Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 7
January 8, 2025
Panduan Berinteraksi Dengan Anak Mengenai Konflik Palestin
“Lebih setahun telah berlalu sejak peperangan di Gaza bermula pada 7 Oktober 2023,” saya terfikir sendiri sambil melihat paparan berita di skrin. Konflik ini tidak lagi sekadar isu wilayah kecil tetapi kini menjadi konflik serantau yang melibatkan begitu banyak nyawa. Bagaimana kita boleh mendiamkan diri? Saya merenung panjang. Jumlah korban sudah melangkaui apa yang boleh …
Published on January 08, 2025 08:50
January 4, 2025
Salahkan Anak Kakak Makcik Sendiri
Saya menulis di Facebook (3 Januari 2025): Kejahilan memang penyakit. Kita hanya biasa dengan satu dua hadis mengenai ‘fitrah’, lalu kita bercakap mengenai fitrah, kita buat macam-macam konsep, bebelkan orang lain kalau tidak kena dengan kefahaman kita, dan kita dikenali ramai, malah dirujuk, hingga sukar menyedari, menginsafi, dan merawat kejahilan. Walhal hadis mengenai fitrah itu …
Published on January 04, 2025 07:28
January 2, 2025
Kembar Kebenaran Adalah Keseimbangan | Tadabbur Surah al-Syura Ayat 17
Tahun 2025, umur saya genap 50 tahun jika merujuk pada kalendar Gregorian. Namun, menurut kiraan kalendar Hijriah, usia 50 tahun itu telahpun saya capai lebih awal. Usia 50 tahun bukanlah satu tempoh yang begitu panjang sehingga menjadikan seseorang merasa dirinya sudah terlalu tua, tetapi pada masa yang sama, ia juga bukanlah usia yang masih muda. …
Published on January 02, 2025 07:55
December 25, 2024
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
Kali pertama saya membaca hadis ini, saya adalah seorang pelajar Syariah. Perhatian kami tertumpu kepada konotasi fiqh riwayat ini bahawa seorang yang lebih berusia adalah lebih afdal menjadi imam solat. Dua puluh tahun kemudian, saya kembali membaca hadis ini tetapi sebagai pelajar sains pembelajaran. Mata saya tidak dapat lari daripada tertangkap untuk memerhati dan menghargai …
Published on December 25, 2024 16:27
December 24, 2024
Kerajaan dan Sekolah: Dari Era ‘Laissez Faire’ ke Sentralisasi
Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat dan memastikan kesinambungan pembangunan sebuah negara. Namun, cara pendidikan diurus dan dijalankan, sama ada melalui sistem centralised (berpusat) atau decentralised (tidak berpusat), mencerminkan falsafah dan keutamaan polisi sesebuah kerajaan. Di Malaysia, sistem pendidikan telah melalui pelbagai fasa perkembangan sejak era pra-kemerdekaan, dan hari ini, kita berada di salah satu sistem yang paling …
Published on December 24, 2024 09:38
December 23, 2024
Pendidikan Melangkaui Peperiksaan
Pengenalan Pendekatan pendidikan yang berorientasikan peperiksaan telah lama menjadi kebiasaan. Namun, semakin ramai pendidik menegaskan bahawa pendidikan sejati harus melangkaui sekadar pencapaian akademik. Dalam sesi Redup 2 anjuran Komuniti Guru Mandiri, Hasrizal Abdul Jamil mengupas idea ini dengan mendalam. Soalan pertama, apakah latar belakang keterlibatan beliau di dalam pendidikan, dan mengapa PENDIDIKAN JALAN ISLAH? Bagaimana …
Published on December 23, 2024 15:14
December 19, 2024
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara pendapat yang berasaskan ilmu dengan yang tidak berasaskan ilmu. Namun, isu ini jauh lebih kompleks. Dari sudut pandang sosiologi, seseorang boleh berada dalam salah satu daripada tiga kategori besar cara kita melihat persekolahan, pendidikan, dan fungsinya dalam …
Published on December 19, 2024 07:51
December 13, 2024
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
Kata kunci: functionalism, conflict theory, symbolic interactionism, sosiologi, pendidikan, emansipasi wanita, sirah Pendidikan bukan sekadar proses formal di bilik darjah, tetapi turut mencakupi aspek sosial dan budaya yang membentuk pemikiran individu serta masyarakat. Salah satu cabang penting dalam pendidikan ialah Sosiologi Pendidikan, yang mengupas tentang peranan socialisation atau sosialisasi. Sosialisasi merujuk kepada interaksi seseorang dengan …
Published on December 13, 2024 20:54
December 11, 2024
Jin Turkiye dan Krisis Pandangan Alam Kita (Sebagai Muslim)
Kehidupan moden di kota besar seperti Istanbul terasa begitu jauh dan tiada kaitan dengan hal ehwal jin dan syaitan ini.
Published on December 11, 2024 09:04
December 9, 2024
Krisis Mental Gen Z: Salah Siapa?
Baru-baru ini saya bentangkan dapatan kajian Dr. Jonathan Haidt di dalam bukunya, The Anxious Generation. Pembentangan itu dibuat di dalam Webinar Keibubapaan anjuran Yayasan Pendidikan Khalifah secara dalam talian. Dr. Haidt menyatakan bahawa Generasi Z, iaitu generasi yang lahir antara tahun 1996 hingga 2012, adalah generasi pertama dalam sejarah manusia moden yang menempuh alam remaja, …
Published on December 09, 2024 08:52