Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 12
March 15, 2022
Bolehkah Murid Finnish Ketawa Dengan Jenaka Bahasa Arab?
Seorang Arab dari Jordan berjumpa dengan seorang Arab dari Sudan. Sama-sama Arab. Arab Jordan itu ingin memulakan perbualan. Beliau bertanya, “ish lownak (إيش لونك)?” Arab Sudan itu bulat matanya. Ditumbuknya Arab Jordan tersebut lalu menjawab, “aswad (أسود)!” “Kalian tahukah kenapa kejadian itu berlaku?” saya bertanya kepada murid-murid Finnish di kelas pagi itu. Mereka faham apa …
Published on March 15, 2022 05:55
March 13, 2022
15 Keburukan Sistem Pendidikan di Finland Bagi Yang Mencari Keburukannya
AKHIRNYA, INI KEBURUKAN SISTEM PENDIDIKAN FINLAND. Saya mula menulis mengenai kekurangan sistem pendidikan Finland pada tahun 2015, misalnya di artikel ini https://saifulislam.com/2015/08/pendi... Dan jika halaman My Learning Journey dan blog ini dikorek, ada banyak yang telah saya tulis antara 2016 -2020 mengenai kelemahan sistem pendidikan Finland. Mereka yang sudah lama mengikuti penulisan saya tahu akan …
Published on March 13, 2022 06:42
February 9, 2022
Ya’qub AS: Pendekatan Ayah Yang Terluka Hati
Selepas DIARI ABAH (2020), apakah masih ingin menulis tentang keibubapaan? Saya tiada jawapan. Semasa melihat anak-anak membesar, kita bersemangat untuk melakukan yang terbaik. Kita cuba mengendali dan menguasai perjalanan itu dengan ilmu. Saya belajar ilmu agama, belajar ilmu sains, belajar tentang masyarakat, dan berusaha memperbaiki kualiti masa dengan anak-anak, demi menyokong perkembangan mereka. Di peringkat …
Published on February 09, 2022 04:01
February 6, 2022
Menulis Mengenai ADHD Dewasa Secara Terbuka
Menulis secara terbuka mengenai ADHD dewasa adalah berisiko besar. Fikiran saya ada banyak lapis mengenainya. Bermula dengan rasa malu, khuatir diperlekeh, paling takut jika orang secara rambang menganggap semua yang saya pernah cakap atau tulis dianggap tidak benar kerana saya ‘tidak betul’. Kemudian saya fikir, selama ini saya menulis dengan cermat benda lain pun, orang …
Published on February 06, 2022 03:48
February 1, 2022
Cabaran Rejection Sensitive Dysphoria (RSD) Dalam ADHD Dewasa
Menjadi seorang yang rasional, menerima jika munasabah dan menolak andai sebaliknya, adalah asas saya mengendalikan perjalanan hidup. Tetapi apabila dilabel sebagai seorang yang emosional, berhati tisu, sukar bertolak ansur dengan perbezaan pendapat, ia mendatangkan rasa tidak selesa kerana saya akan bertanya kepada diri sendiri, apakah benda yang saya marah itu wajar saya marah, atau ia …
Published on February 01, 2022 09:50
January 7, 2022
Renungan Kes Theranos dan Elizabeth Holmes
Baru-baru ini mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan yang Elizabeth Holmes daripada startup Theranos bersalah. Saya mengikuti kes beliau ini semasa di Finland lagi. Saya tertarik kepada pada masa itu saya mengalami keresahan semasa duduk di dalam ekosistem startup melalui program-program entrepreneurship yang ada di Finland. Malah sebahagian trainers datang dari Silicon Valley dan ia menjadi …
Published on January 07, 2022 05:29
January 5, 2022
Hadith Paling Susah Hendak Diamal
Pesimis. Optimis. Positif. Kita teraba-raba mencari kekuatan untuk dapat melihat sinar di hujung terowong. Saya sedar dengan peranan algorithm dalam menyumbat berita. Justeru, saya cuba berhati-hati agar tidak terjebak ke daerah catastrophic thinking hingga cicak disangka buaya, cacing dipandang ular. Tetapi apa yang diketahui secara benar, tidak perlu lebih besar daripada sekadar satu laporan sahih mengenainya. …
Published on January 05, 2022 13:43
January 2, 2022
Dilema Membaca: Antara Tujuan, Keperluan dan Keselesaan
Berpakaian untuk perlindungan diri adalah dharuriyyat (ضروريات). Berpakaian dengan ketebalan yang sesuai dengan cuaca pula adalah hajiyyat (حاجيات). Manakala berpakaian yang ketebalannya sesuai serta materialnya selesa untuk kulit kita, itu adalah tahsiniyyah (تحسينيات). Dharuriyyat adalah keperluan asas yang tanpanya, menjejaskan kelangsungan hidup. Hajiyyat menjaga kesejahteraan dan ketiadaannya tidak sampai menyebabkan kerosakan nyawa, akal dan survival …
Published on January 02, 2022 13:20
December 28, 2021
Generasi Hilang di Depan Mata
Istilah ‘Generasi Yang Hilang’ asalnya timbul ekoran daripada laporan UNICEF pada November 2020 yang lalu. Generasi ini dianggap ‘hilang’ apabila mereka kehilangan punca, keliru dan terputus daripada rutin yang selama ini berfungsi membentuk mereka. Ini adalah satu peringatan untuk menyedarkan kita bahawa apabila persekolahan terpaksa dipindahkan ke dalam talian, ia bukan semata-mata menukar buku bercetak …
Published on December 28, 2021 08:48
December 27, 2021
Reindeer Kebuluran dan Banjir Yang Menggila
Baru-baru ini, akhbar BBC melaporkan ribuan reindeer di Lapland hilang daripada ladang mereka. Reindeer ini terpaksa merayau-rayau ratusan kilometer kerana mencari sumber makanan di musim sejuk agar tidak kebuluran. Berita penuh di https://www.bbc.com/news/world-europe... Di musim sejuk, reindeer biasanya makan lichen (disebut sebagai jäkälä di dalam bahasa Finnish). Lichen ini tumbuh di tanah, di batang-batang kayu, …
Published on December 27, 2021 08:51


