Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 90

October 11, 2011

Allah Pun Mengiyakan Pendapat Musuh-Nya


[image error]


"Dan Permaisuri Saba' itu berkata: Sesungguhnya raja-raja yang berkuasa apabila masuk ke sebuah negeri, nescaya mereka akan membinasakannya dan menjadikan orang-orang mulia di negeri itu terhina. (Lalu Allah berkata): Dan sememangnya begitulah kelakuan mereka!" [al-Naml : 34]


Hindari sifat Taassub. Muliakan kebenaran!




Related posts:Musuh Allah Berijazah Syariah
Server Saifulislam.Com Kembali Bermasalah
Saifulislam.Com Kembali Bersiaran

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 11, 2011 22:16

October 9, 2011

Vlog: Hari Isnin Hari Beramal


 




Doa bangun daripada tidur:


الحمدلله الذي أحيانا بعدما أماتنا واليه النشور


"Segala pujian bagi (Allah) yang telah menghidupkan kami selepas mematikan kami, dan kepada-Nya jua segala-galanya kembali" [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]




Related posts:Server Saifulislam.Com Kembali Bermasalah
Selamat Datang ke Server Baru
Akaun Public Bank

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 09, 2011 18:38

October 8, 2011

Pandangan Ilmuan Islam Berkenaan Bajet 2012

Pandangan Ilmuan Islam Berkenaan Bajet 2012


[image error]


Foto ihsan Zaharuddin.Net


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, sahabat dan seluruh umat yang menurutinya dalam kebaikan dan keimanan.


Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyediakan peruntukan RM232.8 bilion dengan defisit 4.7 peratus. Secara umumnya kami mengakui bahawa bajet yang dibentangkan secara umumnya adalah baik dan memberi perhatian yang banyak serta agak komprehensif kepada kemaslahatan rakyat dari pelbagai genap lapisan dan sektor.



Pun begitu, agak merungsingkan apabila bajet ini masih kekal defisit, tahun lalu defisit adalah sebanyak 5.4 peratus. Perlu difahami unjuran hasil kerajaan pada tahun 2012 hanyalah RM 186.9 billion dan ini bermakna kerajaan perlu membuat hutang dalam negara yang baru sebanyak RM 45.9 billion.


Kami dengan ini, menyuarakan kebimbangan kami terhadap trend menambah hutang dalam mengurus dan membangun Negara tercinta ini. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion  bagi hujung tahun ini.


Berhutang itu bukanlah perkara yang sihat untuk diteruskan tanpa sebarang plan konkrit untuk menyelesaikannya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:


من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله


Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


 


Juga sabda baginda:-


اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف


Ertinya :  Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )


 


Berdasarkan hasil perbincangan telus, sederhana akademik dan sifat non-partisan  di antara beberapa peserta pertemuan  ilmuan Islam dan pendakwah terlibat dalam pertemuan berkala ini, pihak kami menyambut Bajet Negara 2012 dengan perasaan bercampur-campur.


Secara ringkas dan mudah dan berdasarkan kemampuan kami yang sederhana, berikut adalah respons kami terhadap beberapa isi penting terpilih dari Bajet 2012 yang dibentang pada 7 Oktober 2011:-


A) Sokongan sepenuhnya


Kami memberikan sokongan sepenuhnya terhadap item-item berikut:-



Kewujudan Dana Perusahaan Kecil Sederhana secara Patuh Shariah bernilai RM2 billion yang akan diagihkan melalui institusi kewangan Islam yang terpilih.
Potongan cukai kepada sukuk terbitan wakalah, sebelum ini telah diberikan kepada sukuk mudarabah, BBA, Istisna', murabahah, ijarah.
Pengecualian cukai bagi urusniaga sukuk bukan ringgit sebagai galakan perkembangan industri kewangan Islam.
Skim pembelian kereta baru jenama tempatan bagi pemilik teksi individu dengan beberapa tawaran nilai lupusan bagi jangka hayat kereta yang berbeza. Ini juga baik, bagi menggalakkan kualiti teksi sedia ada, sekaligus mengurangkan risiko pengguna dan menaikkan imej negara.
Potongan dua kali belanja syarikat bagi yang menyediakan latihan internship. Langkah ini juga disokong khususnya latihan teori dan peperiksaan di universiti semata sememangnya tidak mampu menghasilkan tenaga kerja yang cekap dan mahir, justeru tawaran ini dikira mampu meningkatkan kecekapan tenaga kerja muda di Malaysia disamping menaikkan produktiviti syarikat terbabit dengan tenaga kerja yang lebih menjimatkan.
Mana-mana pemberi biasiswa dari kalangan syarikat swasta akan memperolehi pengecualian cukai.
Pertukaran gaji kepada sistem satu lapis dan kenaikan gaji, iaitu pada kadar RM80 – RM320 atau opsyen skim SBPA dengan faedah kenaikan gaji pad akadar 7-13 peratus.
Bonus setengah bulan kepada kakitangan awam dan bantuan RM500 kepada pesara.
Dana Pengkomersialan Inovasi bagi PKS sebanyak RM 500 juta melalui pembiayaan patuh Shariah.
Yuran sekolah rendah & menengah dimansukhkan.
Sumbangan orang ramai kepada rumah ibadah dan sekolah swasta akan mendapat potongan cukai.
Pelbagai program membangun hal asasi di luar Bandar melalui dana bernilai RM5 bilion untuk jalanraya, air bersih, elektrik, tangki air, felda diperbaiki sistem pengairan dengan bajet RM400 juta lagi.
Umur bersara lanjut ke 60 tahun.
Jadual dan jumlah jam kerja pegawai perubatan di ubah kepada purata hanya 60 jam seminggu sahaja, ditambah dengan sistem elaun oncall pada kadar RM30 ke RM 80 semalaman.
Bajet biasiswa bagi galakan penjawat awam menyambung pelajaran di peringkat BA, MA dan PhD
Naik pencen 2 peratus setahun.
Baiki rumah nelayan dari dana sumbangan bernilai RM 300 juta.
Bantuan guaman bagi yang tertuduh tidak mampu. Bajet RM 15 juta diperuntukan.
Hospital kanak-kanak dan wanita RM 700 juta.
Warga emas berumur 60 ke atas dikecualikan dari caj hospital kerajaan sebagai  pesakit  luar. Selain itu juga diberikan 50% diskaun tambang LRT dan Monorel
Orang ramai boleh menggunakan RM 1300 dari wang KWSP mereka untuk mendapatkan kuota haji melalui kaedah ring-fencing.
Peruntukan meningkatkan sumber makanan melalui pertanian dengan nilai 1.1 billion.
Baucar buku RM 200 bagi pelajar matrikulasi, IPTA, IPTS dan tingakatan enam.
Galakan sistem bina kemudian jual, diperuntukan melalui perbankan Islam bagi rumah bernilai RM 600,000 ke bawah. Ertinya, hanya apabila rumah siap, barulah pelanggan diperlukan untuk membuat bayaran bulanan.

 


B) Sokongan dan nota perhatian


Berikut pula adalah item yang disokong, namun dengan dengan sedikit nota:-



Pengecualian cukai duti import dan duti eksais untuk kereta elektrik dan hybrid. Namun pihak kami merasakan pihak kerajaan sewajarnya meluaskan lagi galakan ini dan bukan sekadar terhad kepada dalam industri automatif, malah juga wajar diberikan potongan cukai atau insentif yang sesuai kepada mana-mana perusahaan dan perkilangan yang mampu beroperasi secara bersih dan kurang pencemaran melalui sistem 'tekonologi hijau', selain itu kami juga ingin mencadangkan agar kerajaan mengkaji bagi mengenakan cukai penalti atau khas kepada mana-mana kenderaan dan kilang yang mengakibatkan sebaran 'carbon emission' berlebihan kepada persekitaran.
Pengecualian cukai bagi francais tempatan bagi mengalakkan perkembangannya. Dengan kelebihan ini, pihak kami menyeru agar harga khidmat, servis dan makanan yang disediakan oleh francais terlibat tidak dinaikkan bagi mengelakkan tambahan beban bagi rakyat, juga diharapkan pihak kerajaan mampu mengambil inisiatif menasihatkan pihak francias menaikkan kualiti perkhidmatan mereka.
Skim rumah pertama bagi kakitangan berpendapatan di bawah RM 3000, dibenarkan untuk membeli rumah pada harga maksimum RM 400 ribu berbanding RM220 ribu sebelum ini, dengan kebenaran menggabung nama suami isteri. Kami berpendapat kenyataan ini hanya merawat sebahagian masalah pemilik rumah pertama sedang ia tidak mampu menyelesaikan masalah harga rumah yang tinggi kepada golongan ini. Selain itu, pengumuman ini dijangka boleh mengakibatkan galakan tidak langsung penjual untuk menaikkan harga rumah lalu  menambahkan risiko kemampuan peluang golongan ini memperolehi rumah.
Amanah ikhtiyar – 2.1 billion bagi tujuan 'micro credit', namun diharapkan agar ia mampu disalur juga melalui dana patuh Shariah.
Sistem bas di luar Bandar RM 150 juta. Namun begitu, bajet kali ini mengalpakan peruntukan dan tumpuan untuk pengemaskinian dan sistem transportasi dalam bandar yang masih belum berkesan..
Menggalakkan Doktor, akauntan, guaman dan lain-lain professional buka perkhdimatan di luar Bandar dengan dana RM100 juta bagi pinjaman riba 4 peratus. Ia disokong namun mengapa tiada pilihan dana patuh Shariah? Juga disarankan agar kerajaan bukan hanya mengehadkan kepada badan professional tetapi juga badan-badan kebajikan dan sukarela yang ingin mengadakan khidmat sepertinya.
SME 'revitalization fund' untuk SME bermasalah. Pinjaman mudah 1 juta boleh diberikand dari dana bernilai RM 100 juta yang disediakan. Walau bersetuju namun pihak kami merasakan keperluan kerajaan memberi pilihan perkhidmatan Patuh Shariah melalui perbankan Islam.
Bantuan RM500 kepada isu rumah berpendapatan bulan RM3000 dan ke bawah dalam usaha meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak mereka. Kami bimbang bantuan ini akan mencetuskan lambakan tunai ke dalam masyarakat yang boleh mengakibatkan peningkatan kadar inflasi akibat kenaikan harga barangan, justeru pihak kami mengharapkan kerjaaan mampu merancang tatacara yang boleh digunakan bagi mengawal kenaikan harga barang agar tidak dinaikan sewenangnya akibat pengumuman ini, khususnya apabila ditambah dengan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji. Juga pihak kami juga menegaskan bahawa agak ramai keluarga berpendapatan kurang dari RM 3000 yang tidak akan mendapat bantuan ini lantaran mereka tidak berdaftar dengan LHDN, juga tidak jelas sama ada individu yang tidak pernah membayar cukai LHDN boleh berdaftar tahun ini lalu terus mendapat kemudahan ini.
Pemilik teksi individu dan kereta sewa dikecualikan dari duti eksais dan cukai jalan sebanyak 100 %. Ini adalah baik bagi menggalakan lagi tekanan syarikat kepada pemandu teksi. Pun begitu, kami juga merasakan adalah bertambah jika kerajaan dapat juga mempertimbangkan pemberian permit-permit teksi kepada individu dengan lebih banyak.
KARISMA: Untuk warga emas miskin RM 300 sebulan, kanak-kanak miskin RM 100 sebulan, kurang upaya RM 150-350 sebulan. Kami bersetuju cuma melihat agar perlu ada peruntukan bagi OKU untuk mendapatkan peluang pekerjaan di dalam perkhidmatan awam, menaikan fasiliti asasi mereka di tempat awam selaras dengan dasar OKU, selain itu sewajarnya kerajaan memberikan pengecualian cukai kepada syarikat swasta yang mengambil OKU bekerja (jika belum ada)

 


C) Komentar umum


 


Berikut pula komentar umum kami terhadap bajet 2012 :-



Belanjawan defisit berterusan melebihi 5 tahun bukanlah sesuatu yang sihat. Defisit menyebabkan keperluan kerjaaan untuk meminjam dengan faedah riba, apabila setiap tahun pinjaman bertambah maka jumlah hutang-hutang sebelum ini yang 'outstanding' pasti akan semakin menyesakkan. Bajet kali ini masih tidak menjelaskan plan kerajaan untuk menaikkan hasil dan pendapatan bagi mengelakkan belanjawan defisit.
Tiada sama sekali peruntukan untuk pembangunan urusan hal ehwal Islam sebagai agama rasmi melalui agensi-agensi kerajaan. Ini patut dikaji segera oleh kerajaan kerana bajet sepatutnya memberi perhatian dan sokongan kepada resolusi yang dicapai dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia bagi membangunkan pengurusan hal ehwal Islam.
Peruntukan bagi sekolah-sekolah agama rakyat tiada disebut dan diabaikan.
Peruntukan untuk mengatasi gejala sosial yang semakin meruncing juga tiada diberikan perhatian sama sekali. Peruntukan patut disediakan sama ada melalui sekolah, agensi kerajaan terbabit, NGO dan yang layak.
Pemberian konsesi dan kontrak kepada beberapa pengendali lebuh raya yang akan dibuat sebagaimana diumum di dalam bajet mestilah diurus dengan penuh integriti agar tidak lagi klausa perjanjian yang merugikan rakyat akibat menjamin kenaikan wajib setiap tahun.
Di dalam keadaan defisit dan pemotongan pelbagai cukai terhadap pelbagai perkara, kerajaan sangat wajar mengenakan kembali 'import tax' untuk barang mewah yang pernah dihapuskan sebelum ini.
Terlalu banyak agihan perlu sampai segera kepada masyarakat yang mengharap dari bajet ini, tanpa sikap efisyen tinggi dan tiada badan khas yang dipertanggungjawab, ia mungkin hanya tinggal pengumuman sahaja. Justeru, kami mencadangkan bagi membuktikan ketelusan dan keikhlasan bukan sekadar pilihanraya, kerajaan mewujudkan badan pemantau khas dianggotai wakil kementerian, NGO & ahli politik untuk mencatat setiap agihan yang diumumkan di dalam bajet, lalu melaporkannya secara suku tahunan (quarterly) kepada parlimen bagi pengetahuan rakyat.
Pengecualian cukai bagi projek dan syarikat-syarikat KLIFD yang diberikan sehingga 10 tahun adalah terlalu panjang yang merugikan Negara khususnya apabila kewangan negara berada di dalam kedaaan defisit, justeru kami mencadangkan ia dikaji semula dan diubah kepada lima tahun sahaja.
Sekuriti dan isu keselamatan rakyat tidak diperuntukan dengan peruntukan yang mencukupi, walaupun ada bajet untuk polis namun kita perlukan peruntukan khusus untuk sistem tekonologi sekuriti lebih baik seperti CCTV dan lain-lain sistem bagi memudahkan polis membantu keselamatan rakyat jelata.
'Green tax' sekali lagi ingin kami highlightkan, pengecualian cukai bagi syarikat mampu mengurangkan pencemaran dan kenakan cukai bagi yang membuat pencemaran diperlukan.
Bagi mengelak spekulasi di dalam pemilikan perumahan, kami berharap kerajaan mampu mengkaji lagi sistem yang telah diperkenalan sebelum ini iaitu pembelian rumah ketiga dan seterusnya, institusi kewangan diminta untuk memberi pinjman sehingga 70 % sahaja, namun bagi merendahkan terus peluang spekulasi yang menyebabkan harga rumah meningkat sehingga menyukarkan pembeli rumah pertama dan pembeli untuk tujuan penginapan (bukan pelaburan), kami meminta pembiayaan dan pinjaman untuk pembelian rumah ketiga dan ke atas dihadkan kepada 50 % sahaja berbanding 70 % sebelum ini.
Peruntukan bagi mengemaskan dan menaiktaraf sistem pengangkutan dalam bandar tidak disebut di dalam bajet kali ini.
Selain memberikan tumpuan kepada hospital baru, naik taraf hospital swasta dan klinik, perlu juga perlu juga mengkaji khidmat di hospital swasta yang kian meningkat kos khidmat mereka.
Transformasi sepatutnya tidak hanya terhad kepada plan agihan yang baik tetapi plan kerajaan untuk tingkatkan integriti, kesungguhan dan keazaman mengelak ketirisan yang mengakibatkan perbelanjaan mengembang.
Tidak disebut kali ini berkenaan cukai barangan 'dosa' ke atas rokok, arak, judi dan sepertinya. Ini diperlukan bagi memperolehi pendapatan Negara dalam keadaan defisit dan mengecilkan jumlah mereka yang ingin terjebak di dalam masalah terbabit.
Kedai 1Malaysia (KRIM) adalah baik namun perlu disedari peruncit kecil terpaksa bersaing dengan harga barangan jualan KRIM yang 40% lebih rendah dari harga pasaran, jika tidak dikawal lokasinya boleh 'membunuh' kedai-kedai runcit milik peniaga kecil dan sederhana, justeru kami mencadangkan agar kedai ini benar-benar ditempatkan lebih banyak di kawasan luar bandar atau di kawasan yang dikenalpasti didiami kumpulan pendapatan rendah seperti PPRT di kawasan bandar atau universiti.
Kadar keuntungan cukai harta tanah, di dalam lampiran bajet 2012 disebutkan niat kerajaan adalah untuk mengekang spekulator hartanah dari berleluasa lalu cukai ke atas keuntungan jualan harta tanah dinaikkan dari 5 % ke 10 % bagi pelupusan dalam tempoh kurang dari 2 tahun, kami mencadangkan agar kerajaan mengembalikannya kepda jadual cukai asal iaitu 30% secara berperingkat dwi tahunan agar masalah ini dapat dibendung dengan lebih efektif. Selain itu, jualan harta tanah setelah 5-10 tahun pula dicadangkan agar tidak dihapuskan terus, maka boleh diletakkan cukai minima sekitar 1 peratus, ia dijangka penting untuk menjana pendapatan kerajaan.

 


Akhirnya, kami menyeru kepada semua pihak yang terlibat dalam fasa penyampaian dan perlaksanaan segala inisiatif yang telah dimaktubkan dalam belanjawan yang diumumkan agar bersifat amanah dan menzahirkan accountability yang tinggi agar setiap inisiatif yang dijanjikan benar-benar dirasai manfaatnya oleh para kumpulan sasaran. Kami mengingatkan seluruh stakeholders yang terbabit dengan Firman Allah SWT:


إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرً


"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat". (An Nisa:58)


Firman Allah juga :


إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ


Ertinya : sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya. ( Al-Qasas : 26)


Sabda Rasulullah SAW:


"Tiada iman pada orang yang tidak beramanah" (Riwayat Ahmad)


 


 


Dari kami untuk khidmat masyarakat,


 


Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mursyid)


Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)


Ustaz Dr. Maszlee Malik


Ustaz Dr Zahazan Muhammad,


Ustaz Syed Mohd Norhisyam


Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman,


Ustaz Hj Mohammad Nidzam Abdul Kadir,


Ustaz Hj Aizam Mas'ud,


Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil,


Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali,


Ustaz Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan,


Ustaz Ramadhan Fitri Elias,


Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar,


Ustaz Zamri Zainuldin 'Mantop'


Ustaz Abdullah Bukhari Al-hafiz


Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman


Ustaz Shauqi Othman


Ustaz Dr Firdaus Mohd Hatta


Dr. Mohd Nizam Barom




Related posts:Pertemuan Ilmuan Dan Da'i Malaysia
Pandangan 2 Sen Untuk Menjaga Harga Diri
Saiful Islam ke PASTI

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 08, 2011 19:27

Sweet 7 Naurah Sabihah

[image error]


Semalam…


Dia sangat kuat menangis.


Dia sangat banyak meragam.



Dia lahir semasa kami makan berlaukkan telur goreng pada hari-hari awal pulang ke Malaysia.


Usia kecilnya dikelilingi oleh pelbagai tekanan kehidupan hingga kami hampir kelam pada mengingati batu-batu loncatannya meniarap, duduk, merangkak, bertatih, berjalan dan seterusnya melompat dan berlari.


Tetapi dialah bunga yang mekar indah di pagi hari kami.


Dialah hiasan rumahtangga kami.


Naurah Sabihah nama diberi.


Hari ini beliau genap 7 tahun.


Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-7, anakanda Naurah Sabihah binti Hasrizal.


Semoga terus membesar dengan hati yang besar, fikiran yang luas, sopan yang tinggi serta sempurna taqwa dan budi.


Abi dan Ummi sayangkan kamu.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

43000 Bandar Seri Putra




Related posts:Naurah Sabihah 3 Tahun Hari Ini!
Selamat Ulangtahun Kelahiran Kelima, Sayang!
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 08, 2011 08:52

October 6, 2011

Menguasai 'Jantina Kelucuan'

[image error]


"Abang ni, kalau dengan kawan mesti ketawa bukan main lagi. Balik rumah monyok. Kenapa?" tanya Dila.


Dahi suami berkerut.


Dalam banyak-banyak perkara yang seorang isteri boleh cemburu, mungkin antara yang paling dicemburuinya adalah ketawa seorang suami.


Ketawa yang begitu mudah lagi murah apabila suami bersama rakan-rakannya, tetapi susah dan payah untuk ditemui di dalam rumah sendiri.



Kenapa?


"Dah marah-marah macam itu, macam mana aku nak ketawa? Balik sahaja ke rumah, mesti kena leter" kata Sudin.


Kata-kata sekadar di dalam hati.


Batu.


Membisu.


Ada banyak sudut yang perlu diperhati.


Perbezaan hubungan suami dengan rakan-rakannya berbanding hubungan suami dengan isterinya sendiri amat besar. Rakan-rakannya adalah teman bergembira. Berseronok. Tiada ikatan tanggungjawab, beban dan jangkaan. Sekadar kawan. Keseronokan dan hiburan.


Berbeza dengan isteri. Nampak sahaja wajah isteri, perkara pertama yang timbul adalah tanggungjawab, tugas dan peranan yang semua itu mudah berubah menjadi beban dan tekanan. Jelas sekali, tekanan itulah cuaca yang paling tidak sesuai untuk bergelak ketawa.


Walhal gelak ketawa antara suami isteri itu perlu.


"Tapi, kalau tekananlah punca suami susah hendak ketawa di hadapan isteri, bukankah dengan rakan sepejabat juga ada banyak tekanan kerja?" ada yang membantah.


Jika itu persoalannya, maka kali ini isunya berbeza.


Isunya ialah Men Are From Mars, Women Are From Venus!


Dek kerana lelaki dan perempuan itu amat berlainan, apa yang menyebabkan lelaki rasa kelakar lalu ketawa, berbeza dengan apa yang perempuan rasa kelakar lalu ketawa.


Malah, apa yang menyebabkan suami ketawa mudah dikongsi kelakarnya oleh isteri. Tetapi apa yang kelakar bagi isteri, belum tentu kelakar bagi si suami.


Suami isteri mesti menguasai 'jantina kelucuan' yang berlawanan agar sunnah gurau senda suami isteri terus segar dan bermodal terkini, demi mengelakkan kekusaman rumahtangga.


Sunnah yang besar.


Terkini:


I told my wife, "Steve Job is dead"


She replied, "who?"


Kelucuan yang hanya ditangkap oleh kaum suami!


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

43000 Bandar Seri Putra




Related posts:Ke Syurga Bukan Dengan Jantina
Krisis Pendidikan Seks Dalam Budaya Kelucahan Jantina
Sebuah Kotak Cinta

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 06, 2011 21:35

October 4, 2011

SEMPOI 2011 Melabuhkan Tirai

[image error]


"Saya mengambil peluang di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AJK SEMPOI 2011 yang tidak berputus asa dengan segala halangan dan rintangan. Usaha yang dilakukan semenjak 2008, akhirnya terealisasi dengan berhimpunnya kita semua di sini" saya menyampaikan ucapan penutup.


Sepantas kilat, SEMPOI sudah sampai ke penghujungnya.


7 Slot sudah saya kendalikan.



Ada pelajar yang datang dengan tayar bas yang pancit. Ada yang bersalin-salin bas dan keretapi. Mereka semua mengingatkan saya kepada "zaman kami dulu". Sesungguhnya apa yang kekal di ingatan, bukanlah berkisar banyak pada pengisian. Sebaliknya kenangan-kenangan di sepanjang perjalanan. Susah payah, ketawa duka, dan warna-warna sebenar persahabatan, yang muncul untuk menguji kerjasama di atas nama ukhuwwah.


Itulah juga yang saya harapkan daripada program SEMPOI ini.


Tidak dapat saya nafikan, birokrasi dan sistem keselamatan di India amat menguji kesabaran. Transit dua kali di Chennai, Mumbai dan akhirnya di Mangalore memerlukan saya patuh kepada pemeriksaan-pemeriksaan keselamatan yang remeh temeh sehingga tujuh lapan lapis di setiap lapangan terbang.


[image error]


Tambahan pula dengan seriknya saya pada proses mendapatkan visa, niat untuk datang ke bumi India, bukan niat yang sebarangan.


Penuh dugaan.


Tetapi memikirkan pada manfaat yang berpotensi dicapai daripada program ini, semuanya itu memang berbaloi.


Peserta SEMPOI majoritinya adalah pelajar perubatan dan pergigian di lebih tujuh lokaliti seluruh India Selatan. Harapan yang besar untuk melihat perubahan di dalam sistem kesihatan negara agar lebih cemerlang pada sudut human touch, maka mereka perlu diberi suntikan serta latihan intensif.


Pelaburan kita untuk masa hadapan Malaysia yang lebih baik.


Semoga apa yang dikongsi, bermanfaat untuk semua, ameen.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

43000 Bandar Seri Putra




Related posts:Kem Sinergi Remaja Islam 2011 Melabuhkan Tirai
PERMAI'08 Melabuhkan Tirai
Misi Jelajah Dubai Melabuhkan Tirai

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 04, 2011 06:23

September 30, 2011

Kembara Penuh Cabaran ke India

[image error]


Alhamduillah.


Segala kegetiran berbalas.


Program yang dirancang semenjak tiga tahun yang lalu, menempuh 1001 halangan. Akhi Alimin yang mengusahakannya, kini sudah pun bergelar doktor, sempurna menamatkan pengajiannya. Namun hajatnya untuk membawa saya berprogram di India masih belum berhasil.


Hinggalah ke jam 5 petang tadi.


Encik Hafiz meminta saya dan Zainal Lutfi datang menemuinya di Cheras dengan berita gembira. Visa ke India yang diusahakan sejak sekian lama telah berhasil. Kami dapat visa.


Syukur Alhamdulillah.



Cabaran seterusnya adalah tiket kapal terbang.


Perjalanan ke Mangalore agak sukar kerana tidak banyak pesawat yang terbang hingga ke bandar sederhana besar di pantai barat India itu. Saya memberikan persetujuan kepada agen di Sungai Petani untuk mengusahakan tiket tidak kira dari mana kami terpaksa menempuhnya.


Hingga ke jam 12 malam, barulah urusan tiket selesai.


Ustaz Misbah memberitahu saya, bahawa kami akan menaiki pesawat Jet Airways dari KLIA ke Chennai (Madras). Transit selama beberapa jam, kami kemudiannya akan menyambung perjalanan dengan penerbangan syarikat yang sama ke Mumbai (Bombay). Dari Mumbai, kami akan menukar pesawat ke Mangalore dan dijangka selepas 12 jam perjalanan, kami akan tiba pada petang Khamis, Insha Allah.


Subhanallah.


Tidak dapat saya sembunyikan.


Dalam kelegaan, hakikatnya saya berasa amat penat, malah keletihan berulang alik dari Kuala Lumpur ke Miri tempoh hari pun masih terasa.


Terima kasih ya Allah.


Biar pun genting, saya sempat membawa isteri yang dikasihi, bersama anak-anak makan malam di Bangi Kopitiam, berbual-bual dan mengumpul kekuatan untuk berpisah selama seminggu. Alhamdulillah, isteri saya kuat semangat. Anak-anak juga damai melepaskan saya.


Perjalanan menjadi agak lega apabila sahabat saya Zainal Lutfi turut serta.


Sepanjang perjalanan kami berbual ringan sebelum terlelap keletihan.


Syukur urusan imigresen di Chennai tidak banyak masalah. Kastam juga bekerjasama dengan baik. Selesai mengambil beg di balai ketibaan antarabangsa, kami bergegas ke balai berlepas domestik untuk mendapatkan pesawat ke Mumbai.


Perut agak lapar, tetapi kami abaikan sahaja.


Pesawat ke Mumbai juga lancar. 1 jam 45 minit penerbangan menyampaikan kami ke kota Slumdog Millionnaire itu.


Lucu sekali, kami berdua dikehendaki tunggu di tangga pesawat sementara pesawat dibersihkan. Rupa-rupanya, pesawat yang sama akan membawa kami terbang ke Mangalore. Saya dan Zainal mendapat seat yang sama. Dan sejam 20 minit selepas terbang, kami tiba dengan selamatnya.


Dua sahabat menyambut kami di lapangan terbang.


Perjalanan dari situ ke Summer Sand Beach Resort sungguh eksotik. Teksi mencelah-celah di tepi bas, kereta, auto, lori, motorsikal, basikal, kambing dan segala makhluk mengingatkan saya kepada adegan kejar mengejar polis dalam filem Tamil yang pernah ditonton.


Kami tiba di resort dengan selamat sejahtera.


Tanpa berlengah, usai solat Maghrib dan Isyak, kami pengsan.


Semoga perjalanan program 7 Langkah Kecemerlangan yang bakal berlangsung esok, mendapat keberkatan dari Allah.


Ameen.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Summer Sands Beach Resort, Mangalore

India




Related posts:Dari USA ke India
Hari Penuh Makna
Engkau Belum Saling Mengenal Tanpa Kembara

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 30, 2011 17:28