Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 9

November 22, 2023

Panduan Boikot Menurut Pengasas Gerakan Boikot Sendiri (Omar Barghouti – BDS)

“Saya sangat gembira berada di Ireland kerana di negara ini, warga Palestin akan berasa seperti di tanahair sendiri!” kata Omar Barghouti memulakan bicaranya. Hadirin memberikan tepukan gemuruh. Baru-baru ini saya berpeluang menghadirkan diri ke sebuah ceramah yang disampaikan oleh Omar Barghouti, salah seorang daripada pengasas gerakan BDS, (Boycott, Divestment and Sanctions) di Trinity College Dublin. …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 22, 2023 05:26

November 21, 2023

Isu Palestin di Ireland: Antara Rakyat dan Kerajaannya

Walaupun dunia mengagumi dan memuji pendirian tegas Ireland pada memperjuangkan Palestin, sebahagian mungkin terlepas pandang bahawa kelantangan dan ketegasan itu adalah pendirian dan suara yang datang daripada rakyat, aktivis dan sekumpulan ahli politik daripada blok pembangkang. Blok pembangkang yang dirujuk itu adalah daripada tiga buah parti utama iaitu Sinn Féin, People for Profit, dan juga …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 21, 2023 04:54

November 10, 2023

Foto Dan Video Dari Gaza: Tak Kongsi Maknanya Tak Simpati?

Benarkah jika kita tidak kongsikan foto dan video ngeri daripada medan peperangan di Gaza, di Palestin, bermakna kita tidak prihatin dan simpati kepada saudara-saudara kita yang menjadi mangsa kezaliman rejim Zionis di sana? Persoalan ini tidak masuk akal. Pertamanya, perbincangan yang saya timbulkan beberapa hari yang lalu tidak langsung mempertikaikan kepentingan untuk foto dan juga …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 10, 2023 13:09

November 8, 2023

Palestin 2023: Antara Ilusi dan Realiti

Pada suatu ketika, seorang pemimpin yang dipuja puji oleh pengikutnya sampai ajal dan bertemu dengan kematian. Pemimpin agung itu dikebumikan dan atas rasa cinta kasih sayang pengikutnya, mereka membina sebuah patung yang rupanya tidak ubah seperti pemimpin itu semasa hayat beliau. Pada suatu hari, seekor burung kecil hinggap di atas hidung patung berkenaan. Burung kecil …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 08, 2023 14:19

November 6, 2023

Baik Buruk Sebaran Foto Dan Video Ngeri Perang Palestin

Adakah wajar atau tidak wajar, atau adakah panduan tertentu untuk kita berinteraksi dengan foto-foto dan video mangsa peperangan, terutamanya dalam situasi seperti krisis yang sedang terjadi di Gaza, Palestin pada hari ini? Di zaman Nabi sallallahu alayhi wa sallam, mereka yang tidak berada di medan peperangan tidak akan melihat perkara-perkara ngeri, menakutkan dan tragis, yang …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 06, 2023 03:18

November 2, 2023

Jika Menolong Palestin Itu Lillahi Taala

Jika kita tidak berhati hati, kita boleh terlupa untuk memposisikan bantuan dan usaha kita berkaitan dengan isu Palestin ini di dalam kerangka ibadah kita kepada Allah Subhanahu wa Taala. Dalam hidup kita sebagai seorang Muslim, kita tak melakukan apa-apa pekerjaan melainkan ia adalah ibadah. Bila kita beribadah kepada Allah Subhanahu wa Taala, komponen yang paling …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 02, 2023 07:33

October 30, 2023

Mengapa Kita Tidak Bercakap Tentang Kesalahan Hamas? | Perangkap Red Herring Media

Mengapa kita hanya mengecam Zionis dan tidak menegur kesilapan ataupun kesalahan Hamas? Soalan ini memerlukan kesabaran untuk ia dicerakin dengan baik. Sebagai Muslim, jika kita berpegang benar benar dengan ajaran Islam, asasnya adalah jelas; perkara yang benar kita persetujui, perkara yang salah kita sanggah. Walau bagaimanapun, kita perlu berhati hati kerana peperangan yang berlaku di …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 30, 2023 16:15

October 26, 2023

Perbezaan Tiga Istilah Besar di Dalam Isu Palestin: Israel, Yahudi & Zionis

Jika kita lihat daripada perspektif al Quran, Allah Subhanahu Wa Taala membezakan di antara istilah Bani Israel dan Yahudi. Bani Israel atau pun anak cucu keturunan Israel merujuk kepada Nabi Ya’qub alaihi salam yang juga dinamakan sebagai Israel. Asas pada memahami istilah Israel sebagai merujuk kepada Nabi Ya’qub alayhi salam boleh dilihat daripada beberapa ayat …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 26, 2023 08:42

October 23, 2023

Menghantar Kekuatan Untuk Palestin Dari Jauh

Di dalam surah Al Isra ayat yang keenam Allah menegaskan bahawa pusingan kedua orang orang Yahudi melakukan kerosakan di atas muka bumi ini, kekuatan mereka adalah kekuatan yang dipanjangkan dari jauh. ثُمَّ رَدَدْنَا لَكُمُ ٱلْكَرَّةَ عَلَيْهِمْ وَأَمْدَدْنَـٰكُم بِأَمْوَٰلٍۢ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَـٰكُمْ أَكْثَرَ نَفِيرًا ٦ “Kemudian Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami panjangkan …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 23, 2023 13:44

October 18, 2023

Pedagogi Untuk Palestin

Halaqah bulanan untuk guru-guru dan warga kerja Yayasan Pendidikan Khalifah di sekolah kami Khalifah Model School dan Khalifah Model School – Secondary bertarikh 18 Oktober 2023 telah meninjau persoalan pedagogi di dalam urusan mendidik anak murid berkenaan isu Palestin. Biar pun guru, ibu bapa dan murid-murid adalah individu yang bebas untuk beremosi dan berfikir tentang …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 18, 2023 08:18