Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 17

June 12, 2020

Urban Legend Budak Izzuddin: Tragedi 1991

“Tebalnya sampul surat kali ini” saya membelek-belek surat yang diterima. Selama berada di Sekolah Menengah Agama Persekutuan di Labu, Negeri Sembilan, sahabat saya sering menghantar surat. Mungkin sepucuk sebulan. Memori saya samar-samar mengenainya. Namun ingatan saya jelas mengenai surat kali ini. Februari 1991. Fazrin (almarhum) menulis kepada saya tentang kejadian aneh yang berlaku di Sekolah …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 12, 2020 17:03

June 8, 2020

Hidup Berpendirian, Jangan Peduli Apa Orang Kata

“You know, I am your dad and I am supporting your idea to become an artist one day. You have the opportunity now to create that path on knowledge based because they’re here. But I have only one concern” saya berbual dengan anak-anak selesai makan malam yang siang. Makan jam 8 malam. Tetapi matahari mencanak …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 08, 2020 16:11

June 7, 2020

Into The West (1992): Kembara Anak Bersama Tír na nÓg

“Kenapa kamu bercakap dengan kuda itu?” tanya Tito. “Kenapa tidak?” jawab adiknya Ossie. Filem INTO THE WEST ini diperkenalkan oleh guru bahasa Inggeris kami semasa saya mengambil kursus pendek bahasa Inggeris di QUB di Belfast pada tahun 2000. Kami menontonnya di dalam kelas, ketawa berdekah-dekah, sedih dan terharu sepanjang menontonnya.Guru kami mahu memperkenalkan kepada kami …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 07, 2020 23:40

June 5, 2020

Adab Bertamu di Media Sosial

Ini topik yang paling saya tidak suka. Tetapi selepas Aidilfitri, saya diasak bertubi-tubi untuk menjawabnya.Pertama, di dunia ini tiada orang biasa, tiada selebriti, apabila masuk bab mendidik anak-anak. Ia amanah daripada Allah, maka kita melakukannya kerana Dia, bukan mengikut tekanan massa, yang palsu dan hanya persona. Saya ditanya adakah lelaki memakai rantai itu tidak mengapa …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 05, 2020 06:06

June 3, 2020

Kamu Dengar Sini, Anak-anak!

Kata William E. Blatz, keselamatan emosi itu ialah keadaan minda semasa seseorang itu bersedia menerima akibat daripada tingkah lakunya. Maknanya, kalau buat benda tidak cerdik, bersedia diberitahu yang kamu itu tidak cerdik. Definisi itu sudah tua. Ia definisi tahun 1950an. Bagus juga definisi lama-lama ini, sebab ia definisi yang lahir di zaman apabila emak ayah …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 03, 2020 08:21

May 31, 2020

Diari Abah: Berfikiran Dengan Hati, Berperasaan Dengan Akal

Alhamdulillah buku Diari Abah telah berjaya saya siapkan. Ia telah dihantar ke Amazon Kindle, Google Play Books dan E-Sentral untuk diproses. Versi bercetak pula adalah bergantung kepada perkembangan di tanahair berkaitan kawalan pergerakan dan kebolehan proses kerja berkaitan penerbitan dan percetakan. Naskhah pendidikan ini diterbitkan oleh saya sendiri di dalam format digital, manakala versi bercetak …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 31, 2020 23:00

May 24, 2020

Defending Jacob: Mengadili Remaja Sebagai Seorang ‘Dewasa’

Mereka sering tidak faham saiz sebenar tindakan mereka. “It was just a joke” “It doesn’t mean anything!” “Drop it!” Ungkapan-ungkapan yang bagi remaja ia mudah dilafaz, tetapi bagi kita orang dewasa, ia adakalanya seumpama meteor menghempas bumi! Defending Jacob adalah sebuah siri mini di Apple TV+. Jadi, jawapannya agak jelas kalau ada yang bertanya, “di …
2 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 24, 2020 23:40

May 11, 2020

Kenapa Tuhan Kita Ada Banyak Nama?

“I really don’t have anything” kata si anak kecil. “Nope, this time, you need to share something. I am waiting” saya sengaja mencari ‘pasal’. “Ok, ok… Ramadan’s spelling is r-a-m-a-d-a-n” katanya, selamba. “It’s correct but I give no marks because I give marks on effort. Show some effort!” saya bertegas. “Hurmmmm… arghh… my brain is …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 11, 2020 17:47

May 9, 2020

Abi, Bolehkah Kita Berada di Dalam Dua Agama?

Penat, bek. Nak fikir soalan aqidah anak lagi, lepas tu hari ini nak masak apa pula. “Abi, I have a question” si anak bertanya. Sambil berbaring di sofa. Saya baru sahaja hendak ke dapur untuk memasak menyediakan juadah berbuka puasa. “Yeah, sure. What is it?” saya berpaling kepadanya. “Can we be in more than one …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 09, 2020 23:36

May 7, 2020

Memaknakan al-Quran Dengan ‘Asbab al-Nuzul’ Keluarga Masing-masing

“Assalāmualaikum wa rahmatullāh… assalāmualaikum wa rahmatullāh” saya memberi salam. “Tadi, Allah kata, Bani Israel akan buat dua kerosakan besar di atas muka bumi. Sekali di zaman silam dan sekali di masa hadapan. Di zaman silam kejahatan yang mereka lakukan ditolak jauh di dalam perang Khaibar di zaman Nabi sallallāh ‘alayhi wa sallam dan akhirnya di …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 07, 2020 13:52