Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 126

December 24, 2009

Tragedi Emosi Krismas

"Ustaz, apa hukumnya saya beli patung Santa Claus?" seorang pelajar bertanya selepas saya menghabiskan kuliah Hadith 40 malam itu.

Clinical Science Institute, NUI Galway, makmur dengan kehadiran pelajar Perubatan yang suka belajar agama.

"Err, kenapa awak nak beli patung tu?" saya menyoal kembali.

"Alaa, cutelah ustaz. Rasa sayang kalau tak beli. Murah-murah pula tu" jawab beliau.

"Emm, saya rasa kita letak tepi sekejap bab hukum tu. Cuma bayangkan begini. Katakanlah Rasulullah sallallaahu...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 24, 2009 11:57

December 23, 2009

Jadilah Manusia Hebat

[image error]

"Macam mana ye ustaz? Susah apabila kita minat satu bidang tetapi mak ayah desak kita ambil bidang yang lain," keluh seorang peserta KEM HIJRI baru-baru ini.

"Memang susah. Hidup atas bayangan dan impian orang lain memang susah. Sifirnya mudah, terpaksa adalah terseksa, betul tak?" saya memetik kembali ungkapan slot NIAT di awal program.

"Saya belajar di kelas Sains. Emak dan ayah tidak habis-habis mendesak saya agar selepas SPM tahun depan ni, saya belajar bidang perubatan untuk jadi doktor" k...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 23, 2009 21:40

December 22, 2009

Aku Mampu Mengubahnya

[image error]

Rupa asal saya pada usia 1 tahun, 1976

Saya tidak pernah dipanggil si kurus.

Sentiasa dipanggil si gemuk, badak, giant dan macam-macam lagi, sehinggalah akhirnya saya jadi betul-betul gemuk. Hingga saya rasa berdosa bekerja di Institut Jantung Negara, dan menahan pedih apabila dicaci oleh pemberi komen di blog yang menulis sesedap rasa.

Saya mencari-cari kekuatan untuk membuat perubahan.

Akhirnya saya teringat sesuatu.

Satu kepedihan yang tidak pernah sembuh daripada diri.

Saya memanjat tangga...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 22, 2009 06:48

December 20, 2009

Batu Berlaga Air

[image error]

"Marah itu kalah!" petik seorang peserta program KEM HIJRI baru-baru ini.

Mungkin beliau terkesan dengan cerita saya, mengapa kami tidak berjaya dimarahkan oleh pelbagai kerenah peserta.

Bukan tidak marah.

Tetapi marah itu dipadamkan dengan air.

Sama ada oleh air wudhu', air mandi, atau jiwa da'i yang diasuh menghayati kuasa air.

SEHARI SEBELUMNYA

"Apa yang kamu boleh zikir dan fikirkan tentang air?" saya melontar soalan kepada peserta di hening pagi.

"Air menjadi sumber kehidupan" jawab salah...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 20, 2009 18:20

KEM HIJRI 1431 Melabuhkan Tirainya

Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah.

Dalam 1000 debaran menyambut amanah Alllah berupaya penyertaan anak remaja di dalam KEM HIJRI 1431, Alhamdulillah program kemuncak Saifulislam Training & Consultancy bagi tahun 2009 selamat melabuhkan tirainya.

72 orang anak remaja antara 13 ke 19 tahun meyertainya.

Ramai yang datang dengan kedut 1000 di dahi, kami bekerja keras untuk mencipta senyuman sempurna di wajah mereka. 3 hari 2 malam adalah tempoh masa yang terlalu singkat untuk merombak belasan...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 20, 2009 07:48

December 17, 2009

Bertemu di MHI TV3 Sempena Maal Hijrah

[image error]

Baru-baru ini saya dijemput oleh saudara Ahmad Fedtri Yahya untuk hadir sebagai tetamu di dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) bersempena dengan cuti Maal Hijrah.

Saya menyetujuinya.

Semenjak segmen Islam Hadhari dimansuhkan daripada rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM1 selepas peralihan tampuk kepimpinan negara kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, sudah agak lama saya tidak muncul di kaca televisyen.

Peluang untuk bersiaran di televisyen mungkin terasa bagai satu kerugian, seperti...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 17, 2009 05:29

December 15, 2009

Tamrin Dakwah Generasi IPOD

[image error]

"Mengapa usaha memahamkan generasi muda hari ini tentang dakwah mesti berbeza dengan usaha kepada generasi 10 atau 20 tahun yang lalu?" salah seorang peserta bertanya kepada saya.

Tajuknya adalah berkaitan dengan Penjenamaan Semula Dakwah (Rebranding Dakwah).

Soalan itu tepu dengan isu.

Kepantasan teknologi maklumat, sistem pengangkutan dan serba serbinya, menjadikan perbezaan umur 10 tahun itu cukup besar dan membentuk jurang generasi yang signifikan.

Saya menjawab soalan yang ditanya itu...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 15, 2009 09:45

Mengubah Cara Hidup Dengan Dakwah

[image error]

"Mengapa usaha memahamkan generasi muda hari ini tentang dakwah mesti berbeza dengan usaha kepada generasi 10 atau 20 tahun yang lalu?" salah seorang peserta bertanya kepada saya.

Tajuknya adalah berkaitan dengan Penjenamaan Semula Dakwah (Rebranding Dakwah).

Soalan itu tepu dengan isu.

Kepantasan teknologi maklumat, sistem pengangkutan dan serba serbinya, menjadikan perbezaan umur 10 tahun itu cukup besar dan membentuk jurang generasi yang signifikan.

Saya menjawab soalan yang ditanya itu...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 15, 2009 09:45

December 14, 2009

Kutunaikan Hak Terakhirmu ke atas Diriku

[image error]

MASJID KETEREH

[kredit foto: http://www.flickr.com/photos/kelantan...]

Saya tidak boleh memikirkannya.

Pemergian Arman terlalu mengganggu fikiran.

Pada keterbatasan hubungan selepas cangkul dan tanah yang memisahkan, hanya doa yang mampu saya kirimkan.

Namun dengan sedikit keupayaan yang ada, saya gagahkan juga untuk terbang ke Kota Bharu.

Ketika ini, saya sedang menumpang teduh di pejabat Dr. Zakuan Zainy Deris di USM Kubang Kerian. Tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dengan...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 14, 2009 00:47

December 11, 2009

Di Bumi Itu Janji-Nya Buatmu…

[image error]

Sekeping gambar jadi kenangan. Ustaz Arman di kanan saya

Terlalu pantas.

Tibanya tidak disangka-sangka.

Petang ini, saya menerima berita yang amat menyedihkan.

Sahabat sepengajian semasa di Jordan dahulu, Ustaz Arman Md. Rusoff telah kembali ke Rahmatullah hari ini, selepas menerima serangan stroke lebih seminggu yang lalu. Saya tidak mempunyai maklumat terpeinci mengenai kejadian, tetapi berdasarkan umur dan latar belakang kehidupan, mungkin serangan itu adalah hypertensive bleed atau...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 11, 2009 02:37