Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 10
October 16, 2023
Kenapa Ireland Kuat Menyokong Palestin?
Mengapa Ireland memberikan sokongan yang begitu ketara kepada perjuangan di Palestin? Jawapan kepada isu ini merujuk kepada beberapa faktor sejarah dan perkembangan semasa. Di akhir abad yang ke sembilan belas dan awal abad kedua puluh, keadaannya berbeza kerana Irish Republican pada ketika itu melihat gerakan Zionism sebagai selari dan senasib dengan mereka, golongan yang ditindas …
Published on October 16, 2023 07:21
October 11, 2023
Mengapa USA Berbelanja Besar Untuk Regim Z Itu?
1. Reaksi terhadap kemungkaran perlu mempunyai unsur MENGUBAH, bukan sekadar mencegah atau menyuarakan bantahan. من راى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان – متفق عليه “Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai tiada keupayaan, maka lakukan dengan …
Published on October 11, 2023 06:38
October 2, 2023
Soal Jawab Sambutan Maulid al-Rasul di Dublin
Di dalam ceramah Maulidurrasul di Malaysia Hall, Dublin semalam, ada hadirin yang bertanya kepada saya mengapakah ada sesetengah umat Islam yang mengecam usaha menyambut Maulid al-Rasul dan melabelnya sebagai bid’ah, sedangkan kita dituntut untuk mencintai Nabi kita Nabi Muhammad ﷺ . Saya faham soalan ini berisiko. Salah jawab, saya akan dilabel sebagai Wahabi oleh pihak …
Published on October 02, 2023 09:57
September 6, 2023
Ebook Aku Terima Nikahnya
Alhamdulillah buku Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga, dan Murabbi Cinta, sudah boleh dibaca secara digital di platform Google Play. Dapatkannya di capaian berikut:
Published on September 06, 2023 01:54
April 7, 2023
Dari SONSUZA YÜRÜMEK (1991) ke ETHOS (2020): Hari-hari Yang Dilupa
ETHOS atau tajuknya di dalam bahasa Turki, Bir Başkadır adalah sebuah drama di Netflix yang saya tidak tahu apa-apa, kemudian algorithm memberi saranan agar saya menontonnya. Drama tv arahan Berkun Oya ini disiarkan pada tahun 2020, dibintangi oleh Öykü Karayel, Fatih Artman, Funda Eryiğit, Defne Kayalar, dan Tülin Özen. Drama ini pelik dengan kepelikan yang …
Published on April 07, 2023 07:45
March 7, 2023
Genre Buku ‘Healing’ Sebagai Terapi Puisi?
Saya mengambil masa lima hari untuk menulis artikel Trend Semasa Buku ‘Healing’ Yang Merosakkan? semalam. Lima hari, kerana saya tidak tahu dari sudut mana saya patut memahami isu berkenaan. Ilmu yang terbatas, menyebabkan saya tidak mempunyai kata kunci yang jelas sebagai premis. Saya berfikir mengenai genre buku ayat pendek-pendek itu sebagai teks prosa. Memikirkannya sebagai …
Published on March 07, 2023 04:52
March 6, 2023
Trend Semasa Buku ‘Healing’ Yang Merosakkan?
Semasa meneliti perbincangan mengenai segmen pembeli dan pembaca buku sekarang, perasaan saya bercampur aduk. Saya sedih memikirkan bagaimana generasi muda menjadi seperti begitu rapuh jiwanya. Kerapuhan yang menjadi lubuk pelbagai pihak memanipulasi dan buat duit. Pelbagai produk boleh ditawarkan untuk menyembuhkan kerapuhan itu. Ia menjadi lubuk duit ‘self-help‘ yang saya pernah menjadi sebahagian daripadanya lama …
Published on March 06, 2023 06:59
January 25, 2023
The Banshees of Inisherin
Saya sudah selesai menonton filem hebat THE BANSHEES OF INISHERIN ini. Filem ini mengisahkan Colm Doherty, seorang pemuzik lagu asli di sebuah pulau bernama Inisherin, tiba-tiba ‘tak nak kawan’ dengan sahabat sepanjang hayatnya, Pádraic Súilleabháin (boleh disebut sebagai ‘Patrick Sullivan’). Bagi Colm, Pádraic itu walaupun seorang yang baik dan disenangi penduduk pulau tersebut, beliau terlalu …
Published on January 25, 2023 13:04
December 19, 2022
Menghargai Mesej Profesor Jasser Auda di Dublin
Seumur hidup ini kali pertama saya berpeluang mendengar dan melihat kupasan Sheikh Jasser Auda secara langsung. Jiwa rasa seperti kanak-kanak melompat girang jumpa adiwira pujaan. Namun, saya simpan diam-diam dan fokus sahaja kepada mendengar, berfikir dan memproses dapatan persidangan. Beliau adalah jemputan untuk menyampaikan ucap utama Islamic Cultural Centre of Ireland’s Annual Conference dengan tema …
Published on December 19, 2022 08:26
December 3, 2022
Kaedah Mengurangkan ‘Campurtangan’ Kerajaan di Sekolah
Kenapa sekolah di Finland berbeza daripada sekolah di Malaysia? Ada macam-macam cara untuk jawab soalan ini. Tetapi kali ini saya ingin cuba menjawabnya dengan penerangan secara sosiologi. Secara sosiologinya, sekolah boleh berada di dalam satu daripada dua kategori (boleh ada pengkategorian yang lain juga). Sama ada sekolah itu berada di dalam kerangka FUNCTIONALISM, atau pun …
Published on December 03, 2022 08:31