Mohd Zulkifli Shafie's Blog, page 58

January 5, 2022

Jaminan Buat Isteri Sebagai Suri Rumah Sepenuh Masa

Kerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu, tiada kawan untuk berbual-bual, rutin kerja berulang-ulang yang tak sudah-sudah, dan penatnya tiada cuti!

Itulah realiti kerja isteri sebagai suri rumah sepenuh masa.

Jadi tidak ada istilah “isteri tak bekerja”.

Dia bukan duduk goyang kaki di rumah. Sebaliknya dia bekerja keras dan memberi sumbangan besar terhadap kesejahteraan dan juga kewangan sebuah keluarga.

[…]

The post Jaminan Buat Isteri Sebagai Suri Rumah Sepenuh Masa appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 05, 2022 23:35

December 30, 2021

Genggam Dunia, Kejarlah Akhirat

Kaya segan, miskin tak mahu…

Itulah halangan yang ada dalam masyarakat Muslim di Malaysia bila bercakap tentang kekayaan.

Bila cakap tentang kekayaan, fikirnya ini semua ‘dunia’… Nanti lambat masuk Syurga!

Bila boss tak bagi bonus, marah! Boss menindas katanya…

Bila tak dapat kenaikan gaji yang bagus dari majikan, habis diumpatnya majikan! Orang atas dapat banyak, orang bawah dapat sikit katanya…

“Eh, bukan ke kalau kaya nanti lambat masuk Syurga?”

“Dapat gaji dan bonus sikit-sikit sudah la… Buat apa nak banyak-banyak kan?”

Itulah konflik dalam masyarakat kita…

[…]

The post Genggam Dunia, Kejarlah Akhirat appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 30, 2021 14:45

December 27, 2021

Beli Kereta Tanpa Keluarkan Duit Dari Poket Sendiri

Kita berbelanja, orang kaya juga berbelanja.

Orang kebanyakkan, mereka berbelanja dengan duit hasil penat lelah mereka bekerja (pendapatan aktif), dan tarah harta kekayaan yang ada.

Makin banyak dia berbelanja, makin kurang kekayaannya.

Tapi lain cara orang kaya berbelanja.

Mereka berbelanja tanpa mengurangkan harta kekayaannya. Mereka membelanjakan hasilnya, bukan mencantas pokoknya…

[…]

The post Beli Kereta Tanpa Keluarkan Duit Dari Poket Sendiri appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 27, 2021 17:00

4 Cara Menguruskan Hutang

Bagaimana cara yang betul dalam menguruskan hutang? Adakah dengan cara buat hutang yang rendah intrest rate (IR), dan membayar hutang yang IR lebih tinggi?

Untuk artikel kali ini, saya kongsikan, bagaiamana anda boleh mengurus hutang dengan cara yang lebih bijak dan tersusun.

Berikut adalah kaedah asas yang digunakan oleh FAR Capital untuk memperbaiki profile kewangan client dengan "methodology hartanah".

Cara Menguruskan Hutang1. Review and Asses:

Mengira DSR (Debt Service Ratio, jumlah pendapatan bersih dibahagi dengan hutang), jumlah hutang jahat dan keupayaan membeli hartanah (LE, Loan Eligibility).

Ini adalah langkah awal untuk mengatahui samaada anda layak atau tidak untuk memanfaatkan hutang, bagi melangsaikan hutang.

2. Consolidation:

Menukar hutang jangka pendek yang besar kepada hutang jangka Panjang yang lebih kecil komitmen bulanan: Swap and stretch

Maksudnya, kita kurangkan komitmen bulanan dengan menukar hutang.

3. OPM (Other People’s Money):

Menggunakan aliran tunai dari asset untuk membayar hutang (Cashback dari belian hartanah/ Refinance/ cashflow dari sewaan hartanah)

4. Earn More:

Active (pendapatan waktu kerja) + Passive (aliran tunai dari asset) + Hustle income (pendapatan dari selepas waktu kerja seperti sebagai deler Public Gold, REN dan sebagainya)

FAR Capital telah berjaya membantu ramai client yang tersepit dengan pelbagai hutang hingga ada yang memiliki kerjaya sebagai doktor perubatan pun terpaksa ikat perut untuk makan, doktor pakar yang tersepit kerana terbeli hartanah pelaburan yang salah dan pelbagai lagi real case study.

The post 4 Cara Menguruskan Hutang appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 27, 2021 16:13

December 21, 2021

6 Kaedah Mengendalikan dan Keluar Dari Masalah Hutang

Saban hari kita mendengar berita yang tidak baik yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini disebabkan pandemik. Bahaya yang disebabkan wabak sudah cukup besar, tetapi krisis yang menyusul dari wabak ini tidak kurang dahsyatnya, iaitu krisis ekonomi.

Mungkin dengan menyebarkan pengetahuan dan ilmu kewangan, orang ramai akan lebih tahu bagaimana berhadapan dengan krisis ini. Ini kerana, kebanyakan isu berpunca dari “masalah hutang”.

Berikut ialah tahap pengendalian hutang yang boleh dilakukan untuk keluar dari masalah beban hutang.

1. Bankruptcy

2. AKPK

3. Reschedule/Restructure

4. Moratorium

5. Debt Consolidation

6. Debt Consolidation + OPM

1. Bankruptcy

Tidak lagi dikejar hutang. Boleh dibebaskan dari status bankruptcy jika repayment elok. Dihalang dari ke luar negara.

2. AKPK

AKPK- Melalui VA (Voluntary Assessment) dan restructure debt untuk more manageable repayment setiap bulan. Tak boleh ambil loan baru dari semua bank, tapi masih boleh ke luar negara.

3. Reschedule/Restructure (R&R)

R&R. Negotiate dengan bank. Akan masuk status SAA (Special Attention Status). Hingga loan yang R&R diselesaikan, tidak boleh ambil loan baru dengan bank berkenaan.

4. Moratorium

Moratorium- Payment holiday with chargeable interest.

i. Jangan ambil jika ada rancangan untuk ambil loan 90 ke 180 hari dari sekarang

ii. Boleh apply bila loan yang baru apply dah lulus

iii. Buat masa sekarang, bank yang berlainan tidak tahu kalau kita ambil moratorium dari bank lain

5. Debt Consolidation

Debt Consolidation- Kumpul loan ke dalam loan perumahan yang jangka masa Panjang, komitmen lebih kecil. Contoh: Harga hartanah dari RM 200k, kini telah naik RM 500k. Boleh cash out RM 200k untuk selesaikan personal loan, car loan atau credit card.

RM 200k Property loan, RM 770 sebulan

RM 200 PL + Car Loan, RM 2509 sebulan

Recommended: Maybank, Bank Islam dan Alliance Bank (Syaratnya CCRIS dan CTOS masih baik)

6. Debt Consolidation + OPM (Other People's Money)

Debt Consolidation + OPM (Other People's Money)- Tak perlu tunggu ada pemilikan hartanah.

Gunakan hartanah dengan 50% lebih rendah dari market value, untuk mendapatkan cashback yang secukupnya untuk menyelesaikan hutang-hutang lain. Ini kaedah yang digunakan oleh FAR Capital bagi membantu client menghadapi masalah hutang dan mengubah hidup ramai orang.

Moga perkongsian ini bermanfaat.

The post 6 Kaedah Mengendalikan dan Keluar Dari Masalah Hutang appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 21, 2021 17:35

December 20, 2021

Abundance Mindset, Minda Orang Berjaya

Satu perkara paling penting dalam mengubah diri sendiri bukanlah semudah mengubah kepandaian menjana pendapatan atau menguruskan wang.

Way before that, perubahan harus dilakukan terhadap mindset. Kejayaan dalam hidup lebih mudah dicapai dengan abundance mindset.

Secara mudah untuk difahami, mindset ialah bagaimana minda kita beroperasi. Sekiranya kita cenderung melihat risiko, atau sisi buruk dalam sesuatu perkara, itu dipanggil scarcity mindset.

Bermula Dari Mindset Yang Betul

Mindset jenis ini selalu mengheret seseorang kepada kegagalan kerana ketakutan adalah element yang sentiasa membataskan potensi sebenar manusia.

Bayangkan seorang jejaka yang mahu menawan hati seorang gadis, ketika si jejaka cuma mampu mengaggap si gadis itulah satu-satunya orang yang akan cocok menjadi pasangan hidupnya, dia akan menjadi needy, dan mudah menyalah tafsir respond yang diberikan oleh si gadis.

Mungkin hanya kerana si gadis itu cuba berbuat baik, bagi hadiah atau semudah memberikan senyuman, si jejaka sudah boleh mabuk dan perasan.

Biasanya, Wanita akan segera menjauhi lelaki yang needy. Menyampah, dan tidak reliable untuk dijadikan pasangan hidup.

Abundance Mindset, Otak Orang Berjaya

Abundance mindset pula sebaliknya beroperasi dengan melihat ruang dan peluang. Walaupun mungkin tidak realistic pada awalnya, mindset seperti ini bersedia untuk improve dan mengambil risiko untuk bertindak.

Menggunakan contoh Si Jejaka tadi, sekiranya dia sudah memberanikan diri untuk berkenalan dengan si gadis, dan si gadis menolaknya dengan baik, beliau tidak lah rasa hina, kecundang dan meratap hiba. Ini kerana, mindset yang beroperasi dengan abundance mindset akan sentiasa yakin, peluang sentiasa ada dalam hidup.

Tentu ada gadis lain yang bakal menerimanya sebagai pasangan hidup bila tiba waktunya.

Mindset Seorang Dealer Public Gold

Cuba tukar watak Si Jejaka itu sebagai dealer, dan Si Gadis sebagai prospect. Tentu tuan puan nampak perbezaan outcome dari mindset mereka ke atas business.

Sebagai dealer Public Gold, kita tidak boleh mengembangkan business dengan scarcity mentality. Semua orang dah ada PG code, semua orang tak minat simpan emas, harga emas mahal, banyak syarikat lain sebagai pesaing….

Sebaliknya, asuhlah minda supaya melihat peluang bahawa masih ada lebih 30 000 000 penduduk negara ini yang belum ada PG Code. Emas tetap merupakan asset yang evergreen sepanjang zaman.

Sebarkan kebaikan menyimpan emas, orang tidak akan benci kita malah akan berterima kasih. Mungkin ada yang bagi respond kurang elok, ia tetap merupakan kejayaan sebab kita sudah berjaya mencuba.

Moga coretan ringkas ini bermanfaat. See you at the top.

The post Abundance Mindset, Minda Orang Berjaya appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 20, 2021 22:10

December 15, 2021

Elak Ditipu Ejen Emas, Buat 3 Perkara Ini

"Memanglah ejen emas cakap bagus simpan emas sebab dia dibayar komisyen. Kalau kita beli emas, ia memang bagus untuk ejen dan penjual emas. Tapi belum tentu bagus untuk kita"

Saya sangat setuju.

Berdasarkan lebih 11 tahun pengalaman saya dalam industri emas pelaburan, saya boleh sahkan, nasihat ejen tak semuanya boleh pakai. Bahkan bukan sedikit nasihat yang mereka berikan itu bakal menjerat pelabur dan penyimpan emas.

Bahkan sebenarnya, bukan sahaja dalam jual beli emas, tapi apa sahaja produk kewangan pun sama.

[…]

The post Elak Ditipu Ejen Emas, Buat 3 Perkara Ini appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 15, 2021 21:41

December 12, 2021

Beberapa Persoalan Penting Mengenai Kewangan Peribadi

Ini 5 persoalan penting tentang kewangan, yang kita perlu tanyakan diri sendiri.

(1) Berapa Nilai Networth Saya?

Networth secara ringkasnya ialah assets (apa yang memasukkan wang ke poket anda) ditolak liability (apa yang mengeluarkan wang dari poket anda).

(2) Patut Saya Beli Atau Sewa Rumah?

Jawapannya amat subjektif. Jika anda masih muda, idea terbaik ialah menyewa. Rumah ialah liability jika digunakan untuk own stay.

Bagi orang yang ada big ambition untuk grow income, ianya merugikan jika membeli rumah untuk own stay ketika kewangan belum lagi kukuh.

Rumah untuk own stay lebih sesuai dibeli ketika kewangan sudah stabil dan risiko terpaksa berpindah berkurangan. Ini kerana, rumah own stay merupakan liability dan harus berdasarkan personal preference.

Jarang sekali rumah pelaburan menepati ciri rumah idaman kerana asas pertimbangan untuk membeli rumah pelaburan adalah berbeza.

Jika factor emosi mempengaruhi pembelian rumah pelaburan, ia mencipta risiko kewangan yang besar.

(3) Saya Bekerja Makan Gaji, Bagaimana Saya Mahu Kaya?

Untuk permulaan, makan gaji ialah satu jalan yang lebih mudah dan kukuh untuk mencipta financial profile.

Kelebihan sebagai employee juga memudahkan seseorang mendapatkan pembiayaan, terutamanya untuk membeli asset seperti hartanah.

Namun, untuk kaya raya, perniagaan adalah the only way, selain menang lottery atau mendapat harta pusaka yang menggunung.

Ketika masih bergelar employee, belajar high income skill yang boleh menjana pendapatan tambahan, dan memanfaatkan platform yang baik (seperti Public Gold) untuk menambah sumber pendapatan

Dan seterusnya menjana lebih sumber pendapatan dari pelaburan aktif (seperti hartanah yang memberi pulangan bulanan dari sewaan dan saham yang memberi pulangan berbentuk dividend) dan pelaburan pasif yang menjana pendapatan dengan kenaikan nilai. 

Apabila "income luar" melebihi income dari kerja hakiki, ianya lebih selamat untuk mempertimbangkan kerjaya dalam perniagaan.

(4) Bagaimana Memulakan Pelaburan?

Kata kuncinya, pelaburan yang terbaik ialah melabur dalam apa yang kita benar-benar faham.

Memahami data, memanfaatkan network dan platform yang betul untuk melabur akan mengurangkan risiko dalam apa saja pelaburan yang dilakukan.

(5) Apa Patut Saya Buat Dengan Sejumlah Wang Yang Agak Banyak Dalam Akaun

Sekali lagi, jika anda tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkan simpanan itu, then jangan melabur sehingga anda memiliki ilmu dan tools yang betul untuk melabur.

Berita baiknya, anda boleh melabur dalam hartanah hanya dengan modal yang amat minimal sebagai FAR Capital Client.

Dalam G100

Di PGG100 Network, kita mencipta ecosystem yang paling kondusif untuk mencapai financial freedom. Multiple income streams sebagai PGBO melalui Business emas, PG Mall dan banyak lagi business units adalah platform yang paling mudah dan cepat untuk mencapai financial freedom.

Pelaburan hartanah pula boleh mempercepatkan process ini dengan debt consolidation menggunakan Teknik OPM (Other People’s Money).

Saya percaya, kombinasi ini amat tepat dalam merealisasikan impian PGG100 untuk menghasilkan 1000 orang PGBO yang mencapai financial freedom, regardless apapun latarbelakang tuan puan.

The post Beberapa Persoalan Penting Mengenai Kewangan Peribadi appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 12, 2021 18:44

December 5, 2021

Kopi Tanpa Gula : Kawan Menentukan Siapa Kita Pada Masa Depan

Dulu saya tak minum kopi.

Kalau cuba-cuba minum, mulalah rasa pening kepala, dan kerap berulang-alik masuk toilet. Asyik rasa nak buang air kecil jer (disebabkan kesan kafein).

Tapi sejak berkawan rapat dengan Mr Kenneth Cheang Chee Wah (tahun 2016 - 2018), saya mula minum kopi.

Permulaannya, setiap kali minum kopi, saya mesti akan letak gula. Kalau tak ada gula, memang tak boleh minum. Pahit.

Tapi bila belajar minum kopi dengan kawan saya ni, dia bagitahu kalau tambah gula, kurang aroma kopi tu. Dan lagi satu, gula tu memang tak bagus untuk kesihatan…

[…]

The post Kopi Tanpa Gula : Kawan Menentukan Siapa Kita Pada Masa Depan appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 05, 2021 17:58

November 29, 2021

Nasihat Untuk Wanita Dalam Pelaburan Hartanah

"Melabur tanpa ilmu bukanlah satu pelaburan, tapi ia satu perjudian!". Itulah pesan mentor saya En. Zulkifli.

Jadi kunci paling utama dalam pelaburan ialah, sejauh mana keuntungan yang boleh kita dapat daripada sesuatu pelaburan, ia bergantung sejauh mana ilmu kita dalam pelaburan tersebut.

Malah pelaburan yang terbaik, ialah pelaburan di mana kita sendiri mempunyai ilmu tentangnya. Bukan mengharapkan orang lain tolong buat untung untuk kita.

[…]

The post Nasihat Untuk Wanita Dalam Pelaburan Hartanah appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 29, 2021 19:34

Mohd Zulkifli Shafie's Blog

Mohd Zulkifli Shafie
Mohd Zulkifli Shafie isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd Zulkifli Shafie's blog with rss.