Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 14
July 7, 2021
Perangkap New Age Movement Untuk Agamawan
Bagaimana agamawan terjebak ke kancah New Age Movement? Saya tiada jawapan mudah. Tetapi saya boleh berfikir semula mengenai pengalaman diri sendiri. Sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan di zaman pelajar, saya akan bekerja di arena latihan dan motivasi. Semenjak pelajar, saya sentiasa menjadi peserta keras kepala yang melawan dan mempersoalkan arahan-arahan motivator yang tidak masuk …
Published on July 07, 2021 03:08
May 31, 2021
Krisis Fikir Yang Mengancam Survival Kita
Bermula daripada umur 60 bulan, anak-anak sudah mula meluangkan masa terbaik mereka setiap hari di sekolah. Apa yang berlaku semasa mereka di sekolah? Atau soalan yang lebih spesifik, apakah yang terjadi di dalam diri kanak-kanak semasa mereka belajar? Manusia adalah hidupan yang berfikir. Fikir itu menjadikan manusia, manusia. Akan tetapi, walaupun manusia boleh berfikir dan …
Published on May 31, 2021 02:30
May 11, 2021
Palestin: Peperangan Propaganda dan Suluhan al-Quran
Isu Palestin ni lain macam sikit. Ia direkodkan oleh al-Quran secara ‘past, present and future‘, khususnya di dalam surah al-Isra’. Allah SWT mengatakan bahawa Yahudi telah termaktub di sisi-Nya melakukan dua kerosakan besar. Kerosakan pertama ialah di zaman Nabi sallallāh ‘alayhi wa sallam. Ia diselesaikan dengan pengusiran mereka dari Jazirah Arab semasa Perang Khaibar, dan …
Published on May 11, 2021 23:48
May 8, 2021
Situasi Zikir Diperlukan Tanpa Fikir
Berfikir adalah nikmat anugerah Allah. Ia merupakan kualiti induk yang membezakan kita sebagai manusia, berbanding makhluk-Nya yang lain. Otak yang berfikir perlu berupaya meregulasi hubungan-hubungan di dalamnya untuk berfungsi secara baik. Ia melakukan synchronise, kemudian desynchronise, di bahagian-bahagian yang berbeza untuk membolehkan kita bertindak balas, meregulasi emosi, belajar dan menyelesaikan masalah. Tetapi ada situasi tertentu, …
Published on May 08, 2021 21:58
April 26, 2021
Apabila Murid Berbohong
Sekolah kami juga mengalami masalah disiplin. Ketika berlakunya kecurian dan beberapa kejadian yang memeningkan guru, hati kami memang panas. Marah, kecewa dan baran, semua naik sekali gus. Kena sabar dan kawal diri. Kami kena ingat kepada tanggungjawab mendidik. Sama ada semasa murid baik, atau semasa mereka buat perangai. Pelajaran bukan hanya dalam kelas bersama subjek …
Published on April 26, 2021 06:34
April 3, 2021
Koleksi Vlog Berkaitan Ramadan
Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan kali ini, saya kongsikan himpunan vlog yang pernah saya hasilkan berkaitan dengan Ramadan sepanjang kehidupan kami di perantauan, terutamanya di Finland antara tahun 2016 hingga 2020. Semoga apa yang dikongsi memberi manfaat dan mencambah fikiran sahabat semua pada melihat aplikasi Islam di konteks-konteks yang berada di luar kebiasaan kita. Solat …
Published on April 03, 2021 03:07
March 28, 2021
Ebook Tak Kenal Maka Tak Cinta
Ebook Tak Kenal Maka Tak Cinta diterbitkan pada tahun 2014. Ia agak berbeza daripada kebanyakan buku lain yang penulis hasilkan kerana buku ini adalah kombinasi kandungan yang penulis hasilkan, namun dipersembahkan di dalam bentuk ilustrasi oleh artis berbakat besar, Tuan Ridzal Yusof. Ia diterbitkan oleh PTS dan versi ebook kini masih boleh diperolehi di Google …
Published on March 28, 2021 07:49
March 25, 2021
Kebejatan Snapstreaks (Snapchat) Yang Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu
Anda mungkin tidak menggunakan Snapchat. Tetapi jika anak anda menggunakan telefon pintar, ada akses internet, dan menggunakan media sosial, maklumat ini wajib anda ketahui. Kebejatan Snapchat Streaks. What does the 🔥 mean? You and your friend are on a Snapstreak – meaning you and your friend have Snapped (not chatted) each other within 24 hours …
Published on March 25, 2021 09:26
March 18, 2021
Al-Isrā wa al-Mi’rāj: Hari-hari Allah
Iktibar Peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj by hasrizal
Published on March 18, 2021 05:55
March 12, 2021
Jangan Berasa Lemah di Musim Musibah Ini
Kalau masak, saya cuba masak elok-elok dan sedap-sedap sebab itu sahajalah ‘hasil kerja’ seharian saya. Tak ada profesyen yang ‘profesiona’l untuk buat hasil kerja dengan cemerlang macam orang berkerjaya. Saya tiada bakat untuk masak yang hebat-hebat macam seorang chef, tetapi masakan yang saya tahu masak, saya masak elok-elok. Banyak yang saya kongsikan di Instagram dengan …
Published on March 12, 2021 03:22