Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 117
May 17, 2010
Tenaga Tidak Boleh Dimusnah
Kursus Biro Tata Negara 1993 di Kem Wirawaja Janda Baik ini penuh dengan cemuhan terhadap kami. Ia menambahkan tenaga yang terempang dan jiwa yang memberontak
Tenaga tidak boleh dimusnah.
Ia hanya boleh diubah bentuk.
Kata-kata itu banyak kebenarannya. Mungkin juga itulah rahsia di sebalik kehuru haraan hidup saya semasa di usia remaja. Tenaga banyak, namun sendat oleh sekatan yang menghalang. Hasilnya, saya menjadi seorang yang sangat rebellious. Jiwa memberontak serta bergelora dalam...
Seminar Sinergi Keluarga Bahagia di Pulau Pinang
[image error]
Mengendalikan keperluan kerjaya dan rumahtangga merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh kita semua. Sama ada di peringkat mencukupkan keperluan asas, hingga ke peringkat kepakaran kita yang diperlukan oleh orang ramai, kesemuanya menyumbang kepada perebutan masa, fizikal, minda, emosi malah spiritual individu. Sebahagian manusia beralah dan mula mempercayai bahawa mereka perlu memilih salah satu daripada keduanya. Mustahil untuk kerjaya dan rumahtangga mampu berjalan seiringan.
[image error]
Hakikatnya,...
May 12, 2010
Doa Yang Menolak Zina
[image error]
"Ustaz, di manakah saya boleh mencari kekuatan untuk menolak zina?" seorang anak muda bertanya kepada saya.
"Carilah ia di dalam Solat. Di dalam doa" saya membalas email yang dikirimnya.
Anak muda itu terasa hampa. Barangkali beliau kecewa kerana saya memberitahunya apa yang dia sudah tahu.
Solat.
Doa.
Sudah berapa kali dia bersolat dan berdoa, tetapi kekuatan yang dicari tidak pernah ada. Seperti Allah tidak menjawab permintaannya. Solat yang hampa. Doa yang terbang dibawa angin masa.
Bukankah...
May 10, 2010
Mohon Maaf Atas Gangguan Perkhidmatan Iklan
[image error]
Assalamualaikum WBT.
Pada April lalu, saya terpaksa mengambil tindakan drastik memberhentikan perkhidmatan pengiklanan kepada pelawat blog www.saifulislam.com ini.
Halaman ini mengalami masalah trafik yang sangat berat dan iklan-iklan yang ada telah menyebabkan muka surat hadapan blog ini bersaiz hampir 4MB dan ini telah menjadi punca kepada kesukaran ramai pihak untuk membuka blog Saifulislam.Com ini. Saya berusaha untuk mengawal hal ini tetapi berdepan dengan banyak masalah yang berada di...
May 8, 2010
Nadiku Mendegupkan Kasihmu
SHARING IS CARING:
Related posts:Selamat Datang ke Server Baru
Saifulislam.Com di Balik Tabir
Related posts:Selamat Datang ke Server Baru
Saifulislam.Com di Balik Tabir
May 5, 2010
Fitnah Petunjuk Istikharah
[image error]
"Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?"
Sepucuk e...
May 4, 2010
'Keenam' Itu Urusan Islam
[image error]
Belajar Bahasa Arab bukan sekadar Bahasa Arab, tetapi juga belajar Adab – foto ihsan Ustaz Fazdi Harun
"Habis, sebenarnya benda ni al-Asmaa' al-Khamsah atau al-Asmaa' al-Sittah?" saya menggaru kepala.
"Ulama berbeza pendapat dalam hal ini," kata Fazdi.
"Dalam Fiqh sudah ada banyak khilaf, dalam Bahasa Arab pun sama juga ya?" saya bertanya.
"Tentulah. Ada Mazhab Kufah, ada Mazhab Basrah" jawab cikgu Bahasa Arab kami itu.
Petang itu kami berbual-bual di halaman masjid selepas Solat Asar. Angin...
May 1, 2010
Kenapa Ustaz ke Dublin?
[image error]
Saya dan Asrul selepas solat Aidilfitri di Malaysia Hall London. Saya menyampaikan khutbah bagi solat pusingan kedua
"Emm.. naya ana kali ini. Tak siap lagi bahan ceramahnya" saya memberitahu Asrul.
Kami sedang dalam perjalanan ke London Gatwick Airport. Saya dan Asrul mahu terbang ke Dublin untuk program kolokium Tarbiyah.
"Dalam flight nanti, ustaz buatlah nota. Buku ada bawa, kan?" kata Asrul, cuba menenangkan saya.
Saya dikehendaki menyampaikan ceramah bertajuk Sirah Nabawiyyah Sebagai...
April 29, 2010
KHUTBAH JUMAAT: Kita Diuji Dengan Pilihan
[image error]
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Apa yang membezakan manusia dan malaikat adalah pada kemampuan manusia membuat pilihan. Keupayaannya untuk memilih kebaikan dan dalam masa yang sama menolak kejahatan, menjadikan manusia itu sentiasa berusaha menjadi lebih baik, dan memindahkan kebaikan itu kepada kehidupan di sekitarnya.
Semasa memilih kebaikan, dia mendapat kebaikan.
Semasa terpilih kejahatan, usahanya untuk kembali kepada kebaikan menjadikannya kembali baik malah bertambah baik.
Firman...
April 28, 2010
Bengkel Kaedah Khalifah Untuk Guru
[image error]
PENGENALAN
Kaedah Khalifah telah diperkenalkan oleh Allahyarham Prof. Muhammad al Mahdi, berasaskan lebih 40 tahun kajian dalam bidang Psikologi, Fizik, Kosmologi dan Teologi. Kaedah ini menyepadukan tasawur Islam dan psikologi moden dan sangat berkesan untuk guru-guru dalam mendidik pelajar untuk menjadi Muslim yang cemerlang dunia dan akhirat.
OBJEKTIF PROGRAM
Untuk memperkenalkan Konsep Khalifah kepada para guru sebagai sumber motivasi yang berkesan untuk guru dan pelajar.Untuk berkongsi...