Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 141
May 22, 2009
Pelancaran Produksi Teledrama CINTA SEMPURNA
[image error]
Alhamdulillah.
Itulah sebaik-baik kalimah untuk saya ungkapkan rasa syukur atas sempurnanya majlis Taaruf dan Taklimat Teledrama CINTA SEMPURNA, siang tadi di Hotel Shangri La Putra Jaya.
Saya dan Al-Adib bergegas ke Putra Jaya selepas solat Jumaat di Masjid UKM. Kami tiba lewat 10 minit, namun lega kerana majlis belum bermula. Sempat juga saya serahkan 3 episod skrip drama tersebut yang telah diberus untuk menambah rempah ratusnya, selepas siap terhidang hasil buah tangan Ustaz Zabidi Mohamed, si
May 21, 2009
Hari-Hari Hitam Dalam Hidupku
[image error]
“Emak baru dapat surat ini. Biasiswa kamu digantung!” kata emak di corong telefon.
Jantung saya berdegup kencang. Terasa gelap dunia di sekeliling.
“Macam mana boleh jadi macam ini? Emak tak mampu nak tanggung kamu,” emak menangis.
Kalaulah ibu saya berada di depan mata, mahu saja saya memeluknya untuk mententeramkan dia. Tetapi ibu jauh di seberang lautan. Di kampung halaman, ditimpa perasaan tatkala menerima sepucuk surat berpuaka yang mengubah hidup saya.
Saya tidak takut. Saya tidak membuat apa-
May 20, 2009
Saya Tidak Suka Buku Ustaz Sebab…
Begitu banyak pandangan dikongsi bersama oleh pembaca selepas saya siarkan email di bawah tajuk, “MAAF SAYA TIDAK SUKA BUKU USTAZ”. Alhamdulillah, pandangan-pandangan yang dikemukakan itu banyak yang boleh dijadikan bahan berfikir. Seperti yang telah dijelaskan, tujuan saya berkongsi email berkenaan bukanlah untuk meluahkan rasa tidak puas hati atau tersinggung.
Jauh sekali!
Ia adalah untuk dijadikan bahan kita renungkan, bahawa menegur itu sebuah kebaikan, tetapi ia hanya jadi kebaikan apabila i
May 19, 2009
Maaf Saya Tidak Suka Buku Ustaz!
Ketika saya kehilangan momentum menulis, ada sahaja benda menarik yang datang ke dalam hidup untuk mencetuskannya kembali. Salah satu daripadanya adalah sebuah email jujur dan berterus terang yang saya terima hari ini.
Email itu ringkas, tetapi menarik untuk dijadikan kudapan minda semua.
Seperti biasa, saya kekalkan identiti penghantarnya sebagai anonimus dan jawapan balas saya juga diubah suai sedikit untuk kesesuaian penyiaran di blog.
Salam..
Maaf saya tidak pasti di mana saya nak buat komen ten
May 18, 2009
Teladan Ashab al-Ukhdood: Sebuah Permulaan
[image error]
Saya telah memetik kisah Nabi Yusuf ‘alayhi al-Salaam di dalam Surah Yusuf, untuk disyarahkan selama setahun dalam siri kuliah Pengantar Sejarah Islam di Surau al-Naim, SS5 Wangsa Maju. Ia adalah contoh kisah yang diperincikan oleh al-Quran, berkaitan dengan tabiat serta tingkah laku manusia yang tidak mungkin ditemui di dalam catatan-catatan berkaitan Sejarah yang lain.
Subjek utama Sejarah adalah manusia.
Allah Subhanahu wa Ta’aala sangat banyak menonjolkan kepada kita hal-hal yang tersirat berk
May 17, 2009
Forum Setitis Air Mata Ibu
[image error]
Alhamdulillah, forum SETITIS AIR MATA IBU telah selesai berlangsung siang tadi.
Saya suka kepada forum, biar pun kepuasan bertindak sebagai penyampai lebih terasa di dalam ceramah. Saya suka kepada forum kerana semasa ‘mengajar’, saya banyak juga ‘belajar’ terutamanya dengan gandingan panelis yang hebat, seperti Dr. Robiah K. Hamzah.
Ini adalah kali ketiga saya digandingkan dengan Dr. Robiah.
Kali pertama adalah di pentas Maulid al-Rasul di Masjid Jumhuriyah di Taman Dato’ Harun, PJ. Ketika itu, sa
May 14, 2009
Khutbah Jumaat: Takut Yang Sudah Tercabut Itu
[image error]
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Sifat takut, adalah salah satu daripada cabang naluri atau fitrah manusia. Allah Subhanahu wa Ta’aala mencampakkan rasa takut ke dalam diri manusia, salah satu tujuannya adalah untuk menjadi alat yang menyelamatkan manusia daripada kemudaratan.
Takut kepada panas, menyelamatkan manusia daripada tercedera memegang api.
Takut kepada penyakit dan kesakitan, menjadikan manusia berusaha lebih untuk menjaga kesihatan.
Takut kepada rompakan dan kehilangan, manusia akan
May 12, 2009
Dialog Gen-Y: Antara Iman dan Kufur
[image error]
“Susah betul saya nak datang program ini, ustaz” kata Salina.
“Kenapa tu?” saya bertanya.
“Mama dengan Papa bergaduh tentang program ini. Papa suruh saya datang. Tetapi Mama tak bagi” ceritanya.
Telus.
“Boleh ustaz tahu, kenapa Mama awak tak beri awak ikut program ini?” saya melanjutkan perbualan.
“Mama tak suka anak dia pergi program-program yang ada video mati-mati ni, ada menangis-menangis dalam gelap dan lain-lain. It’s kinda stupid!” jawab Salina tanpa berselindung-selindung.
“So, what do you th
May 11, 2009
Sesekali Tumpas Juga
Saya menghabiskan masa lebih 2 jam menulis.
Entah di mana silapnya, apabila artikel itu selesai dan saya menekan butang publish, ia hilang begitu sahaja.
Sakit tangan bercampur sakit kepala…
Sesekali tumpas juga.
Tiga kesilapan besar yang berlaku dalam seminggu.
Pertamanya, saya tertinggal kunci di Kulim. Sesuatu yang belum pernah berlaku di sepanjang hidup ini.
Keduanya, saya telah secara tidak sengaja menyetujui dua program dalam satu masa pada Ahad 17 Mei ini. Hal ini sangat dikesalkan dan saya be
May 10, 2009
Ihsan Dalam Sebuah Kehidupan
[image error]
“Beribadahlah kamu seakan-akan kamu melihat Allah. Jika kamu tidak sampai kepada upaya itu, maka sekurang-kurangnya rasakanlah yang Allah itu melihat kamu”
Ungkapan tinggi seorang Nabi, pada hadith Islam, Iman dan Ihsan itu, saya baca berulang kali.
Beribadah seakan kamu melihat Allah.
Tidak sukar untuk saya fikirkan, betapa besarnya kesan beribadah di dalam solat, atau beribadah di dalam pekerjaan dan muamalat, jika diri sampai merasa melihat Allah.
Seumpama saya diberi soalan peperiksaan oleh pens