Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 129

November 14, 2009

Sindrom Tourette: Jangan Hukum Mereka

[image error]

"Kamu boleh tak jangan buat bunyi macam tu?" tengking seorang wanita kepada anaknya.

Matanya berkelip-kelip. Sesekali beliau mendengus dengan bunyi yang mengganggu. Seperti cengkerik pun ada.

Geram juga si ibu melihat gelagat anak-anaknya. Dah jadi tabiat pula. Makin lama makin menjadi.

Pada si ibu, mungkin anaknya mengada-ngada. Kalau tinggi daya imaginasi, mula pula berfikir di mana silapnya semasa melahirkan anak ini? Ada cengkerik di alang rumah?

Mungkin tidak terlintas langsung di fikiran...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 14, 2009 09:00

Jangan Gopoh Dalam Bicara

[image error]

Al-Marhum al-Sheikh Said Hawwa

Mengapa sepi?

Bukan tidak ada isu yang mahu diperkatakan. Bukan tidak ada topik ilmu yang mahu dikongsikan. Banyak input yang dicari dan diterima kebelakangan ini. Justeru dengan input yang banyak, banyak jugalah output yang sepatutnya keluar. Tetapi ia tidak berlaku.

Segalanya berakhir dengan diam.

Saya sedang menyelak lembaran-lembaran kitab kecil tinggalan Said Hawwa.

Orangnya sangat berhalus, kritikannya amat berhemah. Tetapi Said Hawwa tetap tidak disenangi...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 14, 2009 07:22

November 11, 2009

Sempitnya Dunia Luasnya Gua

[image error]

image copyright www.chromasia.com

"Sungguh menghairankan. Tidakkah Ashaab al-Kahf itu mengalami claustrophobia?" tanya seorang anak muda.

"Haha, menarik juga soalan anta. Tak pernah terlintas di fikiran ustaz," saya membalas.

Claustrophobia itu didefinisikan sebagai ketakutan yang melampau oleh seseorang terhadap bilik atau ruang yang sempit, atau tertutup. Mereka yang mengalaminya akan mengalami keresahan, sesak nafas, menggeletar, kepala menjadi ringan dan seperti berpusing apabila berada di d...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 11, 2009 17:42

November 10, 2009

'Call Me Irresponsible'

[image error]

Menelusi perkembangan politik semasa sungguh membingungkan.

Saya pula banyak memikirkan kesan kebingungan itu kepada generasi pelapis.

Kelemahan kompetensi, boleh dimaafkan oleh pengundi. Ia boleh dibentuk, diajar oleh mereka yang berkeahlian, dan pengalaman serta masa adalah sebahagian daripada rawatannya. Tetapi apabila integriti yang dipersoalkan, segalanya menjadi rumit.

Ketidakpuasan hati pengundi tidak semestinya menghasilkan perpindahan sokongan kerana pihak di seberang sana masih serupa ...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 10, 2009 08:41

November 7, 2009

Pencerahan di Sebuah Desa Bernama Oxford

[image error]

"Apa nak ceramah ni?" saya menggaru kepala.

"Kenapa ustaz?" tanya Azli, rakan serumah di London.

"Petang ini, ada ceramah di Oxford. Entah kenapa bila dengar nama Oxford tu rasa gementar pula," saya bercerita sambil menyelak lembaran Riyadh al-Saaliheen mencari topik ceramah.

"Sama sahaja, ustaz. Macam mana ustaz ceramah di tempat lain, macam itulah ustaz bagi di Oxford. Kawan-kawan kita juga di situ. Macam Dolah!" ujar Azli, pelajar tahun akhir Geologi di Imperial College.

Universiti Oxford itu ...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 07, 2009 06:30

November 5, 2009

Rayuan Derma Untuk Penderma Hati

[image error]

Klik imej untuk paparan yang lebih jelas

Kesihatan Ahmad Khariri al-Hadi sentiasa terumbang-ambing.

Komplikasi yang dialami kesan daripada pendermaan hati yang dilakukannya dulu, semakin pelbagai.

Terkini Ahmad Khariri disahkan perlu menjalani pembedahan pada 10 November 2009 untuk kes adhesion colic. Beliau memerlukan pembiayaan sejumlah RM12,000 untuk pembedahan ini dilakukan.

Saya dengan penuh rasa rendah diri, merayu kepada para pengunjung blog Saifulislam.Com ini menghulurkan bantuan...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 05, 2009 08:48

GRAMEDIA Bookstores: Spa Minda Terkini di Ibu Kota

[image error]

Orang stress suka kepada spa.

Boleh berehat dan tenang-tenangkan diri.

Tetapi lain orang lain cara berehatnya.

Ramai orang berehat selepas penat bersolat. Sesi makan-makan selepas solat lapan  rakaat malam Ramadhan itu dinamakan 'moreh', yakni sesuatu yang merehatkan. Tetapi Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam lain pula ceritanya. Baginda berehat dengan bersolat. Sebab itu lapan rakaat di malam Ramadhan itu namanya Tarawih, yakni solat rehat-rehat.

Orang membaca kerana terpaksa, sekarang...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 05, 2009 07:22

November 3, 2009

Justifikasi Seorang Teman

[image error]

Saya tidak pasti apa yang mahu dicatat.

Menulis tanpa ketenangan fikiran, bukanlah sesuatu yang baik.

Terlalu mudah untuk dikesan pada apa yang diluahkan. Ternampak fikiran yang tidak tenteram, hati yang kusam dan pandangan yang kelam.

Tetapi diam bukanlah ubat kebah pada jiwa yang tidak tenteram. Nyatanya bagi orang yang berehat dengan menulis, selagi tulisan belum dilangsaikan, tiada rehat dan tiada tenteram untuk selimut malam.

DI BUMI SYAM

Di Bumi Syam, saya bukanlah insan yang paling rapat...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 03, 2009 08:44

November 2, 2009

Meneladani Krisis Salaf vs. Khalaf di Era Othmaniyyah

[image error]

KETERBUKAAN OTHMANIYYAH

Sebagaimana yang kita semua sedia tahu, Othmaniyyah bermazhab Hanafi. Mazhab Hanafi telah menjadi pegangan negara-negara bangsa Turki di era Islam semenjak dari zaman Karakhanid. Dengan tabiat yang wujud di dalam kaedah pengambilan hukum dan pengembangannya di dalam Mazhab Hanafi, masyarakat Othmaniyyah menganggap mereka sebagai terbuka dan fleksibel. Ia memberikan ruang kebebasan yang banyak di bidang siasah dan penguatkuasaan polisi dari semasa ke semasa. Di atas...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 02, 2009 19:09

November 1, 2009

Merebut Saham Anak Muda

[image error]

"Para pelajar hanya mengikut perasaan. Tapi ingat, kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga!" seorang guru persatuan berucap di pentas.

Beliau memperlekeh pandangan-pandangan anak muridnya yang mengkritik pihak atasan. Segalanya dipukul rata sebagai pandangan semangat tanpa sokongan ilmu apatah lagi pengalaman.

"Ghurur!" kata sesetengah orang.

Perbuatan meremehkan orang muda bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan kita. Anak-anak muda itu sering digambarkan sebagai golongan...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 01, 2009 18:48