Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 16
November 29, 2020
Hillbilly Elegy: Kembara Anak Menuju Jaya Tanpa Segalanya
Hillbilly Elegy adalah sebuah filem drama baharu di Netflix, berdasarkan novel dengan tajuk yang sama, ditulis oleh J. D. Vance (James Donald Bowman). Ia adalah autobiografi JD yang menceritakan perjalanan hidupnya sebagai seorang kanak-kanak daripada sebuah keluarga miskin dan dibelenggu pelbagai masalah sosial, sehinggalah beliau menjadi graduan undang-undang di Yale. Membaca sinopsis buku berkenaan, saya …
Published on November 29, 2020 07:19
November 24, 2020
Memanjangkan Penutupan Sekolah Tanpa Strategi Pendidikan Alternatif
Selama berpuluh tahun kita ‘berjaya’ melaksanakan pendidikan sebagaimana yang kita kenal sebab kita mewah dengan peluang mengawal murid dengan dinding kelas dan memaksa mereka menelan fakta melalui rote learning. Adakah pembelajaran itu sebenarnya sejahtera untuk diproses oleh murid-murid, serta bermanfaatkah ia untuk menyediakan mereka mendepani kehidupan, kita tidak bersungguh memikirkan soalan ini. Murid dikawal secara …
Published on November 24, 2020 05:44
November 21, 2020
Cuties di Netflix: Tonton Menakutkan, Tidak Tonton Pun Menakutkan
Cuties adalah filem di Netflix yang menakutkan jika ditonton, dan tetap menakutkan jika tidak ditonton. Saya tidak galakkan sesiapa pun untuk menontonnya. Tetapi mesej daripada filem ini sangat benar, perit dan penting. Semasa anak balik dari sekolah semalam, beliau cerita tentang kempen solidariti LGBTQ+ minggu ini di sekolahnya. Kesimpulan beliau, semua ini adalah ekoran dunia …
Published on November 21, 2020 00:43
November 15, 2020
Retrieval Practice: Cara Mudah Membantu Pembelajaran Anak-anak
“Apa benda menarik di sekolah hari ini?” ia mungkin soalan yang selalu kita tanya sebagai ibu bapa, jika amalan berbual dengan anak-anak menjadi kebiasaan. Soalan itu boleh diubah kepada, “hari ini belajar apa di sekolah?” semasa berbual. Ia mungkin dijawab dengan sambil lewa oleh anak-anak, terutamanya apabila anak-anak fikir apahal pulalah orang tua ini menyibuk …
Published on November 15, 2020 09:10
November 14, 2020
Anak dan Gajet: Hanya Ibu Bapa Yang Mampu Membimbing
Ini adalah iskusi paling parah tentang realiti menguruskan penggunaan gajet oleh anak-anak remaja, tanpa selindung, demi memahamkan diri sendiri dan sahabat semua bahawa bukan sekolah, bukan cikgu, bukan kerajaan, tetapi mak bapak adalah pihak yang paling boleh dan perlu membimbing anak-anak menggunakan gajet, melayari internet, beraktiviti di media sosial serta game di atas talian dengan …
Published on November 14, 2020 09:58
September 2, 2020
Mä Oon Rizal: Travelog Cikgu Malaysia di Finland
BLURB Mä Oon Rizal Mendengar suara hati di negeri salji meskipun sunyi bukanlah mudah. “Hasrizal, kamu lahir pada zaman yang salah dan menginginkan sesuatu yang tiada pada realiti hari ini. Mungkin lama selepas kamu tiada nanti, barulah kamu akan difahami!” Kata-katanya itu membuatkan saya termenung saban hari. Lazimnya, saya menulis dalam keadaan saya tahu daripada …
Published on September 02, 2020 03:56
August 4, 2020
5 Kebaikan Sistem Pendidikan Finland dan 5 Limitasinya
Selepas empat tahun berada di Finland dan memberi peluang kepada anak-anak bersekolah di dalam sistem pendidikan Finland, di sini saya kongsikan 5 perkara yang saya kira telah disumbangkan oleh sistem pendidikan Finland sebagai sebuah sistem yang dianggap antara yang terbaik di dunia. Pada masa yang sama, saya kongsikan juga 5 perkara yang saya kira tidak …
Published on August 04, 2020 12:46
June 27, 2020
Kisah Tasta’nisu Dan Berhalus Dalam Berkelakuan
Benda kecil pun hendak dibesarkan? Pertanyaan ini petanda ada penyakit jiwa yang berkait dengan penyakit fikiran juga. Syarat pertama menyembuhkannya adalah mengakui dahulu yang wujudnya penyakit berkenaan. Mari saya kisahkan. Semasa melawat Rumah Gadang di Sumatera Barat ini, antara penerangan yang saya ingat ialah tetamu yang masuk ke rumah akan duduk membelakang bilik-bilik di dalamnya. …
Published on June 27, 2020 01:40
June 24, 2020
Mencegah Anak Hidup Bermuka-muka | Sembang Abah
“Jangan conteng arang ke muka ayah!” “Jaga maruah keluarga kita!” “Tiada dalam keturunan kita yang buat macam ini!” Mungkin dialog-dialog di atas adalah antara kenyataan yang sering kita temui di dalam drama Melayu. Ibu bapa kecewa apabila anak-anak tidak menjadi. Tidak jadi seperti yang mereka mahu. Semasa anak tidak menjadi, apa pilihan yang ada? Jika …
Published on June 24, 2020 00:35
June 14, 2020
Nota Sembang Abah: Boikot Nuh
“Kau tahu, dia tu walaupun berdakwah sana sini, anak sendiri pun bertatu!” “Isy, kalau sudah anak sendiri pun tak boleh nak dakwah, ada hati nak ubah dunia!” “Tapi sebenarnya, bukan setakat anak dia. Bini dia pun sama jugak. Pakai seksi. Mati pula masa banjir hari itu. Tuhan dah tunjuk kuasa pun masih degil. Entahlah. Agaknya …
Published on June 14, 2020 06:45