Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 73
October 15, 2012
Sheikh Mehmed Birgivi di Minda dan Hatiku
Saya kini kembali bergelar pelajar.
Buat kali yang entah ke berapa.
Kini saya menjadi pelajar sepenuh masa untuk program Sarjana Pengajian Islam di dalam Sejarah dan Tamadun Islam.
Untuk semester ini, saya mengambil lima subjek iaitu:
Fiqh Sirah
Sejarah dan Tamadun Islam Sebelum Kejatuhan Baghdad 1258M
Tamadun Islam
Kajian Teks Sejarah Islam
Metodologi Dakwah di Dalam al-Quran
MEHMED BIRGIVI
Pengajian dan kajian peringkat Master saya tertumpu kepada seorang tokoh pembaharuan, pemikir dan dakwah kurun ke-16 Uthmaniah iaitu Sheikh Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi yang lebih dikenali sebagai Mehmed Birgivi (1522-1573M).
Asalnya saya meneroka aspek Sains dan Teknologi Daulah Uthmaniah. Kebanyakan ahli Sejarah menandakan kemerosotan Sains dan Teknologi Uthmaniah dengan kejadian robohnya Balai Cerap Taqi al-Din (Taqi al-Din Muhammad ibn Ma’ruf) pada tahun 1580, selepas beroperasi selama sekitar 3 tahun.
Kumpulan yang dipersalahkan hingga robohnya Balai Cerap berteknologi tinggi ini adalah sebuah kumpulan Ansar al-Sunnah yang dikenali sebagai Gerakan Kadizadeli. Gerakan ini diasaskan oleh Mehmed Kadizade yang pernah menuntut ilmu dengan Mehmed Birgivi. Ada banyak isu yang berlegar di sekitar Mehmed Birgivi – Mehmed Kadizade – Balai Cerap Taqi al-Din ini dan saya sedang cuba membina kefahaman yang jelas tentang persekitaran zaman itu.
Tumpuan saya ialah kepada magnum opus Sheikh Mehmed Birgivi iaitu bukunya al-Tariqah al-Muhammadiyyah fi Bayan al-Sirah al-Nabawiyyah al-Ahmadiyyah dan terjemahannya Path of Muhammad. Saya dapati pemikiran beliau di dalam buku ini amat dinamik, dan wajar diberi perhatian oleh Perpustakaan Islam semasa dan Muslim era ini.
Berikut adalah salah satu abstrak makalah yang sedang saya tulis mengenai beliau:
Kajian terhadap pemikiran tokoh pembaharuan pada era klasik Uthmaniyah (abad ke-16) masih terhad, lebih-lebih lagi kajian terhadap teks karya buku mereka. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan untuk mencerakinkan pemikiran Mehmed Birgivi (1522-1573M), seorang tokoh pembaharuan Uthmaniah era klasik, yang terkandung dalam bukunya al-Tariqah al-Muhammadiyyah fi Bayan al-Sirah al-Nabawiyyah al-Ahmadiyyah. Kajian kualitatif ini dijalankan menggunakan reka bentuk kajian kes iaitu terhadap pemikiran Mehmed Birgivi. Instrumen kajian ini adalah analisis dokumen terhadap dokumen primer tulisan Birgivi bertajuk al-Tariqah al-Muhammadiyyah fi Bayan al-Sirah al-Nabawiyyah al-Ahmadiyyah yang dibaca bersama dengan dokumen sekunder iaitu buku terjemahannya yang berjudul Path of Muhammad. Kajian mendapati bahawa motif penulisan ini disebabkan pemerhatian Mehmed Birgivi terhadap kemerosotan umat Islam dan kemelut politik ketika itu dan beliau cuba memformulakan penyelesaiannya menerusi pengukuhan kualiti individu. Mehmed Birgivi menerangkan kecemerlangan masyarakat dibina menerusi pembinaan ciri-ciri akidah, intelektual dan akhlak pada diri seseorang yang menjadi komponen dalam masyarakat Islam. Mehmed Birgivi tidak memuatkan diskusi berkaitan ibadah dalam buku ini, sebaliknya membincangkannya secara berasingan dalam bukunya yang lain. Walaupun al-Tariqah al-Muhammadiyyah fi Bayan al-Sirah al-Nabawiyyah al-Ahmadiyyah ini ditulis pada era klasik Uthmaniah, tetapi saranan dan pemikiran Birgivi masih relavan untuk konteks semasa dan wajar diketengahkan.
Sheikh Mehmed Birgivi meninggal dunia dalam pemencilan pihak berkuasa pada zamannya di sebuah daerah kecil bernama Birgi, tidak jauh dari bandar İzmir di pantai Barat Anatolia.
Selain mengkaji buku-bukunya, saya berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki dapat ke Turki Januari ini untuk mengutip bahan berkaitan, menemuramah beberapa sarjana yang mahir tentang beliau dan seterusnya menziarahi pusaranya.
Ya Allah, lorongkan diriku di jalan jihad dan sumbangan buat umat ini, ameen.
HASRIZAL
43000 BSP
October 14, 2012
Hapuskan Ego Dalam Mendidik Keluarga
Sejauh mana ibu bapa membuka hati dan minda mereka untuk menerima nasihat serta saranan pakar dalam membetulkan amalan, kepercayaan serta salah tindakan kita semasa menjadi suami isteri, juga ibu bapa?
Tidak masuk Syurga manusia hati ego.
Hapuskanlah kepercayaan “anak bini aku, keluarga aku, jangan nak mengajar, aku lebih tahu!” Utamakan Allah, utamakan ahli keluarga, jangan jadi mangsa ego dan nafsu diri.
Apabila anak-anak buat perangai yang kita tidak suka, seorang lelaki mungkin dengan mudah meremehkannya, menganggap itu semua kelakuan yang tidak penting. Lantakkan. Banyak benda besar lain yang lebih kritikal untuk difikirkan. Lebih hidup dan mati, lebih bread and butter!
Tetapi jika kelakuan itu menghilangkan kualiti hidup, mengundang tekanan, balik rumah tidak boleh berehat dan diri kita sendiri mengalami perubahan sikap kepada agresif, murung dan hilang fokus, mana mungkin ia boleh diabaikan. Seorang suami atau bapa perlu menerima hakikat, dari semasa ke semasa, kita mungkin akan diuji dengan sesuatu yang kita tidak punya ilmu dan kemahiran untuk menanganinya.
Sifirnya sama. Carilah ilmu. Belajarlah dengan yang lebih tahu.
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُون
“Maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri jika kamu tidak mengetahui” [Al-Anbiya' 21: 7]
Buang rasa geram, rasa menyampah. Periksa kembali di mana nilai cinta dan kasih sayang. Pandang 20 tahun ke hadapan, keluarga bagaimana yang kita inginkan?
Ini muhasabah diri saya selepas membawa anak berjumpa Pakar Psikiatri kanak-kanak…
HASRIZAL
43000 BSP
28 Juta – 200,000 – 15,500 – Akhirnya 30 Sahaja
Alhamdulillah majlis di Institut Jantung Negara tadi berjalan lancar.
Moderator, Erma Fatima menjalankan tugasnya dengan baik sekali. Majlis dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, dan digerakkan dengan berkesan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Tan Sri Lee Lam Thye.
Saya sangat tersentuh dengan perkongsian keluarga mereka yang telah pergi, namun sempat organ mereka didermakan, terutamanya kisah Encik Azli daripada Johor, yang sedikit sebanyak kesedihan mereka atas pemergian anak yang disayangi dalam kemalangan jalanraya, terubat dalam pendermaan organ anak seperti yang dihajatkan oleh al-Marhumah. Dalam kejelasan fikir, ketenangan Encik Azli terlerai dalam tangisannya mungkin kerana amat rindukan al-Marhumah anak yang dikasihi.
Kami menumpang sedih dalam rasa bangga dan syukur semasa mendengar perkongsian beliau. Campur baur perasaan yang amat biasa menyelubungi proses pendermaan organ.
Sesungguhnya…
28 juta rakyat Malaysia, 200,000 mendaftar sebagai penderma, 15,500 kes dalam senarai tunggu, hanya sekitar 30 pemindahan yang dapat dilakukan tahun lalu.
Semoga saya sihat hingga ke akhir hayat agar organ saya boleh didermakan.
Dan mudah-mudahan isteri serta anak-anak saya yang dikasihi juga kuat semangat mereka untuk ‘menyimpan’ saya dalam kenangan indah mereka, namun menguruskan pendermaan organ saya kepada mereka yang memerlukan. Jasad saya jika diberi ke tanah ia menjadi tanah. Andai boleh diberikan kepada yang amat memerlukannya, ia jariah besar buat diri ini.
Saya sangat miskin menuju Allah, bantulah saya untuk mencari bekal menuju-Nya.
Sudi meneman saya dalam perjalanan ini? Daftar di halaman web A GIFT OF LIFE
October 13, 2012
Saya Duta Pendermaan Organ KKM
Tengah hari ini jam 2, saya akan bersama dengan Duta Pendermaan Organ yang lain, di dalam Majlis Pelancaran Kempen Minggu Kesedaran Pendermaan Organ di Lobi Institut Jantung Negara (IJN). Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai.
Erma Fatima, Adibah Noor, Hafiz Hamidon, Yasmin Yusuf dan ramai lagi akan hadir bersama. Kami telah diberikan peluang, serta amanah untuk berperanan sebagai Duta Personaliti Pendermaan Organ.
Sepanjang minggu ini akan ada pameran, talk show, perkongsian pengalaman keluarga penderma dan banyak lagi aktiviti yang bersifat informatif pada membina paradigma membantu menjayakan kempen ini.
Program ini dikendalikan oleh National Transplant Resource Centreyang boleh dihubungi di talian 03-2681 0681 serta emel ntrc@moh.gov.my. Halaman web mereka berserta kemudahan pendaftaran untuk pendermaan organ adalah di http://www.agiftoflife.gov.my.
Saya dengan rendah hati menjemput sahabat semua hadir ke majlis ini yang akan berakhir pada jam 5 petang, Insha Allah.
HASRIZAL
43000 BSP
Forum Politik Matang di Shah Alam
Forum Politik Matang di Kediaman MB Selangor tempoh hari, rupa-rupanya membariskan panelis yang semuanya graduan Jordan. Prof. Madya Dr Mohd Asri ZA paling senior, kemudian Dr Khairuddin at-Takiri, diikuti dengan saya sebagai junior.
Dalam Forum Politik Matang berkenaan, saya ingin berkongsi sesuatu yang saya kira boleh menjadi nilai tambah untuk rakan panelis serta hadirin. Itu salah satu sebab mengapa saya banyakkan huraian berkaitan Sejarah dan Tamadun Islam, bersesuaian dengan keadaan diri saya yang semasa ini sedang menjadi murid Sejarah.
Antaranya:
Bagaimana Tauhid memberi kesan kepada struktur sosial – impak kepada bandar Ur kaum Sumer – pembuktian Tauhid melalui aktiviti arkeologi.
Revolusi Perancis 1789-99 dengan slogan Liberty, Equality dan Fraternity memudahkan kita melihat mengapa Tauhid dibenci golongan berkuasa. Elemen ini menjadi intipati Tauhid. “Seruan ini pasti dibenci raja-raja” adalah antara komen awal yang Baginda SAW terima berkenaan makna La Ilaha Illallaah.
Gerakan penterjemahan ide di era Tahtawi dan Muhammad Abduh sebagai perbandingan tentang keutamaan menterjemahkan buku pemikiran semasa bagi membentuk politik matang.
Gerakan Jadidiyyah oleh Sheikh Kursavi 1804 yang bersemangat Islam, berubah menerima serapan idea kesatuan bangsa apabila Rusia menakluk wilayah Volga pada tahun 1880an untuk membentuk Pan Turkism (Ketuanan Turki – Turanism)
Demikian juga perubahan yang berlaku kepada The Young Ottoman daripada berjati diri Islam, berubah kepada Turkism, sebagai menunjukkan idea-idea kesatuan berasaskan bangsa adalah idea reaktif yang tidak boleh menjadi asas perjuangan.
Nicholas Hagger di dalam buku The Light of Civilization dan The Rise and Fall of Civilization merumuskan bahawa semua tamadun tanpa mengira bangsa, di mana dan bila, akan berada dalam peningkatan apabila mereka komited dengan mesej ‘Cahaya’, dan jatuh apabila menjauhi mesej itu.
YB Khalid Samad kata saya ‘mencari masalah’ dengan menyenaraikan kedudukan istimewa melayu, hak istimewa melayu, ketuanan melayu dan diakhiri dengan Melayu Sepakat Islam Berdaulat
Berikut adalah rakaman Forum Politik Matang di Dewan Megawati Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor baru-baru ini. Pentas dan topik yang saya jarang berpeluang ‘menikmatinya’. Jelas sekali saya tidak berbakat dalam politik, harus terus menulis dalam fokus yang lain, namun amanah ilmu dan tanggungjawab al-Bayan mesti diteruskan.
Terima kasih penganjur kerana menggandingkan saya dengan masyaikh yang hebat. Banyak saya belajar dalam Forum Politik Matang ini. Semoga hadirin juga banyak mengambil manfaat daripada mereka.
HASRIZAL
October 12, 2012
Salam Ukhuwwah
Assalamualaikum WBT.
Lama blog Saifulislam.Com tidak berada di atas talian. Jika pengunjung resah bertanya, tuan rumah apatah lagi. Maafkan saya kerana mengambil masa yang panjang untuk bertindak.
Arkib blog berusia 15 tahun itu sudah ada dalam simpanan ‘back-up’ saya. Namun sehingga kita saya belum pasti, bagaimana dan di mana ia hendak dimuat naikkan semula kerana bebannya boleh membuatkan halaman ini lumpuh semula jika saya hanya mengulang siar tanpa perubahan teknik yang signifikan.
Insha Allah saya akan dapatkan nasihat-nasihat pakar mengenainya.
Buat masa ini, perkembangan terkini boleh juga diperolehi dengan menyertai saya di halaman FB.COM/ustazhasrizal dan Twitter.Com/saifulislam.
Salam ukhuwwah.
HASRIZAL
Rujukan Sirah Nabawiah
Adakalanya saya kehairanan, tanpa bermaksud merendah-rendahkan sesiapa, bagaimana mungkin minat kepada Sejarah dan Sirah direalisasikan dengan ‘orang ramai’ membeli kitab-kitab premier seperti Sirah Ibnu Hisham, Al-Bidayah wa Al-Nihayah, Tarikh al-Tabari dan yang seumpama dengannya.
Sedangkan saya perlu menyelesaikan beberapa subjek di peringkat sarjana untuk membaca buku-buku itu dengan betul.
Jika kita berhajat untuk merujuk kepada sumber primer sekali pun, versi terjemahan tetap sudah menjadi sumber sekunder.
Berpadalah dengan buku-buku kontemporari seperti Fiqh al-Sirah al-Buti atau Muhammad al-Ghazali, Sirah Nabawiah: Durus wa Ibar oleh Mustafa Siba’i, atau Biografi Muhammad oleh Prof Dr Dzulkifli Yusof dan Al-Raheeq al-Makhtoom oleh Mubarakfuri sebagai permulaan yang sejahtera.
Bukan menafikan keupayaan pembaca. Hanya berpendapat untuk menjaga keutamaan, dan duit di kocek teman.
HASRIZAL
September 26, 2012
September 12, 2012
Permohonan ‘Cuti’ Belajar
Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakaatuh.
Semoga sahabat pengunjung blog Saifulislam.Com ini berada di dalam kesejahteraan iman dan kesihatan.
Saya ingin mengambil kesempatan di sini memohon maaf kerana terpaksa menolak banyak jemputan, malah sebahagiannya terpaksa membatalkan program yang telah dipersetujui.
Mulai minggu ini, saya perlu memberikan komitmen 100% kepada pengajian Sarjana saya di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam UKM. Ada lima kelas seminggu serta penyelidikan yg perlu disempurnakan. Saya terpaksa agak selektif dalam memilih program kerana banyak faktor yang perlu saya pertimbangkan.
Selain logistik dan masa, saya juga perlu menyesuaikan aspek kewangan. Biar pun bergelar pelajar sepenuh masa atas pembiayaan sendiri, saya masih suami, bapa dan anak kepada ahli keluarga dan hak mereka tidak boleh saya abaikan.
Dua tahun mendatang akan menjadi dua tahun yang sukar, tetapi ia harga kecil yang perlu dibayar untuk membeli sesuatu yang lebih berharga buat buat semua pada masa akan datang. Doakan saya, sahabat yang soleh dan solehah sekalian, terima kasih.
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Pengarah Urusan Synergy Training & Consulting
www.stc.my
Are We in Need of God?
[image error]
ORIGINAL ARTICLE: PERLUKAN MANUSIA KEPADA TUHAN
Beautifully Translated by Bro: Ridhuan Muhammad Hasim
“If you agree that you need God in this life, only then can I explain why there’s a need to perform ‘solat’ (obligatory prayers). If you agree that you need to pray because you need God in this life, only then would I be able to answer your question on why you have to wear the ‘tudung’ (Muslim women’s head-dress)!”
This is the type of explanation that I often repeat during the programs that I conduct, relating a past experience with two youths who forced me to think hard so as to differentiate between the ‘presenting problem’ and the ‘real problem’ at hand.
The ‘presenting problem’ is that the youth refuses to don the head-dress, refuses to pray, wants to adopt a pet dog at home and hates a particular Islamic Affairs Department in a certain state for detaining popular artistes at ‘The Zouk’, a discotheque located at Jalan Ampang.
However, the bigger problem is the inability for the youths to realize whether they need God in their lives. Therefore, do religion still have relevance in the remainder of this life, known as the end of times?
If the question “Is there a need for God?” is not solved, then no matter what we do, such as reprimanding a Muslim who refuses to pray, will fall on deaf ears. What are we asking him to pray for? To pray to Who?
If this matter is not solved, then all the attempt to advise regarding matters such as donning the head-dress, covering the ‘awrah’ (obligatory parts to be covered for a Muslim), dressing modestly and so on, is an assimilation to the noise that a ‘modified exhaust pipe’ of a motorcycle, passing through the neighborhood, produces. It is a nuisance to the public and irks the ears.
The biggest challenge for me as a ‘da’ie’ (caller to Islam), is to encourage humans to think, whether they need God in their lives. This is the most important question that must be solved, before other religious matters are to be presented.
At least Sheikh Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri had written a book entitled ‘Aqidah al-Mu’min’ (The Belief of a True Muslim) beginning with the topic, “The need of Humans for Belief (Faith)”. The question of why humans need religion in their lives is placed first and foremost before other aspects of religion are brought forward for discussion.
However, how much does one need to explain, in order to solve this question, as exemplified by Sheikh Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri, before we simply claim in a cliche, “Faith is the Solution!”
This is the issue at hand, that forced me to re-look on such fundamental questions, because I’m truly disturbed with the reality that humans have lost their relationship with God. If, for example, humans are living in a period of hardship, and we suggest to them to have faith in God in order to find strength, it would be an easier task.
However, in the context of the contented lives that many currently experience, where almost everything is affordable and readily available, what of God and the Day of Judgement?.. Are they still relevant?
EXPERIENCE IN FOLLOWING A RELIGION
I’d like to quote a part of the experiences of Rene Descarte (1596 – 1650) in his efforts to build upon the basis of the truth. Educated at ‘Jesuit School La Flêche’ , he ended his study with the most important question, “Is what I’m studying all this while the truth?”
How refreshing it is, the feeling of abandoning all the knowledge that have been gathered, recorded onto a roll of certificate, then to rebuild one’s belief on one’s own choice, and not on knowledge which is being forced fed, or traditional knowledge passed down throughout generations and also indoctrination which is tiring and blinding?
Hence, he started questioning everything that he had learnt all the while, doubting everything until finally, Descarte came to a basis that is the strongest, which is impossible for him to have any doubts about it… which is the reality of himself!
He’s unable to doubt himself because he feels that he himself is a reality, not an illusion. He’s able to ensure that his own self is a reality, as he did something which is important which is TO THINK.
Thinking makes his own self a reality, unlike dreaming. Thinking is far from illusion. And it resulted, in his own words, the well known phrase:
Dubito, ergo cogito, ergo sum!
“I doubted, therefore I think, therefore I am!”
That was how Descarte found the truth for himself. Truly rational, embarking on a journey of knowing oneself. Thinking and finding oneself.
KNOWING ONESELF
The road to build upon one’s faith have to be built on one’s effort to know oneself. That is the basis that our religion teaches:
من عرف نفسه
فقد عرف ربه
“Whoever knows oneself, will know his God”
Knowing God through knowing Oneself…
That is the key for humans to return to, bridging their ties with God. Which is the result of the ability to know oneself. The question is, what are the aspects that one must find in oneself?
People who explore their personal selves, will come to two realities. Each and every human being, have strengths and weaknesses. The knowledge of one’s strengths and weaknesses will be the factors that will lead to a person discovering and knowing himself.
People who realize that their lives must have a goal will force themselves to find a potential. All this, is on the basis of belief that there is not one person who is born stupid, however, every human is born with different forms of intellect.
What makes a person dull are certain things that surround him. It could be his parents, even his teacher and the school itself. Schools shouldn’t be producing students who are either clever or dull. However, schools should produce students of different forms of intellect. The job of the education system is to discover the greater potential in every student, and not to filter out students who do not conform to the general standard of intellect.
However, a person will not be able to discover his potential if he lives meagerly. Work meagerly. Think meagerly.
To achieve something wholeheartedly will enable a person to quicken the use all his strength and potential. Once all the strengths of oneself is recognized and maximized, only then will he cross his limits and discover his weaknesses.
This is the way a scientist meets God. To him, science is not just about discovering opportunities, but the mutual agreement towards the limits of the left and right. Those limits are not due to the known and seen universe, but from a being that is too small and weak to fathom.
This is what happens when discovering space, it results in a conclusion that humans and science, are too weak and small to provide answers to life’s biggest questions. Most of what we understand about space and beyond, are estimated data and far from the results of experience. Data which proves the perfection of the universe and the weakness of their occupants called human beings.
Scientists become humans who are weak and limited, facing the perfection of a proven system, the perfectness of God.
STRENGTH WILL LEAD TO THE DISCOVERY OF WEAKNESS
Allah has provided humans with an added ability for us to define our own goals.
Allah has bestowed upon humans weaknesses for us to find Him.
Humans cannot afford to remain sated. He will be hungry. And that hunger is what will drive himself to find food. And as a result of food, his weakness will be sustained. For a while.
Humans cannot afford to stay fresh at all times. He will be tired and sleepy. Without any form of aid, that tiredness and sleepiness is what will drive him to search for a period of rest. And as a result of rest, humans regain their strength. For a moment.
That is the physical weakness of humans. Without a need to be taught, that weakness drives humans towards a source of strength to sustain it. A weakness in the form of hunger will drive him to search for strength through food. A weakness in the form of tiredness and sleepiness will drive him to search for strength through rest and sleep.
The weaknesses and limits bound to a human is not only through the physiology of oneself, but also through the soul and emotions.. spiritually and mentally.
Without a need to be taught, humans who are oppressed and tortured, will find their souls yearning for justice. The yearning of the tortured souls in the search for justice, is a way for him to meet God. It is where Allah introduces Himself as THE MOST JUST (AL-’ADL).
Without a need to be taught, humans who are disturbed and fearful, will find their souls yearning for peace and safety. The yearning of the souls which are living in disturbance and fear, is a way for him to meet God. It is where Allah introduces Himself as THE SOURCE OF PEACE (AS-SALAM) and THE GIVER OF TRANQUILITY (AL-MU’MIN)
It is for these reasons Allah Almighty introduces Himself with 99 names, so that each and every human being returns to Him through a source of STRENGTH, whenever they are troubled with WEAKNESS.
THE QUESTION AT HAND
Human beings will only search for God, once they recognize the weakness of oneself.
One’s weakness will not be known if one does not strive to optimize one’s abilities. That form of striving will not exist if human beings are lazy and have a meager outlook on life.
Hence, the heaviest sentence that is given in this world, to the worst of crimes… when human beings LIVE NEGLIGENTLY AND ARE LAZY TO THINK!
Laziness is a SIN because it holds back a person from the obligation of knowing oneself and knowing God.
It is these types of human beings who thinks as if they themselves are god…
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَـوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِ أَفَلاَ تَذَكَّرُونَ
“Have you seen him who takes his own lust (vain desires) as his ilaah (god)? And Allaah knowing (him as such), left him astray, and sealed his hearing and his heart, and put a cover on his sight. Who then, will guide him after Allaah? Will you not then remember?” [Al-Jathiyah 45:23]
While in reality, he is more heedless than a cattle…
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَآ أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَـمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَـفِلُونَ
“And surely, We have created many of the jinn and mankind for Hell. They have their hearts wherewith they understand not, and they have eyes wherewith they see not, and they have ears wherewith they hear not (the truth). They are like cattle, nay even more astray; those! They are the heedless ones.” [Al-A'raf 7:179]
Both of the verses above, is regarding the lives of human beings who act like they are gods, and also live like animals due to a mind, eyes, ears and a heart which doesn’t function. Both are due to the reluctance to think and to observe life.
They are given a mind, with eyes and ears to see and to listen with their hearts… but the hustle and bustle of the worldly life lead them to forget who they really are and who is HE.
Therefore, it is justified that these type of negligent human beings are punished by God due to their own laziness in searching for the truth.
Think about it…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra
Beautifully translated by: Bro Ridhuan Muhammad Hasim