Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 140
June 5, 2009
Seminggu Sendirian
[image error]
Sudah seminggu Ummu Saif ditahan di wad.
Hujung minggu ini, cadangannya ialah untuk mengambil ‘cuti’ pulang ke rumah sehari dua sebelum kembali ke wad. Tetapi doktor pakar yang menyelia Ummu Saif ke Sabah. Mungkin ke kawasan yang tiada liputan telefon. Doktor pakar berkenaan gagal dihubungi dan Ummu Saif perlu melupakan hasratnya pulang bercuti ke rumah.
Seminggu seterusnya, kekal di wad. Di kotak empat segi berdinding langsir berwarna merah jambu.
Warna yang lembut untuk wanita.
Tetapi warna yang j
June 4, 2009
Salah Kerana Terbabit Atau Enggan Terbabit?
[image error]
“Astaghfirullah!” kata Ali.
“What?” Sam terkejut disampuk.
“Itu!” kata Ali sambil menunding jari ke tangan Sam.
“What?” Sam masih kebingungan.
“Tak baik minum guna tangan kiri!” tegas Ali, bersungguh-sungguh.
“Oho… I thought you nak marah I pasal beer ni!” Sam menarik nafas lega. Gelas beralih tangan.
Bagaimanakah dialog di atas menyuntik bingung ke fikiran anda? Ia mungkin bukan kisah benar, tetapi kisah yang sekata dengannya berlaku saban hari dalam kehidupan kita. Hilang keutamaan dan gagal menentu
June 2, 2009
Pengumuman, Esok Cuti!
[image error]
“Abang, buat pengumuman. Esok cuti” kata Khairul, seorang pelajar Tingkatan 2.
“Mana anta tahu?” saya bertanya.
“Abang Karim pesan, dia minta abang buatkan pengumuman sebab abang Imam malam ini” jelas beliau.
Saya teragak-agak.
Pelajar yang mendengar perbualan saya dengan Khairul sudah melonjak gembira. Kebisingan mereka menekan saya.
“Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakatuh. Saya nak buat satu pengumuman. Esok cuti!” saya terketar-ketar membuat pengumuman di mikrofon.
“Hoooraayyy!!!” para pelaja
Sidang Media Drama CINTA SEMPURNA
[image error]
Alhamdulillah, penggambaran drama CINTA SEMPURNA berjalan lancar. 300 orang warga kerja terbabit sama, ia suatu produksi yang boleh dikira besar.
Saya banyak mengikuti perkembangan mengenainya dari halaman blog Ustaz Zabidi Mohamed selaku penulis skrip, juga blog rasmi untuk drama CINTA SEMPURNA ini iaitu di oasis-cintasempurna.blogspot.com.
Hari ini, produksi drama CINTA SEMPURNA mengadakan Sidang Media di salah sebuah lokasi utama penggambaran iaitu di Sri Rahmat, kediaman Datuk Abul Hasan yang
May 31, 2009
Berkalau-kalau Amalan Syaitan
[image error]
“Argh… tiga puluh Hadith dengan matan dan sanad, campur syarahnya lagi… rasa nak meletup kepala!” saya mengomel sendirian di dalam bilik.
Nota-nota subjek Hadith II sudah selesai saya baca. Ditambah pula dengan subjek Fiqh Hubungan Antarabangsa yang juga peperiksaan kedua semester ini berlangsung pada hari yang sama. Sepanjang malam saya sesak dada dan sesak kepala mahu menghadam semua itu. Tidak cukup dengan peperiksaan, hari ini juga merupakan giliran saya membentangkan assignment subjek Hak-ha
May 30, 2009
Rindu Bau Pohon Tin: Peringatan Bukan Tohmahan
[image error]
Menulis buku Rindu Bau Pohon Tin, merupakan proses menulis yang paling sukar buat saya.
Secara kronologi, saya mula menulis tentang pengalaman berkelana di bumi Syam, agak lewat berbanding dengan tulisan saya tentang Turki dan Eropah. Kesulitan menulis tentang pengalaman hidup di Jordan adalah akibat daripada susahnya proses mempositifkan apa yang berlaku.
Setelah segala yang pahit dan hitam disunting menjadi manis dan cantik berseri, beberapa artikel saya hasilkan. Bukan sekadar mahu menghidangka
May 29, 2009
Musibah Itu Rahsia Kebaikan
Tiga cahaya mata.
Setiap satunya mempunyai kisah yang tersendiri.
Kedatangan cahaya mata pertama, tentu sahaja penuh dengan rasa teruja. Kelahirannya disambut dengan seribu kesyukuran. Tambah pula, lahirnya di negeri orang. Jauh dari kebiasaan pantang larang, jauh dari saudara mara.
Selang dua tahun, rezeki Allah bertamu lagi.
Cahaya mata kedua, jadinya di negeri orang, tibanya di halaman sendiri. Anak perempuan, menjadikan buah hati jadi sepasang. Lahir dengan sempurna, biar pun dalam suasana kelam
May 27, 2009
Berpelajaran Tidak Berpendidikan
[image error]
“Ramai yang beranggapan bahawa kalau belajar Sains dan Matematik, boleh jadi kaya. Boleh buat duit. Orang sudah tidak pentingkan bidang Sejarah, bidang Geografi. Geografi sudah hampir tiada di sekolah sebab ia tidak mendatangkan keuntungan”, rungut Prof. Khoo Kay Kim dalam Buletin Utama malam tadi.
Saya tidak mampu berkata apa-apa kecuali mengangguk dan terus mengangguk.
Mengangguk setuju dan mengangguk kecewa.
Hari ini Buletin Utama membangkitkan isu kegagalan sistem pendidikan kita berfungsi mela
May 26, 2009
Buntunya Bapa Terhadap Pendidikan Anaknya
[image error]
Ini kelemahan terbesar saya.
Saya tidak pandai mengajar anak mengulangkaji pelajaran.
Saya boleh mengorek banyak benda daripada jiwa dan minda anak, tetapi untuk mengajarnya mengulangkaji pelajaran, ia sangat sulit. Mungkin itulah yang saya warisi daripada zaman kanak-kanak saya. Saya tidak pernah dipaksa belajar, tetapi saya belajar sendiri. Saya membaca buku murid darjah 3 semasa saya di darjah 1. Saya belajar sesuka hati, dan itulah cara belajar saya untuk keputusan-keputusan peperiksaan saya d
May 24, 2009
Pemenang Soalan Terganjil
[image error]
“Ustaz, saya nak tanya soalan” kata seorang wanita berpangkat kakak.
Wajahnya kelihatan sugul.
“Boleh, silakan,” saya tersenyum.
Lama beliau berbaris menunggu peluang untuk bertanya soalan. Pemandangan biasa yang menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan saya tatkala menyampaikan ceramah di sana sini. Saya faham, biar pun saya tidak pernah jemu membuka ruang-ruang soalan di sepanjang sesi, sudah menjadi kebiasaan ramai hadirin yang memilih untuk berjumpa secara peribadi selepas kuliah berakhir.
“S