya yang berderet itu membatukan diri.

Mustahil ada yang mahu mengaku.

"Siapa buat? Kak Long? Angah? Siapa yang buat?" si ibu yang sedia letih itu melempiaskan amarahnya.

Kak Long, Angah, Achik, semua mereka mendiamkan diri. Jantung masing-masing berdegup kencang.

Ibu yang keletihan mencari pesalah, akhirnya mengambil jalan mudah. Ketiga-tiga anaknya dihukum. Mereka dicubit seorang demi seorang.

"Yang bersalah tidak mengaku. Yang tahu siapa...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 17, 2010 10:47

June 15, 2010

Madrasah Yusuf di Sebuah Penahanan Tanpa Had Masa

[image error]

HMP Greenock di Scotland

Sudah menjadi tradisi.

Seorang manusia yang dibuktikan oleh segala bukti bahawa dirinya tidak bersalah, tidak akan dihukum penjara.

Sebaliknya dia akan ditahan di dalam tahanan tanpa had masa.

Azabnya besar kerana tidak mempunyai had masa untuk dihitung.

Demikian penyeksaan yang dikenakan ke atas Yusuf, hasil konspirasi wanita berkuasa besar (Imra'ah al-'Aziz), isteri kepada Menteri Utama Mesir yang lemah lagi dayus itu.

[image error]

"Kemudian timbul fikiran bagi suami perempuan itu...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 15, 2010 21:55

June 10, 2010

Yang Remeh Bukan Temeh: Mulus Berbahasa

[image error]

"Tak baik langkah duit. Berdosa!" pesan opah.

Anak cucu tersengih.

Tunduk mengutip duit syiling yang bertaburan di lantai.

Bukan banyak pun, kalau dicampur-campur mungkin jauh daripada cukup untuk membeli sebatang ais krim berjenama popular di kedai.

Anak cucu yang bijak laksana itu mula bertanya sesama sendiri, kenapa pula berdosa melangkah duit? Bukannya ada apa-apa firman pada kepingan tembaga dan besi itu. Malah nilainya juga serendah satu sen. Mereka ada jawapan, bahawa opah memang sengaja b...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 10, 2010 17:32

June 7, 2010

Rehlah Mencari Faham Dalam Agama

[image error]

Macam mana kalau terlepas kenduri kahwin adik beradik?

Soalan seperti ini timbul. Saya baru sahaja menerima surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan. Tempatnya jauh. Perginya, tidak mudah untuk kembali.

Tetapi jika soal majlis kenduri kendara sahaja yang timbul, saya tidaklah terlalu teragak-agak untuk membuat pendirian.

"Insya Allah, sanggup" saya menjawab dengan tenang.

Abang saya yang sulung tersenyum.

"Bagaimana pula jika semasa di perantauan, bonda yang semakin uzur kembali ke...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 07, 2010 02:22