Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 8
December 7, 2024
Misteri ‘Sengaja Susah Supaya Tabah’?
Dalam masyarakat kita, terdapat kecenderungan untuk mengagung-agungkan susah payah dengan anggapan bahawa ia menjadikan seseorang lebih kuat dan tabah (resilient). Namun, persoalannya, apakah benar susah payah itu perlu diwujudkan dalam pembelajaran? Adakah susah payah sebegini mampu membina ketabahan yang lebih berkesan, atau adakah cara lain yang lebih sesuai? Sebagai umat Islam, wajar juga kita bertanya, …
Published on December 07, 2024 02:09
December 3, 2024
Persekolahan dan Peperiksaan: Kawan Atau Lawan?
Petikan Podcast What Now Jom Ah Lepak bersama Syed A Haikal, dengan kerjasama Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) Memahami Peranan dan Nilai Peperiksaan dalam Pendidikan Holistik Apabila menyebut tentang peperiksaan di Malaysia, isu ini sering menjadi perbincangan yang mencetus perbalahan. Ada pihak yang berpendapat bahawa peperiksaan perlu dimansuhkan bagi mengurangkan tekanan kepada pelajar, sementara …
Published on December 03, 2024 08:41
October 5, 2024
Kembali ke Kampus: Percubaan Sarjana Keenam
Sahabat-sahabat pembaca mungkin mengenali saya, Hasrizal Abdul Jamil, sebagai seorang penulis buku. Dengan 28 buah buku yang telah diterbitkan, ramai beranggapan bahawa saya seorang yang cemerlang dalam semua aspek penulisan. Namun, di sebalik pencapaian itu, saya menyimpan satu perjalanan peribadi yang penuh cabaran: lima percubaan gagal untuk mendapatkan ijazah sarjana. Tiada siapa memaksa saya menyambung …
Published on October 05, 2024 14:48
May 18, 2024
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
Jika anak anda belajar di universiti di Amerika Syarikat ataupun di United Kingdom ataupun mungkin di negara-negara lain dan anak anda terlibat dengan protes pro-Palestin lalu dikenakan tindakan oleh pihak universiti atau pihak berwajib di negara berkenaan, apakah pendirian anda? Adakah anda bersolidariti dengan anak anda dan apakah nasihat yang anda sampaikan sebelum kejadian itu …
Published on May 18, 2024 13:04
January 12, 2024
Masihkah Kita Bersolidariti Tanpa Jemu?
Konflik yang berlaku di Palestin, khususnya di Gaza, sudah menghampiri tiga bulan. Jumlah mangsa yang terkorban mencecah sekitar tiga puluh ribu orang. Ini jauh daripada angka dan apa yang telah kita saksikan di peringkat awal dahulu. Kini, kita perlu menyoal, adakah kita masih komited dengan perjuangan membantu dan bersolidariti dengan saudara-saudara kita di Palestin, di …
Published on January 12, 2024 12:41
January 8, 2024
Fenomena Agamawan Berbahasa Kesat Dalam Ceramah
Persoalan ustaz-ustazah, orang-orang agama berbahasa kesat di meja ceramah bukan perkara baru. Apabila saya mengulasnya di tahun 2024 ini, ia bukan merujuk kepada satu dua kes semasa yang sejujurnya saya tak ikut dan tak tahu perinciannya. Ia adalah perkara yang sama diulang-ulang sekurang-kurangnya semenjak sepuluh tahun yang lalu. Di era internet mendedahkan kepincangan akhlak orang …
Published on January 08, 2024 03:32
December 25, 2023
Tragedi Gaza Runtuhkan Tembok Rome
Sama ada kematian mencecah dua puluh ribu saudara-saudara kita di Gaza, semenjak 7 Oktober 2023 yang lalu adalah kematian yang sia-sia ataupun tidak, ada dua dimensi untuk kita melihatnya. Bagi mereka, di sisi Allah mereka adalah syuhada. Balasan untuk mereka adalah syurga yang Allah janjikan. Tetapi bagi kita yang masih hidup di dunia ini, terbunuhnya …
Published on December 25, 2023 18:48
December 20, 2023
Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan
“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada ucapan Khalid bin Al-Walid kepada Raja Parsi semasa menghantar surat seperti yang dirakam di dalam tarikh A-Tabari dan Al-Bidayah Wa al-Nihayah oleh Ibnu Kathir. Kata, Khalid bin Al-Walid radiallahu anhu: بسم الله الرحمن الرحيم، من خالد بن الوليد إلى ملوك …
Published on December 20, 2023 07:47
December 9, 2023
Sebelum 7 Oktober 2023
Jika di kalangan umat Islam sendiri, ada yang menyoal mengapa Harakah Muqawamah Islamiah melakukan serangan pada 7 Oktober 2023 yang lalu sehingga mengakibatkan serangan balas daripada rejim Zionis yang menghancurkan Gaza semenjak dua bulan yang lalu hingga ke hari ini, soalan yang perlu ditanya kembali ialah di manakah kamu sebelum 7 Oktober 2023? Di mana …
Published on December 09, 2023 06:58
November 28, 2023
Penganjuran Malam Malaysia: Perbalahan Yang Menguji Jati Diri
Malam Malaysia atau Malaysian Night adalah acara yang maklum di kalangan komuniti pelajar Malaysia di luar negara, zaman berzaman. Acara tersebut lazimnya dianjurkan oleh persatuan-persatuan yang dianggotai oleh para pelajar Malaysia berbilang bangsa dan agama di lokaliti masing-masing. Pada masa yang sama, dalam dunia mahasiswa dan mahasiswi di luar negara, ada juga persatuan-persatuan pelajar Muslim, …
Published on November 28, 2023 09:39