Seminar Emas di Public Gold Miri, Sarawak (Mac 2018)
[Kemaskini 19.3.2018] Sempena pembukaan cawangan Public Gold yang ke-18 di Malaysia, saya diamanahkan oleh Public Gold untuk menyampaikan seminar di Public Gold Miri. Trip ke Miri kali ini adalah seminar saya yang ke-5, ke-6 dan ke-7 di Miri. Kali pertama, kira-kira 2 tahun lepas di Mega Hotel Miri. Ketika seminar 2 tahun lepas, saya maklumkan perserta seminar Public Gold akan buka cawangan di Miri. Alhamdulillah, lepas 2 tahun, ianya jadi kenyataaan.
Jadi dengan bukanya cawangan Public Gold di Miri, ia akan jadi satu rahmat buat penduduk di Miri, Bintulu dan di Brunei terutamanya. Kalau dulu, dealer Public Gold di Brunei kena driving lebih 4 jam untuk ambil stok emas dari Public Gold Kota Kinabalu (KK). Tapi sekarang hanya 2 jam sahaja dari Bandar Seri Begawan, Brunai Darussalam. Alhamdulillah.
Jadual seminar saya bersama Public Gold Malaysia untuk Mac 2018. Daripada 5 seminar di Malaysia, 3 daripadanya adalah di Miri.
JUMAAT, 16 MAC 2018 (HARI PERTAMA)
Seminar kali ini saya terbang bersama isteri. Kali fly pada hari Jumaat, 16 Mac 2018, iaitu sehari sebelum seminar. Kami naik Air Asia dari KLIA2. Sebenarnya Air Asia adalah flight pilihan saya yang terakhir sebab seatnya agak sempit. Kurang selesa bagi orang yang agak tinggi macam saya. Cuma satu perkara kenapa saya pilih Air Asia, flight tripnya banyak. Senang untuk sesuaikan dengan jadual saya.
Pemandangan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Terminal 1. Jarang naik Air Asia berlepas dari runway ini. Selalunya Air Asia yang saya naik berlepas dari runway lagi satu. Kalau berlepas, biasanya akan nampak KLIA 2 sebelah kanan. Tapi runway ini, terletak tengah-tengah antara KLIA1 dan KLIA 2.
Saya naik flight hampir setiap minggu sejak 2016 untuk sampaikan seminar bersama Public Gold. Biasanya flight dari KLIA2 yang selalu saya naik berlepas dari runway warna biru tu. Lebih dekat dengan Terminal KLIA2. Kali ini berlepas dari runway warna merah tu. Patutlah saya rasa agak lama untuk flight tu berlepas. Sebab ia agak jauh.
Sampai di Miri Airport, kami suami isteri dijemput oleh Kak Bebiyana dan anak bongsunya Akram. Mereka terus hantar kami ke Grand Palace Hotel, Miri. Untuk 2 trip pertama sebelum ini, saya menginap di Mega Hotel Miri. Hotel tu agak happening dan banyak kedai makan muslim area situ. Tapi kali ini saya pilih Grand Palace Hotel sebab lebih dekat dengan office Public Gold Miri dan harganya boleh tahan murah.
Untuk penginapan 3 hari 2 malam di bilik yang agak besar dan selesa ni, cuma RM285.45 (book melalui Traveloka). Siap dengan breakfast. Saya boleh katakan harga ni agak murah berbanding nilai yang saya dapat.
Sebaik sahaja check-in sekitar jam 5.45 petang, kami keluar cari makan malam. Satu kekurangan utama Grand Palace Hotel, iaitu tak ada restoran makanan muslim disekitarnya! Aduh. Jenuh saya dan isteri pusing-pusing area Grand Palace Hotel. Restoran disekitarnya banyak, tetapi 100% kedai makan non-muslim dan pub. Jadi saya dan isteri terpaksa ambil Uber (tambang sekitar RM3.70) untuk cari kedai makan.
Kami ambil Uber dan terus ke Mega Hotel sebab kami biasa makan di kedai makan Puma Sera tu yang terletak betul-betul di belakang Mega Hotel. Makannya kena dengan selera kami. Alhamdulillah. Lepas makan, terus balik ke hotel, buat preparation untuk seminar dan terus rehat.
SABTU, 17 MAC 2018 (HARI KE-2)
Pagi lepas breakfast di Grand Palace Hotel, kami terus berangkat ke office Public Gold Miri. Jaraknya dekat sahaja, tapi kena naik Uber. Tambang cuma RM3.98. Kenapa naik Uber? Saya perhati harga Uber jauh lebih murah berbanding Grab. Ini untuk konteks di Miri jer. Alhamdulillah, inilah kali pertama kami sampai di Public Gold cawangan Miri. Cawangan yang baru dibuka sejak minggu ke-3 bulan Februari 2018! Owh, rasa excitednya sampai di pejabat Public Gold yang baru di Sarawak ni. Tersenyum lebar…
Mohd Zulkifli Shafie's Blog
- Mohd Zulkifli Shafie's profile
- 9 followers

