Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 111
September 2, 2010
Jemputan Buat Yang Sudi
[image error]
"Nak masuk Syurga?" seorang penyoal menyoal.
"Ada ke orang yang tidak mahu ke Syurga?" yang disoal kehairanan.
"Ada!" jawab penyoal.
"Siapa?" yang ditanya pula bertanya.
"Siapa yang mentaati Nabi, masuk ke Syurga. Siapa yang mendurhakai baginda, itulah orang yang tidak sudi. Tidak kepingin mendamba Syurga" balas sang sahabat.
Biar pun hadith yang satu ini bukan bersempenakan Ramadan, namun kena benar untuk ia ditanya pada beberapa hari Ramadan yang berbaki ini:
[image error]
Daripada Abu Hurairah radhiyallaahu...
August 31, 2010
Bintang Ramadan di Tanah Kepulangan
[image error]
"Mr. Imam, bolehkah awak bacakan saya mana-mana kenyataan al-Quran yang bercakap tentang Mary?" Anthony bertanya kepada saya.
"Boleh. Sebentar ya. Saya ambilkan terjemahan al-Quran di situ" saya menyambut permintaannya.
Pagi itu saya menerima kunjungan Anthony, seorang pemuda Katholik.
Beliau menyatakan minatnya untuk mendalami Islam. Saya berbesar hati menerimanya, apatah lagi Anthony bermazhab Katholik. Amat sukar untuk bertemu dengan seorang Katholik yang memeluk Islam di Belfast.
Pagi...
August 30, 2010
PERISTIWA MERDEKA 2007
[image error]
Sebahagian peserta dan AJK Peristiwa 2007
Saya amat menghargai aplikasi Win-Win sahabat-sahabat di Perth yang menyusun sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50 agar seiring dengan PERISTIWA 2007.
Oleh kerana pada tarikh berkenaan sahaja yang saya bercuti semester di UIA, maka PERISTIWA 2007 berlangsung pada Hari Kebangsaan. Kesediaan pihak penganjur memberikan peluang kepada anak-anak muda kita Perth memperolehi manfaat daripada kedua-dua PERISTIWA 2007 dan Malam Merdeka ini, amat bermakna...
Bertuahkah Islam Mendapat Melayu?
[image error]
Malam ini aku menangis.
Qiyam Ramadan aku beriring sendu.
Aku tidak dapat menahan rasa sedih dan kesal, bagai ada batu besar terbuku menjadi beban di lubuk hatiku.
Rasa terkilan itu juga bersulam silang dengan rindu.
Aku rindu pada saat-saat kelanaku di bumi yang amat jauh dan terpencil daripada dunia Islam. Merindui Ramadan di kelana dakwahku semasa menggalas tugas mengimamkan umat di tapak krisis Protestant – Katholik itu.
Di bumi Ulster.
Kenanganku kepada Ramadan di Belfast bukan pada...
August 27, 2010
Berdusta Terhadap Nabi Atau Berdusta 'Untuk' Nabi?
Bismillah ar-Rahmaan ar-Raheem.
Sabda Nabi Sallallahu 'alayhi wa Sallam:
من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
"Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api Neraka"
Hadith di atas diriwayatkan oleh lebih 70 sahabat secara langsung dari Nabi Muhammad sallallaahu 'alayhi wa sallam dan ia merupakan contoh paling tepat berkenaan dengan Hadith Mutawatir, iaitu hadith yang diriwayatkan oleh sekumpulan perawi dengan jumlah yang tidak masuk akal ...
August 25, 2010
Busana Muslimah: Di mana Islamnya?
"Ayah, emak, saya sudah memakai hijab seperti yang kalian suruh. Bye-bye!"
Bagaimanakah tatacara melabel sesuatu sebagai Islamik (HALAL)?
Apakah ada garis ukurnya, atau bergantung kepada intepretasi bebas masing-masing?
Ketika masyarakat berdepan dengan pelbagai ancaman ajaran sesat yang lazimnya berpaksikan sesuatu yang ritual, mistik dan terpencil daripada kehidupan massa, kita juga sedang mendepani kekeliruan-kekeliruan yang berada di dalam arus perdana. Sesuatu yang jarang dilihat sebagai...
August 24, 2010
Busana Muslimah Kehilangan Arah

Separuh Masa Kedua Piala Taqwa!
[image error]
"Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa" [al-Baqarah 2: 183]
Sahabat,
Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak, separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan...
Pandangan 2 Sen Untuk Menjaga Harga Diri
[image error]
"Kalau kertas jawapan pelajar terbaik di hadapan kamu sudah terhulur begitu, mengapa tidak meniru?" saya bertanya.
Peserta tersenyum-senyum.
"Tirulah! Bukan salah kita. Salah kertas itu. Dia yang terjulur keluar!" saya menyambung provokasi.
Hadirin ketawa. Mereka bukan murid sekolah. Mereka adalah ibu-ibu dan bapa-bapa murid di sebuah badan korporat.
"Jika semasa berpuasa, anda tidak tergamak untuk menelan air shower yang termasuk ke mulut semasa mandi, mudah-mudahan anda juga tidak akan berani m...
Pandangan 20 Sen Untuk Menjaga Harga Diri