Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 136

July 29, 2009

Saya Protes

[image error]

Saya sayangkan Sekolah Izzuddin Shah.

Sayangnya saya dengan sekolah itu seperti sayangnya saya kepada Islam, kerana di situ saya belajar memahami dan mempraktikkan Islam, dan seterusnya hidup serta berjuang sebagai Muslim.

Tetapi saya menolak untuk hadir ke Majlis Santapan Diraja Sempena Ulangtahun ke-50 (1959 – 2009) penubuhan Sekolah Izzuddin Shah pada 2 Ogos 2009 Ahad ini, atas prinsip yang diajar oleh Sekolah Izzuddin Shah kepada saya. Sekali-kali, saya tidak akan mengkhianati apa yang diajar

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 29, 2009 23:24

July 28, 2009

ANTAKYA: Senasib Kashmir dan Pattani

[image error]

"Cay, cay! Buyrun agabey, cay icin ya! (Teh, teh! Silakan abang, minumlah teh ni)," tiga orang budak muncul dan begitu ramah menyambut ketibaan kami.

Tentunya pelawaan budak botak bertiga ini disambut baik oleh rakan-rakan saya.

Selepas 21 jam perjalanan dari Rize ke Iskenderun, tiba-tiba mereka disambut oleh kanak-kanak itu dengan secawan teh panas. Aduh, tentunya enak sekali. Badan yang lenguh di sana sini, ditambah pula dengan cuaca yang agak sejuk pagi itu, seteguk teh Turki memang seperti kur

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 28, 2009 08:38

July 25, 2009

Perjalanan Panjang Mengenal Hati Budi Orang

[image error]

"Kalau kami ikut anta ke Turki, boleh?" tanya Rasyid dan Sobri.

"Apa salahnya. Boleh sahaja," saya membalas.

Setelah dua kali terbang ke Turki, saya seakan-akan bertemu dengan satu dimensi baru kehidupan. Minat yang tinggi untuk mengkaji keunikan Turki pada akar umbi Othmaniyyah semakin memuncak. Dalam tempoh sekitar empat bulan, saya sudah mengumpul puluhan buku berkaitan Othmaniyyah, sama ada buku yang menyokong, neutral atau menentang. Asalkan ada sahaja topik berkaitan Othmaniyyah, pasti saya

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 25, 2009 18:47

July 23, 2009

Nasihat Yang Menghasilkan Diam

[image error]

Kalaamuna lafzun mufeedun kastaqim…

Itu petikan daripada Alfiyyah Ibn Malik, kitab yang digunakan semasa belajar Nahu Arab.

Kalam di sisi kami ialah lafaz yang bermanfaat seperti, "beristiqamahlah!"

Ibn 'Aqil mensyarahkan Alfiyyah Ibn Malik dengan penjelasan yang menarik. Menurut Ibn 'Aqil, KAMI yang dimaksudkan di dalam bait syair di atas ialah Ahli Nahu. Kata Ahli Nahu, "di sisi kami apa yang dikatakan sebagai kalam ialah lafaz-lafaz yang bermanfaat". Contohnya ialah 'istiqamahlah'.

Bagaimanakah l

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 23, 2009 22:03

July 22, 2009

Akhirnya Kutemui Nilai Ukhuwwah

[image error]

KEJUTAN DI BURSA

"Boleh saya tahu, awak dari negara mana?" tanya lelaki itu kepada kami berdua.

Saya dan Nushi sedang khusyuk menghabiskan nasi untuk makan malam.  Cuaca sungguh sejuk dan kami baru sahaja turun ke bumi selepas puas melayan salji dan ski di puncak Uludag.

Demi menjimatkan bajet, kami tidak makan tengah hari. Masalahnya, makan malam sepinggan menjadi dua pinggan. Tidak ke mana juga jimatnya.

"Malezya," saya menjawab.

"Muslimkah kamu?" soal seorang lagi lelaki di sisi.

"Muslim, Alhamduli

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 22, 2009 07:35

July 21, 2009

Mencari Sakinah di Bumi Khilafah

[image error]

"Selepas ini kalau boleh makcik mahu ke Syria dan Turki," kata Makcik Ina.

"Bagus perancangan itu. Makcik nak guna jalan darat atau jalan udara?" saya bertanya.

Ketika itu, Syria bukanlah sebuah negara yang mudah untuk ditembus masuk oleh orang Malaysia. Kebarangkalian untuk kemasukan ditolak di pintu-pintu imigresen negara itu amat tinggi.

Sebabnya masih misteri.

"Aunty nak pergi ke Syria ikut jalan darat. Tetapi nanti dari Syria elok ke Istanbul dengan pesawat. Jauh sangat untuk sampai ke Istanbul

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 21, 2009 01:03

July 20, 2009

Pengantar Sejarah Islam: Kisah Ashaab al-Kahf

[image error]

Hampir seminggu saya tidak mengemaskinikan blog. Tempoh paling lama blog ini tidak diisi dengan bahan yang baru.

Biar pun semangat masih tinggi dan membara menyambut kedatangan cahaya mata keempat, baru tersedar yang usia sudah memanjat tangga senja, kudrat tidak sehebat pengalaman menyambut anak pertama, kemudian kedua dan kemudian ketiga.

Saya tidak mahu pengunjung 'membayar masa' yang merupakan sebahagian umur mereka, masuk ke blog Saifulislam.Com tetapi tidak mendapat sebarang pengisian baru.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 20, 2009 02:22

July 15, 2009

Selamat Tiba Ahmad Muizzuddin

[image error]

Alhamdulillah…

Itulah semulia-mulia kalam yang selayaknya seorang hamba seperti saya ucapkan.

Ummu Saif sudah selamat bersalin. Penantian selama 9 bulan, penuh debaran dan cabaran, sempurna dengan begitu baik petang tadi.

PETANG YANG MENDEBARKAN

Saya tidak dapat berkejar ke hospital dengan segera kerana banyak urusan pengubahsuaian kerja yang perlu dibuat. Ada yang terpaksa dipinda tarikh, ada yang dibatalkan, dan tidak lupa, beberapa nama ustaz alternatif perlu dicari dan diperpanjangkan kepada pen

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2009 08:59

July 14, 2009

Maaf Atas Pembatalan… Doakan Kami

[image error]

Sudah beberapa ceramah terpaksa saya batalkan dalam sehari dua ini.

Termasuk juga ceramah al-Isra wa al-Mi'raj di Surau al-Munir Taman Equine malam ini.

Maafkan saya kerana, sebagaimana yang telah saya maklumkan awal-awal lagi, kesemua ceramah di bulan Julai khususnya di minggu kedua hingga hujung bulan ada risiko pembatalan. Itulah sebabnya kalendar saya pada bulan Julai menyejukkan mata para penjemput ceramah kerana banyak kotak kosong.

Ia kosong bersebab.

Isteri saya sudah berada di wad selama be

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 14, 2009 19:30

July 13, 2009

Pengajian Islam Sudah Tidak Relevan?

[image error]

Tiada siapa menafikan.

Ilmu agama pada hari ini sangat mudah diperolehi. Segalanya berada di hujung jari.

Tidak perlu lagi bermusafir ribuan batu untuk menyemak status riwayat yang diperolehi, kesusahan itu sudah banyak dihilangkan oleh kemudahan-kemudahan yang terhasil dari kecerdikan manusia berfikir dan bekerja. Terima kasih kepada segala kemudahan ini. Bermula daripada bekalan elektrik, alat elektrik, surat elektronik dan semua yang terangkum di dalam slogan efektif, efisyen, pantas, tepat dan

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 13, 2009 09:25