Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 123
February 8, 2010
Rindu Bau Pohon Tin Terubat Jua
[image error]
Bumi Urdun yang gersang itu, hanya mampu dihuni oleh manusia pahlawan – Pemandangan dari udara sejurus sebelum mendarat di Queen Alia International Airport, Amman
Sembilan tahun engkau hanya hidup dalam kenangan,
Antara pahit dan manis suka dan duka;
Bumi Urdun tempatku berteduh mencari makna kehidupan,
Apakah ada peluang lagi untukku bersua.
CATATAN SATU
Dari jauh, engkau adalah sebuah memori,
Dari udara, engkau gersang bagai Mahsyari;
Selamat mendarat, aku masih bagai bermimpi,
Mencecah tanah, ...
February 7, 2010
PERTAMA: Sireh Pulang ke Gagang
Ada rasa gementar yang sungguh luar biasa di dalam diri.
Sudah sedekad bumi itu saya tinggalkan.
Dalam sedekad itu juga sambil melangkah ke depan saya sering menoleh ke belakang mencari 'ibrah.
Sungguh.
Saya hari ini, banyak terbentuk dan teracu oleh seluruh pengalaman berkelana di bumi itu.
Dataran Syam, bumi Mu'tah, bumi jihad dan perjuangan, tempat mengenal erti kehidupan yang penuh dengan warna dan rasa.
Jordan yang meneduhkan rahmat Allah ke atas setiap musafir di jalan menuntut ilmu di...
February 6, 2010
Benci Yang Dengan-Nya Sudah Berganti
"Saya pernah sangat membenci ustaz" kata seorang anak muda.
"Sekarang bagaimana?" saya bertanya.
"Insya Allah tidak lagi" jawabnya.
"Alhamdulillah. Maafkan ustaz atas sebab-sebab yang pernah menyebabkan anta begitu membenci ustaz" saya memberi tumpuan kepada perbualan.
"Tak mengapa. Ustaz tidak bersalah" ujarnya pula.
"Boleh ustaz tahu kenapa ketika itu anta begitu membenci ustaz?" saya ingin belajar sesuatu.
"Kekasih saya mengambil tindakan memutuskan perhubungan kami kerana membaca buku ustaz"...
February 5, 2010
Didikan Allah Untuk Bakal Manusia Hebat
Macam mana ya ustaz? Bagaimana nak buang perasaan ini?" tanya salah seorang peserta Kem HIJRI.
"Hmm… kamu sendiri rasa bagaimana?" saya memulangkan soalan itu kepadanya.
"Entahlah, saya tak boleh buang rasa tidak puas hati saya dengan emak dan ayah. Makin menjadi-jadi perasaan itu" katanya lagi.
"Apa yang paling kamu tidak suka tentang emak dan ayah kamu?" saya menyoalnya lagi.
"Saya tengok, kawan-kawan saya boleh ketawa dan bergurau dengan emak dan ayah mereka. Tetapi orang tua saya tidak...
February 4, 2010
KHUTBAH JUMAAT: Sinergi Memanfaatkan Perbezaan
[image error]
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Ketika berdepan dengan ujian dan masalah kehidupan, mungkin ada sesetengah kita mengimpikan sebuah dunia yang semuanya sama seperti kita. Biar sependapat, sepemikiran, satu selera dan kemahuan, malah mungkin satu bangsa, satu bahasa bahkan satu jantina.
Tetapi semua itu adalah impian yang mustahil. Bukan sahaja mustahil malah tidak perlu. Manusia tidak perlu kepada semuanya serupa dan satu. Malah manusia sebetulnya perlu kepada kepelbagaian dan perbezaan.
Just...
February 2, 2010
Epal Busuk Hadiah Pengantin Baru
Sukar sekali mahu menjentik minda.
Lain yang diungkap, lain benar kefahamannya.
Mengupas sisi-sisi terlindung pada minda anak muda yang merancang untuk berumahtangga, sering menimbulkan reaksi yang lelah. Malah tidak kurang yang mencetuskan isu baru, seperti terhasilnya artikel yang anda sedang baca ini.
Ketika saya mengupas sisi-sisi negatif berkaitan dengan poligami, ada yang cepat membuat kesimpulan bahawa saya menafikan hukum poligami. Anti poligami!
Ketika saya mengupas sisi-sisi negatif...
Pernikahan Robot Muslim

January 31, 2010
Jangan Sekadar Syurga Dunia
[image error]
"Saya perlu bernikah, ustaz. Sangat perlu" ujar seorang anak muda.
"Mungkin tidak patut ustaz menyoal, tetapi KENAPA?" soalan saya ajukan kepadanya.
Bukan kenapa nikah, tetapi mengapa begitu terdesak.
"Tidak tenteram. Ada gelodak jiwa" katanya.
"Justeru selepas nikah nanti, kalau sudah tenteram dan jiwa kembali tenang, apa seterusnya?" saya menyambung pertanyaan.
"Tenteram itu bukankah sentiasa perlu? Jadi perlukah ada 'seterusnya', ustaz? Saya keliru," katanya jujur.
"Izinkan ustaz berterus...
Bukan Sekadar Syurga Dunia

January 30, 2010
Motivasi Pagi MHI TV3: Erti Hidup Pada Memberi
[image error]
Rakaman segmen Motivasi Pagi TV3 bersama Ahmad Fedtri Yahya: Erti Hidup Pada Memberi
"Anta percaya tak kalau ana katakan bahawa 1 jam pertama setiap pagi, adalah penentu kepada keseluruhan hidup kita dalam sehari?" saya berbual dengan seorang teman.
"Percaya. Pengalaman kita semua ke arah itu. Jika mulakan pagi dengan tenang, tertib, elok Solat Subuhnya, elok mood, minda dan fizikal, maka Insya Allah eloklah keadaan diri sepanjang hari" katanya.
"Kalau mulakan hari dengan Subuh Gajah?" saya...