Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 121
March 10, 2010
Buah Tangan Pesta Buku Antarabangsa KL 2010
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur datang lagi.
Kali ini diawalkan sebulan ke bulan Mac.
Sudahkah anda bersedia untuk hadir ke acara tahunan gilang-gemilang bagi pencinta ilmu dan hikmah kehidupan?
Inilah Golden Globe kita, inilah Grammy Award kita…
Alhamdulillah, di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 kali ini, saya beroleh rezeki untuk berkongsi dua lagi buku terbaru buat pembaca semua. Secangkit Teh Pengubat Letih, himpunan travelog kembara saya di bumi Khilafah, Turki. Manakala...
March 8, 2010
KMS: Khalifatullah Bermula Dengan Pendidikan
Sebagai salah seorang bapa yang menghantar anak ke Khalifah Model School (KMS), saya dengan penuh rasa ingin berkongsi kebaikan dengan ibu bapa di luar sana, menjemput ibu bapa yang mahukan pilihan terbaik untuk anak-anak mereka, menyertai kami di KMS.
Tahun 2010, adalah tahun yang amat besar maknanya kepada saya dan isteri. KMS bukan hanya salah satu daripada Sekolah Islam yang ada. Ia adalah sebuah sekolah yang berdiri di atas falsafahnya yang tersendiri, berkeyakinan tinggi terhadap...
March 6, 2010
Ia Hanya Panas Yang Sedikit
[image error]
Bukan sembarangan.
Panasnya kini menjadi-jadi.
Sejujurnya, saya turut menjadi lesu terkena bahang kepanasan cuaca kebelakangan ini. Seharusnya bagi setiap mukmin mengambil iktibar daripada kejadian ini.
Ia hanya panas yang sedikit!
[image error]
"Telah nyata pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut akibat apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia itu sendiri; (Berlakunya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah...
March 2, 2010
Siapa Sepak Kucing Malang Itu?
[image error]
Source: www.idiomsbykids.com
"Meoww!!!" seekor kucing menjerit kesakitan.
Malam itu malam yang malang buat si kucing. Dia tidur dengan kesakitan dan kemarahan. Perutnya senak disepak tanpa hujung pangkalnya.
"Apa salah aku?" menung si kucing di balik almari.
PETANG ITU
"Kenapa awak lewat fakskan dokumen tersebut?" tanya seorang CEO kepada setiausahanya.
"Err, Pengurus Jualan lewat menyerahkannya kepada saya" jawab beliau. Terketar-ketar.
"Ahhh! Macam-macam alasan awak. Saya bosan mendengarnya...
Murabbi Cinta, Seorang Nabi
[image error]
"Kepalaku!" kata Aisyah.
Baginda Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam dan Aisyah radhiyallaahu 'anha baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi' lewat malam tadi.
Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut.
Baginda menyedarinya.
"Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh kepalaku!" kata Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam.
Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega.
Jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah penyembuh paling berharga.
Tetapi di m...
March 1, 2010
Demi Sebuah Bahagia
[image error]
Lazimnya, saya tidak suka berkongsi tips. Malah saya sering berkata, untuk menilai satu-satu ceramah itu berasas atau tidak, lihatlah kepada tips. Jika ceramahnya penuh tips, maka ia adalah kosong tidak bermakna.
Tips adalah buah. Manusia memang perlu kepada buah. Tetapi kita lebih membantu jika yang diberi adalah pokok yang menghasilkan buah.
Tips tidak mungkin dapat dilakukan, jika pokok dan akarnya tiada.
PETUA SENYUM UNTUK BAHAGIA
Mahu hidup bahagia, senyum setiap pagi.
Apakah manusia mampu s...
February 28, 2010
Ke Syurga Bukan Dengan Jantina
[image error]
"Kamu mahu bercinta dengan seorang Muslim?" ibu Jane menyoal anaknya.
Jane hanya mendiamkan diri.
"Kamu tahu kamu itu lebih mungkin menjadi ahli Neraka. Itu nilai perempuan di dalam agama Syamil (Islam)!" tambah si ibu lagi.
Jane tertekan.
Beliau mengatur pertemuan dengan saya untuk bertanyakan hal ini.
"Benarkah ada hadith yang menyebut bahawa perempuan lebih ramai di Neraka?" tanya Jane. Jujur mahu tahu.
Permintaan Jane itu saya bawakan kepada menelusi sebuah hadith di dalam Sahih al-Bukhari...
February 27, 2010
Minta Yang Mahu, Dapat Yang Perlu
[image error]
"Macam mana nak sampai ni?" hati saya terdetik.
Jam sudah pukul 6:30 petang.
Saya ada tempoh sejam sebelum tiba di Surau al-Syakirin, Taman Pinggiran USJ3 Shah Alam untuk ceramah Maulid al-Rasul.
Dua kali kereta saya terbabas sedikit kerana mengantuk yang bersangatan. Andaikata ia perjalanan pulang daripada program, pasti saya akan tidur di stesyen minyak seketika sebelum menyambung perjalanan. Tetapi kali ini, saya berada dalam keadaan keletihan dan mengantuk ketika di dalam perjalanan...
February 26, 2010
Dia Pernah Mencintaimu
[image error]
"Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku," ujar Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam.
Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi'. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.
"Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?" para sahabat melontarkan soalan.
Persoalan.
Jika Nabi sallallaahu 'alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada...
February 25, 2010
Malaysia Hari Ini (MHI) Sempena Maulid al-Rasul
[image error]
Maulid al-Rasul tahun ini ada sedikit kelainan.
Ketika perarakan tiba-tiba menjadi isu yang dipolitik dan disensasikan, ia secara tidak langsung mendesak ramai bertanya, bagaimanakah sebenarnya maksud Maulid al-Rasul?
Sejujurnya, pagi ini saya merasakan kelainan yang menyerlah pada siaran Malaysia Hari Ini di TV3. Bersiaran seawal usai Solat Subuh, minit demi minit tepu dengan pelbagai topik yang melengkapkan jawapan kepada maksud sebenar Maulid al-Rasul. Atau bisa sahaja diungkapkan sebagai...