Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 15
March 9, 2021
Kemahiran ‘Self-Regulated’ Learning Anak-anak di Rumah
The UK-based Education Endowment Foundation membuat penilaian terhadap strategi-strategi pembelajaran yang berpotensi tinggi. Berdasarkan meta study membabitkan 10,000 penyelidikan bebas, EEF mendapati bahawa maklum balas (feedback), metacognition dan regulasi kendiri (self-regulation) menghasilkan impak paling besar berdasarkan pentaksiran pencapaian akademik selama berbulan-bulan, berbanding dengan strategi-strategi lain termasuk ‘tutorial one-to-one’ mengecilkan saiz bilik kelas, dan memanjangkan durasi …
Published on March 09, 2021 04:59
March 7, 2021
Anak Meragam Tidak Mahu ke Tadika
Semasa anak-anak mula melangkah ke alam persekolahan, kami adalah ibu bapa muda yang kurang berpengetahuan serta pengalaman dalam hal ehwal pendidikan dan keibubapaan. Rasa hormat kepada institusi sekolah serta pendidikan yang ditawarkan, mungkin menjadi sebab mengapa ragam anak-anak yang tiba-tiba enggan ke sekolah tidak kami endahkan. Asasnya ialah sekolah betul, yang tak betulnya adalah anak-anak …
Published on March 07, 2021 08:22
March 5, 2021
Apa Yang Sistem Pendidikan Finland Telah Buat ke Atas Kamu, Anak-anak?
Semalam selepas makan, anak timbulkan topik kebimbangannya dengan kawan-kawan yang secara terbuka menyatakan tidak kisah kalau gagal dalam pelajaran. Katanya hairan sebab dulu semasa di Finland, apabila cikgu mengadakan ujian atau kuiz, memang ada yang gagal tetapi hanya seorang dua. Di sekolah sekarang jika separuh kelas gagal ujian pun macam biasa-biasa sahaja. Pertamanya kami buat …
Published on March 05, 2021 09:47
January 24, 2021
Erti Beragama Yang Hilang (2021)
Puluhan tahun yang lalu, almarhum Dr Fathi Yakan menyoal, ”apa erti saya menganut agama Islam?” Naskhah Māzā Ya’nī Intimā’i li al-Islām yang beliau hasilkan telah dibaca ramai, diterjemah ke pelbagai bahasa, merentas sempadan geografi dan masa, berkhidmat membantu kita umat Islam menjawab pertanyaan itu. Ia bukan soalan biasa macam soalan-soalan lain yang pernah kita jawab. …
Published on January 24, 2021 09:32
January 22, 2021
Isu Tadabbur di Dalam Usrah
Kalau dalam usrah, naqibah ajak tadabbur ayat al-quran dan kita beri pandangan/rumusan berkaitan ayat tersebut, bagaimana pula? (merujuk hadis Nabi tersebut)📌 Soalan ini merujuk kepada artikel INTEGRITI DAN TOKSIK POPULARITI Fikiran spontan saya, ingin menjawab dalam bentuk galakan. Usrah, tadabbur ayat al-Quran, adalah kerja-kerja baik dan sentiasa harus digalakkan. Apatah lagi bagi pelajar yang menuntut …
Published on January 22, 2021 04:36
January 21, 2021
Integriti dan Toksik Populariti
Influencer, televangelist, apa-apa jua status yang menjadikan kerja seharian membabitkan populariti dan viral… ada sesuatu yang toksik berkaitan dengan kerja berasaskan populariti ini. Ia selalu tanpa sedar menjadikan sikap kita berubah. Setiap kali bercakap atau menulis, kemudian percakapan dan penulisan kita diterima, ia menjadikan kita gembira (bersyukur?). Kegembiraan itu mendorong kita untuk percaya bahawa apa …
Published on January 21, 2021 09:15
January 20, 2021
Julian: Sisi Setia Dengan Kebenarannya
“Bukankah lebih mudah menjadi seorang yang ‘go with the flow‘, tidak perlu memperjuangkan apa-apa?” Ada kalanya hati berbisik mengenai hal ini semasa jiwa kita penat melawan. Pengalaman kita semasa kanak-kanak berbeza-beza, dan pengalaman yang berbeza-beza itu mempengaruhi kita menjadi seorang yang bagaimana. Saya anak bongsu yang jauh jarak umur dengan adik beradik yang lain. Walaupun …
Published on January 20, 2021 01:43
January 13, 2021
BETUL Dan Masalah-masalahnya
BETUL, adalah hasil yang baik selepas proses membuat keputusan diselesaikan. Ia menatijahkan manfaat, dan mencegah mudarat. Memilih yang betul adalah rutin seharian hingga adakalanya kita tidak sedar pun dengannya. Seawal bangun pagi mahu gosok gigi atau tidak, hinggalah kepada keputusan yang besar-besar. Ia ada kaitan dengan kebolehan manusia itu sendiri dalam memilih. Free will. Keupayaan …
Published on January 13, 2021 05:00
January 4, 2021
Vivarium (2020): Akuarium Realiti Hidup Hari Ini
“That’s nature. That’s just the way things are” kata Gemma. Jawapan ‘malas’ seorang guru tadika apabila anak muridnya tidak berpuas hati dengan realiti kehidupan yang disaksikan di bawah pohon tersebut. Ia pembukaan kepada sebuah filem yang mendera mental penonton. Ada hikmah Twillight Zone dahulu kala hanya setengah jam. Tetapi kali ini Lorcan Finnegan menguji stamina …
Published on January 04, 2021 02:57
December 16, 2020
Hubungan Alam Melayu – Turki Merentas Sejarah (Artikel 1996)
Artikel ini ditulis pada tahun 1995-1996 sebagai manifestasi minat peribadi saya mengkaji sejarah Daulah Uthmaniyyah. Ia bermula daripada secara kebetulannya saya terjumpa buku Mehmet, Ozay (1991), Islamic Identity and Development: Studies of the Islamic Periphery, Routledge, ISBN 0415043867 di Perpustakaan Universiti Mu’tah, Jordan, tempat saya belajar. Saya menggunakan nota kaki di dalam buku berkenaan untuk mencari sumber-sumber primer …
Published on December 16, 2020 02:50