Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 131

October 11, 2009

Siapa Saya Sebenarnya?

[image error]

Saya sudah berubah?

Itu kata kawan-kawan lama.

Terima kasih kerana prihatin. Sekurang-kurangnya teguran dan pandangan kalian menjadikan saya tidak sendirian. Bukankah sendirian itu menjadikan kita mudah terbaham syaitan lagak serigala memangsa biri-biri yang menolak kawan.

Tetapi di sudut manakah saya telah berubah?

Ada yang panggil saya Ustaz Darwin, sebab saya tidak menolak teori evolusi. Entah mereka faham atau tidak, dengan apa yang diperkatakan.

Sahabat yang 'klasiki' menolak saya kerana...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 11, 2009 09:45

October 10, 2009

Katak Rebus (Katak Ghobuih, Jang)

[image error]

KATAK REBUS

Jika katak itu disimbah dengan air panas, mungkin cepatnya ia melompat pergi mencari dingin. Katak itu akan segera melarikan diri kerana terkejut dengan perubahan suhu yang memudaratkannya.

Tetapi katak yang satu ini bersenang lenang.

Disangkanya kolam sekangkang katak itu adalah tasik terindah, termewah dan terbaik. Kerana katak yang satu ini hanya kenal kolam sekangkang itu, lantaran tempurung yang lama menjadi langitnya jua. Sedangkan katak itu tidak sedar, bahawa tasik...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 10, 2009 09:05

October 7, 2009

Selamat Ulangtahun Kelahiran Kelima, Sayang!

[image error]

Pejam celik pejam celik.

Hari ini, anakanda kesayangan kami Naurah Sabihah, menyambut ulangtahun kelahirannya yang kelima.

Masih kekal sebagai anak dara tunggal kami, Naurah Sabihah istimewa dengan keunikannya yang tersendiri, sepertimana setiap adik beradiknya yang lain, memiliki keunikan masing-masing. Ada yang menghiburkan, banyak juga yang memeningkan.

Paling ketara tahun ini, Naurah Sabihah berlaga budaya dengan Yop Saif.

Seorang bersekolah agama integrasi, seorang lagi bersekolah di Smart R...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 07, 2009 09:38

October 6, 2009

Azimat Menempuh Peperiksaan

[image error]

"Bolehkah kamu berjaya dalam hidup jika tidak lulus PMR dan SPM?" saya melontarkan soalan kepada peserta.

Boleh tahan juga bilangannya yang mengangkat tangan untuk jawapan YA.

"Maknanya ramailah yang merancang untuk gagal PMR dan SPM ni ya? Senang kerja saya" saya membuat kesimpulan.

Guru-guru pun ada yang kelihatan resah dengan idea yang saya sampaikan. Memberikan cadangan bahawa hidup boleh diteruskan dengan kejayaan tanpa kelulusan PMR dan SPM?

"Baiklah, bagi yang kata kita boleh berjaya...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 06, 2009 19:57

October 5, 2009

Terima Kasih Karim, Wallahu Akram!

[image error]

Hujung serbanku selalu basah.

Sering menjadi tempat aku mengelap mata.

Tidak sedikit tangisan yang tumpah di sepanjang liku perjalananku mengenal erti dakwah.

Apalah yang budak hingusan ini tahu tentang perjuangan?

Namun dalam usia yang berputik jagung, kusambut satu azam yang Allah campakkan ke hulu hati, agar tidak berpaling lagi.

Jika setiap hari, kebanyakan teman sebayaku asyik melayan Rock kapak dan hidup ketawa, aku dan segelintir ghuraba' di medan itu dilatih oleh para murabbi agar...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 05, 2009 05:04

September 30, 2009

Tawaran Istimewa di MPH Bookstores

[image error]

Tawaran di MPH Bookstores Alpha Angle Wangsa Maju

Sudah agak lama saya tidak menulis tentang perkembangan penulisan buku.

Saya berasa segan dengan penerbit kerana sangat kehilangan momentum dalam menyelesaikan projek-projek yang sedang menanti untuk diselesaikan. Terkini, Insya Allah buku Travelog Tarbiah kedua bakal menyusul selepas RINDU BAU POHON TIN. Kali ini saya menjemput pembaca semua mengembara ke bumi Khilafah di Turki, di bawah lembayung catatan bertajuk SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH.

B...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 30, 2009 20:20

September 28, 2009

Merawat Budaya Kuning Anak-anak

[image error]

"Kita ambil yang inilah. Biar sama dengan warna baju Abi" kata Ummu Saif kepada anak sulung kami.

"Ok!" jawabnya ringkas. Setuju tetapi  dengan air muka yang tidak setuju.

Berbaju raya sewarna sedondon ini bukanlah kemestian bagi kami. Hanya sesekali. Fadhilatnya, memudahkan pengenalan diri tatkala anak-anak saudara sejumlah 36 orang itu mencabut baju seragam raya. Mudah untuk dikenal baju siapa, berpandukan warna.

"Yop sebenarnya nak baju warna apa?" saya tidak berpuas hati dengan reaksi anak y...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 28, 2009 23:15

September 25, 2009

Bergurukan Pokok Semalu

[image error]

"Jom kita main buaian," Ayah Chik mengajak anak-anak buahnya ke taman permainan kanak-kanak di depan rumah.

Anak-anak saya berlari keriangan menuju ke buaian dan jongkang jongket yang masih kosong tidak berpenghuni.

Taman itu agak semak.

Kombinasi musim hujan dengan Ramadhan menyebabkan rumput dan lalang mencanak naik.

Tetapi, ia semak kalau semua pokok itu hanya dilihat sebagai pokok anonimus yang menyemakkan mata. Andai segala yang tumbuh itu diamati, ia mungkin bukan semak semata, tetapi...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 25, 2009 23:07

Kelas Botani di Aidilfitri

[image error]

"Jom kita main buaian," Ayah Chik mengajak anak-anak buahnya ke taman permainan kanak-kanak di depan rumah.

Anak-anak saya berlari keriangan menuju ke buaian dan jongkang jongket yang masih kosong tidak berpenghuni.

Taman itu agak semak.

Kombinasi musim hujan dengan Ramadhan menyebabkan rumput dan lalang mencanak naik.

Tetapi, ia semak kalau semua pokok itu hanya dilihat sebagai pokok anonimus yang menyemakkan mata. Andai segala yang tumbuh itu diamati, ia mungkin bukan semak semata, tetapi...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 25, 2009 23:07

September 24, 2009

Min al-'Aaideen wa al-Faaizeen: Pujian Atau Ejekan?

[image error]

Selamat hari lebaran






Selamat hari

Minal 'aideen wal faaizeen





Selamat hari lebaran

Lagu ini berkumandang bersama puluhan lagi koleksi lagu raya, yang saya rasakan seperti...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 24, 2009 08:31