Mohd Zulkifli Shafie's Blog, page 64

May 20, 2018

Tiada Istilah Terlambat Untuk Bermula

Post image for Tiada Istilah Terlambat Untuk Bermula

Dengan perlantikan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 ketika usianya 93 tahun pada 10 Mei 2018 (setelah Pilihanraya Umum ke-14), ia memberikan satu motivasi penting untuk saya. Pertama, tidak ada istilah TERLAMBAT untuk memulakan sesuatu usaha yang baik. Kedua, tidak ada istilah BEREHAT dalam hidup ini bagi seorang pejuang sebuah kebaikan.


Dulu saya fikir, umur 50 atau 60 tahun dah dikira terlambat untuk memulakan usaha yang kita percaya ianya baik. Samada nak memulakan bisnes, nak perbetulkan tahap kewangan, nak mempertingkatkan diri sendiri dengan ilmu dan kemahiran yang baharu, atau apa sahaja usaha yang baik. Tetapi sekarang, saya melihat umur 60 tahun itu masih muda. Apatah lagi umur saya yang masih lagi 30-an. Ia terlalu muda untuk berputus asa ataupun berehat dalam hidup!


Umur 60 Tahun Masih Muda

Melihat kepada kesanggupan Tun Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi ketika usianya melangkau 90-an, maka saya fikir umur 60 tahun masih muda dianggap muda. Kalau jaga kesihatan dengan baik, kita masih ada masa 30 tahun untuk menikmati hasil usaha itu, insyaAllah.


Dengan pencapaian Tun Dr Mahathir, saya teringat kata-kata bijak pandai yang maksudnya lebih kurang begini, “berusahalah seperti kita akan hidup lagi 1,000 tahun, dan beramal-lah seperti kita akan mati pada esok hari”.


Saya pernah terbaca kisah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w iaitu Abu Ayyub al-Ansari. Beliau mengikut peperangan ketika usianya sudah mencecah 80 tahun atas semangat mengingati pesanan Nabi s.a.w bahawa Constantinople (sekarang ini dikenali sebagai Istanbul) akan dibuka oleh sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera. Abu Ayyub al-Ansari mengikuti peperangan itu dan meninggal dunia disebabkan sakit dan jenazah beliau dikebumikan tidak jauh dari kubu Constantinople itu.


Rehat Sebenar Menjelang Kematian

Motivasi kedua yang saya dapat dari perlantikan Tun Dr Mahathir ialah, tidak ada istilah BEREHAT dalam hidup ini.


Walaupun kita percaya, Tun sudah memiliki segalanya yang ramai orang cita-citakan dalam hidup, dan beliau boleh pilih untuk berehat. Tetapi beliau memilih untuk bekerja keras membuat kebaikan ketika usianya sudah 90-an demi melihat Malaysia “hebat kembali” seperti zaman beliau menjadi Perdana Menteri kali pertama dulu.


Ketika itu, nama Malaysia sangat harum di mata dunia! Kita rakyat Malaysia bangga untuk mengaku kita adalah rakyat Malaysia! Jadi beliau pilih untuk kembali bekerja untuk pulihkan semula nama negara kita yang tercinta ini.


Bagi saya, Tun adalah seorang pejuang. Ideologi politiknya mungkin berbeza dengan kita, tapi beliau berjuang untuk merialisasikan apa yang beliau percaya ianya betul. Rehat bagi seorang yang berjuang hanyalah sebuah kematian.


Hari ini, Tun dicatatkan sebagai pemimpin tertua di dunia. Ia bukan sahaja menjadi catatan sejarah baru bagi Malaysia, tetapi ia juga sejarah baru bagi dunia!


Dari perjalanan hidup Tun itu, maka saya fikir kita semua patut berjuang dalam kerangka apa yang kita percaya. Kalau Tun yang umurnya sudah 90-an itu pun bekerja keras, apatah lagi kita sebagai orang yang masih muda. Berjuanglah untuk berbuat sebanyak mungkin kebaikan dan amal soleh selagi umur masih ada. Disaat kematian nanti, itulah saatnya kita berehat. Berehat-rehatlah di taman Syurga yang Tuhan sediakan untuk mereka yang sibukkan hidupnya dengan beramal soleh.


Amiin ya Allah.


Zulkifli

Cyberjaya

21 Mei 2018

6 Ramadhan 1439H
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 20, 2018 13:14

May 7, 2018

Manifesto Pilihanraya, Kita Membayarnya!

Post image for Manifesto Pilihanraya, Kita Membayarnya!

Esok rakyat Malaysia akan mengundi untuk memberi mandat kepada kerajaan baru. Bermacam-macam manifesto yang ditawarkan oleh parti-parti yang bertanding, tetapi saya tak begitu teruja sebab janji manis itu, ada harga yang perlu kita bayar. Apa sahaja yang diberikan oleh kerajaan, itu sebenarnya dibayar oleh kita – RAKYAT. Apa sahaja janji-janji dalam manifesto parti-parti yang bertanding dalam PRU14 ini, ia sebenarnya DIBAYAR dari poket kita sendiri. Bukan dari poket parti yang bertanding! Lagi manis janji-janji itu, lagi saya risau sebab kita harus membayarnya melalui cukai, pengurangan subsidi dan sebagainya. Ia bukan percuma!


Kadar tol dah lama tak dinaikkan. Saya percaya, ia akan dinaikkan tak lama lepas PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) nanti.


Harga minyak sudah berminggu tidak disemak, saya percaya ia akan dinaikkan sebaik sahaja lepas PRU nanti.


Dah lama tak kedengaran kadar subsidi kerajaan ditarik atau dikurangkan, saya percaya akan ada subsidi dikurangkan atau ditarik sebaik sahaja lepas PRU14 nanti.


Bahkan tak mustahil, kadar GST juga akan dinaikkan!


Kerajaan baru nanti perlu buat semua itu untuk tunaikan segala manifesto yang dijanjikan untuk memenangi undi kita esok, 9 Mei 2018.


Sebahagian kecil yang terima manfaat, sebahagian besar dari kita harus membayarnya!


Itulah apa yang berlaku lepas mana-mana pilihanraya sebelum ini dari sudut kos sara hidup dan ekonomi rakyat, dan itu jugalah merisaukan saya untuk kali ini.


Ekonomi Kita Di Tangan Kita

Kenaikan sara hidup RM100 – RM200 sebulan, ia kecil bagi saya sekarang, tapi ia sangat besar bagi saya suatu ketika dahulu. Saya percaya ia terlalu besar bagi rakyat marhaen terutamanya yang hidup di bandar sekarang.


Orang kampung mungkin kurang terasa, tetapi yang akan cukup terasa ialah orang miskin di bandar. Susah-susah orang kampung, boleh juga korek ubi di belakang rumah untuk makan. Tapi susah orang miskin di bandar mahu korek apa?


Setelah mengundi 3 kali dalam pilihanraya sebelum ini, maka saya fikir kita patut berhenti mengharapkan kerajaaan. Sebaliknya binalah kekuatan ekonomi kita sendiri walau kerajaan mana sekalipun yang akan terbentuk malam esok.


Susun semula kewangan kita sendiri. Baca buku-buku kewangan, bisnes dan pelaburan. Dan manfaatkan peluang yang banyak di negara kita ini walau parti mana sekalipun memerintah.


Saya percaya, negara kita sebenarnya masih kaya dan mempunyai peluang yang banyak untuk kukuhkan ekonomi kita sendiri. Ketika ada rakyat negara lain berhempas pulas dengan kelaparan, rakyat negara kita ramai berhempas pulas dengan kegemukkan! Bahkan ada kajian menunjukkan negara kita mempunyai kadar obesiti tertinggi di kalangan negara Asia Tenggara!


Manifesto 1 Juta Celik Kewangan

Untuk menjadikan ekonomi keluarga rakyat Malaysia lebih baik, saya menulis (dan akan terus menulis) siri #BukuZeroHutang. Yang terbaru bertajuk “Misi Bebas Hutang” (Zero Hutang 2.0). Ini usaha kecil yang mampu saya lakukan selain terus berikan ilmu dan motivasi kewangan percuma di blog www.mohdzulkifli.com, FB Mohd Zulkifli Shafie dan menyampaikan seminar-seminar percuma saya melalui platform Public Gold. InsyaAllah…



Manifesto saya untuk #BukuMisiBebasHutang ini ialah mencelikkan 1 juta rakyat tentang kewangan. Kalaupun buku ini tidak mampu membantu menjadikan pembacanya kaya raya, tetapi saya percaya ilmu di dalam buku ini dapat membantu pembacanya keluar dari kesempitan kewangan dan bebas dari masalah hutang! InsyaAllah.


Buku ini boleh dibeli di kedai-kedai buku atau terus wassap isteri saya www.wasap.my/60199272780 (Pn Najdah Mohammed Hussain). Harganya cuma RM20. Ia harga mampu milik bagi rakyat marhaen. InsyaAllah.


Selamat mengundi.


Zulkifli

Cyberjaya

8 Mei 2018

22 Sya´ban 1439H
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 07, 2018 21:22

April 26, 2018

Inilah Cara Saya Keluar Dari Kesempitan Wang

Post image for Inilah Cara Saya Keluar Dari Kesempitan Wang

Ramai yang ada masalah kewangan hubungi saya minta pendapat bagaimana untuk keluar dari masalah kewangan. Bila mereka tahu saya juga pernah lalui zaman kesempitan kewangan seperti mereka, maka soalan yang selalu ditanya ialah, apa pelaburan atau bisnes yang telah saya buat membolehkan saya keluarkan masalah kewangan?


Oh, bila itu soalannya, maksudnya mereka fikir, masalah kewangan boleh diselesaikan dengan mudah kalau buat pelaburan ataupun bisnes. Dan ramai mahu tahu apa pelaburan atau bisnes yang saya buat supaya mereka pun boleh buat perkara yang sama dan bebas dari masalah kewangan mereka sendiri!


Jawab saya, bukan pelaburan atau bisnes itu yang membolehkan saya bebas dari masalah kewangan.


Pelaburan Bukan Penyelesaiannya

Kalau saya berjaya dalam sesuatu pelaburan, bukan bermaksud semua orang akan berjaya kalau buat pelaburan yang sama. Setiap pelaburan, ada yang buat duit, dan ramai yang hilang duit disebabkan kerugian. Maksudnya, bukan pelaburan itu yang menyelesaikan masalah kita. Yang membezakan orang yang berjaya dan gagal dalam sesuatu pelaburan ialah ilmunya tentang pelaburan tersebut.


Kalau ada ilmu, duit akan datang. Kalau ada duit tetapi tidak ada ilmu, duit itu akan habis. Kalau ada ilmu dan duit, duit yang ada itu akan berkembang menjadi lebih banyak! Itulah kuncinya mengikut pengalaman saya.


Jadi kalau ada masalah kewangan, kuncinya yang pertama ialah dapatkan ilmu kewangan – termasuk juga ilmu tentang pelaburan dan bisnes. Bukan buat pelaburan. Kalau masih ada duit yang berbaki, duit itu jangan sesekali dilaburkan. Sebaliknya simpan sahaja duit itu baik-baik. Melabur tanpa ilmu akan membuatkan duit itu “lebur”. Hidup yang simpit semakin terhimpit!


#1 – Dapatkan Ilmu Dulu, Bukan Melabur

Ketika saya dalam kesempitan kewangan dahulu, apa yang saya buat ialah banyak membaca buku. Ya, membaca buku. Buku pertama membuka minda saya tentang kewangan ialah “Jutawan Dari Planet Jupiter” tulisan pakar kewangan Azizi Ali. Itu buku kewangan pertama saya.


Setelah membaca buku itu, saya teruskan lagi membaca buku-buku yang lain. Nak beli banyak buku, saya tidak mampu ketika itu. Nak simpan RM50 sebulan pun saya tidak mampu, apatah lagi nak beli buku-buku yang harganya rata-rata RM40 – RM60 sebuah. Jadi saya hanya mampu membacanya di kedai buku secara percuma (free).


Pernah suatu ketika, hampir setiap hari saya ke kedai buku MPH Book Store di Mid Valley, Kuala Lumpur. MPH ketika itu menyediakan ruang untuk duduk dan membaca buku. Jadi rutin saya setiap kali habis waktu kerja ialah duduk di kedai buku. Saya membaca sampai kedai buku itu tutup jam 10.00 malam, hampir setiap hari!


Dari pembacaan itulah saya nampak masa depan yang lebih baik. Ilmu-ilmu dari buku-buku itu menyuluh masa depan saya. Dan ketika itulah saya sudah memasang cita-cita untuk bebas dari hutang dan seterusnya “bekerja hingga tidak lagi perlu bekerja”, itu menjadi orang yang bebas kewangan (financial freedom). Alhamdulillah.


#2 – Bergaul Dengan Orang Berjaya

Kunci kedua ialah pergaulan, iaitu berkawan dengan orang berjaya ataupun orang yang sama-sama mempunyai matlamat mahu berjaya. Antara nasihat penting dari banyak guru kewangan ialah bergaul dengan orang berjaya. Jadi untuk terus belajar, saya datang ke seminar-seminar dan perjumpaan bisnes.


Ketika tahun 2003 – 2005, saya tak pernah terdedah dengan seminar kewangan atau pelaburan. Saya yakin, memang ketika itu tidak ada seminar kewangan terbuka sepertimana sekarang. Yang banyak hanyalah seminar bisnes, terutamanya direct selling dan MLM (multi-level marketing).


Antara kesempatan yang saya ada ialah datang seminar anjuran direct selling. Kebetulan kawan pejabat saya salah seorang dari ejen direct selling tersebut, jadi saya ikut dia ke seminar-seminar yang dianjurkan. Kebanyakkan seminar adalah percuma atau yurannya mampu dibayar oleh orang seperti saya. Walaupun seminarnya lebih kepada cara menjadi ejen jualan yang berjaya, tetapi ilmu dan pengalaman dari latihan itu sangat berguna dan banyak membentuk siapa saya pada hari ini. Daripada seminar-seminar itu, saya kenal buku-buku tulisan Robert T. Kiyosaki, iaitu antara guru kewangan dan bisnes yang bagus dari Amerika. Banyak siri buku tulisan Robert T. Kiyosaki yang saya beli dan baca. Dulu semuanya bahasa English, sekarang sudah banyak buku beliau diterjemah ke Bahasa Melayu.


Daripada latihan direct selling itulah saya belajar lebih banyak ilmu kewangan, bisnes, motivasi dan kejayaan diri. Saya belum buat duit yang banyak dari bisnes direct selling itu, tetapi yang lebih penting, pergaulan saya dengan rakan-rakan bisnes itu telah banyak membentuk jati diri saya seperti hari ini, alhamdulillah.


Bila berkawan dengan orang bisnes, cara berfikir pun sudah berubah. Dari seorang yang hanya fikir tentang kenaikan gaji dan peningkatan jawatan dalam kerjaya, kepada seorang yang mahu bebas dari hutang dan mencapai kebebasan kewangan! Iaitu seorang yang tidak bekerja pun tetap ada duit, insyaAllah.


#3 – Hubungan Yang Baik Dengan Tuhan

Kunci ketiga ialah hubungan kita dengan Tuhan, iaitu pemilik segala kekayaan. Saya boleh katakan antara punca utama ramai tersepit dengan masalah kewangan disebabkan kita terlalu risau dengan “apa orang kata”, lebih dari “apa yang Tuhan kata”. Sedangkan kalau kita utamakan “apa yang Tuhan kata”, kita lebih tenang membuat apa sahaja keputusan kewangan.


Bila utamakan “apa yang orang kata” melebihi “apa yang Tuhan kata”, maka kita sentiasa nak kelihatan bagus di depan orang lain walaupun ianya sebenarnya menyusahkan hidup kita. Hakikatnya, kita tak akan sama sekali dapat puaskan hati semua orang. Kalau kita susah akan ada orang mengata, dan kalau kita senang sekalipun akan ada juga orang mengata. Jadi kalau kita terlalu fikir apa orang kata, maka kita akan buat banyak kesilapan dalam kewangan.


Contohnya, baru sahaja grad dan dapat kerja, terus beli kereta baru walaupun sebenarnya kita tak perlu pun kereta itu. Tapi sebab nak tunjukkan orang lain yang kita mempunyai kerja yang baik, maka kita ´hadiahkan´diri sendiri dengan BEBAN kewangan membeli kereta! Akhirnya hilang kemampuan menyimpan wang setiap bulan, bahkan tersepit dengan beban kewangan yang baru.


Ketika dalam kesempitan wang dulu, saya banyak muhasabah diri. Bila susah, sesiapa pun akan mencari “super power” yang boleh membantu menyelesaikan masalah. “Super power” itu tidak ada yang lain kecuali Tuhan. Ketika itu, saya sedar banyak kekurangan pada diri yang perlu saya perbaiki. Waktu itu saya tersedar, saya sudah lama tidak ke masjid, kurang membaca Al-Quran dan zikrullah sepertimana amalan saya ketika sedang belajar di universiti. Saya perbaiki diri saya sedikit demi sedikit. Ujian kesempitan itu sebenarnya cara Tuhan paksa saya jadi lebih baik. Alhamdulillah.


Bila ingat semula, kekadang saya rasa bersyukur sebab Tuhan uji saya dengan kesusahan. Kalaulah saya diberi kesenangan berpanjangan tanpa pernah melalui kesusahan, mungkin saya bukan seperti saya pada hari ini. Apa yang saya faham, kesenangan yang Tuhan beri dalam keadaan kita tidak taat pada Tuhan itu dinamakan istidraj. Istidraj maksudnya Tuhan sedang meninggikan tempat jatuh untuk seseorang! Nauzubillahi min zaalik.


Hakikatnya, susah atau senang sebenarnya semua adalah ujian dari Tuhan. Ketika susah, kita diuji pada sabar. Ketika senang, kita diuji pada syukur. Susah senang yang silih berganti, itulah cara Tuhan mendidik kita menjadi manusia yang lebih baik di sisiNya.


#4 – Berbuat Baik Kepada Ibubapa

Kunci ke-4 ialah berbuat baik kepada ibubapa. Antara perkara penting untuk dapat keberkatan dan kemurahan rezeki dalam hidup ialah berbuat baik kepada ibubapa. Iaitu ibubapa kita dan ibubapa isteri kita. Berbuat baik kepada ibubapa sebenarlah salah satu amalan yang paling dicintai oleh Allah s.w.t sebagaimana pesan Nabi s.a.w dalam satu hadis;


Abdullah bin Masúd melaporkan, “Saya bertanya kepada Rasulullah. Manakah amalan yang paling dicintai oleh Allah?, Rasulullah menjawab, solat mengikut waktunya. Saya bertanya lagi, selain itu, apakah lagi? Beliau menjawab, berbakti kepada orang tua. Saya bertanya lagi, selain itu, apa pula? Kemudian berliau menjawab, berjihad pada jalan Allah.” – direkodkan oleh Bukhari Muslim


Jadi ketika dalam kesempitan wang dulu, saya adakan bajet khas untuk ibubapa dan mentua saya setiap bulan untuk berbuat baik kepada mereka. Setiap bulan saya akan simpan. Duit hasil simpanan itu, kami gunakan untuk beri kebaikan kepada ibubapa mengikut cara yang membahagiakan mereka.


Cara Memberi Kebaikan Kepada Ibubapa

Ada ibubapa yang tak perlu duit, tetapi mereka perlukan anak-anak selalu pulang ziarahi mereka. Maka duit itu gunakanlah untuk balik kampung ziarahi mereka. Ada ibubapa yang perlukan duit, maka kita hulurkan duit setiap bulan sebagai tanda ingat kepada mereka. Pokoknya, bajet itu kami gunakan untuk buat baik kepada ibubapa dan mentua.


Ketika dalam kesempitan, saya tidak pernah mengadu masalah kewangan kepada mereka, apatah lagi meminta-minta bantuan dari mereka. Masalah itu saya simpan bersama isteri. Ibu saya hanya tahu saya pernah melalui zaman kesempitan wang hanya setelah keluar buku pertama saya bertajuk Zero Hutang! Iaitu lepas 10 tahun ianya berlalu. Saya fikir, saya harus berdiri di atas kaki sendiri. Pantang sekali memohon simpati. Sebagai anak, tanggungawab saya untuk berbakti, bukan memohon simpati.


Saya masih ingat, ketika saya tak mampu menabung walaupun RM50 sebulan, saya tetap simpan RM50 sebulan untuk ibubapa dan mentua. Ketika itu saya tak mampu berikan komitmen hulurkan duit setiap bulan, tetapi saya tetap simpan duit itu setiap bulan untuk mereka. Dan bajet itu saya tak pernah potong walaupun dalam kesempitan, bahkan kami sentiasa tambah dari semasa ke semasa bila kemampuan kami meningkat. Alhamdulillah.


Dan apa yang penting juga ialah minta ibubapa doakan semoga Allah lapangkan rezeki untuk kita. Ketika ibubapa masih hidup, peluang besar yang kita ada ialah doa dari mereka. Maka mintalah mereka doakan untuk kita. Saya sendiri sering minta ibu doakan untuk saya berjaya dalam kewangan dan bisnes yang saya usahakan. Bahkan saya sentiasa beritahu ibu saya tentang matlamat saya dalam bisnes dari semasa ke semasa supaya ibu tolong doakan untuk saya.


Jadi itulah empat kunci penting yang saya ambil perhatian untuk keluar dari kesempitan wang suatu ketika dahulu. Mudah-mudahan pengalaman saya bermanfaat untuk sahabat pembaca. InsyaAllah.


Zulkifli

Cyberjaya

26 April 2018

10 Syaaban 1439H


FB Live tentang “Cara Keluar Dari Kesempitan Wang” di Page www.fb.com/mohdzulkifli.page

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 26, 2018 00:44

April 13, 2018

Asas Pelaburan Emas, Inilah Setiap Pelabur Perlu Tahu

Post image for Asas Pelaburan Emas, Inilah Setiap Pelabur Perlu Tahu

Apakah dimaksudkan pelaburan emas? Dan bagaimana dikatakan pelaburan emas yang betul? Apakah perkara paling asas perlu tahun sebelum melabur dalam emas? Ini persoalan asas dan paling penting bagi siapa yang nak melabur dalam emas, ataupun mahu membeli emas sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang.


4 April 2018 yang lepas, saya ada buat video ringkas Facebook Live tentang emas di page Mohd Zulkifli Shafie. Ada empat (4) perkara asas paling penting perlu tahu bagi siapa yang nak faham tentang pelaburan emas sebenar, dan elakkan kerugian serta penipuan dalam pelaburan emas.



Ini FB Live pertama yang saya buat. InsyaAllah saya akan buat live streaming tentang emas dan kewangan setiap minggu di page saya. Untuk dapatkan update terkini tentang emas dan kewangan, saya syorkan sahabat pembaca follow page saya dan klik SEE FIRST.


Dalam video tersebut, saya highlight 4 perkara paling penting iaitu:


1. Mesti emas fizikal

2. Beli harga rendah, jual harga tinggi

3. Emas sebagai simpanan ataupun pelaburan?

4. Ilmu sebagai asas mendapat keuntungan


Asas #1 – Mesti Emas Fizikal

Pelaburan emas sebenarnya hanyalah jual beli emas. Kita beli emas seperti beli emas perhiasan di kedai emas. Beli emas, dapat emas. Ia bukan seperti kebanyakkan pelaburan lain yang kita perlu serahkan duit kita untuk dilaburkan dan menunggu pulangan setiap tahun seperti ASB, Tabung Haji, Fixed Deposit, Unit Trust, Saham dan sebagainya.


Mana-mana pelaburan emas yang tiada emas fizikal, ia bermasalah. Samada ia adalah skim cepat kaya bertopengkan emas, ataupun ia bermasalah dari sudut syariah. Senang cerita, kalau beli emas tapi memang tak ada emasnya, hukumnya haram.



Ini gold bar 100 gram (edisi cast bar) keluaran Public Gold. Beli emas, mesti dapat emas fizikal. Public Gold sebagai syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia keluarkan item emas sekecil 0.5 gram hingga sebesar 1 kilogram.


Jadi kalau melabur dalam emas, pastikan beli emas dapat emas. Bukan sekadar dapat kertas atau janji bulan dan bintang. Persoalan samada emas itu kita simpan sendiri atau serahkan kepada pihak lain untuk simpankan, itu persoalan lain. Yang penting, kita dapat hak milik emas tersebut dan boleh dikeluarkan untuk disimpan sendiri bila-bila masa kalau kita mahu.


Asas #2 – Beli Harga Rendah, Jual Harga Tinggi

Asas mendapat keuntungan pelaburan emas hanyalah “beli harga rendah, jual harga tinggi”. Ia selalu disebut sebagai “buy low sell high”. Emas tiada pulangan seperti dividen yang kita mendapat keuntungan tanpa perlu menjual pelaburan tersebut. Itu kekurangan paling ketara emas.


Kalau simpanan di Tabung Haji atau ASB, kita boleh dapat keuntungan berbentuk dividen setiap tahun tanpa perlu keluarkan duit kita akaun Tabung Haji atau ASB. Kalau hartanah (property), kita boleh dapat keuntungan berbentuk sewaan setiap bulan tanpa perlu menjual hartanah tersebut. Ia ibarat pokok yang menghasilkan buahnya. Kita tak perlu tebang pokok tersebut untuk memakan hasilnya.


Berbeza dengan emas. Emas kita perlu menjualnya terlebih dahulu untuk mendapatkan keuntungan berbentuk wang ringgit.  Ibarat pohon balak yang kita perlu tebang pokok tersebut untuk mendapatkan hasilnya, begitulah juga dengan emas.


Walaupun kita perlu tebang pokok tersebut, bukanlah bermaksud pokok tersebut tidak bagus untuk ditanam. Setiap pokok, ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Ada pokok yang kita mahukan buahnya. Ada pokok yang kita mahukan kayunya. Ada pokok yang fungsinya untuk berteduh, bahkan banyak pokok ditanam hanya untuk perhiasan.


Begitulah juga dengan aset pelaburan. Setiap aset pelaburan, ada kelebihan, kekurangan, dan fungsinya tersendiri. Jadi kita perlu tahu matlamat kewangan kita, dan gunakan setiap aset pelaburan tersebut dengan bijak untuk mencapai matlamat kita sendiri.


Harga emas dunia mula naik sejak 1971, iaitu sejak duit kertas US Dollar tidak lagi disandarkan kepada emas. Sebelum tahun 1971, tiada istilah “pelaburan emas” sebab wang kertas itu sendiri sebenarnya adalah voucher mewakili emas yang disimpan di bank-bank. Hakikat yang kita perlu tahu, bukan harga emas itu yang  naik, tetapi nilai duit kertas itu yang jatuh menyebabkan kita terpaksa bayar harga lebih mahal untuk dapat emas yang sama.


Asas #3 – Emas Sebagai Pelaburan ataupun Simpanan?

Emas boleh dijadikan sebagai pelaburan, dan emas juga boleh dijadikan sebagai simpanan. Beli emas sebagai pelaburan bermaksud melihat emas pada naik turun harganya seperti saham. Emas itu tak penting, yang penting dapat keuntungan dari kenaikan harga emas. Fokus PELABUR emas ialah pertambahan WANG RINGGIT. Keuntungan bagi “pelabur” hanyalah beli harga rendah, jual harga tinggi. Itu sahaja.


Sebaliknya emas juga boleh dijadikan sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang. Fokus PENYIMPAN emas ialah pertambahan GRAM emas yang berjaya dikumpul. Kalau tahun ini berjaya kumpul 100 gram emas, maka tahun depan dia akan pastikan simpanannya meningkat menjadi 150 gram atau 200 gram. Harga tinggi rendah dia tak ambil kisah, janji jumlah GRAM emasnya semakin bertambah. Bila harga emas turun, mereka sangat gembira sebab dia boleh membeli lebih banyak aset yang mahal (iaitu emas) pada harga murah.



Golongan penyimpan emas, mereka target pertambahan GRAM emas dari semasa ke semasa. Mereka boleh membeli emas sekecil 1 gram setiap bulan.


Sejak 2010 saya mendidik masyarakat tentang emas, saya dapati, golongan yang menjadi lebih kaya dengan emas ialah golongan penyimpan, bukan pelabur. Sebab fokus penyimpan ialah pastikan jumlah emasnya sentiasa bertambah. Bila ada emas, confirm dia ada duit. Bila-bila nak pakai duit, dia boleh jual atau pajak sahaja untuk dapatkan tunai segera! Itulah mindset seorang penyimpan emas tegar.Asas


Asas #4 – Ilmu Kunci Mendapat Keuntungan Dengan Emas

Kunci mendapat keuntungan dalam emas (atau apa-apa pelaburan sekalipun) ialah ilmu. Bukan emas yang membuatkan kita kaya, tetapi ilmu kita tentang emas. Bukan hartanah yang membuatkan kita kaya, tetapi ilmu kita tentang hartanah.


Apa-apa pelaburan sekalipun, ada orang yang berjaya dan ramai yang tidak berjaya. Yang membezakan orang berjaya dengan yang lain ialah ilmunya. Pelaburan hartanah sebagai contohnya, ia dikatakan pelaburan yang selamat. Tetapi ramai yang kerugian besar dalam hartanah sebab melabur tanpa ilmu.


Jadi kalau nak mendapat keuntungan dengan emas, ambil masa dapatkan ilmu dulu tentang emas. Hadir seminar-seminar percuma (free) yang dianjurkan oleh Public Gold, iaitu pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia yang hari ini juga beroperasi di Singapore, Brunei (Miri) dan Indonesia. Belajar ilmu pelaburan emas secara free tanpa sebarang kos oleh ramai speaker (dari pelbagai latarbelakang) yang dilantik oleh Public Gold.


Dan saya boleh cadangkan baca buku tulisan saya bertajuk Wang Emas : Bertahan Ketiga Gawat . Saya rasa, ini bacaan paling mudah untuk faham tentang pelaburan emas. Ia bacaan ringan dan santai, dan sesuai juga untuk mereka yang kurang minat membaca, insyaAllah. Dapatkan di kedai-kedai buku seperti Popular, MPH atau Kinokuniya, atau boleh juga beli dari isteri saya Pn. Najdah (klik www.wasap.my/6019272780). InsyaAllah beliau boleh bantu untuk poskan ke seluruh Malaysia.


Jadi itulah serba ringkas tentang asas pelaburan emas. Mudah-mudahnya bermanfaat.


Ketika menulis artikel ini, saya sedang menunggu flight dari Jakarta untuk ke Yogyakarta. Petang nanti dan esok saya akan sampaikan seminar emas bersama Public Gold Indonesia, insyaAllah.


Zulkifli

Soekarno-Hatta International Airport, Jakarta

14 April 2018

28 Rejab 1439H
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 13, 2018 22:12

April 2, 2018

Cara Memohon Visa (Bisnes) Ke Indonesia

Post image for Cara Memohon Visa (Bisnes) Ke Indonesia

Saya baru pulang dari Surabaya (Indonesia) 2 hari lepas. Hari ini datang ke Kedutaan Besar Republic Indonesia (KBRI) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur untuk mohon visa lagi sekali – untuk seminar emas Public Gold Indonesia bulan April ini. Seminar dijadualkan pada tarikh 13 (Jakarta), 14 (Jogja), dan 15 (Klaten) April 2018. Seminar akan berlangsung lagi 12 hari. Nak siap visa ini ambil masa 4 hari bekerja. Jadi supaya tidak kelam-kabut buat kerja last minit, pagi ini saya terus ke Kedutaan Indonesia. Ini rutin saya setiap sebagai pembicara resmi (official speaker) untuk Public Gold Indonesia. InsyaAllah bila saya dapat Multiple Entry Visa, saya hanya perlu ke sini setahun sekali sahaja.


jadwal seminar emas public gold indonesia mohd zulkifli april 2018Jadwal seminar emas saya bersama Public Gold Indonesia, April 2018. Bulan ini di Jakarta, Yogyakarta dan Klaten (1 jam dari Yogyakarta).


kedutaan besar republik indonesia kuala lumpur 01Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Dekat dengan persimpangan Prince Court Medical Centre.


kedutaan besar republik indonesia kuala lumpur 02Kedutaan Indonesia ini dekat dengan bangunan Exchange 106 (warna biru paling kiri) yang dikatakan bakal menjadi bangunan tertinggi di Asia Tenggara (bukan sekadar Malaysia). Ianya milik Mulia Group dari Indonesia. Sejak saya tinggal di Cyberjaya (Disember 2018), sangat mudah sampai ke Kedutaan Indonesia ini sebab ia terletak dihujung Maju Expressway (MEX) yang menghubungkan Putrajaya / Cyberjaya – Kuala Lumpur. Perjalanan sekitar 35 minit sahaja, alhamdulillah.


kedutaan besar republik indonesia kuala lumpur 03 visaOrang yang datang ke sini sangat-sangat ramai. Tetapi sekarang, sistem permohonan visa sangat efisyen. Register dulu secara online melalui apps “Indonesia VISA KL“. Boleh download di Google Play . Kita boleh isi borang siap-siap sebelum datang. Dan kita boleh pilih waktu yang kita mahu datang. Jadi tak perlulah menunggu lama seperti dulu.


kedutaan besar republik indonesia kuala lumpur 04 visa 02Kalau dulu, ini antara perkara yang mencabar semangat saya sebab terpaksa menunggu lama untuk mohon visa. Untuk dapatkan nombor pun lebih 30 minit. Nak tunggu giliran serahkan borang pula berjam-jam! Aduh… Tapi itu dulu. Sekarang sangat bagus! Tahniah buat pemerintah Indonesia!


kedutaan besar republik indonesia kuala lumpur 09 mohd zulkifli online visaSyukur, sekarang ini 20 – 30 minit pun dah boleh siap serahkan permohonan. Siap “serah” sahaja, bukan siap visa. Visa siap dalam masa 4 hari bekerja ya. Apa dokumen yang saya bawa? (1) Borang Permohonan Visa – download dari apps “Indonesia VISA KL”, (2) Surat Permohonan Visa daripada Public Gold Indonesia kepada Kedutaan Indonesia, (3) Surat Permohonan Visa daripada Public Gold Malaysia kepada Kedutaan Indonesia, (4) Surat Jemputan Seminar daripada Public Gold Indonesia kepada saya, (5) Passport Original, (6) Photocopy passport satu salinan, (7) Gambar berukuran passport 2 keping, (8) Bayaran RM205.


kedutaan besar republik indonesia kuala lumpur 10 visa feeSenarai yuran untuk buat visa. Saya mohon Single Business Visa, yurannya RM205.


kedutaan besar republik indonesia kuala lumpur 05 waktu pejabatIni waktu pejabat Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. Waktu serah borang (submission) dan waktu ambil (collection) visa berbeza. Sebelah pagi, hanya serah borang sahaja. Tak ada collection. Waktu petang, hanya untuk collection sahaja, tak ada serahan borang.


business visa to indonesiaInilah rupanya visa untuk ke Indonesia. Kalau pergi melancong, itu tak perlu visa. Tapi kalau untuk urusan bisnes i.e. sampaikan seminar seperti saya, itu memang perlu visa. Jangan main redah masuk saja ke negara orang untuk buat bisnes pesan rakan saya yang bekerja di Kedutaan Malaysia di Jakarta. Katanya sudah ada beberapa kes rakyat Malaysia dihukum penjara sampai 2 tahun sebab masuk ke Indonesia buat bisnes tanpa visa! Hah… Jangan cari nahas. Untuk dapatkan visa ini, mudah saja. Bayarannya cuma RM205 untuk SINGLE ENTRY VISA. [Kredit foto : balibusinessconsulting]


kedutaan besar republik indonesia kuala lumpur 07 parkirIni bahagian parking motosikal dan kereta betul-betul sebelum bangunaan Kedutaan Indonesia. Bagi motosikal, kadar bayaran parkir RM2 per entry. Pakcik India berbaju putih itu penjaga parking setiap kali saya datang ke sini. Untuk datang ke sini, jujurnya saya tak akan datang naik kereta. Saya naik motosikal sahaja. Kekadang kawasan ini agak sesak. Bahkan kekadang parking pun penuh!


kedutaan besar republik indonesia kuala lumpur 08 parkirKawasan parking ini, ada beberapa kedai fotostat dan buat gambar passport. Saya selalu buat gambar passport di sini jer. Yang pastinya, gambar yang mereka buat itu memang mengikut requirement pihak Kedutaan Indonesia. Dan yang penting, gambar terus siap!


kedutaan besar republik indonesia kuala lumpur 06Public Gold datang ke Indonesia membawa masuk emas. Membawa masuk emas ertinya membawa masuk kekayaan. Saya pula masuk ke Indonesia membawa ilmu. Ilmu itu lebih berharga berbanding emas! Jadi Public Gold dan saya masuk ke Indonesia untuk membawa kekayaan untuk rakyat Indonesia, insyaAllah. Doakan mudah-mudahan Allah berkati usaha kami. Amiin ya Allah.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2018 03:12

March 26, 2018

Seminar Emas Public Gold di Tawau, Sabah (Mac 2018)

Post image for Seminar Emas Public Gold di Tawau, Sabah (Mac 2018)

Alhamdulillah, saya berpeluang sampaikan Seminar Emas Public Gold di Tawau, Sabah untuk kali ke-2, iaitu pada 25 Mac 2018. Kali pertama pada Oktober 2017 yang fokus pada “Simpanan Emas”; bagaimana simpanan emas dapat membantu meningkatkan tahap kewangan penyimpannya. Tapi kali ini, fokus saya ialah “Bisnes Emas”, iaitu bagaimana menjana pendapatan aktif dan pasif sambil menyimpan emas melalui platform yang disediakan oleh Public Gold.


Seminar ini dianjurkan oleh team dealer Public Gold di Tawau, yang diketuai oleh En. Hafiz, dengan kerjasama Public Gold Sabah (cawangan Kota Kinabalu). Terima kasih semua yang menjayakan seminar ini, iaitu En. Hafiz, En. Sabri, Dr. Aldasir, Pn. Sumarni dan suami, serta semua yang terlibat. Jazakallahukhair.


01 - seminar emas public gold tawau 2018-03Alhamdulillah. Tahniah warga Tawau! Kehadiran full-house! Lebih 130 orang yang hadir ke #SeminarBisnesEmas hari tersebut. Belajar cara jana pendapatan sambil simpan emas.


02 - seminar emas public gold tawau 2018-03Apa yang menarik, hari ini 16 orang bawa balik hadiah lucky draw gold bar 0.5 gram sebagai penghargaan daripada Public Gold sebab rajin datang belajar!



Ini rakaman Facebook Live seminar Public Gold yang saya sampaikan di Tawau tempoh hari. Mudah-mudahan dengan rakaman ini, sahabat pembaca boleh belajar sedikit sebanyak. Yang serius belajar, pastinya perlu hadir seminar. Tak ada sama mereka yang menonton pelawanan bola sepak dari kaca TV dengan mereka yang datang menonton di stadium!


03 - seminar emas public gold tawau 2018-03InsyaAllah banyak seminar-seminar emas akan menyusul lagi di Tawau. Seminar di Tawau di adakan setiap bulan oleh team dealer Public Gold yang aktif di Tawau. Kehadiran saya setiap 5 – 6 bulan sekali dianggap sebagai MEGA SEMINAR bagi peminat-peminat emas di Tawau.


mohd zulkifli najdah tawau airport 2018-03Saya datang bersama isteri saya, iaitu Pn. Najdah. Saya bercakap tentang peluang bisnes emas pelaburan. Beliau bercakap tentang bagaimana peminat barang kemas perhiasan juga berpeluang mendapat keuntungan lumayan sambil pakai barang kemas trending iaitu Aurora Italia yang dijual oleh Public Gold.



Ini rakaman Facebook Live, tip bagaimana menjana pendapatan bagi wanita yang suka pakai barang kemas. Sambil berhias, sambil buat duit. Emas yang dipakai bukan hanya sekadar perhiasan, tetapi ia menjadi “harta” yang membuatkan duit masuk ke poket pemiliknya.


penerbangan air asia tawau klia2Kami terbang ke Tawau dari KLIA2 pada 24 Mac 2018 (Sabtu), jam 4.54 petang. Dan tiba di Tawau Airport sekitar jam 8.30 malam. Waktu di Tawau sebenarnya awal sejam berbanding Semenanjung Malaysia. Jam 8.30 malam itu seolah-olah jam 9.30 malam di Semenanjung Malaysia.


air asia klia2 2018-03Seperti biasa, kami naik flight Air Asia dari KLIA2. Sebenarnya Air Asia adalah airlines pilihan terakhir saya sebab tempat duduknya agak sempit. Kalau duduk di seat biasa, lutut saya ngam-ngam sentuh dengan seat depan. Jadi kurang selesa untuk saya yang berketinggian 175 cm. Cuma apa yang bagus Air Asia ialah jumlah penerbangannya banyak. Kalau ke Tawau, tak silap saya ada 3 atau 4 penerbangan sehari.


klia2 2018-03Ini favourite saya. Kalau berlepas, saya akan snap foto KLIA2 ini. Setakat beberapa negara yang saya pergi, saya boleh katakan KLIA2 ini antara airport yang canggih dan sangat selesa. Cuma keselesaan dia tak boleh lawan Changi Airport di Singapore. Sebenarnya kita akan menghargai apa yang ada di negara tercinta Malaysia ini bila kita banyak melawat ke negara luar. Apa yang ada di negara kita ini sebenarnya antara yang terbaik di dunia. Tinggal lagi kita menghargainya atau tidak sahaja.


mohd zulkifli najdah air asia tawau 2018-03Habis seminar di Tawau, kami keluar makan tengahari dulu dengan team dealer Public Gold Tawau dan staff Public Gold Kota Kinabalu. Lepas makan tengahari, kami terus ke airport Tawau. Flight kami jam 7.10 malam. Tapi di Tawau, jam 7.10 malam tu seperti jam 8.10 malam.


FB testimoni seminar emas public gold tawau mohd zulkifli 2018-03Ini antara testimoni sebenar daripada Pn. Rozhayuni, iaitu salah seorang peserta seminar. Boleh KLIK DI SINI untuk lihat posting asal peserta tersebut. Testimoni begini membuatkan saya lebih bersemangat untuk sampaikan ilmu secara percuma.


dealer public gold tawau sabri ishamel hafiz shafieRakan-rakan di Tawau dan Semporna yang mahu membeli emas atau menjadi dealer emas Public Gold, boleh contact dealer Public Gold di bawah bimbingan saya yang aktif di Tawau iaitu En. Sabri Ishamel (klik www.wasap.my/60145576756 ) dan En. Hafiz Shafie ( klik www.wasap.my/60145005090). Saya mempunyai wawasan membina team dealer Public Gold di Tawau dan seluruh negeri Sabah yang boleh bekerja secara harmoni dan respek antara satu sama lain melalui Modul Pendidikan PG1S, supaya dapat mendidik masyarakat tentang emas dan kewangan dengan lebih baik, insyaAllah.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 26, 2018 04:26

March 17, 2018

Seminar Emas di Public Gold Miri, Sarawak (Mac 2018)

Post image for Seminar Emas di Public Gold Miri, Sarawak (Mac 2018)

[Kemaskini 19.3.2018] Sempena pembukaan cawangan Public Gold yang ke-18 di Malaysia, saya diamanahkan oleh Public Gold untuk menyampaikan seminar di Public Gold Miri. Trip ke Miri kali ini adalah seminar saya yang ke-5, ke-6 dan ke-7 di Miri. Kali pertama, kira-kira 2 tahun lepas di Mega Hotel Miri. Ketika seminar 2 tahun lepas, saya maklumkan perserta seminar Public Gold akan buka cawangan di Miri. Alhamdulillah, lepas 2 tahun, ianya jadi kenyataaan.


Jadi dengan bukanya cawangan Public Gold di Miri, ia akan jadi satu rahmat buat penduduk di Miri, Bintulu dan di Brunei terutamanya. Kalau dulu, dealer Public Gold di Brunei kena driving lebih 4 jam untuk ambil stok emas dari Public Gold Kota Kinabalu (KK). Tapi sekarang hanya 2 jam sahaja dari Bandar Seri Begawan, Brunai Darussalam. Alhamdulillah.


seminar emas public gold miri sarawak mohd zulkifli shafie mac 2018 Jadual seminar saya bersama Public Gold Malaysia untuk Mac 2018. Daripada 5 seminar di Malaysia, 3 daripadanya adalah di Miri.


JUMAAT, 16 MAC 2018 (HARI PERTAMA)

miri airport mohd zulkifli najdah seminar public gold miri Seminar kali ini saya terbang bersama isteri. Kali fly pada hari Jumaat, 16 Mac 2018, iaitu sehari sebelum seminar. Kami naik Air Asia dari KLIA2. Sebenarnya Air Asia adalah flight pilihan saya yang terakhir sebab seatnya agak sempit. Kurang selesa bagi orang yang agak tinggi macam saya. Cuma satu perkara kenapa saya pilih Air Asia, flight tripnya banyak. Senang untuk sesuaikan dengan jadual saya.


kuala lumpur international airport terminal 1 Pemandangan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Terminal 1. Jarang naik Air Asia berlepas dari runway ini. Selalunya Air Asia yang saya naik berlepas dari runway lagi satu. Kalau berlepas, biasanya akan nampak KLIA 2 sebelah kanan. Tapi runway ini, terletak tengah-tengah antara KLIA1 dan KLIA 2.


KLIA1 KLIA2 runways Saya naik flight hampir setiap minggu sejak 2016 untuk sampaikan seminar bersama Public Gold. Biasanya flight dari KLIA2 yang selalu saya naik berlepas dari runway warna biru tu. Lebih dekat dengan Terminal KLIA2. Kali ini berlepas dari runway warna merah tu. Patutlah saya rasa agak lama untuk flight tu berlepas. Sebab ia agak jauh.


bilik room grand palace hotel miri sarawak Sampai di Miri Airport, kami suami isteri dijemput oleh Kak Bebiyana dan anak bongsunya Akram. Mereka terus hantar kami ke Grand Palace Hotel, Miri. Untuk 2 trip pertama sebelum ini, saya menginap di Mega Hotel Miri. Hotel tu agak happening dan banyak kedai makan muslim area situ. Tapi kali ini saya pilih Grand Palace Hotel sebab lebih dekat dengan office Public Gold Miri dan harganya boleh tahan murah.


Untuk penginapan 3 hari 2 malam di bilik yang agak besar dan selesa ni, cuma RM285.45 (book melalui Traveloka). Siap dengan breakfast. Saya boleh katakan harga ni agak murah berbanding nilai yang saya dapat.


kedai makan restoran muslim bandar miri mohd zulkifli najdah Sebaik sahaja check-in sekitar jam 5.45 petang, kami keluar cari makan malam. Satu kekurangan utama Grand Palace Hotel, iaitu tak ada restoran makanan muslim disekitarnya! Aduh. Jenuh saya dan isteri pusing-pusing area Grand Palace Hotel. Restoran disekitarnya banyak, tetapi 100% kedai makan non-muslim dan pub. Jadi saya dan isteri terpaksa ambil Uber (tambang sekitar RM3.70) untuk cari kedai makan.


Kami ambil Uber dan terus ke Mega Hotel sebab kami biasa makan di kedai makan Puma Sera tu yang terletak betul-betul di belakang Mega Hotel. Makannya kena dengan selera kami. Alhamdulillah. Lepas makan, terus balik ke hotel, buat preparation untuk seminar dan terus rehat.


SABTU, 17 MAC 2018 (HARI KE-2)

public gold miri sarawak mohd zulkifli shafie najdah Pagi lepas breakfast di Grand Palace Hotel, kami terus berangkat ke office Public Gold Miri. Jaraknya dekat sahaja, tapi kena naik Uber. Tambang cuma RM3.98. Kenapa naik Uber? Saya perhati harga Uber jauh lebih murah berbanding Grab. Ini untuk konteks di Miri jer. Alhamdulillah, inilah kali pertama kami sampai di Public Gold cawangan Miri. Cawangan yang baru dibuka sejak minggu ke-3 bulan Februari 2018! Owh, rasa excitednya sampai di pejabat Public Gold yang baru di Sarawak ni. Tersenyum lebar…

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 17, 2018 16:53

February 8, 2018

Ada Simpanan Lebih Baik Untuk Haji Berbanding Tabung Haji

Post image for Ada Simpanan Lebih Baik Untuk Haji Berbanding Tabung Haji

[Kemaskini 13 Feburari 2018] Tak sampai 24 jam pengumuman hibah Tabung Haji 2017, netizen hangat memperbincangakan tentang kaedah baru pembayaran hibah yang dibuat oleh Tabung Haji. Walaupun hibah yang diisytiharkan tahun ini (iaitu bagi simpanan tahun 2017) adalah lebih tinggi, hakikatnya ia jauh lebih rendah daripada apa yang pendeposit terima berbanding tahun lalu (hibah simpanan 2016). Hibah tahun 2017; 4.50% + 1.75%, manakala tahun 2016; 4.25% + 1.50%. Pertusannya bertambah, tetapi kaedah pengiraan ditukar daripada berdasarkan “purata minima bulanan” kepada “baki minima tahunan”.


dividen hibah tabung haji 2017 Dividen / hibah Tabung Haji 2017 dibayar berdasarkan “baki minima tahunan”. Poster ini saya download terus daripada Page Official : Lembaga Tabung Haji.


dividen hibah tabung haji 2016 Dividen / hibah Tabung Haji 2016 dibayar berdasarkan “purata minima bulanan”.


Kalaulah kaedah pengiraan baru itu benar (tetapi ramai masih mengharapkan ianya satu kesilapan), maka saya antara orang yang kecewa dengan kaedah pengiraan begitu. Walaupun saya tak menjadikan Tabung Haji sebagai instrumen “pelaburan” saya, tetapi saya rasa kecewa bagi pihak pendeposit yang rata-ratanya rakyat marhaen yang naif tentang kesan yang mereka terima akibat perubahan tersebut.


Ini pandangan saya tentang isu Tabung Haji (TH) yang hangat beberapa hari ni.


1. Apa yang mengecewakan tentang pengumuman hibah TH?

Apa yang mengecewakan tentang TH pada tahun ni sebenarnya bukanlah pulangan yang rendah, tapi seolah-olah mempermainkan pada pendeposit dengan membuat pengumuman peratusan lebih tinggi, sedangkan hakikatnya ia jauh lebih rendah. Kesian pada mereka yang naif tentang pengiraan kadar keuntungan


Kalaulah pengumuman dibuat menunjukkan peratusan hibah makin rendah tetapi mengekalkan pengiraan sebagaimana tahun sebelumnya, ia tak menjadi isu yang hangat. Untung rugi memang perkara biasa.


pengumuman dividen hibah tabung haji 207 Pengumuman yang dibuat oleh pihak Lembaga Tabung Haji menggambarkan hibah tahun ini lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Bagi saya, ini yang membuatkan ramai yang kecewa sebenarnya.


dr azizul azli ahmad dividen hibah tabung haji 2017 Bagaimana pengiraan mengikut “baki minima tahunan”, ditunjukkan oleh Dr Azizul Azli Ahmad yang dilihat turut kecewa dengan perkembangan terbaru ini.


2. Kenapa kadar keuntungan TH penting?

Untuk menenangkan keadaan, ada yang mengatakan TH tak sepatutnya dijadikan tempat mendapatkan keuntungan. Ia sepatutnya hanyalah sebagai simpanan untuk menunaikan haji semata-mata.


Pada saya, kalau simpan duit di dalam akaun TH tanpa mengambil kira kadar keuntungan, itu tak betul sebab duit simpanan itu lama-lama susut kuasa belinya dimakan inflasi. Kalaulah simpanan di TH memang tak ada apa-apa pulangan keuntungan, maka TH bukanlah tempat yang betul untuk simpanan pergi haji sebab bila duit dah cukup, kos haji makin mahal.


3. Kenapa TH dijadikan benchmark pelaburan?

Ada pihak yang mempersoalkan kenapa TH dijadikan benchmark (penanda aras) pelaburan dan ianya tidak wajar.


Bagi saya, TH adalah tempat simpanan duit jangka panjang. Salah satu kos yang besar sepanjang hidup bagi rakyat marhaen ialah kos menunaikan haji. Bila ia melibatkan kos yang besar, semestinya kadar keuntungan perlu diambil kira supaya ianya berbaloi untuk simpanan JANGKA PANJANG.


Lagipun, ustaz-ustaz kalau ‘berceramah’ tentang hukum ASB, maka jalan alternatif yang dicadangkan selalunya hanyalah TH. Ia lebih tenang sebab bebas daripada perbahasan isu halal haram dan ianya lebih memudahkan sebab tak perlu keluarkan zakat atas simpanan tersebut.


4. Simpanan lebih baik untuk biaya kos pergi haji?

Saya secara peribadi dah lama tak jadikan TH sebagai tempat pelaburan, bahkan untuk simpanan pergi haji pun saya tak simpannya dalam Akaun Tabung Haji. Sebaliknya, saya jadikan TH sebagai simpanan Dana Kecemasan saya berjumlah 3 bulan gaji sahaja, dan kekalkan RM1,300 (simpanan minimum) untuk dapat giliran pergi haji.


Duit simpanan untuk pergi haji, saya lebih suka simpan dalam bentuk emas sahaja sebab fakta menunjukkan, kos naik haji makin lama makin murah kalau dibayar dengan emas. Kalau di Malaysia, kos naik haji sebenarnya turun 80% dalam tempoh 20 tahun kalau dibayarnya dengan emas! Lagipun, hari ini kita boleh simpan emas sekecil 1 gram 1 bulan. Bila cukup 60 gram emas, ia sudah cukup untuk tampung kos biaya haji hari ini dan masa depan. Tak perlu risau dengan kos haji yang makin lama makin meningkat.


kos menunaikan haji turun meningkat naik dengan emas Kos menunaikan haji turun 80% dalam tempoh 20 tahun jika dibayar dengan emas.


5. Kenapa TH masih dianggap tempat simpanan wang yang baik?

Walaupun begitu, saya masih percaya TH dan ASB adalah instrumen kewangan yang bagus untuk sesiapa sahaja yang tak tahu nak labur duit ke mana-mana. Daripada labur duit ke tempat yang kita tak ada ilmu, TH dan ASB jauh lebih baik. Dan pulangannya masih dianggap bagus berbanding merisikokan simpanan itu ke dalam pelaburan yang tak tahu hujung pangkal.


Pengalaman saya mendapat feedback sejak menulis blog ini tahun 2008, ramai sebenarnya lebih kaya kalau dia tidak melabur. Ya, mereka lebih kaya kalau tak melabur sebab ramai yang `terbakar´ duit dalam pelaburan berbanding buat duit sebab majoritinya melabur tanpa ilmu.


Pengumuman Perubahan Kaedah Hibah (Kemaskini 13.2.2018)

pengumuman perubahan kaedah pengiraan hibah tabung haji 2017


Pengumuman baru dibuat oleh Tabung Haji pada 9 Februari 2018, iaitu selepas isu ini kecoh dan viral di internet.


pengumuman kenyataan media perubahan kaedah pengiraan hibah tabung haji 2017 Kenyataan media Tabung Haji pada 9 Februari 2018, sekitar 6.30 petang.


Alhamdulillah.


Lepas viral isu kaedah baru pengiraan hibah yang dilihat mempermainkan pendeposit, TH kembalikan semula kaedah pengiraan lama yang tentunya pihak TH perlu adakan bajet tambahan untuk pembayaran hibah.


Terima kasih kepada TH dan tahniah kepada netizen yang memviralkan isu ini. Saya lampirkan kaedah pengiraan baru yang dipaparkan di FB “Official: Lembaga Tabung Haji” dan kaedah pengiraan lama yang ditukar semula setelah isu itu diviralkan sebagai rujukan.


berbezaan kaedah pengiraan hibah tabung haji lama dan baru Ini contoh pengiraan kaedah “baki minimum tahunan” dan baki purata minimum bulanan”. Banyak perbezaannya tu.



Saya percaya, isu ini bukan isu typo atau kesilapan teknikal oleh pihak TH. Tetapi TH mengambil kira kesan besar kepada TH (dan kerajaan) apabila pendeposit sedar kaedah baru “baki minima tahunan” yang merugikan pendeposit.



Zulkifli

Cyberjaya

9 Februari 2018, 12.29 p.m

24 Jamadil Awal 1439H
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 08, 2018 20:29

January 26, 2018

Seminar Emas Public Gold Indonesia, Januari 2018 (Jakarta & Jogja)

Post image for Seminar Emas Public Gold Indonesia, Januari 2018 (Jakarta & Jogja)

[Indonesia] Ini Seminar Bisnis Emas kali ke-7 dan ke-8 saya bersama Public Gold Indonesia. Seminar kali ini memfokuskan bagaimana lebih sejahtera dengan menjadikan emas sebagai tabungan, dan menjalankan bisnis emas Public Gold tanpa modal awal sambil menabung emas. Untuk trip kali ini, seminar diadakan di Maxone Hotel @ Kramat, Jakarta (Indonesia) pada tanggal 26 Januari 2018, dan di Favehotel Kotabaru, Yogyakarta (Indonesia). Saya membuat ketetapan untuk mengadakan seminar di Indonesia setiap bulan bagi mengedukasi masyarakat Indonesia tentang tabungan emas yang benar sebagaimana di Malaysia. Bagaimana emas bisa menjadikan kita lebih kaya tanpa hanya menunggu “beli harga rendah, jual harga tinggi”.


seminar emas public gold indonesia mohd zulkifli jakarta joga 2018-01 02


CATATAN HARI PERTAMA (25 JANUARI 2018, KHAMIS)

1.  Tidak seperti sebelumnya, trip kali ini, saya fly lebih awal iaitu pada tanggal 25 Januari 2018 (Khamis) menggunakan pesawat Air Asia. Saya datang awal sehari sebelum seminar untuk mencari buku di toko buku ternama di Indonesia, iaitu Gramedia. Kalau di Malaysia, ia seperti toko buku Popular, MPH dan Kinokuniya. Lagi satu, saya mau ke kantor (office) Public Gold Indonesia untuk berjumpa dengan karyawan (staff) untuk pahami perkembangan semasa Public Gold Indonesia.


klia 2 kuala lumpur international airport 2018-01-25


2. Flight kali ini landing di Terminal 3, Soekarno-Hatta International Airport. Ini kali pertama saya melalui Terminal 3 yang merupakan terminal baru. Mempunyai fasilitas yang jauh lebih nyaman berbanding terminal 1 dan terminal 2. Ia seperti terminal KLIA kalau di Malaysia. Terminal 3 ini mulai beroperasi pada September 2017.


3. Setibanya di airport, saya terus dapatkan kemudahan Grab. Ongkos perjalanannya cuma Rp. 125,000 (bersamaan RM37.00) untuk jarak perjalanan 34 km. Kalau ambil taksi, ongkos perjalanannya sekitar Rp. 150,000 – Rp. 300,000. Kalau Rp. 300,000 bisa dapat mobil Mercedes.


map jakarta airport terminal 3 to maxone hotel kramat


4. Walaupun jarak dari bandara (airport) ke Maxone Hotel @ Kramat cuma 34 km, tetapi jangka masa perjalanannya hampir 2 jam disebabkan jalannya macet (jem) – orang pulang dari kerja. Ini cabaran biasa kalau datang ke Jakarta.


5. Setibanya di hotel, masuk waktu Maghrib. Saya terus solat jamak Maghrib sekali dengan Isya´, dan terus keluar cari Gramedia Book Store, yang jaraknya sekitar 1.8 kilometer dari hotel. Tidak berapa jauh, tapi rasanya terlalu jauh sebab terpaksa melewati (melalui) jalan yang macet (jem) dengan kenderaan, dan ramai orang berjualan di tepi jalan. Mau lintas jalan sungat bangat sebab jalan terlalu sibuk. Dalam perjalanan itu, saya teringat lagu nasyid bertajuk “Kota Batu Kaca” nyayian kumpulan Mirwana sewaktu zaman sekolah menengah dulu. Liriknya berbunyi, “jalan ini sibuk, siapa pun takkan berhenti. Mobil silih berganti, sekalipun kau melintasi. Ada asap hitam memedih”.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 26, 2018 16:08

December 21, 2017

Cara Selesaikan Konflik Bajet Suami Isteri

Post image for Cara Selesaikan Konflik Bajet Suami Isteri

Buat bajet, barulah suami tak terkejut masa bayar di kaunter.


Suatu ketika dulu, kalau nak shopping, isteri saya ambil apa barang keperluan yang dia rasa perlu dibeli, lepas tu saya bayarkan. Kalau banyak sampai terlebih bajet, saya akan “soal siasat” mana barang yang bukan benar-benar perlu.


Lama-lama saya rasa kaedah macam tu bermasalah sebab isteri tak tahu limit berbelanja, sedangkan duit kita (suami) terhad. Dia cuma tahu keperluan perbelanjaan yang sememangnya subjektif. Bila setiap kali shopping terpaksa kena “soal siasat”, kita jadi stress, dan isteri pun mungkin rasa kita “berkira” nak beli barang keperluan rumah.


Selesaikan Konflik Dengan Bajet

Jadi untuk selesaikan konflik macam ni, saya nampak cara lebih berkesan ialah buat bajet bulanan dan tahunan. Bajet tu sama-sama dipersetujui lepas ambil kira duit dan pendapatan yang kita ada. Saya dengan isteri memang tak ada rahsia dari sudut kewangan. Isteri tahu berapa pendapatan saya, ke mana duit saya dibelanjakan, dan apa matlamat kewangan kami sekeluarga. Tak ada rahsia dari sudut kewangan.


Sejak mula-mula kahwin lagi, kalau senang, kami sama-sama senang. Kalau susah, kami sama-sama susah. Duit saya adalah duit keluarga (dan duit isteri). Duit isteri adalah duit isteri walaupun isteri saya sebenarnya pun tak pernah berkira.


Bila kami sama-sama buat bajet keluarga, setiap kali dapat gaji, duit tu terus saya pecahkan masuk sampul mengikut bajet. Ada bajet yang saya serahkan kepada isteri uruskan, dan ada bajet yang saya uruskan sendiri. Cukup tak cukup, kami mesti uruskan ikut apa yang ada je. Berbelanja ikut bajet, dan ikut had yang dah kami sama-sama tetapkan je.


Masing-masing Jaga Bajet Sendiri

Dengan kaedah begini, suami tak perlu stress lagi soal belanja “shopping” bulanan sebab isteri pun dah tahu bajet dia berbelanja untuk keperluan keluarga. Dan suami tak perlu lagi “soal siasat” apa yang isteri belanjakan.


Saya dan isteri sebenarnya memang dah jadi habit. Kalau nak berbelanja, soalan yang akan kami tanya ialah “ini pakai bajet mana?”. Kalau nak beli pakaian anak-anak, isteri saya dah tahu; tarik je duit dari SAMPUL “Pakaian Anak-Anak”. Bajet tu sememangnya saya potong masuk dalam sampul setiap bulan.


sampul infaq Bajet bulanan saya masukkan dalam sampul raya macam ni je. “Dana” apa yang patut buka, ikut bajet masing-masing sebagaimana Borang Analisa Kewangan Peribadi masing-masing.


Jadi kalau pergi “shopping” bulanan untuk keperluan rumah, memang semua isteri saya yang bayar sebab dia yang pegang bajet tu. Kalau repair kereta, atau servis motorsikal, itu memang saya bayar sebab bajet tu saya yang pegang. Kalau keluar makan di luar pun sama, isteri yang bayarkan sebab bajet makan bulanan dia yang pegang dan control.


Masing-masing dah faham tanggungjawab masing-masing. Alhamdulillah.


Zulkifli

Langkawi

22 Disember 2017

4 Rabiul Akhir 1439H
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 21, 2017 09:54

Mohd Zulkifli Shafie's Blog

Mohd Zulkifli Shafie
Mohd Zulkifli Shafie isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd Zulkifli Shafie's blog with rss.