Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 133

September 8, 2009

Ketidakpastian Yang Disengajakan

[image error]

Menanti sebuah malam.

Menanti atau mencari dan memburunya?

Lailatul Qadar adalah malam yang pasti datang. Jika menantinya itu hanya dengan sekadar berjaga malam, maka orang-orang yang bersekang mata tanpa berbuat apa-apa itulah yang beruntung dilintas kehadiran malam itu. Sesungguhnya ia bukan malam penantian, tetapi malam pemburuan dan pencarian. 

Entahlah di malam 21, atau malam 23, atau malam-malam ganjil yang lain… Lailatul Qadar dianugerahkan. 9 Ramadhan yang ditempuh Rasulullah SAW di...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 08, 2009 20:02

Cinta Sempurna Menghampiri Penghujungnya

[image error]

Teledrama Cinta Sempurna sudah hampir ke penghujungnya.

Banyak persoalan semakin terjawab.

Mengambil pendekatan dakwah secara populis (drama, blog interaktif yang dibuka ruang komen dan komen balas), membuka ruang kepada maklum balas yang sangat luar biasa. Dalam erti kata yang lain, kalau anda mudah terganggu dengan 'apa orang lain kata', ada baiknya dihindarkan pendekatan dakwah secara populis ini dan kekal sahaja dengan cara sehala yang sinonim dengan kaedah konvensional.

Hanya pesanan...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 08, 2009 03:08

September 7, 2009

Saya, Amin Idris dan Magnet Diri

[image error]

"Jawatan dan status penting, tetapi Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam sudah jadi orang penting sebelum memegang apa-apa jawatan lagi," saya membuat penegasan kepada seorang pemimpin mahasiswa kampus.

"Misalnya?" soal beliau.

"Ketika Hajar al-Aswad mahu diletakkan kembali ke binaan baru Kaabah pasca banjir besar di Mekah, penduduk memilih Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam sebagai penyelesai konflik. Tentu anta masih ingat," kami meneruskan perbualan sambil menekuni kesesakan...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 07, 2009 17:52

Yatim Sebelas Bulan

[image error]

"Program sudah nak habis. Seronok tak program kali ini?" saya bertanya kepada salah seorang peserta.

"Seronok. Ustaz datanglah selalu ke sini" katanya.

"Sedih apabila ibu bapa terpaksa meninggalkan kalian di rumah anak yatim ini… begitulah juga adakalanya anak-anak ustaz rasa apabila mereka ditinggalkan di rumah kalau ustaz selalu datang ke sini" saya memusing idea.

Mereka tersenyum.  

"Nanti ustaz kirim salam dekat anak-anak ustaz ye. Seronok tengok gambar" kata peserta yang ramah tamah itu...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 07, 2009 14:27

September 6, 2009

Lupa Tuhan Lantas Lupa Diri

[image error]

"Beli 1 dapat 10!!!" sehelai kain bidang dibentang seluas-luasnya.

Bukan hanya kain bidang, malah semua orang memperkatakannya. "Talk of the town" kata orang putih.

Sebuah pasar raya membuat tawaran yang amat hebat. Bertaraf mega, bahawa apa sahaja barang yang dibeli di pasar raya itu, belian 1 akan diberi 10.

Bukan sahaja beli 1 dapat 10, malah jalan raya ke pasar raya itu telah diturap elok. Semua simpang lain telah dikenakan road block. Lebih dari itu, kedai-kedai lain juga ditutup...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 06, 2009 19:12

August 30, 2009

Ipoh: Seri yang Hilang Tidak Berganti

[image error]

"Yeaaaa… balik kampung!" anak-anak saya menjerit kegembiraan.

Tiada yang lebih menyeronokkan selain daripada pulang ke kampung.

Jika ke kampung saya, anak-anak seronok mahu bertemu dengan Opah, dan jika ke kampung isteri saya pula, Atuk sentiasa setia menanti kepulangan cucu-cucunya.

Memang satu nikmat yang besar, apabila saya dan isteri bertemu jodoh jauh di lembah Shamrock, tetapi hakikatnya kampung kami hanya dipisahkan oleh Sungai Kinta, seadanya. Jika 100 tahun lalu, mungkin aktiviti kami iala

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 30, 2009 08:37

Mencari Seri Ipoh di Hati

[image error]

"Yeaaaa… balik kampung!" anak-anak saya menjerit kegembiraan.

Tiada yang lebih menyeronokkan selain daripada pulang ke kampung.

Jika ke kampung saya, anak-anak seronok mahu bertemu dengan Opah, dan jika ke kampung isteri saya pula, Atuk sentiasa setia menanti kepulangan cucu-cucunya.

Memang satu nikmat yang besar, apabila saya dan isteri bertemu jodoh jauh di lembah Shamrock, tetapi hakikatnya kampung kami hanya dipisahkan oleh Sungai Kinta, seadanya. Jika 100 tahun lalu, mungkin aktiviti kami iala

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 30, 2009 08:37

August 28, 2009

Sebatan Jenayah Syariah Bukan Khayalan

Video di atas adalah rakaman amatur demonstrasi hukuman sebat.

Ia adalah sebahagian daripada program Seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah 23 April 2009, anjuran JAKIM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putra Jaya (PICC).

Sebatan cara pertama adalah sebatan berdasarkan peruntukan Syariah. Libasan adalah pada kadar 90° dan ia tidak disentap semula hingga boleh menjadikan kulit tersiat sebagaimana sebatan menurut peruntukan undang-undang sivil. Tukang sebat itu adalah petugas terlatih yang mampu mel

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 28, 2009 08:47

August 26, 2009

Isu Kartika: Lebih Irish Dari Irish

[image error]

Warga Donnybrook Street. Dari kiri: Ijat, Jasrul, Shahrul, Nuzaimin dan saya

"Hello!!!" jeritan kedengaran dari luar rumah.

Terkejut saya dibuatnya. Disebabkan oleh suhu bilik saya di loteng agak sejuk, malam itu saya tidur di ruang tamu di tingkat bawah.

Siapa pula yang mengetuk pintu malam-malam buta begini.

Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi.

Sorry mate, I'm your neighbour next door. Ashley didn't answer me. The key is with her!" kata lelaki Irish tersebut di muka pintu.

Saya mengangguk-angguk fa

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 26, 2009 09:34

Kartika: Lebih Irish Dari Irish

[image error]

Warga Donnybrook Street. Dari kiri: Ijat, Jasrul, Shahrul, Nuzaimin dan saya

"Hello!!!" jeritan kedengaran dari luar rumah.

Terkejut saya dibuatnya. Disebabkan oleh suhu bilik saya di loteng agak sejuk, malam itu saya tidur di ruang tamu di tingkat bawah.

Siapa pula yang mengetuk pintu malam-malam buta begini.

Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi.

Sorry mate, I'm your neighbour next door. Ashley didn't answer me. The key is with her!" kata lelaki Irish tersebut di muka pintu.

Saya mengangguk-angguk fa

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 26, 2009 09:34