Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 89

October 30, 2011

Sejenak Bersama PPIS Vista Sakinah

[image error]


Ada sesuatu yang sering menimbulkan rasa teruja saya kepada Singapura.


Sebuah negara kecil dengan saiz populasi yang juga kecil, Singapura mempunyai banyak kumpulan sokongan yang fokus kepada isu-isu yang amat spesifik.


Ia saya lihat sebagai satu pembuktikan tentang kemajuan sesebuah negara, terutamanya pada aspek kesungguhan pelbagai lapisan masyarakat mengusahakan hal ehwal pembangunan manusia.


Terkini saya berpeluang bekerjasama dengan PPIS Vista Sakinah.



Bersama dengan Total Success Training and Consultancy, saya bersama pasukan Synergy Training & Consulting (STC) menyertai program pembangunan keluarga yang dianjurkan bersama PPIS Vista Sakinah yang memfokuskan kepada menyokong institusi-institusi keluarga yang mengalami proses penstrukturan (Remarriages and Stepfamilies). Keluarga Tiri jarang sekali dilihat mempunyai keperluan dan cabaran yang unik hingga perlu dibezakan daripada keluarga-keluarga lain, namun PPIS Vista Sakinah mengendalikan unit-unit keluarga sebegini dengan pengkhususan yang amat fokus.


Kami bertuah kerana diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ini.


Penyertaan adalah dalam format keluarga, terdiri daripada ibu bapa (kandung dan tiri), anak-anak remaja, hingga ke kanak-kanak dan bayi. Peserta dibahagikan kepada tiga kategori iaitu dewasa, remaja dan kanak-kanak. Kesemua mereka mengikuti program berasingan yang berjalan serentak dengan 2 Jurulatih dan 8 fasilitator yang bekerja around the clock mengendalikan pelbagai topik dan aktiviti.


Saya diamanahkan topik Law of Shariah and Law of Nature (LOS & LON) sebagai fondusi pembinaan Keluarga Muslim.


Pembentangan dalam bentuk yang santai, seperti biasa.


Namun saya tidak menyangka bahawa pembentangan saya itu diambil dengan begitu serius oleh para peserta, kerana mencetuskan anjakan paradigma yang besar pada mereka 'melihat' Islam. Konsep Syariatullah dan Sunnatullah amat membantu peserta mengenal pasti 'cara kerja Allah' dan 'cara kerja Makhluk' yang perlu digerakkan harmoni dalam kerangka LOS dan LON tersebut. Persoalan Qadha' dan Qadar juga dapat dihadam dengan jelas dengan kesan terpenting, menimbulkan kembali keyakinan yang tinggi terhadap harga menjadi seorang Muslim yang beragama ISLAM.


Kepada Allah jua dipulangkan segala pujian dan syukur.


Selain daripada itu, saya diamanahkan topik LOVE HAS ITS OWN LANGUAGE dan  BETWEEN CAREER AND FAMILY.


[image error]


Manakala bersama anak remaja, saya mengisi satu slot di bawah tajuk LOVE MANAGEMENT.


Tuan Fazrul Ismail pula memfokuskan kepada modul PIES dan CASIC sebagai alat-alat untuk peserta memuhasabah dan merancang proses membina keluarga Sakinah dan Mawaddah.


Program berlangsung di Le Grandeur Resort di Senai, Johor Bharu. Peserta hadir keseluruhannya dari Singapura, berkampung di resort berkenaan di dalam program ala-ala pakej percutian keluarga, tetapi bermodul. Bukan hanya ceramah, latihan dan aktiviti indoor, malah acara bowling, padang dan renang juga mengisi perjalanan program.


Alhamdulillah program berlangsung dengan baik. Semoga semua perkongsian dihitung sebagai ibadah di sisi Allah dan menjadi manfaat untuk semua.


[image error]


Kita tidak tahu di mana Allah akan 'menyentuh' peserta. Kita menyampaikan dalam bentuk biasa, tetapi ia mungkin sangat bermakna buat sesetengah yang mendengarnya. Semoga maklum balas sahabat ini menambah kesungguhan kita untuk terus berusaha, tanpa penat dan lelah


Insya Allah November ini saya akan ke Singapura untuk sebuah lagi program bersama Masjid Al-Kaff Kampung Melayu.


Semoga sekalian yang hadir mendapat manfaat daripada program ini dan semestinya kami sebagai penyampai, terlebih dahulu mengambil iktibar daripada setiap perkongsian. Terima kasih ya Allah kerana menempatkan kami di dalam kerja ini, kerana kami tidak mampu membantu orang lain sebelum kami membantu diri kami sendiri mengamal dan mengusahakannya.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

43000 Bandar Seri Putra




Related posts:AAC Dan KCB Bersama ATN
Sejenak Bersama Sheikhul Islam Mustafa Sabri Efendi (1869 – 1954)
Sejenak di Katil Pesakit

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 30, 2011 21:11

October 26, 2011

Teladan Anak Berumur '40′ Tahun!

[image error]


"Jauhkan diri daripada Abi. You're just beyond the limit" saya menahan marah.


Memang panas hati.


Tidur awal, sudah dibawa berjalan bersiar-siar semalamnya, masa berkualiti, dan tidur dengan baik. Tiada sebab langsung untuk buat perangai subuh-subuh ini.


Pagi ini anak saya enggan ke sekolah. Bukan pertama kali, tetapi sering. Malah bergilir-gilir pula dengan si adik. Kalau yang seorang ini tidak buat perangai, seorang lagi mengambil giliran. Kalau tidak yang seorang itu buat perangai, yang seorang ini menguji iman.


Sudah lama rotan tersimpan.


Kaedah 'gentle but firm' sentiasa diamalkan. Tetapi rotan tetap tergantung.


Kelmarin ia turun ke lantai, berfungsi buat pertama kalinya bagi tahun ini.


Pagi ini nampaknya rotan itu sekadar rotan. Cabaran yang sama berulang lagi.


Buat perangai pula di masa-masa kritikal. Jam 6:30 ke 7 pagi, waktu yang amat sempit untuk sesi kaunseling atau psikologi. Ada empat orang pula yang perlu diuruskan.


Tidak mahu mandi, enggan bersiap, mengamuk di bilik air, menendang-nendang termasuk bibik yang turut puas menahan sabar… hmm!


Dalam suasana seperti ini komitmen saya sebagai bapa terhadap ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada teruji. Jika sekolah di sebelah rumah, lain ceritanya. Tetapi sekolah terletak 35km dari rumah dan yurannya hampir RM700 sebulan untuk seorang. Saya tidak suka dengan fakta itu kerana ia bukan isu untuk anak saya. Ia isu saya. Isu untuk saya dan isteri yang berusaha menguasainya. Bagi anak, sekolah dekat atau jauh, sekolah percuma atau mahal, ia adalah sebuah sekolah.


"Baik tak payah sekolah kalau macam ni!" bisik di hati bapa.


Tidak pasti yang berbisik itu iman, nafsu, atau syaitan.


"Kalau ikutkan hati, rasa nak lempang aje!" ada suara dalam hati berkata.


Tangan mengurut dada, mencari iman untuk memadam amarah.


Astaghfirullah!


Keletihan usaha seorang bapa untuk memenuhi keperluan pendidikan anak-anak, adakalanya menjadikan kita tidak rasional.


Sebenarnya…


Kisah ini jangan diceritakan di Facebook. Jangan ditulis di blog. Apa yang diharap adalah simpati. Tetapi benda lain yang lazimnya muncul.


Nanti salahnya akan ditunding kembali kepada bapa. Mungkin genetik yang dipersalahkan. Saya yang agaknya semasa kecil terlupa bahawa saya juga pernah begitu. Ada juga yang kata, mungkin bagi anak makan duit tak bersih, jadi anak buat perangai. Oleh kerana saya banyak berceramah, ada juga yang berteori bahawa Allah sedang menguji saya pada apa yang saya kata.


Ada yang kata biarkan sahaja. Banyak contoh di depan mata, budak-budak yang semasa kecil buat perangai, akhirnya besar jadi manusia yang baik juga. Pendek kata, rasa sedih, kecewa dan kesal saya itu tidak valid.


Semua itu menyebabkan rasa kecewa dan tertekan kita sebagai satu kesalahan. Dan ia menambah lagi rasa tertekan. Lebih menekan, apabila ibu bapa yang sudah senior hanya ketawa dan berkata, "been there, done that!"


Akhirnya kita tidak pasti, di mana hendak bernafas. Meminta tolong kepada manusia, akhirnya jadi seperti orang lemas meminta bantuan daripada orang lain yang lemas juga!


Hanya mampu menarik nafas dalam-dalam dan membina keyakinan, inilah sebabnya mengapa anak mencecah usia 40 tahun, baru dia benar-benar berjaya menghayati susah payah ibu bapanya membesarkan dia suatu ketika dahulu.


Suatu ketika dahulu…


[image error]


"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)" [Al-Ahqaaf 46: 15]


Saya mohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa saya sebagai seorang anak.


Maafkan saya Abah.


Maafkan saya Emak.


Sakitnya usaha mendidik dan membesarkan anak-anak.


Di sinilah timbul kesedaran untuk saya bersungguh menggerakkan kumpulan sokongan ABAH.MY yang lama terbengkalai. Kumpulan sokongan ini perlu untuk para ABAH mencari sisi pandang yang menyokong, bukan menghukum.


Kepada Allah jua dipohon pertolongan.


Aku insan yang lemah.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

43000 Bandar Seri Putra




Related posts:Memperkenalkan Seorang Rasul Kepada Anak-anak
Menyelesaikan Pergaduhan Anak-anak
Mendidik Anak Menghargai Akal

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 26, 2011 21:36

October 22, 2011

Kalau Benar Risaukan Generasi Y

[image error]


Sebahagian panelis bersama moderator


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sedang panas.


Perancangan awal pula diteruskan, dan saya didestinasikan menjadi salah seorang panelis forum.


Topik "Generasi Y: Cabaran dan Solusi" dibentangkan untuk kupasan panelis yang kesemuanya berlatar belakangkan akademik, kecuali saya sebagai panelis luar. Empat panelis untuk forum sepanjang 1 jam setengah memang boleh menjadikan tiga jam perjalanan ke UIAM rasa tidak berbaloi. Setiap panelis hanya mendapat tempoh 12 minit untuk berbicara, dan saya sebagai panelis pertama perlu membentuk 'sunnah' yang baik dengan mematuhi tempoh masa yang ditetapkan.



Rumusan saya ringkas sahaja.


Jurang antara generasi seasalnya bukan satu isu yang unik untuk era ini. Sepanjang zaman sentiasa ada golongan tua dan muda. Kelompok ibu bapa dan anak-anak. Kelompok guru dan anak murid.


Tetapi apa yang membezakan generation gap era ini dengan zaman-zaman sebelumnya adalah keadaan hidup kita yang semakin banyak terikat kepada elemen-elemen persekitaran. Jika dahulu, berkemungkinan besar apa yang ibu bapa makan, itu jugalah yang anak-anak makan. Apa yang ibu bapa belajar, itu jugalah yang anak-anak belajar. Malah pekerjaan ibu bapa pun terwaris kepada anak-anak. Maka jurang yang wujud antara generasi hanyalah hal-hal semulajadi pada semangat tinggi dan pendek akal anak muda, berdepan dengan orang tua yang kaya pengalaman tetapi bergerak perlahan.


Perkara biasa.


Namun hari ini, apa yang ibu bapa makan bukan lagi serupa dengan apa yang anak-anak makan. Pembelajaran juga amat berbeza. Hiburan dan alatnya juga tidak sama. Medium komunikasi apatah lagi. Kesemua itu mempengaruhi bukan sekadar kecenderungan peribadi dan selera diri, malah cara fikir dan belajar turut terkesan sama.


Saya adalah generasi Galah Panjang.


Kalau bermain, sekurang-kurangnya perlukan 6 orang dalam pasukan.


Tetapi generasi PS2 yang kini beralih ke PSP, akhirnya 'bermain' seorang diri.


Semakin kurang interaksi.


Tambahan pula sumbatan IPOD ke telinga menyebabkan semua orang duduk dalam dunianya yang tersendiri.


Lalu, ajakan kepada dakwah, aktivisma, kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan, bukan lagi sekadar cabaran kesedaran terhadap ilmu dan tahu, malah mencabar lifestyle mereka. Usaha memerlukan kepada proses meyakinkan mereka untuk keluar daripada zon selesa masing-masing.


Demikian juga dengan digital vs analog.


[image error]


Anak saya bosan menonton filem ET, iaitu filem yang sangat menarik buat saya semasa di usia mereka. Makhluk asing yang buruk tetapi comel, duduk dalam bakul basikal BMX dan terbang melepasi sekatan polis melintas bulan mengambang, terpasak di memori hingga dewasa.


"Bosan. Perlahan sangat!" kata anak saya.


Rupa-rupanya, saya yang merupakan generasi membaca buku, bersabar dengan satu muka surat satu minit. Berbanding dengan anak-anak saya yang menonton animasi. Segalanya perlu pantas. Perlu segera. Pembinaan plot filem ET dirasakan amat perlahan buat mereka.


Semua ini mempengaruhi pendekatan pendidikan dan dakwah.


Saya berceramah 15 minit. Kemudian perlu dialihkan kepada video atau apa-apa yang bersifat interaktif. Syarahan berjam-jam itu 'membunuh' tumpuan generasi Y!


Inilah yang perlu diperhalusi oleh kita semua, andai kita cemburukan penambahbaikan. Andai budayanya sekadar melepaskan batok di tangga, lantakkan sahaja perbezaan itu.


Namun, 12 minit berbicara itu terasa tiada sauh untuk ditambat di minda hadirin.


Justeru itu saya sudahkan bicara dengan persoalan berikut:


"Jika benar kita bersungguh risaukan kebajikan Generasi Y dan Z akan datang ini, tanyalah kepada diri kita semua, apakah kesan dan konotasi penggantungan perkhidmatan Prof Abdul Aziz Bari kepada Generasi Y? Saya khuatir, generasi Y akan merumuskan bahawa ahli politik generasi X hanyalah seperti 'bapa ayam'. Semuanya mahu dilacurkan termasuk akademik dan pendidikan!"


UIAM sedang kemalangan!



Jika dahulu, cabaran Generasi X ialah mencari damai antara Hamasah al-Shabab dan Hikmah al-Shuyukh yakni Semangat Anak Muda dan Kebijaksanaan Orang Tua, kini cabaran Generasi Y pula adalah anak muda yang sudah hilang semangat dan orang tua yang tidak lagi bijaksana.


Banyak yang perlu diperjuangkan!


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

43000 Bandar Seri Putra




Related posts:
Forum Cabaran Mendidik Generasi-Y
Benar-benar Sebuah 'Insya Allah'

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 22, 2011 23:37

October 20, 2011


Sebahagian panelis bersama moderator
Universiti Islam An...

[image error]


Sebahagian panelis bersama moderator


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sedang panas.


Perancangan awal pula diteruskan, dan saya didestinasikan menjadi salah seorang panelis forum.


Topik "Generasi Y: Cabaran dan Solusi" dibentangkan untuk kupasan panelis yang kesemuanya berlatar belakangkan akademik, kecuali saya sebagai panelis luar. Empat panelis untuk forum sepanjang 1 jam setengah memang boleh menjadikan tiga jam perjalanan ke UIAM rasa tidak berbaloi. Setiap panelis hanya mendapat tempoh 12 minit untuk berbicara, dan saya sebagai panelis pertama perlu membentuk 'sunnah' yang baik dengan mematuhi tempoh masa yang ditetapkan.



Rumusan saya ringkas sahaja.


Jurang antara generasi seasalnya bukan satu isu yang unik untuk era ini. Sepanjang zaman sentiasa ada golongan tua dan muda. Kelompok ibu bapa dan anak-anak. Kelompok guru dan anak murid.


Tetapi apa yang membezakan generation gap era ini dengan zaman-zaman sebelumnya adalah keadaan hidup kita yang semakin banyak terikat kepada elemen-elemen persekitaran. Jika dahulu, berkemungkinan besar apa yang ibu bapa makan, itu jugalah yang anak-anak makan. Apa yang ibu bapa belajar, itu jugalah yang anak-anak belajar. Malah pekerjaan ibu bapa pun terwaris kepada anak-anak. Maka jurang yang wujud antara generasi hanyalah hal-hal semulajadi pada semangat tinggi dan pendek akal anak muda, berdepan dengan orang tua yang kaya pengalaman tetapi bergerak perlahan.


Perkara biasa.


Namun hari ini, apa yang ibu bapa makan bukan lagi serupa dengan apa yang anak-anak makan. Pembelajaran juga amat berbeza. Hiburan dan alatnya juga tidak sama. Medium komunikasi apatah lagi. Kesemua itu mempengaruhi bukan sekadar kecenderungan peribadi dan selera diri, malah cara fikir dan belajar turut terkesan sama.


Saya adalah generasi Galah Panjang.


Kalau bermain, sekurang-kurangnya perlukan 6 orang dalam pasukan.


Tetapi generasi PS2 yang kini beralih ke PSP, akhirnya 'bermain' seorang diri.


Semakin kurang interaksi.


Tambahan pula sumbatan IPOD ke telinga menyebabkan semua orang duduk dalam dunianya yang tersendiri.


Lalu, ajakan kepada dakwah, aktivisma, kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan, bukan lagi sekadar cabaran kesedaran terhadap ilmu dan tahu, malah mencabar lifestyle mereka. Usaha memerlukan kepada proses meyakinkan mereka untuk keluar daripada zon selesa masing-masing.


Demikian juga dengan digital vs analog.


[image error]


Anak saya bosan menonton filem ET, iaitu filem yang sangat menarik buat saya semasa di usia mereka. Makhluk asing yang buruk tetapi comel, duduk dalam bakul basikal BMX dan terbang melepasi sekatan polis melintas bulan mengambang, terpasak di memori hingga dewasa.


"Bosan. Perlahan sangat!" kata anak saya.


Rupa-rupanya, saya yang merupakan generasi membaca buku, bersabar dengan satu muka surat satu minit. Berbanding dengan anak-anak saya yang menonton animasi. Segalanya perlu pantas. Perlu segera. Pembinaan plot filem ET dirasakan amat perlahan buat mereka.


Semua ini mempengaruhi pendekatan pendidikan dan dakwah.


Saya berceramah 15 minit. Kemudian perlu dialihkan kepada video atau apa-apa yang bersifat interaktif. Syarahan berjam-jam itu 'membunuh' tumpuan generasi Y!


Inilah yang perlu diperhalusi oleh kita semua, andai kita cemburukan penambahbaikan. Andai budayanya sekadar melepaskan batok di tangga, lantakkan sahaja perbezaan itu.


Namun, 12 minit berbicara itu terasa tiada sauh untuk ditambat di minda hadirin.


Justeru itu saya sudahkan bicara dengan persoalan berikut:


"Jika benar kita bersungguh risaukan kebajikan Generasi Y dan Z akan datang ini, tanyalah kepada diri kita semua, apakah kesan dan konotasi penggantungan perkhidmatan Prof Abdul Aziz Bari kepada Generasi Y? Saya khuatir, generasi Y akan merumuskan bahawa ahli politik generasi X hanyalah seperti 'bapa ayam'. Semuanya mahu dilacurkan termasuk akademik dan pendidikan!"


UIAM sedang kemalangan!


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

43000 Bandar Seri Putra




Related posts:Kalau Benar Risaukan Generasi Y
Sejenak di Katil Pesakit
Kita Dapat Apa Yang Kita Beri

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 20, 2011 23:11

October 19, 2011

Soalan Budak Kecik Kenot

[image error]


"Abi, betul ke 'budak kecil kenot' tak perlu puasa?" Imad bertanya.


"Betul. Hanya orang dewasa sahaja berpuasa. Tapi kalau budak kecik kenot nak puasa pun boleh. Berlatih" saya menjawab.



Perjalanan ke PASTI hanya 10 minit dari rumah.


Imad selalunya menaiki van ke sekolah tetapi pagi itu saya memenuhi impiannya untuk dihantar dengan kereta, seperti Yop dan Naurah.


"Kenapa budak kecik kenot tak puasa?" tanya Imad lagi.


"Sebab budak kecik kenot belum kuat. Tak tahan lapar" saya menjawab.


Penuh sabar.


"Kalau puasa juga?" Imad belum berhenti menyoal.


"Nanti sakit perut" saya 'setia' menjawab.


Imad memandang ke luar kereta. Seperti berfikir.


"Kenapa Imad tanya?" saya pula memintas perbualan dengan soalan.


"Saja. Hari ini Imad periksa!" jawab Imad dengan tegas.


Amboi, subjek apa yang anakku belajar di sekolah pada usia lima tahun ini?


Saya menggaru kepala yang tidak gatal.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

43000 Bandar Seri Putra




Related posts:Pemenang Soalan Terganjil
Bimbang Soalan Atau Jawapan?
Ibrah #2 di Perth: Memaknakan Sebuah Percutian

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 19, 2011 17:57

October 18, 2011

Vlog: Mengapa Saya Hasilkan Vlog


Setelah seminggu mengusahakan vlog, saya menerima maklum balas yang pelbagai.



Kepelbagaian yang berpunca daripada kepelbagaian cara manusia belajar dan menerima. Ada yang lebih optimum dengan teks, ada pula dengan audio dan visual.


Semoga perkongsian ringkas video ini, maksud vlog saya difahami oleh pengunjung Saifulislam.Com sekalian, ameen.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

43000 Bandar Seri Putra




Related posts:Mengapa Iklan?
Maaf Saya Tidak Suka Buku Ustaz!
Mengapa Harus Tersinggung

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 18, 2011 04:09

October 14, 2011

Vlog: Sinergi Menukar Cara Pandang Terhadap Perbezaan


Firman Allah SWT:


[image error]


"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu itu terdiri daripada lelaki dan perempuan, dan Kami ciptakan kamu itu berbangsa-bangsa serta berqabilah, agar dengan itu kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah itu maka berilmu lagi mendalam pengetahuan-Nya" [Al-Hujuraat 49: 13]





Related posts:KHUTBAH JUMAAT: Sinergi Memanfaatkan Perbezaan
Belajar Hikmah Cara Socrates
Rumahtangga Cara Baru Dan Lama

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 14, 2011 18:15

October 13, 2011

October 12, 2011

Syaitan Mengemaskinikan Kenderaannya

[image error]


Di suatu ketika, Syaitan menjadikan KEJAHILAN sebagai kuda tunggangannya bagi menyesatkan anak Adam.


Kejahilan yang menjadikan manusia hidup dalam titik-titik buta pandangan dan pengetahuannya tentang kehidupan.


Justeru mengajar ilmu terutamanya ilmu agama, amat berguna pada membantu membina benteng keselamatan.



Tetapi di era lambakan ilmu pengetahuan dan maklumat ini, Syaitan juga mengemaskinikan modus operandinya.


Manusia melakukan kejahatan bukan lagi kerana tidak tahu.


Mereka tahu.


Syaitan menggunakan TEKANAN HIDUP sebagai kuda tunggangannya. Alat untuk mencapai tujuan yang sama, pada menyesatkan anak Adam.


Tekanan hidup, yang menghilangkan upaya kawal diri.


Menghimpunkan semua pemegang PhD, profesional, bijak pandai dan alim ulama' di gelanggang yang sama.


Hilang kawalan diri.


Hilang Taqwa.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

43000 Bandar Seri Putra




Related posts:Masih Terhalang Daripada Mengemaskinikan Blog
Persaudaraan Syaitan Bersyiarkan Halloween
Berkalau-kalau Amalan Syaitan

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 12, 2011 23:50