Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 105

January 18, 2011

Boria USIM di MHI dan Polemik Facebook

[image error]


Kredit foto: usimkini.blogspot.com


"Astaghfirullah" saya menggosok mata.


Seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat.


Saya sedang menunggu isteri menghabiskan ward round di hospital, dan mengisi sedikit masa yang ada dengan menonton rancangan MHI di TV3.


Siapa tidak kenal boria? Sama seperti dikir barat di Kelantan, boria adalah satu ekspresi budaya yang terkenal di negeri Pulau Pinang. Ia adalah satu cabang seni yang ada tatacara dan ilmunya. Budaya warisan. Soal suka atau tidak suka, ia terpulang kepada kecenderungan peribadi masing-masing. Ada yang lega dengan Jazz, ada yang rasa bahagia dengan Dangdut.


Genre.


Tetapi apa yang terpampang di depan mata saya ini ialah Boria yang mengelirukan. Belum pernah saya melihat Boria dipersembahkan dengan mencampur adukkannya bersama lagu genre Samba nyanyian Zur Eda. Namun lebih mengelirukan saya ialah apabila kumpulan tersebut memperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan Boria Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).



Seperti biasa, Facebook menjadi tempat hal ini dibualkan.


Saya bertanya dengan nada sinikal, apa kaitan sebuah universiti berteraskan Sains dan Islam, dengan Boria Samba yang dipersembahkan itu.


"Boria USIM? Ya amatlah Saintifik dan Islamiknya ia!" demikian bunyi status di akaun Facebook saya.


Komen berkenaan pantas mendapat maklum balas rakan-rakan lain yang sebahagiannya turut menonton persembahan yang ganjil berkenaan. Sudah tentu tidak terlintas di fikiran sesiapa, kumpulan yang membuat persembahan itu adalah pemenang tempat ketiga Festival Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (FESTKUM) Disember tahun lalu.


Tiada siapa yang mengetahui di kalangan rakan Facebook bahawa kumpulan ini juga berada di bawah naungan unit Kebudayaan & Kesenian (UKK) USIM.


Boria biasa muncul di mana-mana. Samba juga wujud dalam budaya masyarakat. Namun mencampur adukkan ia, dan diperkenalkan sebagai sebuah budaya kebanggaan sebuah universiti, saya kebingungan.


KASUAL JADI RASMI


Akan tetapi, saya sama sekali tidak menyangka bahawa perbualan kasual di Facebook itu telah diskrin cetak dan disiarkan di sebuah halaman web yang dikenali sebagai USIMKINI. Ia adalah sebuah halaman web yang dikunjungi oleh warga USIM sama ada daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswinya, mahu pun kakitangan IPTA tersebut. Komen di Facebook yang kasual dalam ruang lingkup yang terbatas itu, dilaporkan di halaman web USIMKINI sebagai 'pandangan rasmi' saya berkenaan Boria USIM. Tindakan janggal bagai tidak dapat membezakan antara perbualan seorang rakan dengan rakan-rakannya, dengan apa yang dikonotasikan sebagai 'kenyataan rasmi.


Dalam tempoh yang singkat, ia telah mencetuskan kacau bilau.


Saya menerima dengan lapang dada, teguran semua pihak bahawa saya boleh memilih perkataan yang lebih terhormat semasa mengkritik aset kebanggaan USIM ini. Ia menjadi pengajaran yang berharga buat saya.


Akan tetapi, pendirian saya yang bersifat substantial tidak berubah.


Budaya itu adalah suatu keaiban yang tidak layak untuk didukung oleh mahasiswa sebuah IPTA yang membawa nama Sains dan Islam. Andai ada yang masih mahu mempertahankan Boria USIM sebagai ekspresi aras menara gading, saya berlepas diri.


Kejadian ini sangat mencelikkan mata saya agar memperbaiki bahasa di Facebook. Saya beristighfar dan memohon ampun daripada Allah atas ketelanjuran lisan saya sebagai manusia. Juga saya memohon maaf kepada penari-penari Boria USIM jika komen saya diambil secara personal.


I have nothing personal against any of you.


Moga diampunkan oleh-Nya.


Namun apakah kejadian ini mampu mencelikkan mata USIM agar lebih bertanggungjawab dalam menghormati serta membawa nama ISLAM yang diberikan Allah kepada Syariat Muhammad sallallaahu alayhi wa sallam? Jangan sampai ayat ini menjadi kesimpulannya:


[image error]"Oleh itu, biarkanlah mereka (Wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)!" [Al-Ma'aarij 70: 46]



Saya cemburu dengan huruf  'I' pada nama institusi anda!


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

68000 AMPANG


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 18, 2011 10:56

January 15, 2011

The 7 Great Habits of Little Fatih di KMS

[image error]


"Wah, kenapa ramai yang teresak-esak tu?" saya bertanya.


"Baru habis sesi muhasabah" ujar Cikgu Shahir.


Saya tersenyum.


Walaupun agak kehairanan melihat anak saya Saiful Islam tidak menyertai tangisan berkenaan.


Saya tiba di Khalifah Model School kira-kira jam 9 malam. Saya dijemput sebagai penceramah ke Perkhemahan Kepimpinan Murid, iaitu program yang dirangka untuk memberi latihan dan kemudian memilih muhasib (pengawas) sekolah. Tajuk yang diamanahkan untuk saya bincangkan dengan murid-murid KMS adalah tentang beberapa kualiti kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih. Jika boleh, kaitkan dengan modul The 7 Habits oleh Stephen Covey.


PROAKTIF


[image error]


"Kamu semua rasa sejuk tak?" saya memulakan ceramah.


"Sejuukkkk!" jawab mereka.


"Kenapa sejuk?" saya bertanya.


Aduh… pantang ditanya, penuh tangan terangkat-angkat mahu menjawab.


"Ya, silakan" saya memberi laluan kepada mereka untuk memberikan pendapat.


"Sebab airconditioner" kata seorang.


"Sebab kipas" tambah seorang lagi.


"Hujan, hujan!" jerit seorang lagi.


"Jadi, kalau kamu rasa sejuk, apa yang kamu boleh buat?" saya cuba memecahkan cerita kepada beberapa langkah kecil.


"Tutup 'aircond'" jawab seorang.


"Tutup kipas" tambah seorang lagi.


"Pakai baju sejuk!" jerit seorang lagi.


"Bagus. Bagus! Boleh tak ubah hujan? Suruh hujan berhenti" saya melontarkan provokasi.


"Tak boleh!" semua menjawab dengan penuh semangat.


"Betul. Pengajarannya ialah, setiap kali kita ada masalah dan kesusahan, buatlah sesuatu. Jangan ubah apa yang tidak boleh diubah. Tetapi ubahlah yang paling boleh diubah. Terutamanya… diri kita sendiri. Betul tak?" saya bertanya.


"Betul….!!!" jawab mereka.


"Itulah namanya, PROAKTIF!"


Sultan Muhammad al-Fatih semasa kecil, sama seperti kanak-kanak lain. Dia mahu bermain, kadang-kadang malas. Malah dia pernah rasa tertekan menjadi anak Sultan. Tetapi bolehkah sebagai seorang anak, beliau menukar bapanya? Menukar ibunya? Menukar hakikat bahawa dirinya adalah seorang anak Sultan kepada sebuah negara besar dunia?


Tentu sahaja tidak.


Sultan Muhammad al-Fatih pernah dipukul oleh tuan gurunya.


Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk membuat perubahan.


Bukan ubah ayah atau ubah ibu, bukan ubah sekolah atau ubah tuan guru. Tetapi mengubah sikapnya sendiri.


Saya agak kurang pasti sejauh mana anak-anak di KMS memahami apa yang saya terangkan, namun belajar daripada Sean Covey di dalam bukunya The 7 Habits of Happy Kids, saya tidak mahu memandang rendah kepada keupayaan anak-anak ini memahami prinsip-prinsip yang fitrah itu.



BEGIN WITH THE END IN MIND


"Kenapa semasa habis belajar di tadika dahulu kamu memakai topi empat segi, jubah dan memegang skrol?" saya bertanya.


"Tak tahu!" jawab mereka. Jujur.


"Siapa yang sebenarnya pakai pakaian seperti itu?" saya menyoal lagi.


"Orang dekat universiti" salah seorang murid menjawab.


"Kenapa semasa di tadika, kamu pakai pakaian orang universiti?" saya menambah soalan.


"Supaya kita rasa macam kita belajar dekat universiti" kata seorang murid perempuan yang pintar sekali.


"Yang itu betul-betul ke atau kamu hanya berimaginasi?" saya meneruskan provokasi.


"Imaginasi!!!" mereka menjawab.


[image error]


"Tapi adakah ia boleh dibuat atau hanya angan-angan?" saya menyambung soalan.


"Boleh. Kena fikir macam mana nak bagi sampai universiti" salah seorang rakan sekelas anak saya menjawab.


"Lepas fikir dan buat perancangan, buat apa pula?" saya membanyakkan soalan supaya mereka banyak mencari jawapan sendiri.


"Action!" kata salah seorang mereka.


"Betul!!! Imagine, Think and….. Action! Remember all those three words!" saya membuat kesimpulan.


Begin with the end in mind bermaksud, mengajak mereka untuk mereka berwawasan futuristik, kemudian bertindak secara realistik. Jika pagi esok sudah dibayangkan mahu segera ke sekolah, maka kasut jangan dicampak merata-rata. Susunkan elok-elok. Lagi bagus kalau reverse parking. Jika esok Khamis dan ada kelas Taekwondo, maka sebelum tidur, pastikan pakaian sekolah dan Taekwondo sudah tersedia. Jika di hujung nanti ada Syurga dan Neraka, maka semasa terfikir antara hendak berbuat baik atau jahat, fikir dan lakukan apa yang membawa ke Syurga, bukan Neraka.


Sultan Muhammad al-Fatih juga sering membayangkan dirinya sebagai penakluk Constantinople. Beliau berimaginasi, berfikir dan membuat perancangan, kemudian bertindak!


Hebatnya al-Fatih bukan kerana bapanya Sultan atau rumahnya istana. Hebatnya al-Fatih adalah kerana sikapnya. Kerana akhlaqnya. Sesiapa sahaja yang berakhlaq dengan akhlaq seperti Muhammad al-Fatih, boleh menjadi sehebat beliau.


Ceramah saya selesai kira-kira sejam kemudian. Ada juga yang sudah pening-pening malah menjawab soalan sambil mata separuh pejam. Sudah mengantuk pun masih tidak mahu ketinggalan. Itulah yang menyeronokkan saya dengan anak-anak yang comel dan bijak-bijak belaka di KMS ini. Tahniah cikgu-cikgu, tahniah pasukan sukarelawan Khalifah Institute, tahniah ibu bapa.


[image error]


Sebelum pulang, saya hadiahkan senaskhah buku The 7 Habits of Happy Kids tulisan Sean Covey kepada pihak Khalifah Model School untuk dimanfaatkan oleh guru-guru. Seronok jika murid-murid sekolah mempunyai common language sesama mereka.


"Come on, let's be proactive"


"Let's think win win"


"Apa yang penting? Bersinergi!"


Wow, saya sungguh teruja.


[image error]


KEESOKAN HARINYA


"Sekejap ya Abi. Yop ambil beg" Saiful Islam berjalan longlai masuk semula ke bangunan sekolah selepas terlihat saya.


"Eh, Ustaz Hasrizal!" kata salah seorang rakan anak saya.


Beliau datang ke kereta saya dan menongkat dagu di tingkap kereta.


"Hah, Azri (bukan nama sebenar) apa khabar?" saya bertanya.


"Ok. Mengantuk sikit aje. Ustaz Hasrizal, sejak bila Ustaz Hasrizal jadi popular?" tanya beliau.


Saya ketawa mendengar soalan yang ditanya. Terkedu lidah.


Azri juga ketawa.


"Ayah dah sampai?" saya bertanya kepadanya.


"Bukan ayah, mama. Ayah main golf!" jawab Azri.


"Ooo. Ustaz tak main golf" saya mengulas.


"Kenapa Ustaz Hasrizal tak main golf?" tanya Azri lagi.


"Sebab Ustaz dah popular! Hehe…." saya menjawab sambil ketawa.


Beliau dan Saiful Islam juga ketawa.


Kami saling babai-membabai.


Saya pulang ke rumah dengan senyuman.


Terpulanglah kepada semua pihak yang mahu menjahanamkan masyarakat dengan rasuah, korupsi dan maksiat. Bagi kami, ibu bapa dan guru, usaha mendidik anak-anak dan menyiapkan mereka agar CERDIK dan BAIK, adalah suatu JIHAD.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

68000 AMPANG


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 15, 2011 20:01

January 12, 2011

Yusuf Berusaha Mendapatkan Adiknya [Surah Yusuf Ayat 69 - 79]

[image error]


Gambar Hiasan


Sudah masuk empat tahun saya bersama dengan An-Nidaa'.


Sebahagian wajah tenggelam timbul di dalam program-program yang dikendalikan. Sebahagiannya terus istiqamah saban hari, minggu, bulan dan tahun.


Bermula dengan topik-topik umum yang pelbagai, saya diberikan ruang oleh An-Nidaa' untuk membawa topik bersiri di bawah episod "HIDUP BERIBADAH", "7 TABIAT MUSLIM EFEKTIF: Tinjauan Islam", KUPASAN BUKU MAZA YAKNI – MENGERTIKAN KEMBALI ISLAM DAN MUSLIM" dan kini, menelusi SIRI IBRAH DARIPADA KISAH AL-QURAN, saya berbicara tentang Kisah Yusuf 'alayhi al-Salaam.



Setelah lebih setahun berkuliah, kini kami berada di episod yang menghampiri kemuncak.


Yusuf telah dibebaskan daripada tuduhan fitnah oleh isteri Perdana Menteri Mesir.


Yusuf menjadi Pemerintah tertinggi Mesir, memimpin dan mentadbir negara di 7 tahun yang bermusim subur, kini berdepan dengan 7 tahun kemarau yang menguji.


Biar pun kemarau itu suatu bencana, di sebaliknya berlaku banyak peristiwa baik yang membuka sebab untuk orang di negeri yang berjiran termasuk Palestin, datang ke Mesir untuk mendapatkan bantuan makanan. Di situlah, adik beradik Yusuf datang bertandang. Pertemuan antara 10 anak muda yang hasad kepada si adik kecil, mempertikai layanan bapa kepadanya, dan berakhir dengan sampai hati mereka mencampak Yusuf ke perigi… hari ini mereka bertemu.


Yusuf tahu.


Mereka tidak tahu.


Ikutilah sedikit petikan daripada tafsir ayat 69 hingga ke ayat 79 Surah Yusuf.


Semoga bermanfaat.



ABU SAIF @ www.saifulislam.com

68000 AMPANG


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 12, 2011 07:48

January 9, 2011

A Birthday Present from Allah: Sebuah Catatan Hati Peserta KEM HIJRI 1432

[image error]


Saya sangat gembira dan bersyukur dengan mood yang dicetuskan oleh KEM HIJRI 1432 baru-baru ini.


Alhamdulillah majoriti peserta berjaya berhimpun di dalam sebuah GROUP di halaman FACEBOOK dan sepanjang cuti persekolahan mereka aktif berinteraksi sesama mereka, berkongsi pelbagai kisah sama ada berkenaan kem, mahu pun kehidupan seharian masing-masing.


Kini, majoritinya telah kembali ke sekolah, juga asrama, maka GROUP berkenaan menjadi sepi. Harapan yang ditinggalkan, adalah untuk masing-masing kembali bertanya khabar apabila cuti persekolahan tiba nanti.


Namun dalam pelbagai kisah yang dikongsi bersama, saya menerima catatan paling istimewa daripada salah seorang peserta . Ia bersempena dengan PERTANDINGAN JURNAL DIRI KEM HIJRI 1432 yang kami anjurkan.


Biar pun apa yang kami usahakan bukanlah yang terbaik, namun serba sedikit kebaikan yang terhasil dengan izin Allah, mudah-mudahan menjadi bekalan jangka panjang beliau, juga rakan-rakan yang lain.


Terima kasih kepada adik Sharifah Hani Yasmin Syed Abdullah al-Idrus atas catatan yang begitu tulus.


Ia benar-benar catatan daripada Tokoh Kepimpinan Hijri kami kali ini.


Congratulations, sis!



[image error]


Assalamualaikum…


To improve oneself is no easy task for an individual to do, especially when it requires time and effort to do so. It's too easy to slip into a routine whereby the days pass us too quickly as we're swallowed up by the hurried pace of life in Kuala Lumpur. However, I always felt unsatisfied with my state of life and always wished that something in my life would change so that I could attain happiness. All this time, I suppose I was waiting to have an epiphany of sorts to spur myself on. And in the most unexpected of ways, I did.


On the 16th to 19th of December, I had the pleasure of attending HIJRI Camp in Sepang, Selangor. Held by STC and lead by Ustaz Hasrizal, the four-day camp certainly had a great impact on me. Truthfully, at first I didn't want to go because my birthday was on the 17th of December, and at the time I much preferred to celebrate it with my friends and family in the comfort of my own home rather than slug in out in the 'wilderness' at camp with strangers who I didn't even know.


BIRTHDAY


After much persuasion, especially by my eldest sister, I agreed to attend the camp, urging myself to be optimistic. The thought of celebrating my sixteenth birthday away from home for the first time in my life was a little melancholy. Being the youngest, I was used to being lavished with attention and gifts by my parents and elder siblings, and so I was reluctant to let that particular blessing go. However, thoughts of university life that awaited me in the near future reminded me that I had to be strong and independent to overcome the coming trials and tribulations of life. And so, I began my sixteenth year of life at camp, surrounded by other fellow muslimah that I'm proud to now call my friends.


Recapping the entire camp experiences might be deemed too long a read, so I'll just write about certain experiences that I wish to share with others. All in all, I'm very grateful I'm able to share four days of my life with my newfound friends; hopefully we'll be able to meet again in the future. Who knows, perhaps next year at HIJRI Camp again, but as facilitators? That's certainly something to think about.


PENGHULUWATI AND THE TOUCH OF AL-MARHUM MAS AFZAL MASARUDIN


I'm not a particularly social person, so it was quite a surprise to be elected Penghuluwati. Being a prefect in Sri Aman does teach us leadership skills after all and I was glad to be given the opportunity to lead. InsyaAllah my experience will make me a stronger, more capable person in the future. The first morning of my sixteenth year was met with some sad news. Ustaz Hasrizal sadly but calmly informed us that one of his past students had passed away. Almarhum Mas Afzal returned to Allah after battling cancer for several years. He played for us a video of Mas Afzal and at that moment, I felt my heart break as I gazed upon my fellow brother in Islam's strength and determination to make the best of life.


The tagline of the video was 'Cancer is a word, not a sentence.' MasyaAllah, that left such an impression upon me. While most of us whine and panic about the most trivial of things—upcoming examinations that we neglected to prepare for, boyfriend problems, etcetera—here is a person who has spent each day of his life striving to earn Allah's love, not knowing whether he would live to see the next sunrise nor sunset. Ya Allah, how ignorant have I been…



Returning home after the camp, I immediately checked upon his blog. Tears wouldn't stop forming in my eyes as I read his entries; I'm not embarrassed to say that I cried my heart out. I never knew almarhum Mas Afzal personally, but after reading his writing, I was very touched by his inner strength and acceptance. His strength was truly beautiful. Even during his last moments on Allah's earth, he was as strong as could be. His acceptance of his illness and his love for Allah motivates me to be a better Muslimah… Although unfortunately I'll never have the chance to thank him for making me realize the importance of life, I wish to offer my prayers and alfatihah for my brother in Islam. May Allah accept Mas Afzal as one of the righteous and place him in Jannah in the hereafter.


POSITIVE REINFORCEMENT


Hijri camp was honestly unlike any other camp that I had attended–its relaxed, encouraging atmosphere was one thing, its creative programmes was another. The main focus of the camp was 'HIJRAH', whereby each of the four programmes centered on a different aspect of hijrah–Self-confidence, Emotions, Love and Affection. The programme that I could relate to the most was Love and Affection. I was struck by how true Ustaz Hasrizal's words were–all parents love their children, but each child preferred and looked for a certain way of love: touches of affection, spoken assurance, spending time together, receiving gifts or receiving acts of service. After taking the test that he gave, I realized that I secretly clamoured for my parents' assurance more than anything: underneath the facade I wore, I was always insecure of myself and uncertain of my abilities. At the end of the camp, Ustaz Hasrizal explained to the parents the importance of showing their children the right way of love in order to connect and be appreciated by their children.


I'm glad to say that my parents have now understood my needs and have made an effort in strengthen our relationship. I might not agree with everything my parents wish for me, but I know that they wish nothing less but the best for me. After the camp, my parents and I sat down and talked about how we could improve our relationship and aired some issues that were still unresolved between us. At the end of the conversation, my mother hugged me and told me how proud she was of me. I was touched so deeply by her words. And… I was proud of myself for making my mother proud.


[image error]


My experiences at camp really opened my eyes to what I was missing in life. My life was hectic, filled with school activities and issues that I thought were of vital importance. Rarely did I feel satisfied nor happy nor pleased with myself. Praying to Allah became more of an obligation as a Muslim rather than a profound connection between myself and my Creator, He who gives me life, takes it away and everything else in between. This particular realization hit me after I heard the story of Rabiatul Adawiyah. Told by one of my facilitators, KakAsna, Rabiatul Adawiyah is a noble woman of Islam who has since been an inspiration to me. Her doa' to God Almighty read: "Ya Allah, should I pray to you in order to receive your Jannah, then send me to the deepest depth of hell." At that moment, time stopped for me. Tears welled up in my eyes, as did most of us after hearing that noble tale. It astounded me… How strong her love for Allah was, how truly beautiful and pure her devotion towards our creator.


INTROSPECTION


It struck a chord deep in me and at that very second I was so deeply ashamed. Ashamed of myself for praying to Allah just to fulfill my obligation as a Muslim. Ashamed of myself for praying somewhat half-heartedly at times, mind on other matters. Ashamed of myself for not realizing the sweetness of pure iman. Ashamed of myself for ultimately praying my way to reside in His Jannah, when in reality I had done little to deserve such a precious reward. The realization truly opened my eyes towards all my past ignorance… So foolish was I to deny myself such a beautiful connection with my Creator; when Allah had clearly stated that our reason for living is nothing but to worship him.


Returning from HIJRI Camp, I did a lot of thinking. All throughout my life, I've not liked myself as a person. I felt as though I had accomplished nothing of importance in my life, and mediocrity was one trait that I would not accept of myself. However, I've come to realize something that I wish to define myself as a person. I may not be the cleverest girl around nor the prettiest. However, if I could say that I did my best to be the best Muslimah I could be, then I finally can look in the mirror and like the person that I see reflected in the glass.


InsyaAllah, may my experiences at HIJRI Camp make me a better Muslimah and a better servant of Allah…


Dengan catatan ini, adik Sharifah Hani Yasmin dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan Jurnal Diri KEM HIJRI 1432.


Tahniah!


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

68000 AMPANG


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 09, 2011 22:59

Wacana Bersiri "Apa Erti Saya Menjadi Muslim" di Khalifah Model School – Siri II

[image error]


Buku Apa Erti Saya Menganut Islam atau judul asalnya Maza Ya'ni Intimaa'i lil Islaam merupakan magnum opus Al-Marhum Dr. Fathi Yakan, seorang tokoh ilmuan Islam di Lubnan. Ia dikarang lebih dua dekad yang lalu dan telah diterjemahkan ke puluhan bahasa untuk rujukan umat Islam. Biar pun buku ini bersaiz kecil dan ringkas, namun mesej di dalamnya mencetuskan anjakan paradigma yang besar di kalangan umat Islam untuk kembali melihat Islam sebagai satu sistem hidup yang sempurna.


Namun begitu, dengan perkembangan globalisasi yang menyentuh hampir seluruh aspek kehidupan umat Islam, mesej di dalam buku Apa Erti Saya Menganut Islam ini memerlukan kepada pengolahan yang bersifat kontemporari agar pantas menjawab cabaran semasa.



Ustaz Haji Hasrizal Abdul Jamil menyahut keperluan ini dengan memperkenalkan siri ceramah Apa Erti Saya Menganut Islam versi beliau. Kuliah berkenaan telah disampaikan kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di luar negara malah telah dimodulkan untuk pelbagai versi pendidikan dan korporat.


Kombinasi di antara legasi tradisi keilmuan Islam dan materi pengkaji kontemporari Timur dan Barat, Ustaz Hasrizal mengolah isi kandungan buku Apa Erti Saya Menganut Islam bersesuaian dengan cabaran pemikiran semasa yang banyak bersangkutan dengan soal sistem kepercayaan, pandangan hidup dan sistem nilai yang dipegang dalam kehidupan.


Mengekalkan penyampaian yang ringkas dan mudah difahami, penggunaan Powerpoint dan bahan-bahan multimedia, membantu kuliah ini disampaikan secara efektif.


Berikut adalah pecahan tajuk kuliah Apa Erti Saya Menganut Islam:


1.       Paradigma Islam: Syariatik dan Saintifik


2.       Muslim Pada Aqidah


3.       Muslim Pada Ibadah


4.       Muslim Pada Akhlaq


5.       Muslim Pada Rumahtangga dan Keluarga


6.       Muslim Pada Kendali Diri


7.       Muslim Pada Keyakinan Masa Depan Milik Islam


8.       Muslim Pada Hidupnya Adalah Untuk Islam


9.       Muslim Pada Menyampaikan Islam


10.   Rumusan


Jemput hadir bagi yang berkelapangan. Yuran minima dikenakan oleh pihak penganjur iaitu RM10 untuk individu dan RM5 bagi pelajar.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

68000 AMPANG


Siri I – 8 November 2010

Siri II – 10 Januari 2011


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 09, 2011 16:00

January 4, 2011

Bercinta Sampai ke Syurga dan Teledrama HANI di TV3

[image error]


Saya tidak menulis skrip.


Jauh sekali berlakon.


Tetapi di dalam teledrama HANI, buku saya yang berlakon.


Penulis skrip, Zabidi Mohamed, mengangkat buku saya, BERCINTA SAMPAI KE SYURGA, sebagai sebuah watak penting di dalam dramanya yang sedang rancak ditayangkan di slot LESTARY di TV3. Ia bukan sekadar cameo appearance untuk tujuan promosi, tetapi berfungsi sebagai pengikat jalan cerita daripada sub plot kepada main plot drama berkenaan.





Keunikan drama HANI ini, ia adalah sebuah drama cinta remaja dan keluarga yang TIADA WATAK JAHAT.


Tiada watak antagonist, tiada maki hamun dan tiada skandal.


Apa yang ada hanyalah konflik kehidupan insan, keluarga dan kehidupan mereka yang bertarung dengan nafsu, fikiran, perasaan dan kehendak-kehendak diri yang lebih mencerminkan realiti.


Tentu sahaja pendekatan 'berani' Ustaz Zabidi Mohamed ini bercanggah dengan kebiasaan drama-drama yang mengisi slot Lestary di TV3. Akan tetapi rating memberansangkan yang dicatat oleh Teledrama HANI ini, nyata meletakkan satu benchmark yang tersendiri, bahawa semua itu bukan lagi 'the in thing' semasa.  Kehidupan sebenar masyarakat yang sudah sedia penat dengan masalah, tekanan dan konflik, mereka seharusnya diberi peluang untuk menonton sebuah drama yang menyediakan ruang selesa untuk bermuhasabah biar pun dalam mood berhibur atau berehat.


Saya yakin, kekuatan drama HANI ada di situ.


Malah teledrama HANI tersebut berada di slot LESTARY di TV3 bersempena dengan HIJRAH dan perjalanan kisahnya akan membawa kisah ke lokasi yang cukup unik iaitu di DARUL QURAN (JAKIM) di Kuala Kubu Bharu. Projek Mushaf al-Quran versi Braille untuk golongan cacat penglihatan akan menjadi subjek penting yang mengisi drama berkenaan.


Namun, istimewa bagi saya, buku BERCINTA SAMPAI KE SYURGA bukan muncul sesekali, malah diratah oleh watak-watak yang wujud di dalam drama berkenaan daripada pelbagai sudut. Ada yang skeptis seperti Tajul, rakan sekelas Hani, demikian juga bapanya, ada pula yang menjadikan buku itu sebagai inspirasi. Tajuk-tajuk yang terdapat di dalam buku tersebut diulas di episod-episod awal, seperti SI POLIS CINTA, KAHWIN SEMASA BELAJAR, JODOH TIDAK DATANG BERGOLEK, TEORI EVOLUSI CINTA, ERTI KEJAYAAN DIRI dan banyak lagi.


[image error]


Pertemuan terbaru saya bersama Ustaz Zabidi Mohamed di TV AL-HIJRAH ketika kami berdua menjadi tetamu di dalam slot Assalamualaikum, Ahad 2 Januari 2011 yang lalu


Terima kasih kepada Ustaz Zabidi Mohamed kerana memanfaatkan isi kandungan buku BERCINTA SAMPAI KE SYURGA ini di dalam drama terkini beliau. Buku yang pernah dicalonkan ke Pertandingan Buku Popular Berita Harian 2010, menerima anjakan baru selepas kemunculan drama HANI di TV3.


Kisah di balik tabir berkaitan dengan penghasilan teledrama HANI ini, boleh diikuti di blog Ustaz Zabidi Mohamed.


Menjadikan buku sebagai watak penting di dalam sebuah drama, adalah satu pendekatan unik yang wajar diperbanyakkan lagi.


Mana tahu, ada rezeki buku AKU TERIMA NIKAHNYA diadaptasikan menjadi sebuah program bual bicara remaja di televisyen!


"Masuk ke Mesir, jangan hanya dari satu pintu!" pesan Yaaqub kepada anak-anaknya.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

68000 AMPANG


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 04, 2011 07:11

January 3, 2011

Jom ke Sekolah Belajar Jadi Hamba dan Khalifah-Nya

[image error]


Jom ke sekolah


"Imad sakit tangan" kata anak saya.


"Hmm" saya buat tidak peduli.


"Tekak Imad sakit. Kalau Imad batuk-batuk, nanti cikgu marah" tambahnya lagi.


"Yang penting, kena juga ke sekolah!" saya menjawab.


"Tapi Imad tak nak pergi sekolah" balas anak nombor tiga saya ini.


Sehingga lewat malam barulah dia tidur. Tidak habis-habis dengan seribu satu alasan untuk tidak ke sekolah.



[image error]


Naurah Sabihah kini di KMS


3 Januari 2011, saya dan isteri kembali ke rutin biasa kami. Hari pertama persekolahan bermula. Saya dan isteri masing-masing mengambil cuti untuk menguruskan kemasukan Naurah ke Tahun 1 di Khalifah Model School (KMS), dan Imad ke PASTI berdekatan. Saiful Islam menyambung pelajaran ke Tahun 3. Sungguh pantas masa berlalu.


Naurah bersemangat untuk ke sekolah.


Induksi yang telah berlangsung pada 1 Januari lalu, memberikan keselesaan kepada beliau untuk memulakan persekolahan. Tambahan pula, ada beberapa orang rakan yang turut berpindah ke Khalifah Model School, maka Naurah tidak terasa janggal untuk memulakan persekolahannya pada Tahun 1 di 'Sekolah Yop'.


Secara peribadi, saya berasa amat gembira dengan perkembangan Khalifah Model School. Pertambahan jumlah pelajar mendesak pihak sekolah untuk menjadikan Tahun 1 bertambah sebuah kelas lagi. Sambutan baik ibu bapa kepada Khalifah Model School disambut dengan rasa syukur, walaupun masih banyak ruang penambah baikan yang perlu diisi. Sejujurnya, saya seperti mengisytiharkan pendidikan anak-anak sebagai sebuah jihad.


Dua orang anak di Khalifah Model School, bermakna tahun 2011 ini saya dan isteri perlu melipatgandakan lagi usaha, tanpa menjejaskan kualiti dan kuantiti masa yang perlu dilunaskan untuk keluarga. Moga dipermudahkan Allah.


[image error]


Mujur ada pelan pembayaran ansuran


Bukan hanya di Khalifah Model School, kemasukan Imaduddin ke PASTI juga memerlukan perbelanjaan yang tidak kurang banyaknya.


Saya yakin, jika projek sia-sia dan ketirisan bajet negara diselesaikan, pendidikan yang lebih baik dapat diberikan kepada anak-anak pewaris negara. Ratio murid dan guru dapat dikecilkan dan kualiti pendidikan dapat ditingkatkan.


Justeru sahabat-sahabat yang baru berkahwin atau menimang cahaya mata pertama, kalian ada sekitar 6 ke 7 tahun lagi untuk bekerja keras. Bukan untuk membesarkan rumah atau menukar kereta, tetapi untuk menambah pilihan, memberikan yang terbaik untuk pendidikan anak-anak.


"Ustaz kaya, bolehlah!" ada rakan menyinggung.


Kalau benar saya kaya sekali pun, ia bukanlah harta warisan kesultanan atau menang Who Wants to be a Millionaire. Sebaliknya, ia bermula daripada susah payah semenjak di zaman sekolah. Jiwa remaja mahu bersuka-suka, tetapi dikorbankan suka-suka itu dengan belajar bersungguh-sungguh. Cari ilmu, tambah pengalaman, agar ada bekal menuju dewasa.


Fainna ma'al 'usri yusra!


Dua kali Allah mengulanginya.


Malah setelah masuk ke alam kerja, usaha keras siang malam, semuanya dilakukan demi memenuhi tuntutan Sunnatullah pada datangnya rezeki, dan Syariatullah pada jaminan keberkatannya.


Semuanya berbalik kepada sistem nilai dan kesungguhan.


Untuk saya, pendidikan anak-anak jangan ditolak ansurkan.


[image error]


Hari induksi Khalifah Model School, murid baru dibiasakan dengan sistem sekolah


Awal pagi, saya mengambil tanggungjawab menghantar Saiful Islam dan Naurah ke sekolah.


Saya masih belum pulih daripada luka di ibu jari kaki apabila kuku terpaksa dicabut akibat ingrown toenail yang menyakitkan. Setelah beberapa hari, lukanya masih belum sembuh. Memandu dan menekan minyak serta brek amat menyakitkan, tetapi saya cuba untuk tidak mengalah dengannya. Jarak 3.4km untuk ke sekolah anak, masih dalam upaya saya biar pun kesesakan jalanraya biasa di sepanjang Jalan Ampang menambah ujian.


Selesai menghantar Saiful Islam dan Naurah, saya terus menuju ke PASTI untuk bertemu dengan isteri saya yang menguruskan pendaftaran Imaduddin.


[image error]


Meriah sekali.


Tahniah kepada guru-guru PASTI yang sabar dengan 1001 kerenah anak kecil.


Ada yang menangis, yang tertidur di lantai kerana mengantuk, malah ada juga yang sambil meraung tangis, mulut rancak mengunyah doughnut!


Saiful Islam dan Naurah tidak mempunyai sebarang masalah semasa kami menghantar mereka ke PASTI sebelum ini.


Tetapi Imaduddin, si bongsu tak jadi itu, kami menjangkakan masalah.


Bibik dan Muiz tinggal di rumah, kucing Kedi tiada kawan, mahu ke Carrefour, demam, sakit tekak, mengantuk… macam-macam alasan yang beliau berikan untuk balik ke rumah. Kami hanya tersenyum melayan lakonan Imad dan terus menerus meyakinkan dia bahawa kini dia sudah bersekolah. Bukan lagi budak nakal yang menghuni rumah siang ke malam.


Tetapi kami juga sedar, Imad yang lahir pada 30 November, usia rasminya lima tahun, tetapi fisiologinya baru sahaja masuk ke empat tahun. Namun, biarlah. Biar dia cepat matang dan membesar.


[image error]


Hari pertama selesai.


Saya pulang ke rumah keletihan dan berdoa agar luka di kaki sembuh segera kerana sebagai pesakit diabetik, luka dan jangkitan kuman sangat membimbangkan.


Zzzzz!


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

68000 AMPANG


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 03, 2011 04:46

December 25, 2010

Pinggan Pecah, Jam Mati, Buku Setia Menemani

[image error]


Jarang saya berpeluang untuk berprogram di Utara.


Sesekali ia muncul, saya berusaha untuk tidak melepaskannya.


Terima kasih kepada POPULAR BOOK CO. (M) SDN BHD dan GALERI ILMU SDN BHD atas usaha mengatur sesi Wacana Buku sempena Pesta Buku Popular di Alor Star siang tadi.



Ia adalah satu pengalaman baru buat saya, sama seperti MPH Alamanda di Putrajaya tempoh hari. Memulakan 'ceramah' tanpa seorang pun pendengar, kerana pengunjung sibuk membeli belah, saya harus membuang rasa malu, 'kebiasaan dijemput naik ke pentas', malah tidak patah hati apabila 'jual ubat' kita disambut acuh tidak acuh oleh mereka yang lalu lalang. Namun, ia sangat baik pada mendidik hati kecil seorang pendakwah untuk lebih mengikut resmi padi.


Saya mengambil langkah proaktif, dengan setiap pertanyaan dijawab dengan 10 balasan, agar 1 jam 45 minit tidak disia-siakan.


Alhamdulillah, dalam kesibukan City Plaza Alor Star pada petang Sabtu, sedikit demi sedikit pengunjung singgah dan mengambil peluang menyertai 'forum perdana' kami yang sangat kasual.


Terima kasih kepada semua sahabat yang mengambil peluang hadir. Mohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk berbual panjang kerana mengejar pesawat pulang ke KL pada jam 9:20 malam.


Saya kongsikan beberapa keping foto, ihsan jurukamera Galeri Ilmu Sdn Bhd. seputar Pesta Buku Popular di Alor Star siang tadi:


[image error]


Ustaz Zakaria Sungib memulakan majlis, mewakili GISB


[image error]


Nak tulis buku Aku Ceraikan Dikau, kejam sangat bunyinya. Maka cukuplah satu artikel bertajuk SENI KATA PUTUS!


[image error]


Sedikit demi sedikit hadirin datang mengisi ruang. Kroni belaka, tu!


[image error]


Antara hadirin yang mengambil peluang beramah mesra dan meminta tandatangan. Mahu terus diserahkan kepada pengantin, khabarnya!


[image error]


"Buku ana sudah masuk tiga buah bab rumahtangga ni. Anta bila nak amalkan?" soalan saya kepada Pengarah PUISI 2006 yang kini bertugas di Hospital Alor Star


[image error]


Ada dua sahabat yang mahu menculik saya selepas program, namun pemenangnya adalah Ustaz Ezrul Demirtaş!


[image error]


Pesanan terakhir saya, jika anda hadiahkan pinggan kepada pengantin, nanti suami tanya isteri kenapa pinggan kosong tidak berisi.


Jika anda hadiahkan jam kepada pengantin, nanti isteri tanya kenapa suami balik lewat.


Tetapi jika anda hadiahkan buku kepada pengantin, andai mereka mahu bergaduh kerana pinggan dan jam, buku membantu mereka tidak bergaduh.


Pinggan pecah, jam mati, buku hilang, ilmunya kekal sampai ke Syurga. Pengantin dapat kebaikan, anda dapat kebaikan, saya dapat kebaikan, Galeri Ilmu dapat kebaikan, Popular Bookstore dapat kebaikan. Hidupkan budaya menjadikan buku sebagai tanda menghargai sahabatmu.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

68000 AMPANG


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 25, 2010 07:58

December 24, 2010

I Love Both Jesus and Muhammad

[image error]


Assalamualaikum.


I recently received an email from my friend asking opinion about a comparative list between Jesus and Muhammad. The email concluded that there is no comparison between Jesus and Muhammad. Muhammad falls so far short, that he cannot be held on any level remotely close to Jesus. Muhammad is clearly inferior to Christ.



The whole thing could not be responded in a simple manner because the list can endlessly continue. But let the sender ask himself, what is the purpose of highlighting the list?


When we discuss about Jesus – peace be upon him – and Muhammad – peace be upon him -, the intention is the first and foremost.


Me myself, I learn about Muhammad and his religion for me to clarify my own purpose of life, why God created me, why I am here, where am I heading to after this worldly transit? I found my answer best through the teaching of Muhammad. I learn about religion to answer my own Questions, and not to question others!


As a historian, I believe that Muhammad was the only prophet that was born under the light of history. Every single thing about him, I can identify the source and even the source can be evaluated scientifically for the authentication. But the case was not with all other Prophets including Jesus Christ.


Can the existence of Jesus Christ be proven historically and scientifically? Maybe yes, but it would not be an easy task. As far as the history concern, this was the major issue why the scholars of the Enlightenment rejected Christianity because empirical studies could not find solution in proving the existence of Jesus himself. In 325CE the Bishops gathered in Nicaea to decide if Jesus was a son of God or a man. It was that crucial if history involves.


But as a Muslim, the Quran was the source for me to know and believe in Jesus. Al-Quran helped me to believe in him. It was even a part of my faith. I cannot be a Muslim without believing in Jesus Christ. Jesus was better explained in the Quran, at least for my own level of understanding.


So, if the sender believe that his idea about Christianity gave him satisfaction in finding the absolute truth, then let him be with his Christianity. Islam stands with its own strength and Christianity should be confident with what it has. There is no need to prove who is better than who, if the intention is to find what is good for us in this temporary life.


All the claims made by the list can be answered by reading more about Muhammad. Keep aside the pre-conceived idea he had about him, and be open to read properly. I would not suggesting him to read any book written by Muslims, but why not spend sometime reading books about Muhammad written by someone like Karen Armstrong in her book "Muhammad: A Biography of The Prophet".


I found peace and had full of tranquility by believing and loving both Jesus and Muhammad and I cannot do anything to help someone who find peace in hating any of these great men.


God knows the best.


ABU SAIF


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 24, 2010 14:46

December 23, 2010

Kad Krismas Saya Untuk 'Anda'

[image error]


"Amir, awak rindukan Krismas?" saya bertanya.


Di satu sudut masjid, Amir duduk bersimpuh tersenyum mendengar soalan saya.


Tengah hari itu cuaca di Belfast sungguh sejuk. Hanya tinggal beberapa hari lagi, Krismas tiba. Di sana sini lagu-lagu Krismas berkumandang. Teringat saya kepada suasana Aidilfitri di Malaysia, manusia bagai dipaksa-paksa untuk beremosi dengan lagu raya. Sama ada untuk melakukan barangan, menyuruh anak perantau pulang ke desa, atau dipasang sekadar menandakan musim raya sudah bermula.


Lisburn Road yang selalunya comot lagi suram dengan sentuhan cuaca Ireland Utara, indah berhias dengan pelbagai dekorasi, tidak mengalah dengan kemeriahan di sekitar pusat membeli belah Castle Court di tengah bandar.



"Tidak. Tiada rasa rindu. Tetapi rasa lebih berhubung" jawab Amir dengan tenang.


Amir adalah anak tempatan. Sudah lama memeluk Islam dan tiada gelaran 'saudara baru' untuknya lagi.


"Bagaimana pula lebih berhubung?" saya kurang jelas dengan maksudnya.


"Dulu-dulu, saya sekeluarga menyambut Krismas tanpa sebab yang jelas. Malah tanpa sedar, seperti ada kekeliruan antara Jesus dan Santa Claus" jelas pemuda itu.


Amir menggambarkan kepada saya betapa Krismas disambut lebih kepada sebuah adat yang sekular. Tiada intipati agama yang jelas. Hadir ke perhimpunan di gereja pun tidak dirasakan sebagai ritual agama.


"Di Belfast ini, hidup sebagai minoriti menjadikan Muslim lebih menghargai Aidilfitri. Tetapi di negara saya, Ramadan semakin disudahkan dengan perayaan yang semakin sekular. Hilang roh agamanya" saya berkongsi.


"Itulah perbezaan agama minoriti dan majoriti barangkali" Amir menyambung mesej saya tadi.


"Selepas memeluk Islam, awak masih menyambut Krismas?" saya ingin tahu.


"Ya dan tidak" jawabnya ringkas.


"Bagaimana begitu?" saya tidak pasti.


"Ya, saya masih menyambut Krismas dengan pulang menziarahi keluarga saya dan menyertai perhimpunan keluarga kami. Ada hidangan yang saya makan, ada yang tidak. Tetapi saya tidak lagi menyambut Krismas dengan jiwa yang sama seperti mereka kerana saya rasa saya lebih Kristian selepas memeluk Islam!" jelas Amir.


"Oh! Lebih Kristian selepas memeluk Islam? Unik tu!" saya terpinga-pinga.


"Tentu sahaja. Jika dahulu, status Jesus sukar untuk saya hadam ke dalam jiwa dan keyakinan. Tetapi kini segalanya jelas. Maryam dan Isa lebih indah dan suci di dalam Aqidah Islam" ujar pemuda Irish itu.


Amir membacakan kepada saya firman Allah di dalam al-Quran, surah Aal 'Imraan:


[image error]


"(Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di Dunia dan di Akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah daripada orang-orang yang soleh." [Aal 'Imraan 3: 45-46]


"Versi Islam untuk Annunciation?" saya menyoal.


Amir tersenyum.


Dia memang tidak banyak berbicara.


"Eh, saya perlu beredar sekarang. Maafkan saya, Imam. Kita jumpa lagi Insya Allah" Amir tiba-tiba bangun. Teringatkan sesuatu barangkali.


"Baiklah. Merry Christmas?" saya memberi ucapan dalam nada menyoal.


"Islamic Christmas?" beliau juga menjawabnya dengan nada menyoal.


Kami ketawa.


KRISMAS DAN PELUANG DAKWAH


Saya teringat kepada pesanan Said Hawwa di dalam risalah Maulid beliau yang terhimpun di dalam kitab Kay Laa Namdhee Ba'eedan 'an Ihtiyaajaat al-'Asr. Al-Marhum berpesan, biar pun Maulid tidak disambut di zaman Nabi sallallaahu 'alayhi wa sallam atas sebab yang makruf, ia tidak seharusnya menjadi alasan untuk tarikh yang difahami sebagai Maulid al-Rasul itu dibiarkan begitu sahaja. Ramai manusia yang secara otomatik tertanya-tanya apakah tiada sambutan, tiada ceramah, tiada kenduri.


Kesediaan masyarakat untuk 'diprogramkan' itu mesti dimanfaatkan oleh pendakwah. Tolaklah ke tepi anasir-anasir yang bersalahan dengan Sunnah. Namun mengapa tidak diadakan majlis ilmu mengingati Rasul sallallaahu 'alayhi wa sallam. Mengapa tidak baginda dipuji dan dikenang bersama selawat dengan bahasa syair yang indah, selagi syair itu tidak mengungkapkan syirik dan bid'ah?


Demikian juga perihal Krismas.


Ketika sahabat handai malah mungkin ada yang sanak saudara dan ahli keluarga yang menyambut Krismas kerana agama mereka, mengapa tidak sentimen dan emosi yang wujud dimanfaatkan sebagai peluang dakwah?


Umat Islam harus sudah mampu keluar daripada berulang kali memperdebatkan persoalan hukum mengucap tahniah kepada non-Muslim.


Jadikan sahaja ia peluang dakwah, ungkapkan sesuatu yang lebih Islamik.


Hantarkan kad Krismas yang disertakan dengan petikan-petikan ayat al-Quran yang berbicara tentang Isa dan Maryam.


Beritahu rakan Kristian anda bahawa kita kaum Muslimin juga memuliakan Jesus dan Mary. Namun Risalah Muhammad sallallaahu 'alayhi wa sallam datang memurnikan kepercayaan kami mengenainya. Hadiahkan buku-buku yang baik pada menjelaskan tentang Islam serta hubungkaitnya dengan Risalah Jesus. Buku yang sedap dibaca, buku yang tidak mencederakan kasih sayang mereka kepada Jesus dan Mary, tetapi menggunakan kasih sayang itu untuk mengajak mereka kepada Aqidah yang lebih memurnikan cinta seorang mukmin kepada sekalian Rasul, di samping Isa juga bondanya Maryam.


Seperti kata Amir, "saya terasa lebih Kristian selepas memeluk Islam. Lebih dekat dengan Jesus Christ"


Mungkin sudah agak terlambat, tetapi malam itu saya mengerjakan Photoshop untuk membuat kad Krismas berserta petikan al-Quran tentang Jesus dan Mary. Kad itu dikongsikan bersama Jamal, Presiden Belfast Islamic Centre untuk dihantar kepada beberapa klien yang biasa berurusan dengan kami daripada kalangan agensi tempatan.


[image error]"Dan peringatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur" [Ibrahim 14: 5]


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

68000 AMPANG


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 23, 2010 17:52