Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 122

February 25, 2010

Sedutan Buletin Utama TV3 Sempena Maulid al-Rasul

[image error]

Terima kasih kepada saudara Izwan Azir Saleh kerana memberi ruang untuk saya berkongsi sedikit pandangan untuk siaran Buletin Utama segmen Laporan Khas Sempena Maulid al-Rasul 1431H.

Bersiaran pada hari Khamis 25 Februari 2010, rakaman dibuat di Surau al-Ulum, Seksyen 9 Kota Damansara.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

68000 AMPANG



...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 25, 2010 07:51

Erti Kedatangan 12 Rabi' ul-Awwal

[image error]

Sejurus selepas kewafatan Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam, Abu Bakr mengajak Umar, "ayuh, mari kita ke rumah Ummu Ayman".

Selepas disampaikan berita kewafatan Nabi sallallaahu 'alayhi wa sallam, Ummu Ayman menangis dengan tangisan yang berat.

"Apakah yang ibu tanggung dalam tangisanmu wahai Ummu Ayman? Apakah tidak ibu ketahui bahawa apa yang ada di sisi Allah itu adalah jauh lebih baik buat Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam?" Abu Bakr dan Umar cuba mencungkil beban hati Ummu...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 25, 2010 06:13

February 23, 2010

Masih Terhalang Daripada Mengemaskinikan Blog

[image error]

Sukar sekali untuk saya mencari masa menulis.

Menulis yang menjadi salah satu kewajipan hidup saya. Bukan lagi menulis untuk suka-suka biar pun saya tidak berhenti menyukai penulisan.

Ada bahagian yang banyak untuk dilangsaikan dalam bentuk artikel. Namun saya kesempitan masa yang luar biasa. Wahai Allah, Tuhan yang al-Waasi', mohon diluaskan detik-detik yang hadir dengan keberkatan daripada-Mu.

Dalam merenung pesan Hasan al-Banna bahawa kewajipan kita jauh lebih banyak berbanding masa...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 23, 2010 10:52

February 18, 2010

Di Sebalik Cinta Tanpa Syarat Itu

[image error]

Source: gadgetheat.com

"Anak-anak, dalam kereta duduk elok-elok. Pakai tali pinggang. Bahaya kalau berdiri" saya mengomel.

Naurah dan Imad berada di kerusi belakang.

Mereka berebut makanan yang saya beli semasa ke UTP sehari sebelumnya. Ada kerepek pisang tergantung di belakang.

"Allah, lupa pula yang hari ini Yeop ada kelas Taekwondo" saya merungut sendirian semasa melihat murid-murid Khalifah Model School rancak berlari mengelilingi premis KMS dengan pakaian lengkap mereka.

Kereta saya...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 18, 2010 11:05

February 17, 2010

Arah Tuju Sebuah Cinta: Forum Bersama Kang Abik

[image error]

Moderator Dr. Raja Ahmad Iskandar bersama panelis Ustadz Habiburrahman el-Shirazi dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

"Pernikahan itu harus ada visi dan misi yang dikongsi bersama," Kang Abik memulakan bicaranya.

Program menerima sambutan yang menggalakkan daripada warga Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan institusi sekitar negeri Perak.

"Al-Quran itu sendiri sudah memaparkan empat jenis perkahwinan yang bersangkutan soal visi dan misi," aktivis juga novelis luar biasa dari tetangga Indonesia...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 17, 2010 18:09

February 16, 2010

Tetamu Dataran Syam Versi PERTAMA 2010

[image error]

Era 1990′an, bumi Jordan kaya dengan nasyid.

Sekurang-kurangnya ada tiga kumpulan nasyid yang utama pada ketika itu. Juga, setiap kumpulan nasyid itu aktif mencipta lagu sendiri setiap kali membuat persembahan. Justeru nasyid-nasyid yang dihasilkan pada zaman itu adalah alat rakaman yang merekodkan pelbagai kenangan, cerita, peristiwa, suka dan duka, asam garam hidup yang ditempuh oleh anak Malaysia di perantauan.

Mungkin dalam banyak-banyak nasyid yang pernah saya hasil dan karangkan, nasyid T...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 16, 2010 07:31

February 15, 2010

Zero to Hero

[image error]

"Apabila ana sampai ke Jordan, terasa kosong. Sampai hilang kemampuan bercakap," Ustaz Ridzuan meluahkan isi hatinya.

Kami duduk bersimpuh mengadap pemanas untuk melawan cuaca sejuk di perkampungan Mu'tah.

Setelah enam bulan tidak ketemu, saya berasa sangat berbesar hati dapat bertamu di rumah beliau. Teman seperjuangan di dalam dunia kerjaya sekembalinya saya ke tanah air, Ustaz Ridzuan yang tidak pernah lemah semangat untuk menyambung pengajian akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke bumi...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 15, 2010 18:34

AAC Dan KCB Bersama ATN

[image error]

Saya baru pulang dari Jordan setelah seminggu di sana.

Namun peluang untuk belajar dan berkongsi pengalaman bersama tokoh-tokoh hebat mesti dioptimumkan.

Saya menerima jemputan melalui YB Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah untuk menggandingkan saya bersama Ustaz Habiburrahman el-Shirazi dalam satu forum di Kelantan pada 14 Februari 2010, tetapi tarikh itu masih milik Jordan kerana saya belum pulang ke Malaysia.  Terkilan juga sedikit sebanyaknya dengan peluang yang terlepas itu.

Akan tetapi, aturan...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 15, 2010 16:20

February 14, 2010

Urdun Kulepaskan Dalam Kedamaian

[image error]

Kenangan itu adakalanya mengundang senyuman.

Terkenang biri-biri menyagat badan di tembok kegatalan.

Hidung dicucuk bau hamis kencing keldai di lorong ke kedai roti.

Sesekali diganggu anak Arab yang comot penuh debu.

"Anta Kuri? Anta Yabani? Anta Shini?" tanya mereka.

Adakalanya berbunyi comel. Sesekali mahu juga disiku dahi.

Tetapi di celah-celah keindahan itu, ada segumpal perasaan yang sulit diungkapkan oleh kata-kata. Kenangan yang mengundang senyuman itu, berubah pula menjadi beban. Seperti d...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 14, 2010 06:26

February 10, 2010

Allah Akan Membuktikan Isi Hatimu

[image error]

"Bumi Jordan ini adalah sebahagian daripada apa yang disebut Allah alladzee baaraknaa haulahu!" saya berbicara bersama sekumpulan anak muda, mengisi masa.

"Dan mungkin salah satu daripada keberkatan itu, adalah pada menyelidiki isi hati masing-masing selama menghuninya. Seperti kisah seorang Arab Badwi di zaman Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam," bersama mereka, kami membuka sila untuk berbicara.

TELADAN SIRAH

Suatu ketika, seorang Arab Badwi datang kepada Baginda sallallaahu 'alayhi wa s...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 10, 2010 20:48