Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 13

December 24, 2021

Don’t Look Up: Bencana Tatkala Kebodohan Menjajah Bumi

Sepanjang menonton filem DON’T LOOK UP ini, saya asyik teringat kepada dua pesanan. Pesanan pertama adalah pesanan Neil Postman. Beliau kata hentikan pendidikan daripada bercita-cita secara melampau ingin memandaikan manusia, sedangkan yang lebih utama adalah menyelamatkan mereka daripada kebodohan. “Kenapa doktor dan peguam lebih berjaya dalam misinya berbanding pendidik?” tanya Postman. Jawapannya, doktor fokus kepada …
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 24, 2021 14:52

December 11, 2021

Naratif BULI Yang Kita Normalisasikan Ia

“Kita mengajar, dia tidur!” ustaz datang ke meja saya dan cuba menconteng muka saya dengan kapur tulis. Seluruh kelas ketawa. Ketawa mereka jadi lebih besar apabila ustaz gagal menconteng apa-apa ke muka saya dek peluh. Ia kenangan paling awal yang saya boleh ingat bagaimana tertidur di dalam kelas mula menjadi masalah kepada diri saya sepanjang …
2 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 11, 2021 01:47

November 22, 2021

Wahabikah Aku?

Tempat ke-40 Wahabi di Malaysia, Hasrizal Abdul Jamil. Pernahkah anda mendapat senarai berkenaan? Senarai itu sudah lama berlegar di media sosial dan saiznya bertambah panjang dari semasa ke semasa. Jika senarai itu mahmudah, baik, berkebajikan, maka banyaklah pahala di sisi Allah orang yang menghasilkannya. Tetapi jika senarai itu mazmumah, dusta dan bermaksud melemparkan tuduhan sesat …
2 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 22, 2021 05:25

November 14, 2021

Bolehkah PMS Menjadi Alasan?

Suatu ketika Rasulullah sallallāh ‘alayhi wa sallam menyuarakan pengetahuannya selepas diperlihatkan kepadanya Neraka, bahawa di dalam Neraka ada ramai perempuan. Mereka bukan masuk Neraka kerana mereka perempuan. Tetapi sama seperti lelaki, mereka masuk Neraka ekoran apa yang mereka lakukan. Sesuatu yang manusia diberi akal fikiran untuk cermat memilih tingkah laku perbuatan. “Diperlihatkan kepadaku Neraka dan …
2 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 14, 2021 04:27

October 27, 2021

Kenapa Tak Jadi Cikgu?

“Sukacita saudara dipelawa menghadiri temuduga…” saya membaca surat itu baris demi baris. Pulang dari perantauan, usaha memulakan kehidupan penuh cabaran. Antaranya adalah mencari pekerjaan. Surat di tangan adalah surat panggilan temuduga untuk program j-QAF. Saya mengemukakan permohonan tersebut di saat-saat akhir. Ayah Anjang mencadangkan saya memohon program berkenaan. Ustaz Anuar bekas Atase Pendidikan di MSD …
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 27, 2021 06:21

October 25, 2021

Perjalanan Sengsara Mendidik Anak Remaja

“Mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan mahu meluangkan masa bersama supaya kita boleh sokong menyokong, hubungi saya. Kejiranan kita ada kumpulan WhatsApp khusus untuk itu” tulis Angela. Kumpulan WhatsApp kejiranan kami dibanjiri emoji gembira, lega, berterima kasih, dan ramai yang memberikan maklum balas positif kepada jemputan Angela. Ibulah… bukan bapa. Mungkin bapa baca …
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 25, 2021 03:28

October 10, 2021

Kalau Rindu, Mengapa Pergi Beribu Batu

Keputusan meninggalkan tanah air bukanlah keputusan yang mudah. Gelora jiwa, Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Paling membimbangkan, adalah emak di kampung. Emak semakin uzur. Sudah lama emak tidak berupaya memasak. Ingatan pun semakin berkurang. Apabila saya suarakan hajat hati untuk menyambung pelajaran ke Finland, emak dengar tetapi emak ingat Ireland. Negeri yang emak pernah menjejakkan kaki …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 10, 2021 10:04

September 11, 2021

Pendidikan Adalah Urusan Proses

Pendidikan adalah daerah yang mengutamakan proses, mengatasi hasil. Jika hasil yang menjadi keutamaan, mungkin saya kekal di dalam industri motivasi, dan tidak memilih terjun ke dunia pendidikan di sekolah. Semasa mengendalikan program-program motivasi, saya cuba belajar melakukannya dengan baik, namun nature program itu sendiri yang bersifat jangka pendek, menjadikan ia berorientasikan hasil. Di hujung program, …
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 11, 2021 09:39

September 1, 2021

Clickbait di Netflix Yang Saya ‘Click’

Apa-apa yang bersifat clickbait di media sosial, saya akan mengelak daripada termakan umpannya. Kecuali Clickbait, siri mini di Netflix ini. Apabila saya kembali ke rutin biasa di musim anak bersekolah, memasak pagi dan petang, aktiviti yang membosankan itu diisi dengan menonton sambil-sambilan. Tetapi akhirnya, saya tidak boleh menonton siri ini secara sambilan kerana perlu fokus. …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 01, 2021 09:49

July 9, 2021

Harapan Sumber Kekuatan Bertahan

Lelaki itu terperangkap di atas bumbung rumahnya. Air banjir semakin naik menenggelamkan sekeliling. Ikhtiar beliau adalah dengan menelefon bantuan kecemasan. “Bertahan. Jangan bimbang. Kami ada di kampung sebelah. Sejam lagi kami tiba!” kata anggota pasukan penyelamat. Walaupun sejam itu lama, tetapi sejam itu padanya ada harapan. Lelaki itu boleh mengira. 55 minit. 45 minit. 5 …
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 09, 2021 09:46