Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 130
October 27, 2009
Persaudaraan Syaitan Bersyiarkan Halloween
[image error]
Belfast Castle yang 'menyeramkan'
"Imam, apa nasihat awak kepada anak-anak kami supaya mereka tidak sibuk menyambut Halloween hujung minggu ini?" tanya seorang bapa kepada saya.
Beliau sedang menunggu Sunday School tamat tengah hari itu untuk mengambil si anak.
"Sulit. Aktiviti membuat kostum, menyiapkan bakul gula-gula, melukis poster, mengukir labu, semua itu sangat menarik perhatian anak-anak, bukan? Tempting!" saya membetulkan ketayap di kepala.
"Betul, Imam. Memberitahu anak-anak bahawa...
October 25, 2009
Berubahlah Untuk Memimpin Perubahan – II
[image error]
ISLAM memimpin perubahan.
Tetapi MUSLIM itulah yang merealisasikan slogan tersebut.
Justeru cita-cita PAS untuk memimpin perubahan yang sedang pesat melanda kehidupan semasa kita, amat bergantung kepada sejauh manakah integriti dan daya kompetensi pendukungnya yang MUSLIM itu.
Sesungguhnya tidak mudah untuk mengendalikan sebuah gerakan sebesar PAS di Malaysia. Dengan keahlian mencecah sejuta, sebahagiannya menyertai PAS dengan kefahaman Tarbiyah, manakala sebahagian yang lain menyertainya ...
October 23, 2009
Rumahtangga Hilang Perencah Kata
[image error]
"Assalamualaikum," sang suami memberi salam tatkala menjengah di muka pintu usai pulang daripada kerja.
"Waalaikum al-salaam. Abang tolong petik suis kipas tu," jawab si isteri yang sedang membedakkan anaknya.
Wajah suami menjadi kelat.
Suis dipetik, tetapi cerianya di muka pintu tadi terbang melayang.
"Ina sakit kepalalah. Agaknya sebab kopi yang Ina minum petang tadi. Banyak kafien," adu sang isteri sambil memicit-micit kepalanya.
"Ayang ada nampak tak butang baju melayu abang? Rasanya semalam a...
October 21, 2009
Belasungkawa Anakanda Nur Fatimah
[image error]
Almarhumah anakanda Nur Fatimah bersama ibu dan bapanya, Ukhti Khadijah Ismail dan Ustaz Mohd. Ramadhan Fitri Elias [kredit sumber]
Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji'oon…
Saya kehilangan perkataan. Terlalu sedih tatkala menyambut berita pagi ini.
Anakanda Nur Fatimah, cahaya mata pertama buat sahabat seperjuangan saya Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias dan Ukhti Khadijah Ismail, telah bertemu dengan janji Allah kepadanya. Setelah dua minggu bertarung nyawa di ICU Hospital Putra Jaya, anakanda...
Belasungkawa Ustaz Ramadhan Sekeluarga
[image error]
Almarhumah anakanda Nur Fatimah bersama ibu dan bapanya, Ukhti Khadijah dan Ustaz Mohd. Ramadhan Fitri [kredit sumber]
Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji'oon…
Saya kehilangan perkataan. Terlalu sedih tatkala menyambut berita pagi ini.
Anakanda Nur Fatimah, cahaya mata pertama buat sahabat seperjuangan saya Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Ilyas dan Ukhti Khadijah, telah bertemu dengan janji Allah kepadanya. Setelah dua minggu bertarung nyawa di ICU Hospital Putra Jaya, anakanda Nur Fatimah telah...
October 19, 2009
Tiket Murah Maruah Pun Murah
[image error]
Iklan mempunyai pengaruh yang besar.
Setiap produk atau perkhidmatan, tidak akan berasa lokek untuk berbelanja besar bagi tujuan iklan dan promosi.
Iklan yang bagus adalah iklan yang ringkas dan padat, memiliki unsur catchy yang boleh menjadikan apa yang dipaparkan, biar pun hanya beberapa saat, lekat di minda sedar dan separuh sedar penonton. Imej itulah yang akan melintasi pemikiran, setiap kali penonton itu memakai kasut pembeli.
Penampilan iklan di televisyen mengalami perkembangan yang...
October 17, 2009
Menyelesaikan Pergaduhan Anak-anak
[image error]
Nak gaduh?
"Yop, kenapa Yop bergaduh dengan kawan-kawan tadi tu?" saya menepuk bahu Saiful Islam.
Beliau memuncung.
Enggan berkata-kata.
"Yop, kenapa gaduh?" Imad menyampuk, meniru soalan saya kepada abangnya.
"Ha ah, kenapa Yop gaduh tadi?" Naurah pun membabitkan diri sama.
Menambah tekanan ke atas abang mereka yang masih 'berasap kepala'.
"Janganlah tanya Yop macam tu. Pening kepala dia. Biar abi sahaja yang tanya" saya mengarahkan Imad dan Naurah duduk kembali di kerusi belakang serta memasang...
October 15, 2009
Anak Ana Confuse Bahasa La!
[image error]
"Jadi ustaz bercakap dengan anak-anak dalam Bahasa Arablah, ya?" tanya Azmi, rakan saya.
"Err!!!" saya tergamam.
Kami berbual sambil melihat kerenah anak-anak bermain. Sudah agak lama saya tidak bertemu dengan beliau.
"Memang kena dalam Bahasa Arabkah?" saya bertanya.
"Rugilah, ustaz. Kalau dah boleh kuasai Bahasa Arab, rugilah kalau tidak berpindah ke anak-anak. Umminya pula tentu boleh sampaikan Bahasa Inggeris ala-ala Irish!" jawab Azmi, merasionalkan soalannya kepada saya tadi.
Saya tidak...
October 14, 2009
Ziarah Orang Buku
[image error]
Menerima kunjungan saudara Ikram Wazir, Editor Kanan PTS Millennia Sdn Bhd
"Jadi, di sinilah tempat ustaz menulis dan menyiarkan Saifulislam.Com?" tanya Syakir.
"Lebih kurang. Tetapi menulisnya di sana sini" saya menyambut pertanyaan.
"Saya tertarik dengan satu aspek perpustakaan ustaz" tambah Ikram pula.
"Aspek yang mana tu?" saya meminta kepastian.
"Bukunya macam-macam. Daripada buku Speeches That Changed the World, novel Maryamah Karpov dan buku akademik sampailah ke kitab-kitab Arab" ujar...
October 13, 2009
Telephonophobia: Kenapalah Tak Angkat Telefon?
[image error]
"Hoi, angkatlah telefon. Susahlah nak bisnes macam ini!" jerit sebuah sms yang saya terima.
Marah betul penghantar sms itu. Bukan orang lain pun. Kawan saya juga.
Masalah jarang mengangkat telefon telah menimbulkan banyak rasa tidak puas hati pelbagai pihak kepada saya. Ada yang meninggalkan pesan berbunyi kecewa, ada yang terus berputus asa, ramai juga yang memaki hamun, sama ada di dalam sms, mahu pun pun mel suara.
Kenapa saya jarang mengangkat telefon?
Agak susah untuk saya menjawab soalan...