Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 107
December 1, 2010
Ibrah #6 di Perth: Sempadan Antara Alam
Melihat kangaroo mati dilanggar kereta di lebuhraya persisiran Lautan Hindi menuju Lancelin, burung cassowary liar mematuk serangga di dataran rumput yang luas, kemudian terserempak dengan gurun kering dan kontang, kemudiannya pantai dan lautan yang luas, pelbagai bentuk alam harmoni bersempadan, sebagaimana harmoninya sempadan alam Dunia dan alam Akhirat. Jangan terkejut semasa melintasinya…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Lancelin Town, Western Australia
Ibrah #5 di Perth: Semakin Dekat Dengan-Nya
Berdamping dengan alam lebih bahagia berbanding berdamping dengan bangunan pencakar langit. Bangunan dibuat oleh manusia yang dibuat oleh Allah, manakala alam pula dibuat oleh Allah secara langsung dengan 'sentuhan'-Nya. Semakin 'dekat' dengan Allah, semakin bahagialah jiwa. Terima kasih kepada perancang-perancang bandar besar yang mempertahankan TAMAN di celah-celah urbanisasi dan tekanan hartanah.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Perth, Western Australia
November 30, 2010
Ibrah #4 di Perth: Memisahkan Kebiasaan Daripada Asolah
Apabila Fiqh diamalkan secara asas dengan memisahkan kebiasaan daripada hukum asal, melaksanakan ibadah menjadi mudah dan praktikal di mana-mana sahaja. Indahnya bersolat di atas rumput di Caversham Wildlife Park, di utara Perth.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Perth WA
Ibrah #3 di Perth: Mengistimewakan Setiap Perkenalan
Jadikan setiap insan yang mendekatimu terasa dirinya istimewa dan dihargai. Ia pantas menambah sahabat dan rakan taulan serta meluaskan perjalanan. Siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak, biarkan sahaja Tuhan dan ujian kehidupan melakukan saringan.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Perth, WA
November 29, 2010
Ibrah #2 di Perth: Memaknakan Sebuah Percutian
Percutian yang bermakna tidak harus terlalu bergantung kepada di mana kita bercuti dan apa yang ada di situ. Utamakan dengan siapa anda bercuti dan apa yang anda lakukan bersama mereka.
"Abi, kenapa burung tu mati?" tanya Imad.
"Mana?" saya terpinga-pinga.
"Tu!!!" Naurah dan Imad menunding jari ke arah bumbung sebuah kedai.
Subhanallah.
Saya sendiri hairan bagaimana mereka boleh menangkap pemandangan itu. Ia sangat tinggi dan agak tersembunyi. Seekor burung merpati mati tersangkut di wayar elektrik. Saya bersama Naurah dan Imad sedang berehat di bawah teduhan pokok pada petang yang amat terik di tengah-tengah kota Perth itu. Isteri saya bersama Saiful Islam dan Muiz ke tandas.
"Itulah akibatnya" saya menggaru kepala mereka cerita.
"Kenapa Abi? Burung tu buat apa?" tanya Imad, penuh keghairahan.
"Ibu dan bapa burung itu selalu berpesan. Terbang seperti kami. Atau terbang seperti burung-burung yang lain. Tetapi jangan terbang sesuka hati. Nanti mati" saya bercerita.
"Burung tu terbang macam mana?" tanya Naurah pula.
"Dia terbang bersendirian. Enggan dilihat kawan-kawan terbang bersama ayah dan ibu. Kononnya malu sebab sudah besar. Naurah dan Imad malu tak jalan dengan Abi dan Ummi?" saya menyambung celoteh.
"Tak. Imad suka jalan dengan Abi dan Ummi" kata Imad.
Dia menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-4 hari ini.
"Happy Birthday Imad!" saya mencucuk pinggangnya.
"Happy Birthday Imad!" kata Naurah juga.
Imad tersengih.
"Abi, Imad tak nak hadiah" kata Imad.
"Kenapa?" saya agak terkejut.
"Imad tak suka hadiah. Imad suka jalan" jawabnya.
Saya tersenyum.
Pemergian kami sekeluarga ke Perth kali ini bukan sekadar bercuti. Tetapi meninjau-ninjau beberapa kebarangkalian.
Wallahu A'lam.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Nedlands 6009, WA
Ibrah #1 di Perth: Istimewanya Syurga-Ku
Jika berkelana di musim sejuk, cuacanya lebih melegakan tetapi siangnya pendek hingga sulit meninjau alam. Jika berkelana di musim panas, siangnya lebih panjang tetapi cuacanya berbahang lagi terik. Semuanya kerana Allah mahu memberitahu, itulah Maha Istimewanya Syurga-Ku. Mahukah kamu mendapatkannya?
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Perth, WA
November 14, 2010
Menuturkan Lima Bahasa Kasih Sayang
[image error]
"Assalamualaikum ustaz. Saya mempunyai anak berusia tujuh tahun. Apabila saya menegur kesalahannya, dia mengatakan yang saya tidak sayangkan dia serta melebihkan adik beradik yang lain sedangkan kasih sayang saya kepada anak-anak tidak berbelah bagi. Apa nasihat ustaz?"
Demikian soalan yang ditanya oleh salah seorang peserta bengkel Sinergi Keluarga Bahagia anjuran bersama Nisa' Titiwangsa, Yayasan Prihatin Titiwangsa dan Yayasan Selangor, semalam. Program ini terhasil daripada inisiatif YB Dr. Lo'lo' Hj Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa yang menghubungi saya melalui Twitter menyatakan hajat besarnya mahu mengadakan sebuah program kekeluargaan terutamanya bagi penduduk sekitar Parlimen Titiwangsa yang berpendapatan sederhana dan rendah.
Alhamdulillah.
Soalan dihantar dalam bentuk nota dan ia bagus kerana di dalam program yang membabitkan hal-hal kekeluargaan, biasa sekali peserta segan hendak bertanya kerana tidak mahu kondisi rumahtangganya 'dinilai' oleh peserta-peserta lain.
KASIH TANPA SYARAT
Mendisiplinkan anak-anak lebih mudah jika anak mempunyai tahap emosi yang baik.
Mereka yakin dengan kasih sayang ibu bapa kepada mereka, justeru teguran tidak ditafsirkan sebagai benci, sebaliknya pembetulan dan disiplin.
Mengasihi anak-anak tanpa syarat tidak sama sekali bermaksud menjadi permisif. Anak-anak perlu didisplinkan, tetapi ia mesti SENTIASA bertitik tolak daripada rasa kasih sayang, bukannya benci. Peka terhadap intonasi dan gaya bahasa yang diguna pakai semasa memarahi anak sama ada ia terbit daripada kasih sayang atau benci.
"Kenapa tumpahkan air ini? Banyak kali emak dah tegur. Kamu ni!!!" si ibu meninggikan suara.
"Hishhh, kenapa kamu ni? Bodoh betullah, berapa kali emak nak cakapppp!" si ibu tidak begitu meninggikan suara tetapi menegur anak sambil jari telunjuknya ditujah-tujah ke dahi anak.
Nilaikan, mana satu teguran yang bertitik tolak daripada kasih sayang, dengan teguran yang terbit daripada rasa marah yang tidak terkawal hingga berubah menjadi benci.
Mengasihi anak dengan syarat, sungguh mengelirukan si anak.
BAHASA KASIH SAYANG
Keduanya, sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, anak-anak malah manusia dewasa juga mengasihi dan dikasihi dalam bentuk-bentuk yang berbeza (The Five Languages of Love for Children oleh Gary Chapman). Biar pun kelima-lima bahasa kasih sayang itu penting, namun setiap seorangnya akan lebih terkesan dengan salah satu daripada lima bahasa kasih sayang tersebut.
Bahasa-bahasa itu ialah:
Sentuhan fizikal
Perkataan
Masa berkualiti
Hadiah
Khidmat bakti
Semua ibu bapa sayangkan anak-anak. Tetapi ramai anak yang merasakan bahawa dirinya tidak disayangi (Gary Chapman). Salah satu puncanya ialah, ibu bapa mengasihi anak-anak hanya dengan menggunakan satu atau dua bahasa sahaja.
Misalnya, ibu bapa menunjukkan rasa kasih sayangnya kepada anak-anak dengan 'perkataan' apabila selalu menyebut kepada anak-anak, "ayah sayangkan kamu semua" atau "ibu sayang Adam, sayang Anas, sayang Anis". Jika Anas dan Anis itu bahasa utama kasih sayangnya ialah perkataan, maka ungkapan itu berjaya membantu mereka yakin bahawa mereka memang disayangi. Tetapi jika bahasa utama kasih sayang Adam ialah sentuhan fizikal, biar pun dia juga diberitahu bahawa dia dikasihi oleh ayah dan ibunya, dia tidak dapat merasakan kasih sayang itu kerana ibu dan bapanya tidak memeluk, mencium, mengusap atau bergomol dengan Adam mahu pun adik-adik yang lain.
Dalam keadaan Adam tidak yakin dengan kasih sayang ibu bapanya kepada dia, usaha mendisiplinkan anak ini menjadi lebih rumit dan mencederakan jati diri.
Perhatikanlah tabiat-tabiat anak apabila mahu mendapatkan perhatian, juga cara anak-anak menunjukkan kasih sayangnya kepada kawan-kawan atau kepada kita sendiri, teliti apakah bentuk kasih sayang yang dia minta, apakah keluhan yang sering disuarakannya, dan perhatikan tabiat-tabiatnya dalam kehidupan seharian, untuk anda mengenal pasti bahasa kasih sayang utama setiap anak.
Andaikata ia tidak berhasil dilakukan, amat malang sekali jika anda yang sangat mengasihi anak-anak, dianggap oleh anak sebagai tidak menyayangi mereka semata-mata kerana anda tidak peduli kepada keistimewaan dan keunikan setiap seorang anak yang dianugerahkan oleh Allah itu.
Sesungguhnya Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam menuturkan kelima-lima bahasa cinta itu.
Baginda memang seorang Murabbi Cinta.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
November 12, 2010
KEM HIJRI 1432 (16-19 Dis 10)
[image error]
Kem Hijrah Remaja Islam (HIJRI) merupakan sebuah kem percutian yang diadakan khusus untuk musim cuti sekolah dan pasca peperiksaan, bersempena dengan kedatangan Tahun Baru Hijrah 1432. Tahun ini, ia merupakan tahun ketiga KEM HIJRI dijalankan. Program ini dibentuk khusus untuk mengisi keperluan remaja semasa yang berdepan dengan pelbagai cabaran, sebahagiannya sulit untuk difahami oleh generasi ibu bapa. Kecelaruan membabitkan persoalan pandangan hidup (worldview), agama, nilai, emosi, cinta, akademik dan kerjaya masa depan. Kepercayaan bahawa remaja perlu difahami sebelum mengharapkan mereka memahami, menjadi asas kepada lahirnya KEM HIJRAH REMAJA ISLAM (HIJRI)
[image error]
"Kamu adalah apa yang kamu percaya" merupakan kaedah yang menjelaskan tentang peri pentingnya PARADIGMA atau cara melihat sesuatu. Inilah fungsi penting Aqidah iaitu mengubah cara manusia memandang; melihat kehidupan dari perspektif Pencipta kehidupan. Justeru Kem Hijrah Remaja Islam (HIJRI) kali ini menekankan kepada usaha untuk melakukan anjakan paradigma yang holistik membabitkan topik-topik berikut:
1. PETA MINDA ISLAM
Huraian Hadith Jibril a.s. tentang Iman, Islam dan Ihsan dalam konteks Input, Proses dan Output. Merawat kesilapan 7 buta meraba gajah agar al-Deen tidak difahami secara serpihan. Hadith yang disebut sebagai Umm al-Sunnah oleh para Ulama' ini kerana cakupan komprehensifnya, dijadikan sebagai rangka bentuk kepada keseluruhan modul KEM HIJRI.
2. IMAN ITU INPUT
Kamu adalah apa yang kamu percaya! Ungkapan yang sangat benar pada mengungkapkan tentang cabaran besar yang dihadapi oleh remaja masa kini. Aqidah yang disampaikan berorientasikan hafalan semata, tidak berkemampuan untuk membina PERCAYA dan YAKIN sebagai tapak berdirinya keseluruhan makna AGAMA dan JATI DIRI. Iman tidak sekadar membentuk cara seseorang 'melihat' Allah, malah juga menentukan cara manusia itu melihat dirinya sendiri. Iman adalah Input.
3. ISLAM ITU PROSES
Keyakinan diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Sama ada perbuatan khusus berbentuk ritual ibadah, mahu pun perbuatan umum dalam rutin seharian, kesemuanya mempunyai kriteria untuk menepati maksud IBADAH. Kepatuhan dalam bentuk tindakan yang berasaskan keyakinan, adalah ISLAM yang menghuraikan soal Ibadah Khusus dan Ibadah Umum dalam kehidupan seorang MUSLIM. ISLAM adalah PROSES.
4. IHSAN ITU OUTPUT
Segala perintah Allah, hakikatnya adalah proses ke atas keyakinan yang bertujuan membentuk kualiti terbaik bagi setiap hamba-Nya. Ihsan kepada Allah menurut jalan TAQWA, Ihsan kepada sesama insan menurut jalan AKHLAQ dan Ihsan kepada hasil kerja adalah menurut acuan ITQAN. Itulah nilai kesempurnaan seorang Muslim. IHSAN adalah OUTPUT.
5. BAHASA CINTA DAN EMOSI
Semua ibu bapa mengasihi anak-anak mereka. Namun tidak sedikit anak-anak yang tidak berasa dirinya dikasihi. Salah satu puncanya adalah kegagalan ibu bapa mengungkapkan kasih sayang mereka dalam bentuk yang difahami oleh anak-anak. Remaja diajak melakukan renungan intrapersonal dan interpersonal emosi bagi mengenali bahasa cinta masing-masing agar mampu mengasihi dan dikasihi di jalan yang membawa kepada kebahagian Dunia dan Akhirat. Cinta adalah tenaga, ia mustahil dimusnah, tetapi boleh diubah kepada bentuk-bentuk yang pelbagai. Itu matlamatnya.
6. CITA-CITA DAN KERJAYA
Mengenali diri sebagai hamba dan Khalifah Allah, membantu remaja untuk menghargai keunikan diri masing-masing. Remaja diajak mengkaji watak diri dan seterusnya melihat potensi diri ke arah cita-cita dan kerjaya yang membolehkan mereka memberi yang terbaik, seterusnya menerima yang terbaik dalam hidup ini. Berfikir untuk berubah, berfikirlah secara BIG PICTURE THINKING!
[image error]
Proses pembelajaran dilakukan secara interaktif dengan bantuan alat audio dan visual, sinergi kerja dalam kumpulan, aktiviti indoor dan outdoor, segmen bicara hati ke hati, serta fasilitator yang setia berada sepanjang masa untuk akses yang optimum. Ceramah disampaikan secara menarik tetapi dengan dos yang minima, experimental learning menjadi teknik utama pada proses internalisasi peserta.
Hubungan dan akses yang optimum di antara peserta dengan pasukan fasilitator menjadi keutamaan kami. Justeru tempoh KEM HIJRI 1432 dilanjutkan menjadi 4 hari 3 malam sebagai mengambil maklum balas kem-kem yang lalu.
[image error]
Kem Hijrah Remaja Islam (HIJRI) dianjurkan oleh Saifulislam Training & Consultancy (001813528-P) , iaitu sebuah syarikat latihan dan perundingan pembangunan insan milik Hj Hasrizal Abdul Jamil, atau lebih dikenali sebagai Abu Saif. Bermula dari sebuah blog interaktif yang menampilkan bahan-bahan pemikiran yang segar, Abu Saif melangkah setapak ke hadapan dengan menubuhkan syarikatnya sendiri agar segala idea yang telah banyak dimanfaatkan oleh pembaca semenjak 1998, dapat diterjemahkan kepada modul latihan yang meletakkan remaja, mahasiswa/i dan warga kerja sebagai kelompok sasaran. Graduan Universiti Mu'tah di Jordan, Mantan Minister of Religion di Ireland Utara, pernah muncul di CNN, BBC dan media tempatan, Abu Saif pasti menawarkan keunikan untuk dakwah dan program latihan pembangunan insan.
KEM HIJRI
Kem Hijrah Remaja Islam 1432H ini, adalah sebuah program bersifat residential, yang kami tawarkan khusus untuk anak-anak remaja berusia di antara 13 ke 19 tahun. Program ini menggabungkan segala unsur pembelajaran membabitkan kuliah, latihan dalam kumpulan, permainan interaktif, aktiviti outdoor, serta slot-slot bicara hati ke hati, bukan sekadar untuk menyampaikan mesej kepada peserta, malah untuk kami menyelami isi hati, berusaha memahami dan seterusnya berkongsi pandangan secara yang lebih eksklusif kepada peserta KEM HIJRI ini.
Idea Tasawwur Islam yang segar, dinamik, kontemporari dan praktikal, akan disampaikan kepada remaja dengan bahasa remaja, bersama harapan agar proses untuk menjiwai dan mengamalkan hasil KEM HIJRI ini akan lebih mudah dan sesuai dengan panca roba kehidupan mereka yang serba mencabar hari ini.
Kami juga menawarkan ruang untuk peserta-peserta berdialog dengan fasilitator jemputan yang berlatarkan pelbagai bidang pengajian yang syariatik juga saintifik untuk sumbangsaran perancangan pelajaran dan kerjaya mereka nanti. Terima kasih kepada teman-teman saya yang begitu ikhlas dan bersemangat untuk berkongsi pengalaman mereka belajar di universiti terkemuka, dan kini berjaya sebagai profesional di bidang masing-masing.
SAIFULISLAM TRAINING AND CONSULTANCY
KEM HIJRI ini dianjurkan oleh Saifulislam Training & Consultancy, berteraskan gagasan idea yang sejak sekian lama menjadi teras kepada wacana di Saifulislam.Com. Penubuhan syarikat ini adalah untuk memenuhi kriteria Sunnatullah yang menghendaki usaha dakwah dan penyebaran al-Haq dilakukan secara bersistem dan tersusun.
Program bakal diadakan Insya Allah di The Woods Resort, Ulu Yam. Lokasi terkenal ini menawarkan persekitaran yang segar, selamat, bersama fasiliti perkhemahan yang sempurna. Layari halaman web The Woods Resort untuk keterangan lanjut mengenai lokasi pilihan kami ini.
[image error]
Kepada ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka berkampung dan berwacana bersama saya dan barisan fasilitator kami, jangan berlengah untuk mendaftarkan anak anda dengan menggunakan borang online yang kami sediakan di bawah, atau dengan menghubungi nombor perhubungan yang tertera di di bawah.
Kami memberikan sepenuh komitmen kepada program ini. 4 hari 3 malam adalah umur anak remaja anda yang menjadi amanah kepada kami untuk berkongsi pengetahuan serta pengalaman, demi menyambut kedatangan tahun 1432H sebagai detik perubahan dengan penuh makna dan semangat untuk berjuang juga cemerlang.
Ketemu kami di sana!
Haji Hasrizal Abdul Jamil
Saifulislam Training & Consultancy
Loading…
PEMBAYARAN
[image error]
Pelaburan bagi KEM HIJRI 1432H kali ini adalah sebanyak RM350 inklusif.
Bagi penyertaan lebih daripada satu beradik, maka yuran bagi peserta kedua dan seterusnya adalah sebanyak RM320.
Pendaftaran hendaklah disertakan sama ada dengan bayaran penuh, atau pun deposit RM200 yang dibuat secara bank-in ke akaun di bawah. Sila emailkan dokumen bukti pembayaran ke akaun email:
[image error]
[image error]
AKAUN AL-WADI'AH MAYBANK 562674 203481
CAWANGAN: AMPANG POINT, 68000 AMPANG
PENAMA AKAUN: SAIFULISLAM TRAINING & CONSULTANCY
SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI SAUDARA SHAKIR DI TALIAN 017-2677140
KEM HIJRI 1432 (8-11 Dis 10)

Pendaftaran hendaklah disertakan sama ada dengan bayaran penuh, atau pun deposit RM250 yang dibuat secara bank-in ke akaun di bawah. Sila emailkan dokumen bukti pembayaran ke akaun email:
[image error]
[image error]
AKAUN AL-WADI'AH MAYBANK 562674 203481
CAWANGAN: AMPANG POINT, 68000 AMPANG
PENAMA AKAUN: SAIFULISLAM TRAINING & CONSULTANCY
SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI SAUDARA SHAKIR DI TALIAN 017-2677140
November 8, 2010
Esok Masih Ada
[image error]
Bukan sedikit cabaran yang melintang.
Semuanya boleh menjadi benih pesimis membunuh keyakinan.
Rebah di luar, tumbang di dalam, silih berganti sebagai tasfiyah (penyaring) yang menyisih pergi mereka yang perjuangannya tidak memberi hati.
Saya sering merenung di tingkap, pemandangan tidak lepas jauh dek salji lebat menyelimuti sejuk bumi Anbiya'.
Merenung, melihat kesudahan sebuah perjalanan. Tatkala manusia hidup nafsi nafsi, untuk apa aku susah-susahkan diri?
Salji menyelimut bumi, selimut membalut diri, tidur dalam angan-angan, membiar Shita' (musim sejuk) berlalu pergi.
Tetapi diri ini sedar, perjuangan Islam bukan kerja mainan, bukan kerja sehari seminggu sebulan.
Pada harga sebuah Syurga, perjalanan mesti diteruskan, walau merangkak di atas salji.
ESOK MASIH ADA, sebuah nasyid kiriman rakan seperjuangan dari Ard al-Kinanah, meneman sepi.
1995, menghitung kebangkitan dan kejatuhan…
15 tahun telah berlalu, masih segar untuk menghalwa jiwa di saat-saat pesimis semakin menjadi-jadi.
Hadiah kecil, buat mereka yang sudi…
ESOK MASIH ADA
Esok masih ada sinaran mentari
Fajar Islam kembali gemilang ke seluruh alam
Melonjak gembira kebangkitan Islam
Hasil dari kesabaran, kesungguhan para penda'i
Generasi du'at bangunlah
Bulatkanlah keyakinan
Semaikan keikhlasan
Gandakanlah ketabahan
Taati kepimpinan menuju jalan ketaqwaan
Nun di sana mentari akan bersinar
Kebangkitan Islam telah lama dinantikan
Kemuliaan berputik lagi
Menghambat resah kehinaan
Angin bertiup lembut
Hembusan bayu keimananan
Esok masih ada sinaran mentari
Fajar Islam kembali gemilang ke seluruh alam
Melonjak gembira kebangkitan Islam
Hasil dari kesabaran, kesungguhan para penda'i
Generasi du'at bangunlah
Satukanlah penyerahan
Walau ranjau melintang
Pertolongan pasti mendatang
Janji kesetiaan wala' hanya pada Allah
Nun di sana Syurga indah kan merindui
Kesedihan itu telah lama tersimpan
Kini badai tidak menghempas
Awan mendung berarak pergi
Sekelumit harapan
Keheningan mengusik jiwa
Esok masih ada sinaran mentari
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG