Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 18

May 3, 2020

Witr: Angka-angka Dalam Pelajaran Tauhid di Negeri Asing

“Ok, it’s your turn tonight” saya bersila membetulkan kedudukan. Kami bertarawih dalam keadaan beransur-ansur kerana saya keletihan. Keluar ke pekan membeli barangan dapur adalah rutin yang agak memenatkan. Tiada kereta, hanya berjalan kaki dan menaiki bas, barang digendung jauh. “Hurmmm… ok, Allah is Odd and He loves the oddness. That’s it,” ujar si anak. Ringkas …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 03, 2020 19:41

Syukur dan Kufur Dalam Nikmat Rumahtangga dan Keluarga

Kita masuk ke sepertiga kedua bulan Ramadan. Lazimnya ia adalah bahagian Ramadan yang kita mudah kehilangan momentum dan menjadi malas. Baiklah kiranya kita saling sokong menyokong, memberi motivasi antara satu sama lain untuk menempuh fasa ini, agar kita tidak kerugian. Di kala ini, terutamanya di dalam situasi berkurung di rumah, kita boleh mengendalikan cabaran ini …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 03, 2020 14:17

May 2, 2020

Sejarah Perjalanan Umat, Kembara Perjalanan Diri

Malam-malam sebelum ini perbualan kami anak beranak masih berterusan. Saya sahaja yang tidak bermomentum untuk menulis. Tempoh hari, anak bertanya selepas tarawih, bagaimana bermulanya Syiah. Soalan itu besar, ditanya oleh anak-anak yang tidak mempunyai banyak past knowledge untuk saya bina pengetahuan baharu. Pengetahuan di dalam sains pembelajaran mengingatkan pentingnya mengaktifkan strategi metakognitif apabila guru mahu …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 02, 2020 20:31

May 1, 2020

Hanya Dengan Rahmat-Nya Kita Bertahan

Akhir 2016, kami terpaksa membuat keputusan paling perit dalam hidup iaitu terpaksa hidup berpisah. Isteri akan berhadapan dengan kesunyian bertugas seorang diri di Ireland, manakala saya akan berhadapan dengan pengajian, dan mengendalikan empat orang anak sendirian di Finland ini. Usai menghantar isteri berlepas ke Ireland dari lapangan terbang Oulu ketika itu, saya dan anak-anak mengambil …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 01, 2020 23:07

April 29, 2020

Tarawih Malam Ketujuh Dan Persoalan Ahli Kitab

Semalam saya mengelak menulis tentang rutin kami selepas tarawih. Saya tidak mahu menulis dalam keadaan bersedih atau marah. Anak-anak mengadu keletihan, saya pula tidak suka dengan perbuatan menyuruh-nyuruh. Cakap, buat. Tidak buat, fahamkan diri sendiri kerugiannya. Semasa anak melakukan perkara yang kita tidak suka, atau tidak melakukan perkara yang kita suka, pada masa itu kena …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 29, 2020 14:53

April 27, 2020

Menyemak Birr al-Wālidayn di Bulan Ramadan

“I don’t have anything!” si kenit mendesak. “You do have something. Many things. Come on!” kami beri galakan. Mungkin desakan. “Ok, ok…. well, Ramadan is you don’t eat and you don’t drink for about 15 hours from sunrise to sunset. There you go!” katanya. “Hah, ada pun. Ok, that’s good. Thanks for giving a definition …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 27, 2020 14:55

April 26, 2020

Persoalan Siapa Kita Atau Apa Amal Kita?

“I just wanna share two fun facts about Ramadan” kata anak ketiga kami. “Al-Fatihah le dulu!” ada yang menyampuk. “Do we have to?” beliau bertanya semula. Menyoal adakah perlu memulakan majlis dengan al-Fatihah. Bukan sebab Wahabi. Bukan Wahabi sahaja yang bertanyakan dalil. Ia rasional, walaupun oleh seorang remaja, di negeri asing. “What are the fun …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 26, 2020 14:50

April 25, 2020

Saya Pun Tidak Pasti Kenapa Saya Berpuasa

“I don’t even know why I am fasting!” anak kecil kami mengomel. “Hurmm…. why do you think?” saya bertanya kembali sambil mengemas dapur. “So we understand the struggle of the poor people and their hunger?” jawabnya, dalam bentuk soalan. “Do you actually think of the needy when you’re fasting?” saya mahu beliau jujur dengan jawapannya. …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 25, 2020 14:51

April 24, 2020

Tazkirah Anak Beranak Usai Tarawih Musim COVID-19

“Abi, can you read shorter surah? Sakit kaki la” rayu si anak sebelum kami mula solat Isyak dan bertarawih. “I was standing in the kitchen cooking for three hours. Now leading the prayer. I am sure you all are stronger than me. In fact I only read half page for each rakaat” saya menjawab. Tersengih …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 24, 2020 14:01

April 22, 2020

Ebook Transformasi Ramadan 2.0

Transformasi Ramadan pernah diterbitkan sedekad yang lalu sebagai naskhah kecil untuk meneman pembaca membuat persiapan diri menjelang Ramadan. Naskhah berkenaan juga telah diterbitkan semula di dalam versi terjemahan bahasa Inggeris dengan tajuk Reviving the Spirit of Ramadan: Beyond Do’s and Don’ts. Transformasi Ramadan 2.0 adalah naskhah kelangsungan versi sebelumnya, lahir di dalam suasana seluruh dunia …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 22, 2020 02:58