Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 82
March 22, 2012
VLOG: Sekolah Mana Pendidikan Apa?
Wacana saya bersama rakan-rakan yang mengusahakan sebuah ruang diskusi kecil tentang pendidikan anak-anak.
Biar pun anak-anak saya sudah tidak bersekolah di Khalifah Model School, Ampang, kini mereka berada di Sri Ayesha School, Bandar Baru Bangi atas pandangan serta idea yang sama.
Semoga bermanfaat untuk mencambah buah fikiran ibu bapa pada menyelamatkan anak-anak daripada sistem yang membinasa.
Jihad pendidikan.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra
March 18, 2012
Berhenti 'Belajar'. Bermainlah!
[image error]
"Saya tak suka dengan cara montessori. Banyak main. Belajarnya tidak!" kata seorang ibu.
Tentu sahaja seorang ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya.
Namun, amat rugi apabila seorang ibu tidak tahu apa yang terbaik untuk anaknya.
Kerana sayang dan mahukan yang terbaik, boleh sahaja seorang ibu 'merosakkan' si anak, atas nama kasih sayang seorang ibu.
Kita mahukan sistem pendidikan melahirkan manusia yang baik. Kita ada idea yang canggih tentang makna BAIK. Tetapi kita sering terperangkap dan keliru dengan makna MANUSIA. Akhirnya dek kerana BAIK yang canggih dan MANUSIA yang keliru, apa yang lahir daripada pendidikan kita adalah ROBOT BAIK.
Sejak tahun 1980′an, Small Wonder sudah secara halus memberi nasihat kepada ibu bapa agar jangan membesarkan anak-anak menjadi Vicki the Robot!
Di era pendidikan ala-ala 'lebih banyak lebih tidak cukup' ini, saya dan isteri sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anak-anak saya bermain. Kami tidak kisah mereka lambat membaca, kami tidak kisah mereka perlahan mengira, kami juga tidak peduli anak-anak kami pada usia kecil tidak menghafal doa dan surah al-Quran yang panjang-panjang. Kami hanya mahu mereka bermain.
Bukan kerana apa.
Saya dan isteri percaya bermainlah cara yang penting untuk kanak-kanak belajar.
Di Brainy Bunch Islamic Montessori, sedikit sebanyak saya gembira dengan pendekatan yang digunakan untuk mencapai tujuan ini. Si anak diberitahu supaya datang ke sekolah membawa bunga raya (hingga baru saya tahu betapa susahnya hendak mencari bunga raya pada tahun 2012 ini), ada harinya kena ke sekolah dengan membawa apa-apa jenis rumput. Bukannya buku teks seberat 1kg di dalam beg ala-ala pramugari!
Mungkin bagi yang duduk di kampung, membawa rumput dan bunga raya ke sekolah itu mengarut.
Tetapi bagi anak kampung yang membesarkan anak-anak bandar, saya amat menghargai pendekatan belajar seperti ini. Menggunakan seluruh deria anak untuk menimbulkan rasa seronok mereka belajar. Mereka rasa mereka sedang bermain, lalu mereka gembira. Hakikatnya mereka sedang belajar. Dan pelajaran yang mereka belajar dalam permainan itu, tidak mampu diberikan biar pun oleh silibus krim paling krim, yang memisahkan bermain daripada anak-anak.
SUNNAH
Di dalam Sahih Ibn Hibban, Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu menceritakan bahawa Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam menjelirkan lidahnya kepada Al-Husain bin Ali radhiyallahu 'anhuma supaya anak kecil itu dapat melihat merahnya lidah baginda lalu dia gembira ceria.
Kalau adalah ustaz atau ustazah di sekolah menjelirkan lidah bergurau dengan seorang budak, mungkin ibu robot akan membalas, "Huh, tak tsiqah!"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra
March 16, 2012
Isteri Tak Suka, Suami Tak Rela
"Aku tahu masa bila engkau redha denganku dan masa bila engkau tidak redha denganku" kata baginda.
Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam berbual dengan isterinya Aishah radhiyallahu 'anha.
"Bagaimana engkau tahu akan hal tersebut?" Aishah menyoal.
"Apabila engkau redha denganku engkau akan berkata: Tidak, demi Tuhan Muhammad! Apabila engkau tidak redha denganku, engkau akan berkata: Tidak, demi Tuhan Ibrahim!" ujar Baginda.
Kenyataan daripada seorang suami yang peka.
Yang memerhati.
"Memanglah begitu wahai Rasulullah. Akan tetapi aku hanya menghindari namamu!" Aisyah beralasan.
RASULULLAH SEBAGAI PENCINTA
Soalan yang gemar ditanya, bagaimana Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam bercinta?
Hakikatnya cara baginda bersikap dalam percintaan, sama seperti sikap baginda dalam skala kehidupan yang lebih menyeluruh. Seorang insan yang amat teliti dalam interaksi. Peka dengan kemerosotan motivasi anak muda yang dididik seperti kisah Malik bin al-Huwairith. Seorang yang menyantuni pesalah seperti kisah Muawiyah al-Sulami.
Dan kisah riwayat al-Bukhari dan Muslim di atas, membuktikan lagi bahawa baginda benar-benar seorang yang menyantuni manusia dengan walyatalatthof.
Seorang suami yang tahu apa yang isterinya suka dan apa yang dia tidak suka.
Kalau suka, ada tandanya. Tanpa perlu dikata-kata.
Kalau tidak suka, ada tabiatnya. Tanpa perlu disebut-sebut.
Jelas bagi yang peka. Yang memerhati.
Jika Aisyah suka, beliau menyambutnya dengan ungkapan 'Tuhan Muhammad'. Dan jika hatinya berat serta tidak menyetujui, beliau menyebut dengan ungkapan 'Tuhan Ibrahim'. Ada corak yang konsisten pada reaksi Aisyah dalam interaksinya bersama sang suami.
Aisyah juga menyantuni Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam. Pada mengungkapkan rasa tidak setuju, beliau menggunakan sebutan 'Tuhan Ibrahim', yakni menisbahkan ungkapan itu kepada insan yang sangat dekat dengan hati suaminya. Ibrahim al-Khalil 'alayhi al-salaam, amat dekat kepada jiwa Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam.
SUAMI ISTERI YANG PEKA
Teringat saya kepada petikan lirik lagu Dulu Lain Sekarang Lain dendangan SM Salim:
Jangan dibuat yang isteri tak suka
Jangan meminta yang suami tak rela
Tentu selamat rumahtangga
Nasihat ini hanya dapat difahami oleh suami dan isteri yang peka dengan 'bahasa tubuh' pasangan masing-masing.
Benda yang isteri tidak suka, tak payah buat. Jangan sesudah buat, ditanya pula "ayang tak suka ke?"
Benda yang suami tidak suka, tak perlu minta. Jangan sesudah minta, baru bertanya, "abang tak suka ye?"
Isteri yang meneladani Aisyah, tahu apabila dia berbual-bual dengan suami, ada topik-topik tertentu yang apabila dibuka, suami hanya mendiamkan diri tidak membalas apa-apa. Itu sepatutnya sudah cukup untuk memahamkan isteri, bahawa suaminya tidak suka dengan topik yang dibuka itu.
Semalam, hari ini dan mungkin esok-esok juga.
Suami yang meneladani Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam juga tahu apabila dia berbual-bual dengan isteri, apakah yang boleh menyebabkan air muka isteri berubah. Janganlah dibuka tajuk berkenaan jika keperluannya hanya sekadar mahu bersembang mesra. Melainkan ia membabitkan kepentingan atau mudarat yang perlu dibawa kepada perbincangan, maka topik berkenaan disentuh dengan penuh santun.
Topik ini menjadi sebahagian daripada keindahan seni rumahtangga Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam.
Sesuatu yang sukar untuk dihayati, jika antara suami dan isteri panggilan manjanya ialah AKU NKO AKU NKO!
Abu Saif @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra
March 14, 2012
Saya Bukan Fahri Ayat-ayat Cinta
[image error]
Saya tidak malu untuk mengaku ketagih Facebook.
Saya mendefinisikannya sebagai ketagih kerana saya menulis secara kompulsif.
Impulsif.
Mengakui yang saya ada masalah itu menuntut saya untuk melawan ego diri sendiri.
"Udah-udah le Facebook tu!" kata isteri saya.
"Abi, masa makan jangan main Facebook!" tegur anak perempuan saya.
"Siapa main Facebook? Abi tengah baca. Tengah berdakwah!" minda sedar mengeluarkan hujah logik.
Rasa melenting apabila rutin Facebook itu diganggu, adalah simptom besar bahawa ia bukan lagi tabiat membaca. Ia ketagihan.
Semenjak kecil, saya sentiasa membaca semasa makan. Emak pernah menegur. Kajian saintifik juga khabarnya memberitahu bahawa makan sambil membaca itu mengganggu proses penghadaman. Justeru saya anggap membaca Facebook sebagai lanjutan tabiat berusia 30 tahun itu. Namun hakikatnya, ada perbezaan besar pada membaca Facebook dengan membaca bacaan yang lain. Saya tidak melenting semasa pembacaan saya diganggu, tetapi saya amat terganggu apabila pembacaan Facebook saya diganggu.
Mengakui yang saya ada masalah, adalah langkah pertama untuk masalah itu boleh diatasi.
Jujur dengan diri sendiri.
Sama seperti saya tidak malu mengaku ketagih nasi!
Hanya dengan berlaku jujur dan mencari penyelesaian untuk diri sendiri, saya boleh membantu orang lain.
Taqwa menuntut saya untuk kekal sedar agar kekal ada upaya mengawal diri. Sebab itu saya mesti mampu melakukan muhasabah ke atas diri sendiri. Kalimah muhasabah itu sendiri dari segi sorof Bahasa Arabnya memberi konotasi dua hala. Oleh itu mudah bagi kita untuk muhasabah orang lain. Kita satu pihak, orang yang dimuhasabah itu satu pihak lagi.
Tetapi mampukah saya memuhasabah diri sendiri?
Memisahkan diri saya daripada diri saya sendiri, agar saya dapat melihat dengan adil keadaan diri saya dari satu masa ke satu masa.
Saya mesti memampukannya.
Tetapi mengaku kelemahan, selepas menumpaskan ego, mesti disusuli dengan kebal telinga dan kebal hati. Pengakuan mungkin mengundang ruang untuk semakin kita merendah diri, kita akan dipijak-pijak lagi. Namun jika pengakuan dilakukan demi Allah, peduli apa dengan selain Dia.
Whatever!
Kesempurnaan dan yang elok-elok belaka itu bukan saya. Diri ini sebahagian daripada masyarakat yang sama. Lebihnya saya mungkin sekadar pada 'belajar lebih sikit', maka tahap mengawal diri juga perlu lebih sikit.
Jika mahu baik, boleh bersahabat dengan saya.
Jika mahu yang baik-baik, saya bukan Fahri Ayat-ayat Cinta anda.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra
March 12, 2012
Pendidikan Yang Mandul Untuk Sebuah Perubahan
[image error]
Teringat saya kepada petikan kata Muhammad Abduh pada kurun ke-19 berkenaan pendidikan di Mesir:
"They neither can make their mark in government service, nor can they utter a word in the high Durbar nor yet can they haul goods on their backs in the bazaar and no longer are they able to till fields, either! Were they not "educated" they could have earned livelihood in a hundred ways. But they are completely lost – thanks to their 'education'!" – Shaikh Muhammad Abduh [Khwaja Altaf Hussain, Hali Musaddas, (Lucknow: Sadi, 1935, page 72]
Membaca analisa Muhammad Abduh tentang pendidikan di Mesir untuk 100 tahun yang lalu, rasanya seperti ia keluhan beliau untuk Malaysia semalam.
Jika masyarakat lebih rancak untuk membicarakan tentang proses menyelamatkan negara melalui perubahan politik, saya harap saya tidak menjadi kelompok minoriti yang melihat akar umbi kemusnahan jati diri bangsa kita adalah pada pendidikan. Ya, pendidikan mungkin hasil politik. Politik juga adalah hasil sebuah pendidikan. Seperti ayam dan telur. Tetapi kitaran kemusnahan itu saya pilih untuk memberhentikannya pada stesyen PENDIDIKAN.
Bacalah catatan seorang orang luar yang berada di dalam negara kita. Kredit untuk Rickard Öberg di rickardoberg.wordpress.com/
Jika kita melenting dan gagal mengutip kritikan beliau ini secara sihat, kita adalah sebahagian daripada produk pendidikan yang mandul itu:
Why Malaysia will stay a third world country
Posted on 11 February, 2012
Update 2012-03-10: Thanks to all Facebookers, tweeters and re-tweeters for sharing this around! Virtual hugs to all of you! Be sure to read the comments as well, includingthis one.
Update 2012-03-11: Over 10.000 people have now read this post! THANK you all for sharing this stuff. If you are a Johannian, past or present, who am fed up with the current nonsense, please share your views. YOU are the ones that are losing in this situation, so voice up!
Update 2012-03-11: I have elaborated in the comments on a number of things, including what exactly it was in the delivery that caused me to write this. Please readthis, this, and this. This comment also expands on what is taught in many cases is blatantly wrong.
I have lived in Malaysia for a couple of years now, and am getting reasonably used to it. But some things keep boggling my mind, and today was one of those days.
We went to a "academic information day" at my step-sons school, the St John's Institution in Kuala Lumpur, to be informed by the principal and teachers about their mission and vision, and how they intend to make our children and students into excellent academic achievers.
However, what I got instead (in the one hour I could muster before I had to leave, my bullshit-meter being completely off the charts), was the most highly condensed delivery of pathological, paramoralistic, delusional, and sadistic nonsense I've ever heard. And I've been to the school before, so I had some idea of what to expect.
Since we know from experience that when we as parents voice concerns our children get punished, let me be perfectly clear: we have no concerns. This school is great. Our son is learning things that he could never learn in any other place, other than possibly a mental asylum, which we deeply appreciate. When he leaves St John's he will know everything about dick-fu, and other such useful skills, necessary to combat real life in full force.
Instead of boring you with the nitty gritty details of what was delivered, here's sort of my conclusion of it all, from four different perspectives.
For westerners:
You know how we look at Malaysia as a third world country, full of uneducated and low-cost labour? Based on what I have seen and heard today, that is ensured to continue for at least one more generation, so you can use Malaysia for this purpose, as you have in the past. No change at all. Malaysians graduating from these kinds of institutions, like the current prime minister for example, are guaranteed to not ask any questions, not think for themselves, and not question corporate policies, of any sort. If you need to keep your employees in a box, and have predictable outcome based on what you tell them to do, Malaysians are for you!
For parents:
If you have a child at St John's, they are guaranteed to learn such useful skills as bullying, brown nosing, cheating, and more, fully endorsed by the school's policies. The statements from the principal and discipline teacher today on how they view students and their interactions makes me confident that this will happen, predictably. It always does. If you want your children to gain creative and critical thinking skills, communication skills, problem solving skills, and any such things, this school is not for you. If you want them to learn how to cheat maximally at tests to get A's, without getting caught, since that is a very valuable skill in real life, then this place is what you want!
For residents of Malaysia:
You know how some of the politicians out of St John's can't seem to understand the difference between right and wrong? How they tend to use language to make you feel bad for something you didn't do? Well, turns out they are not really "bad apples", they are just doing what they have been trained and educated to do. You wanna be angry at anyone, be angry at the governors of this school, for allowing it to degrade into this mess. Or maybe this is what they want? Who knows!
For employers in Malaysia:
If you are looking for highly skilled employees that can think for themselves and solve problems without having to ask you all the time for guidance, Johannians are not for you. They simply wouldn't know what you are talking about, as any such concepts have been kept far away from them. If instead you want another braindead foghead to use as the office servant, then this place offers the best that there is. Just watch out during the performance reviews, because these guys have been trained to fake those A's as best they can, and you bet they are going to try and do the same with you. You have been warned.
And that just about sums it up I think.
Updated 2012-03-05
It seems I'm not alone in making these observations. From yesterdays The Star:
KUALA LUMPUR: Graduates emerging from the national education system are failing to meet the expectations of prospective employers due to a lack of critical thinking skills and poor communication.
This has resulted in employers having to provide additional training to fit them into their respective job scopes while many graduates have to accept employment that does not correspond with their qualifications.
Malaysian-based education, human resource and recruitment consultants feel there is a need for a sound foundation in critical thinking to be incorporated into the education system to prepare future generations for the employment market.
The above is exactly what I have noticed. Not only are the students not taught critical thinking, they are actively punished if they try, at least at St. Johns. So it would seem that rather than being an isolated case, this is indeed a systemic problem.
There is a ton of reasons for this, as I have found out talking to other parents, ex-teachers, principals, journalists, and more. It all starts however with the policies of the Ministry of Education (which is such an awesome doublespeak name, as it is anything but), which then filters down to principals, some of which are well-intended but tied down, which then filters down to teachers, and finally our poor students that have to put up with this nonsense.
In the end, all of Malaysia gets to see the effect as outlined in the article, with graduates coming out having no useful skills whatsoever that applies to successfully performing any real job. Which, in the end, will indeed ensure that Malaysia will stay a third world country for a long time, no matter what the politicians say. 'tis sad.
Pergilah ke universiti-universiti terkemuka dalam dan luar negara, temui produk cemerlang pelajar kita, perhatikan karakter mereka, analisa cara berfikir mereka. Jika anda jujur pada menilai harga diri seorang insan terpelajar, cubalah nafikan apa yang Rickard Öberg sebutkan ini.
Anda fikirkan peranan anda.
Saya juga sedang mengusahakan peranan saya.
Sama-samalah kita berusaha.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra
March 11, 2012
Buku-buku Terbaru Saya
[image error]
Dua tahun tanpa buku.
Setiap kali ke kedai buku, rasa 'cemburu' melihat satu demi satu buku baru terbit. Cemburu benda baik.
Buku-buku saya juga semakin tersorok ke belakang, tersembunyi daripada meja utama. Sunnatullah yang semua penulis harus akur.
Setelah 8 buku berada di pasaran untuk perjuangan Baqiyaat Solehaat pada usia saya yang tidak panjang mana ini, Insha Allah menjelang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur hujung April ini, beberapa buah buku akan datang mengisi ruang.
DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU
[image error]
Rindu Bau Pohon Tin merakam perjalanan hidup di Jordan.
Secangkir Teh Pengubat Letih merakam kembara saya ke bumi Turki.
Antara dua buku itu, ada missing link yang dikesan oleh mereka yang teliti membaca. Missing link yang disempurnakan penjelasannya dengan naskhah terkini saya, Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu. Antara buku paling sukar hendak ditulis. Buku yang menguji integriti saya. Buku yang mencabar keupayaan saya untuk berdiri dengan yakin atas apa yang ada di dalam lipatan kehidupan saya, hitam dan putihnya, buruk dan baiknya.
Buku yang menceritakan pengalaman saya bermastautin di United Kingdom dan Ireland serta ujian-ujian yang menghantar saya pada meninggalkan bumi Sham dan Turki, 'tercampak' ke hujung benua. Semoga penerbitan buku ini bermanfaat untuk para pembaca meninjau kehidupan masing-masing bercerminkan catatan saya.
TAK KENAL MAKA TAK CINTA
[image error]
Buku ini merupakan buku pertama saya yang diterbitkan dalam format EBOOK dan hanya boleh diperolehi dalam format EBOOK. Ia merupakan sebuah buku berilustrasi yang membicarakan tentang jurang antara generasi. Jika pembaca biasa dengan buku-buku Andrew Matthews seperti BE HAPPY, pasti buku ini boleh menjadi koleksi handbook untuk mencetuskan perbualan dan diskusi tentang topik-topik yang dibentangkan.
Walau bagaimana pun, buku ini akan diterbitkan selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur seiringin dengan sedikit aturcara majlis meraikan ulangtahun ke-15 Saifulislam.Com. Majlis pelancarannya sedang dirancang bersama beberapa kempen berkaitan penulisan blog, pembangunan industri EBOOK dan memanfaatkan ICT untuk tujuan dakwah.
Semoga buku ini boleh menjadi teman pembaca di Ipad serta komputer tablet yang lain, Iphone dan medium-medium digital yang ada.
Ada satu dua buku lain yang sedang diusahakan, namun bergantung kepada kelapangan masa untuk memastikan kemungkinan penerbitannya berhasil.
Doakan saya dan seluruh pasukan di belakang penerbitan buku-buku ini.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra
Facebook 2012: Penjara Banduan Sukarela
[image error]
"Jika ada non Muslim bertanya mengapa orang Islam tidak makan babi, jawab sahajalah BABI PENGOTOR" saya menulis.
"Mengapa sebut begitu, bukankah sebenarnya kita tidak makan babi kerana Allah tidak bagi kita makan babi?" balas seorang pengomen.
"Mengapa ustaz cakap babi pengotor?" aju seorang lagi.
Oh, susah sekali. Menyebut babi pengotor pun perlu dijelaskan, dihuraikan, dibentangkan hujah-hujahnya. Terasa geram dan mahu menjawab. Bertanya seketika sama ada jawapan wajar dalam bentuk ilmiah, sinis atau bagaimana?
Resah.
Bagi mereka yang menggunakan Facebook untuk permainan atas talian, tidak sukar untuk dibuktikan kemudaratan yang sedang membelenggunya. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang menjadikan Facebook sebagai medium ilmu dan dakwah?
Walaupun Facebook Addiction Disorder (FAD) masih dibahaskan oleh pakar psikiatri tentang asasnya, para pengguna Facebook boleh meneliti sendiri tahap komitmen dan kondisi mereka.
MANUSIA MENYERTAI FACEBOOK SECARA AFWAAJA!
Semasa saya menulis artikel Facebook: Antara Pro dan Kontra (2009), jumlah pengguna Facebook di Malaysia adalah seramai 800,000 orang. Namun pada April 2011, jumlah pengguna Facebook negara sekecil Malaysia, sudah mencecah lebih 10 juta orang! Apabila pengguna Facebook di Malaysia sahaja sudah mencecah 10 juta, dan setiap seorangnya menyumbang sesuatu ke 'alam alternatif' ini, kita boleh membayangkan betapa pantas curahan benda baru yang melintas pandangan.
Di satu peringkat, saya merasakan bahawa Facebook benar-benar bertindak sebagai 'ubat kuat' yang mampu mengubah landskap penghayatan Islam masyarat. Tindakan berkongsi dan menikmati perkongsian menjadikan diri kita sangat informatif lagi terkini terhadap apa yang berlaku di sekeliling kehidupan. Saya mempunyai 5000 'rakan' di akaun peribadi Facebook, kemudian mengurangkannya kepada 3000. Di halaman Facebook (Fan Page) pula, saya mempunyai 23,000 'LIKE' yang bebas berinteraksi bersama. Akaun peribadi saya juga mempunyai lebih 10,000 pelanggan yang melanggan untuk membaca setiap kemaskini status. Semua itu belum mengambil kira halaman Facebook untuk syarikat saya dan beberapa halaman lain yang saya kendalikan.
Tanpa sedar, saya menjadi implusif.
Saya rasa seperti memikul tanggungjawab untuk mengemaskini status setiap jam, hingga apa sahaja yang saya fikir, saya perlu kongsi. Sama ada ia menerima 10 LIKE atau 1000, saya lebih mementingkan tugas saya 'memberi status'. Maklum sahaja, bukankah selama ini blog saya sinonim dengan tagline ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Saya bukan memikirkan tentang maklum balas, tetapi saya mahukan ruang untuk mengeluarkan apa yang saya fikir.
Itu hujah saya.
Namun setiap 'notification' mengundang resah. Gelisah.
Biar pun setiap status yang saya kongsikan, boleh dijustifikasikan kebaikannya kerana ia mungkin ilmu, maklumat, tazkirah, analisa politik, dakwah, atau kata-kata hikmah, saya menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Saya rasa seperti terperangkap. Tambahan pula, dari jauh saya disindir sebagai hanya juara di Facebook dan meninggalkan medan perjuangan sebenar, serta pelbagai unsur sembelihan diri yang dilakukan di sana sini, saya berasa amat gelisah. Bagai mahu menjawab setiap satunya. Bagai terpanggil untuk berjihad mempertahankan kebenaran dan maruah diri.
Dibantah, disindir, diejek, dipuji, disokong, di'like'… ia secara halus menyerap ke dalam mekanisma kawalan emosi.
Akhirnya, di hujung tindakan yang diambil, apa yang berlaku hanyalah satu. Saya tidak lagi mengawal Facebook. Facebook yang mengawal saya.
Di Facebook, perdebatan, perbalahan, orang yang 'tidak get the point', bercakap perkara yang tidak masuk akal, semakin menjadi-jadi, salah satunya berpunca daripada karakter impulsif yang dicetuskan oleh penggunaan Facebook. Orang ramai tidak sabar mengambil masa untuk berfikir dahulu sebelum menyuarakan pendapat atau soalan. Kepantasan yang melebihi upaya proses manusia belajar, menjadi pembelajaran sebagai proses pengurang ajaran, a.k.a kurang ajar.
Biar pun berat bunyinya, saya terasa seperti Facebook pada tahun 2012 dengan jumlah pengguna melebihi 10 juta orang di negara sekecil Malaysia, ia telah menyebabkan orang sihat menjadi sakit, orang sakit menjadi gila, orang gila jadi meracau, orang meracau jadi murung, orang murung boleh akhirnya membunuh diri!
Saya juga gerun melihat kelakuan Narcissistic Personality Disorder pengguna-pengguna Facebook yang seperti kehilangan insight, hilang rasa malu untuk bercakap benda-benda yang mengaibkan diri, bersikap seperti dunia sangat berminat dengan apa yang dia fikir dan rasa, defensif apabila komennya disinggung, yang diterukkan sama ada oleh sokongan melampau, atau bantahan yang keterlaluan.
Adakah saya menyumbang kepadanya?
Astaghfirullah.
HUKUM YANG BOLEH BERUBAH
Dalam keharusan hukum menggunakan Facebook, sama seperti apa sahaja perkara lain yang melebihi dos, ia mula mendatangkan mudarat secara subliminal yang menguji TAQWA.
Taqwa mewajibkan saya kekal sedar. Saya kembali bertanya kepada diri, apa yang sedang saya lakukan. Apa yang sedang diperlakukan ke atas diri saya. Adakah saya masih terkawal, ada upaya mengawal, atau saya semakin tidak terkawal. Soalan itu mengundang rasa sedih. Saya tidak bermain game. Saya tidak buat benda-benda lagha di Facebook. Saya hanya berdakwah.
Saya sangka saya sedang berdakwah dan rakan-rakan saya juga mungkin rasa yang mereka sedang didakwah.
Hakikatnya saya sebagai da'i dan rakan-rakan saya sebagai mad'u, kami sedang saling rosak merosakkan! Bukan merosakkan akal, tetapi merosakkan tahap upaya mengawal diri. Harga tertinggi seorang insan, atas nama TAQWA.
Akhirnya bermula pada 1 Januari 2012 selepas lebih empat tahun bergiat aktif di Facebook, saya mengambil keputusan untuk mengundur diri.
Saya mengalami kemurungan.
Terasa seperti kematian seseorang yang disayang.
Saya tidak tahu apa yang berlaku di sekitar.
Sunyi.
Namun selepas dua minggu 'berpuasa', saya mula menikmati ketenangan meninggalkan Facebook.
Saya menggunakan Twitter sebagai medium sederhana untuk mencoret, namun dengan frekuensi yang rendah, dan tidak mendesak diri menjawab pertanyaan yang dilontar.
Facebook kekal pada sifat asalnya yang neutral, namun dengan TAQWA, layarilah ia dengan tahap minda sedar yang tinggi, agar anda mengawal Facebook, dan bukannya Facebook yang mengawal anda.
Facebook adalah jaringan sosial.
Bukan penjara yang kita tawarkan diri menjadi banduannya.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra
March 9, 2012
Dakwah Menjinak Atau Meliarkan?
[image error]
"Yarhamkallah!" kata Mu'awiyah bin al-Hakam al-Sulami.
Beliau mengucapkannya ketika seorang jemaah yang sedang bersolat bersin.
Beliau juga sedang bersolat!
Jemaah yang lain berpaling kepadanya mengisyarat supaya diam.
"Habislah aku! Kenapalah aku mengucapkannya begitu hingga semua jemaah memandang!" sahabat itu keresahan.
Bimbang dimarahi oleh Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam.
Usai mengerjakan solat, Mu'awiyah bin al-Hakam al-Sulami dipesan oleh Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam:
إن هذه الصلاة لا يصلح فيها شئ من كلام الناس… إنما هو التسبيح والتكبير وقراءة القرآن
"Sesungguhnya solat ini, tidak harus di dalamnya ada sebarang kalam manusia. Sebaliknya ia hanyalah tasbih, takbir dan membaca al-Quran"
Sahabat yang ditegur Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam itu terkasima kerana Baginda tidak memaksa, memukul paksa atau mencelanya.
ما رأيت معلماً قبله ولا بعده أحسن تعليماً منه
"Aku tidak pernah melihat seorang pendidik sebelum dan selepas Baginda yang lebih baik didikannya daripada pendidikan Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam" [Kisah petikan Hadith riwayat Muslim]
Demikianlah Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam menyantuni pesalah laku.
Rahsia besar kejayaan dakwah dan didikan Nabawi.
KAWAL PESERTA PROGRAM
"Ustaz, saya hairan macam mana ustaz kawal kursus yang ustaz anjurkan? Dua tiga orang, cukupkah?" tanya seorang pelajar kepada saya.
"Emm, menarik juga soalan tu. Ustaz pernah kendalikan kursus untuk pegawai penguatkuasa seramai 72 orang hanya dengan dua tenaga sahaja" saya cuba menyelak memori semasa bekerja sepenuh masa dengan Fitrah Perkasa.
"Macam mana nak kawal orang ramai macam tu? Kami kalau nak anjurkan kursus, tamrin atau program induksi, paling kurang kena ada 20 orang AJK. Silap-silap sama ramai dengan peserta" sambung pelajar itu lagi.
Kami ketawa.
Ya, bagi seorang pelajar, mungkin agak menghairankan bagaimana saya dan tenaga kerja Fitrah Perkasa boleh mengendalikan kursus selama 3 Hari 2 Malam, sedangkan nisbah fasilitator dengan peserta ialah 1:25 malah pernah 1:40.
Ia bukanlah soal pelajar atau pekerja. Tetapi cara kita menilai dan melayan kemanusiaan manusia.
"Apabila kursus bermula, kita kena faham yang mungkin 90% daripada peserta itu hadir kerana terpaksa. Hadir kerana diwajibkan oleh syarikat" saya memulakan perkongsian idea.
"Rasa terpaksa itu selalunya bukan dibuat-buat. Memang setiap seorang peserta itu datang dengan membawa luggage kehidupan masing-masing. Ada yang terpaksa meninggalkan ibu di hospital. Ada yang terpaksa mengupah pemandu teksi untuk mengambil dan menghantar anak di sekolah. Ada yang isteri terpaksa mengambil cuti, dan macam-macam lagi" saya mahu pelajar ini melihat apa yang tidak diperlihatkan.
KEPEDULIAN
"Ingat tak kepada ungkapan yang ustaz selalu sebut tentang hal ini?" saya bertanya.
"Apa dia ustaz?", pelajar itu tidak pasti.
"People don't care how much you know until they know how much you care! Orang tak peduli sebanyak mana kita tahu, sehinggalah mereka tahu sejauh mana kita peduli" saya cuba mengingatkan pelajar tersebut.
"Oh, ya saya ingat dah" katanya sambil tersenyum.
Di dalam program, Sunnah mengajar kita supaya mengusahakan keselesaan mereka yang hadir. Tunjukkan kepada mereka dengan hati yang tulus ikhlas, bahawa kita memahami dan mengambil kira kesusahan masing-masing untuk datang ke program tersebut.
"Kursus ini tidak ada agenda cium pokok, makan bubur kulit limau, atau rendam kepala dalam air. Kursus ini kursus tuan-tuan dan puan-puan. Solat 5 kali, makan 6 kali! Anggap sahajalah ia cuti-cuti Malaysia. Jalan-jalan cari…?" saya mencuba ice-breaking.
"Makannn!!!" sahut peserta diiringi gelak ketawa mereka.
"Sudah-sudahlah cari makan tu ya. Biarlah kali ini kita jalan-jalan cari ilmu pula!" saya atau mana-mana sahaja fasilitator akan berusaha memesrakan diri dengan peserta.
Ketika itu lazimnya peserta ini akan bergurau sesama mereka.
"Ha, tu la nko, asyik fikir makan aje. Malu la sikit kat ustaz!" kata seorang peserta kepada rakan di sebelahnya.
Saya hanya membiarkan mereka saling bergurau. Tetapi mata saya terus memerhati seorang demi seorang peserta. Siapakah di peringkat itu yang masih sejuk dan beku. Masih masam dan berwajah jemu. Perhatikan… dan camkan orang dan namanya.
Semasa sesi perkenalan selesai, ketika orang sedang makan-makan, saya atau mana-mana fasilitator akan datang secara halus kepada peserta yang pendiam itu, duduk di sebelahnya, dan menawarkan kuih yang diambil.
Bertanyakan nama, rumah di mana dan cuba cari satu dua tajuk yang boleh dijadikan titik perbualan.
"Oh, Encik Zam tinggal di Cheras. Saya pun sama. Cuma saya di Taman Midah. Encik Zam duduk di bahagian Cheras yang mana?" saya mengusahakan perbualan.
"Saya di Cheras Jaya" jawab peserta tersebut perlahan.
"Gitu… saya tak tahu sangat Cheras Jaya di sebelah mana. Cuma adalah perasan signboard tu" saya menyimpulkan persoalan yang dikongsi.
Cukup setakat itu. Apabila dia sudah sudi menjawab soalan yang ditanya, ia sudah cukup baik. Tidak perlu dikorek pada masa itu masalah yang dihadapinya. Simpan di hari kedua nanti. Jangan jadi 'penceroboh', menceroboh hidup orang. Cukup sekadar kita tunjukkan dengan perbuatan yang kita ini pedulikan dia. Kehadirannya kita sedari dan telah ditanda dengan perbualan ringkas itu.
Begitulah selalunya.
SUKA MENGHINA DAN MEMALUKAN PESERTA
Namun saya tidak nafikan, dalam pelbagai program sama ada di peringkat pelajar sehinggalah ke alam pekerjaan, memang ramai yang suka membuat pendekatan memalu dan mendera peserta.
"Minta maaf tuan-tuan dan puan-puan. Di sini tak ada Dato' dan Datin, tak ada Bos dan Manager, semua jawatan tu gantung kat pintu masuk tu. Di sini, saya bos!" kata seorang penyelia kursus.
"Kamu semua akan diuji sejauh mana ketahanan fizikal dan mental. Maka jangan nak mengeluh kalau makanan tak seperti yang diharapkan" kata pengarah sebuah program induksi pelajar.
Lalu peserta dikerah mendengar ceramah sehingga pukul 1 pagi. Kemudian bangun jam 4 untuk Qiamullail. Seterusnya sarapan pagi hanya roti keras cicah air sejuk. Dan makan tengah hari, nasi bubur bercampur kulit oren dan biji kopi.
Apa alasan berbuat demikian?
Mahu membina ketahanan mental.
Ketahanan mental atau masalah mental?
TENTERA LAIN
Saya tidak pasti dan tidak ada membuat kajian, dari manakah datangnya kepercayaan perbuatan memalukan manusia dan mendera fizikal, boleh membawa kepada ketahanan diri yang diperlukan? Di dalam sirah Nabi sallallaahu 'alayhi wa sallam yang telah berjaya melahirkan pahlawan yang hebat-hebat, saya tidak ketemu pendekatan mendera mental sebagai pembina jati diri sebaik-baik umat itu. Soal kelasakan, ia mungkin tidak perlu dibuat-buat, kerana memang tabiat kehidupan Arab itu kasar dan amat mencabar.
Namun saya akui, pendekatan itu sudah pun diterima sebagai sebahagian proses membentuk pasukan keselamatan. Polis, tentera, dan mereka yang seangkatan dengannya. Tentu kelasakan begitu adalah sebahagian daripada proses pembentukan.
Tetapi untuk kursus motivasi, program induksi pelajar baru, atau Tamrin membina kefahaman Islam… perbuatan-perbuatan seperti itu hanya memperbodohkan peserta sahaja. Tambahan pula anda hanya penganjur. Bukan ada kuasa untuk menguatkuasa.
Tidak hairanlah jika program begini memerlukan 20 orang AJK dengan nisbah fasilitator dengan peserta 1:2!
Anda bertindak sebagai pengawal, maka berkawallah anda sepanjang masa.
[image error]
PERUBAHAN DARI DALAM
Tetapi saya percaya bahawa manusia adalah makhluk yang diciptakan Allah inside-out. Perubahan mesti datang dari dalam. Jika perubahan yang dimahukan itu adalah perubahan sikap, perubahan budaya kerja, semuanya membabitkan soal dalaman manusia. Maka proses mengubah manusia, mesti bersifat manusiawi.
Lihat sahaja gerakan Missionary Kristian. Mereka bukan menyampaikan ilmu tentang Bible tetapi mereka menawarkan kepedulian. Dengan kepedulian itu, ia bisa menarik orang untuk terbuka menerima idea perubahan.
Kepedulian bukan ilmu. Jauh sekali indoktrinasi. Ia adalah sikap dan akhlak seorang fasilitator, penceramah dan guru. Kepedulian itu adalah jelmaan perasaan, dan manusia saling berhubung dengan perasaan… bukannya ilmu.
Orang peduli apa, kamu banyak ilmu sampai ke puncak gunung, kalau kamu tidak berjaya menunjukkan prihatin kamu kepada orang lain.
Bahkan Nabi sallallaahu 'alayhi wa sallam sendiri dikenang dan dikasihi, adalah atas kasih sayangnya kepada umat. Soal ilmu yang diajar sebagai santapan akal, mungkin 7%, tetapi sentuhan akhlak baginda yang tinggi.
Jika anda buat program untuk tunjuk pandai, maka bertarunglah anda dengan tindakan peserta yang memperlekeh, buat dunno, atau membalas kembali hujah anda dengan bidasan yang memalukan diri.
Tetapi jika anda buat program untuk memandaikan peserta mengurus kehidupan, maka berikan keselesaan kepada mereka, tenangkan mereka, menangi hati mereka dan berikan apa yang mereka perlu, bukannya apa yang anda tahu.
Kita mahukan dari peserta itu perHATIan, bukannya perAKALan. Jika hati yang mahu dimenangi, binalah jambatan, bukannya tembok. Apatah lagi traktor peruntuh!
JADUAL YANG RIGID
Di antara penyakit pelajar semasa menganjurkan program, mereka sangat rigid dengan kepatuhan masa berdasarkan apa yang dilakarkan di atas kertas jadual program. Walhal jadual masa itu bukannya ada asas pun. Ia tidak dibuat berdasarkan kajian terhadap realiti peserta.
Makan buffet, peserta 100 orang, tempoh masa tea break yang diberi ialah 1 jam. Itu tidak realistik namanya. Anda merancang untuk mencacatkan program anda sendiri.
Saya percaya, jadual mesti ada ruang anjal. Dalam jadual asal, kita tetapkan sesi tengah hari bermula pada jam 2:30 petang. Tetapi jika peserta kelihatan penat hingga cakap kita pun tidak mampu difahaminya, kita boleh tawarkan peserta untuk melewatkan sesi itu kepada 3:30 petang supaya mereka sempat tidur sekejap. Cumanya, jika semua orang telah bersetuju begitu, maka semua orang kenalah tidur dan bukannya bersembang atau menonton TV.
Maka ketepatan masa, akan diukur pada masa baru yang telah dipersetujui bersama.
[image error]
Saya rasa sangat badut apabila memaksa juga peserta mendengar ceramah saya dalam keadaan mereka sudah hilang upaya untuk mendengar. Alangkan solat sebagai interaksi manusia dengan Tuhan pun jangan didekati dalam keadaan mengantuk hingga tidak faham apa yang dibaca, apa sangatlah sesi interaksi mereka dengan saya?
Apatah lagi, jika pelajar yang menganjurkan Tamrin mahu menjana pemikiran Islam peserta, tetapi alat utama pemikiran itu ialah AKAL dan HATI sudah dimusnahkan oleh tidur yang dipotong-potong, dan hati yang disakit-sakitkan.
Ujian kelasakan fizikal, lakukan pada sesi kelasakan fizikal.
Tetapi mulakan dahulu dengan rombakan akal dan kefahaman. Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam tidak melatih sahabat berlaku lasak. Tetapi input kepercayaan yang teguh, menjadikan mereka lebih lasak daripada mana-mana pencapaian sejarah manusia. Seorang wanita pun boleh jadi besi dengan sentuhan yang menjunam ke hati. Tanya sahaja Sumayyah, wanita syahidah pertama… kekuatan apakah yang membolehkan beliau memilih mati?
Itu dalam sejarah. Kita boleh mengeluh jika generasi manusia ini makin kemudian makin 'manja'. Khususnya di zaman generasi yang sangat bebas berfikir ini. Tetapi itulah realitinya. Nak dimarah pun, generasi hari ini adalah begitu. Mereka mungkin lemah fizikal, tetapi mereka berani dan ganas fikiran.
Keberanian berfikir yang ada pada generasi muda hari ini, tidak membolehkan mereka memaafkan pembodohan secara mudah. Perbuatan mendoktrin dan memaksa idea hanyalah manifestasi kedangkalan penganjur yang gagal memahami bagaimana manusia berubah.
Manusia boleh ada hati sekeras batu. Jika anda mahu memecahkan batu itu, anda boleh mengetuknya dengan penukul. Tetapi jika anda mahu membentuk batu itu, maka ia memerlukan kesabaran seperti air yang sabar menitik ke atas batu, lantas beroleh kejayaan.
Di dalam setiap program, jika gagal mendapatkan kawan sekali pun, janganlah membanyak biakkan lawan.
Hormati maruah manusia, menangi hati mereka, berhubunglah sesama manusia secara manusiawi kerana manusia tidak pernah peduli sebanyak mana yang kamu tahu, hinggalah mereka tahu sejauh mana kamu peduli.
Bina jambatan… bukan tembok yang memisahkan.
[image error]
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila Engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Aal Imraan 3: 159)
Tamrin tempat lahir pendukung Islam.
Bukan musuh.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 BANDAR SERI PUTRA
Versi asal: 19 Mei 2007
March 8, 2012
Baginda Menyantuni Murid Yang Hilang Motivasi Diri
[image error]
"Hoi!" jerkah Cikgu Mamat.
Syafiq tersentak.
"Apa yang kamu termenung melangut tengok ke luar tu? Kamu nak balik tidur ya?" Cikgu Mamat mengherdik dari depan.
Pen marker dibaling tepat mengena dahi Syafiq!
Murid-murid lain ketawa.
Lucu melihat Syafiq yang mukanya kemerah-merahan menahan malu. Biar pun ini bukan kali pertama beliau disergah sebegitu, masalah pergaduhan antara ibu dan ayahnya di rumah amat merungsingkan diri. Syafiq sering termenung. Dan sekali lagi, menungannya mengundang malu.
"Kalau kamu tidak berminat hendak belajar, ambil beg kamu ini dan balik ke rumah. Peluk bantal busuk. Jangan serabutkan kelas ini!" sindir Cikgu Mamat.
Cikgu Mamat amat tersinggung dengan sikap Syafiq. Perbuatannya melabuhkan pandangan ke luar tingkap amat mencabar dirinya. Puas segala persiapan dilakukan untuk mengemaskan proses mengajar, anak muridnya yang satu itu tidak memberi perhatian. Lebih berminat dengan pemandangan luar bilik darjah. Rama-rama terbang? Kucing bergaduh? Siput babi? Entah apa yang si Syafiq perhati.
Kekecewaan Cikgu Mamat itu memang berasas.
Bukan sedikit masa yang diperuntukkannya untuk menyiapkan bahan mengajar.
Sekurang-kurangnya berilah perhatian. Masakan ia permintaan yang terlalu sulit untuk ditunaikan.
Namun kekecewaan Cikgu Mamat itu mungkin boleh dirawat bukan pada mengubah Syafiq, tetapi mengubah apa yang paling boleh diubah, yakni diri Cikgu Mamat sendiri. Syafiq perlu dibantu mengubah dirinya, namun Cikgu Mamat perlu membantu Cikgu Mamat mengubah Cikgu Mamat.
Bagaimana?
SECEBIS KISAH LIPATAN SIRAH
Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam juga seorang pendidik.
Baginda gemar memperkenalkan dirinya sebagai seorang pendidik.
Baginda bukan hanya berperanan mengajar, tetapi baginda juga mendidik. Pendidikan baginda, sebahagian daripada uswah teladan yang baik buat Cikgu Mamat dan kita semua.
عن مالك بن الحويرث قال أتينا رسول الله صلى الله عليه وسلم ونحن شببة متقاربون فأقمنا عنده عشرين ليلة وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم رحيما رقيقا فظن أنا قد اشتقنا أهلنا فسألنا عن من تركنا من أهلنا فأخبرناه فقال ارجعوا إلى أهليكم فأقيموا فيهم وعلموهم ومروهم فإذا حضرت الصلاة فليؤذن لكم أحدكم ثم ليؤمكم أكبركم
Daripada Malik bin al-Huwairith radhiyallahu 'anhu bahawa beliau berkata: Kami telah datang kepada Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam (untuk belajar secara intensif daripada Baginda). Kami ketika itu adalah anak-anak muda yang hampir sebaya dan kami tinggal bersama Baginda selama 20 malam. Kami dapati Baginda adalah seorang yang amat penyayang lagi santun. Suatu ketika, Baginda telah merasakan bahawa kami dilanda rasa rindu kepada ahli keluarga. Lalu Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam bertanya kepada kami tentang keluarga yang telah kami tinggalkan di rumah. Maka kami pun menceritakannya kepada Baginda.
Lalu Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam bersabda: "Pulanglah kalian kepada keluarga semua, tinggallah bersama mereka, ajari mereka, anjurkan mereka untuk berbuat kebajikan dan melaksanakan solat sebagaimana kalian melihatku mengerjakan solat. Apabila telah tiba waktu solat, hendaklah salah seorang daripada kalian melaungkan azan dan hendaklah yang paling besar (tua) daripada kalian bertindak sebagai imam" [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Baginda seorang yang peka.
Peka dengan kemerosotan motivasi anak muridnya.
Peka yang disambut bukan dengan andaian sendiri tetapi menyantuni si anak murid dengan bertanya sendiri kepada mereka. Menyediakan ruang yang kondusif untuk murid-murid itu memberitahu. Mereka bukan hilang minat kepada kelas 'Ustaz Muhammad', tetapi mereka sebagai manusia biasa, rindu kepada keluarga.
Baginda bukan sahaja peka. Baginda juga berminat untuk tahu. Bertanyakan hal ahli keluarga di rumah, dan mendengar dengan setia apa yang diceritakan oleh anak-anak muridnya. Baginda bukan guru sepenuh masa. Baginda adalah ketua kampung, ketua tentera, hakim, ketua polis, suami kepada beberapa orang isteri, dan ada banyak kelas lain yang dikendalikannya. Baginda seorang yang amat sibuk. Tetapi sibuk bukan alasan untuk tidak mengambil tahu perihal anak-anak murid baginda.
Masalah peribadi.
Masalah ibu bapa.
Apa sahaja.
Bukan sahaja mendengar, jauh sekali mengejek, menyindir atau memperlekeh 'lemah semangat' si anak muda, baginda bertindak realistik pada memenuhi keperluan anak muda itu. Mereka disuruh pulang. Tetapi bukan pulang sebagai manusia yang sama seperti sebelum datang. Sebaliknya pulang dengan misi mendidik, mengajar, menyampai, namun dalam suasana yang terbaik untuk mereka berperanan, di rumah mereka sendiri.
SELINGAN NASIHAT DALE CARNEGIE
Demikianlah Dale Carnegie mengulas di dalam bukunya How to Win Friends and Infuence People.
Ketika semua orang hakikatnya berminat hanya dengan diri masing-masing, bagaimana mungkin kita menjadi manusia yang boleh memenangi hati orang dan mempengaruhi mereka apabila kita memaksa mereka berminat dengan kita? Apa yang menjadikan kita outstanding ialah apabila kita berkongsi minat yang sama dengan mereka, iaitu berminat dengan diri mereka!
Sekali lagi, MENYANTUNI MANUSIA DENGAN WALYATALATTHOF, menuntut tadabbur kita selaku pendidik, pendakwah, ibu bapa, majikan dan pemimpin.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra
Jangan Hangat-hangat Tahi Ayam
[image error]
"Bolehkah aku mengikutimu?" Musa bertanya.
Meminta izin daripada lelaki soleh yang dicarinya dalam perjalanan yang panjang itu.
"Aku berhasrat agar engkau mengajarku AL-RUSHD" pinta Musa.
Ia bukan permintaan sebarangan. Musa telah menempuh perjalanan yang jauh untuk mencari 'manusia yang lebih berilmu' seperti yang diperintahkan oleh Allah ke atas dirinya. Khidir yang dicari pada sebuah tekad, bahawa Musa tidak akan pulang selagi tidak menemuinya, akhirnya ditemui.
AL-RUSHD bukan ilmu silibus.
Ia ilmu kehidupan.
Ilmu yang memberikan upaya beda antara betul dan salah, bukan hanya pada hitam putih yang tersurat, malah tersirat dalam perjalanan hayat ini.
"Sesungguhnya engkau tidak akan mampu menyertaiku dengan sabar yang diperlukan!" tegas Khidir.
Sabar untuk membentuk kesabaran yang perlu.
Dua kali sabar.
"Mana mungkin engkau sabar terhadap perkara yang engkau tidak punya gambaran yang lengkap tentang apa yang engkau bakal pelajari!" Khidir terus bertegas.
AL-RUSHD bukan habis satu bab terus faham. Ia bukan ilmu segera. Ia ilmu yang memerlukan sabar dua kali ganda. Pelajaran datang dalam bentuk yang mempertikai apa yang kita faham selama ini. Pelajaran yang sekali pandang seperti menyanggah apa yang kita tahu. Untuk orang seperti Musa, mampukah dirinya bersabar dengan sesuatu yang menyanggah apa yang dia telah tahu?
Sanggahan bukan pada batil yang mencabar al-haq.
Sanggahan pada tahu serpihan kepada tahu yang lengkap.
Seperti kepingan puzzle yang disangka sesuatu, tetapi rupa-rupanya jigsaw yang lengkap memberitahu sebaliknya.
Khidir bukan menakut-nakutkan Musa. Khidir mahu merawat apa yang biasa ditemui di dalam jiwa seorang yang ghairah dengan ilmu. Namun ada ilmu yang sekali dengar segera kenyang. Ada pula ilmu yang makin dipelajari makin bingung. Makin tidak pasti. Sehinggalah sampai ke hujung AL-RUSHD demi mendapatkan AL-KHUBR. Ilmu pembeda demi mendapatkan faham yang lengkap tentang erti kehidupan.
Kegelojohan untuk tahu, boleh difahami sebagai keghairahan kepada ilmu. Tetapi untuk ilmu seperti subjek ajaran Khidir, ia mengganggu proses kematangan. Ia perlu diperingatkan. Ia mesti disaring antara yang benar-benar mahu dengan sekadar hangat separuh jalan.
[image error]
Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?" [Al-Kahf 18: 66]
[image error]
Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku. [Al-Kahf 18: 67]
[image error]
Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi? [Al-Kahf 18: 68]
HANGAT-HANGAT TAHI AYAM
Saya menerima sebuah email (2010) berbunyi:
"Assalamualaikum ustaz. Saya nak minta pandangan ustaz tentang hasrat saya berhenti belajar. Saya sudah hilang minat dengan study saya sekarang. Untuk pengetahuan ustaz, saya sedang menuntut di sebuah IPT di dalam bidang kejuruteraan. Saya mahu belajar agama, supaya saya faham al-Quran dan al-Sunnah. Kalau boleh saya mahu jadi macam ustaz dan rasanya saya cemburu dengan ustaz. Saya bercadang untuk ke Negara Arab dan mohon ustaz tolong saya dapatkan fund untuk saya ke sana."
Kepada pelajar berkenaan, dan rakan-rakan yang sehasrat dengannya, saya perturunkan kisah di bawah ini sebagai panduan, saduran petikan buku The 7 Habits of Highly Effective Teens karangan Sean Covey:
Suatu hari, seorang pemuda datang kepada Socrates dan berkata, "saya mahu belajar dan tahu semua yang kamu tahu!"
"Kalau itu yang kamu mahukan, mari ikut aku ke sungai" jawab Socrates.
Dengan perasaan penuh ghairah, pemuda tersebut mengekori Socrates berjalan menuju ke sungai yang dimaksudkan. Apabila tiba di tebing sungai, Socrates memanggil pemuda tersebut, menyuruhnya merenung ke air.
"Tengok betul-betul dalam air tu, apa yang kamu nampak?" katanya.
"Saya tak nampak apa-apa pun", jawab pemuda tersebut.
"Tengok betul-betul. Dekatkan lagi kepala kamu itu ke air" tegas Socrates.
Apabila pemuda itu meniarap dan mendekatkan mukanya ke air, Socrates segera memegang kepalanya dan membenamkan ia ke dalam air! Pemuda tersebut meronta-ronta dan tangannya terkapai-kapai kelemasan.
Terdesak!
Bila mana pemuda tersebut kelihatan sudah seperti mahu lemas, Socrates menarik keluar kepalanya dan menyandarkan beliau ke tebing.
"Hoi orang tua. Engkau gila ke apa?" tanya lelaki itu sambil terbatuk-batuk mencuba nafas.
"Engkau nak bunuh akukah?" geram benar bunyinya.
"Semasa aku benamkan kepala engkau ke dalam air, apakah benda yang paling engkau hajatkan pada detik itu?" tanya Socrates.
"Aku nak bernafas, aku mahukan udara!" jawabnya tegas.
"Jangan sekali-kali kamu tersilap fikir bahawa HIKMAH itu boleh diperolehi dengan mudah, wahai anak muda" kata Socrates.
"Apabila kamu mahu belajar, seperti kamu mahu dan berhajat kepada udara sebentar tadi, barulah datang kepadaku" tegas Socrates, menyimpulkan pelajaran pertamanya petang itu.
Habiskan dahulu pengajian anda. Jika selepas setahun dan berhasil menggenggam segulung ijazah, anda masih mempunyai semangat yang sama tinggi untuk mengaji agama, maka benarlah anda memang patut mengaji agama dan mengkhususkan diri di bidang tersebut. Jika selepas menggenggam ijazah, semangat anda sudah pudar dan timbul pula hasrat-hasrat yang lain, maka bersyukurlah kerana Allah telah menyelamatkan bidang agama daripada didokong oleh orang yang semangatnya hangat-hangat tahi ayam.
ABU SAIF @www.saifulislam.com
43000 BANDAR SERI PUTRA