Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 11
November 22, 2022
Menghina si Anak Muda Kerana Mudanya Mereka
Semasa kita mahu guna anak muda, kita puji mereka sebagai ‘masa hadapan kita’. Kita buka ladang tebu untuk ditanam di bibir manis semua. Apabila anak muda tidak buat seperti yang kita harap, kita hina mereka sebagai ‘tengin’, tidak reti, buang masa, dan tidak patut diberi peranan melebihi yang sepatutnya. Ayat-ayat yang dilempar, tidak banyak berbeza …
Published on November 22, 2022 06:46
November 16, 2022
Kuasa Perkataan: Renungan Kisah Kecemburuan Aishah r.a. Kepada Khadijah r.a
Umm al-Mu’minin Aishah radiyallāhu ‘anhā bermurah hati berkongsi dengan ummah, kisah cemburu beliau terhadap Saidatina Khadijah radiyallāhu ‘anhā. Kisah ini menuntut kita untuk terlebih dahulu meluruskan akal dan hati untuk fokus kepada iktibar yang hendak dipelajari, dan bukan membanding-banding antara dua isteri Rasulullāh ﷺ ini dan membandingkan siapa lebih baik daripada siapa. Ia juga menjadi …
Published on November 16, 2022 03:04
July 18, 2022
Gelombang ‘Buku Islamik’ Pusingan Seterusnya
Gelombang ‘buku Islamik’ bukan perkara baharu. Ia adalah gelombang yang sama berada di belakang pengunduran saya daripada aktiviti menulis buku sekitar tahun 2013. Saya tidak kenal ‘pesta buku’ sebelum 2008, iaitu tahun pertama buku pertama saya diterbitkan, buku Aku Terima Nikahnya. Semasa ATN diterbitkan, saya tidak fikir saya akan menjadi penulis. Ia adalah buku tunggal, …
Published on July 18, 2022 17:47
July 13, 2022
APA ITU WANITA: SOALAN MUDAH JADI SUSAH DI ERA PASCA KEBENARAN
Apakah itu wanita? Ia soalan mudah yang hanya memerlukan 1 minit, 1 ayat, atau habis-habis pun satu perenggan untuk menjawabnya. Tetapi Matt Walsh menghasilkan sebuah dokumentari berdurasi lebih satu jam, dan menghasilkan buku setebal 250 mukasurat untuk menjawab soalan tersebut. Mengapa? Apabila benda satu ayat bertukar menjadi sebuah artikel, dokumentari dan buku, maknanya soalan “apa …
Published on July 13, 2022 06:48
June 25, 2022
Bacaan Untuk Guru Baharu
Jika anda baru sahaja menjadi seorang guru, dan anda ingin memulakan perjalanan islah melalui pendidikan yang anda usahakan sebagai satu perjuangan, saya sarankan anda membaca buku-buku di bawah ini. Ia adalah senarai buku yang saya kemaskini dari semasa ke semasa melalui akaun Goodreads: Hasrizal's bookshelf: new-teacher-reading Teachers Schools and Society by David Miller Sadker The …
Published on June 25, 2022 10:27
May 27, 2022
Mendidik Anak Remaja: Semasa Semua Strategi Tidak Menjadi
Mendidik anak remaja di akhir zaman ini amat mencabar. Kita perlu bersaing dengan pelbagai faktor yang mempengaruhi anak-anak. Jika dahulu, perubahan siang malam secara semulajadi membantu. Tenggelam sahaja matahari, kebanyakan anak berada di rumah. Mereka ‘memutuskan hubungan’ daripada alam kawan-kawan seketika, bersama keluarga, berehat dan tidur. Sesuailah dengan aturan Allah: وَجَعَلۡنَا ٱلَّیۡلَ لِبَاسࣰا . و َجَعَلْنَا النَّهَارَ مَعَاشَا Dan Kami telah …
Published on May 27, 2022 08:57
May 25, 2022
Susahnya Seorang ADHD Dewasa Menjaga Ibadat
Kita mungkin malu untuk memperkatakan akan hal ini kerana kita mahu menjadi Muslim yang baik. Tetapi sebagai ADHD dewasa, banyak aspek ibadah kita yang rumit untuk diurus. Hakikatnya, ia bukan sahaja sukar untuk golongan neurodivergent seperti kita, malah juga untuk masyarakat ramai yang neurotipikal. Nabi Muhammad ﷺ sendiri selalu berdoa kepada Allah: اللّهُـمَّ أَعِـنِّي عَلـى …
Published on May 25, 2022 08:01
May 19, 2022
Al-Mizan: Seimbang Antara Agama dan Sains Dalam ADHD Dewasa
Seseorang boleh melampau pada premis agama pada menanggap ADHD. Seseorang juga boleh melampau pada premis sains hingga mengenepikan peranan agama dalam regulasi ADHD. Seorang ADHD masih seorang mukallaf yang berjalan pada lisan dan perbuatannya, betul dan salah, dosa dan pahala. Rukun iman yang dihayati melapangkan kehidupan untuk memegang hikmah daripada Allah atas ujian-ujian yang berlaku. …
Published on May 19, 2022 08:09
May 6, 2022
Mulut dan Tangan Buat Jahat, Kenapa Ubun-ubun Yang Bersalah?
“Bagi sini tangan kamu!” cikgu bahasa Inggeris yang garang itu memberi arahan. Si murid terketar-ketar menghulurkan tangannya. “Tangan ini tidak serik-serik mengeja bag sebagai beg. Ini bahasa Inggeris. Bukan bahasa Melayu!” tegas guru berkenaan. Tangan buat salah, tangan kena ketuk dengan pembaris. Tidak dengar cakap, telinga kena pulas. Bercakap biadab, emak mahu cili-cilikan mulut si …
Published on May 06, 2022 10:46
March 15, 2022
Bolehkah Murid Finnish Ketawa Dengan Jenaka Bahasa Arab?
Seorang Arab dari Jordan berjumpa dengan seorang Arab dari Sudan. Sama-sama Arab. Arab Jordan itu ingin memulakan perbualan. Beliau bertanya, “ish lownak (إيش لونك)?” Arab Sudan itu bulat matanya. Ditumbuknya Arab Jordan tersebut lalu menjawab, “aswad (أسود)!” “Kalian tahukah kenapa kejadian itu berlaku?” saya bertanya kepada murid-murid Finnish di kelas pagi itu. Mereka faham apa …
Published on March 15, 2022 05:55