Mohd Zulkifli Shafie's Blog, page 65
December 6, 2017
Cara Betul Semak Cashflow Sendiri dan Bebas Masalah Kewangan
Cashflow negatif inilah sebenarnya punca ramai jadi semakin miskin setiap bulan tanpa mereka sedar. Bila ada masalah kewangan, perkara yang pertama kena semak ialah cashflow (aliran tunai). Siapa yang cashflow-nya negatif walaupun cuma RM1 sebulan, itu petanda dia semakin miskin dari bulan ke bulan. Pendapatan bulanan dia tak mampu nak tanggung jumlah perbelanjaan (termasuk komitmen hutang, bil dan kos sara hidup) setiap bulan. Hutangnya makin lama makin bertambah dan dia bertambah miskin setiap bulan.
Siapa yang cashflow-nya -RM300 (negatif), maksudnya setiap bulan hutangnya bertambah RM300. Kalau dibiarkan belarutan selama 10 bulan, maksudnya pada bukan ke-10 hutangnya bertambah lagi RM3,000! Lagi lambat dia merawat masalah cashflow yang negatif, makin bertambah masalah kewangan dia setiap bulan. Jadi nasihat saya, jangan buat pejam mata dengan cashflow negatif. Sila perbaiki cepat-cepat sebelum kewangan jadi semakin parah!
Makin Lama Bekerja, Makin Bertambah Masalah Kewangan
Cara kira cashflow bulanan senang sahaja, iaitu Jumlah Pendapatan Bulanan – Jumlah Perbelanjaan Bulanan = Cashflow .
PENDAPATAN - PERBELANJAAN = CASHFLOW
Asas kepada kewangan yang baik ialah cashflow yang positif setiap bulan, iaitu lepas ditolak segala perbelanjaan bulanan, kita masih ada baki untuk disimpan sekurang-kurangnya 10% setiap bulan.
Saya boleh katakan, cashflow yang positif adalah permulaan kepada kedudukan kewangan yang baik. Pendek kata, kalau gaji setinggi RM10,000 sebulan tetapi perbelanjaan bulanannya RM10,001 (cashflow negatif sebab terlebih berbelanja RM1 sebulan), apa strategi kewangan pun boleh “dibuang ke laut”! Ianya tak berguna sebab setiap bulan, dia bertambah miskin sebanyak RM1.
Kalau begitu cashflownya, makin lama bekerja makin banyak masalah kewangan. Saya rasa sebab tak faham tentang cashflow inilah, ramai yang “makin lama bekerja makin bertambah masalah kewangan”. Sedangnya sepatutnya, makin lama berkerja, makin banyak harta.
Orang lain mungkin nampak kita berharta hanya melihat kereta apa yang kita pakai, walaupun pada hakikatnya hanya kita sahaja yang tahu kedudukan cashflow kita setiap bulan. Kereta apa yang kita pakai tak melambangkan kedudukan kewangan kita, bahkan sebenarnya lebih mewah kereta yang kita pakai, lebih terbeban cashflow kita setiap bulan. Kereta mewah selalunya cuma simbol kekayaan palsu sahaja!
Bebanan Terbesar Cashflow Ramai Orang
Orang bijak, dia utamakan cashflownya sendiri berbanding risau “apa orang kata” tentang apa kereta yang dia pakai. Berdasarkan pengalaman saya review cashflow mereka yang ada masalah kewangan, saya boleh katakan bebanan terbesar cashflow ramai orang ialah membeli dan membela kereta. Kos membela kereta selalunya lebih mahal dari kos ´membela´ isteri dan anak-anak! Hadiah birthday (road tax & insuran) kereta makan ribu riban setiap tahun, sedang hadiah birthday isteri dan anak-anak pun terpaksa dicatu. Itu belum kira kereta tu merengek perlukan servis dan repair…
Sebab itulah dikatakan, bila memiliki sebuah kereta, kita hilang kemampuan menyimpan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan! Itu baru kereta biasa-biasa, belum lagi mereka yang pakai kereta lebih mewah.
Jadi untuk perbaiki semula kewangan, kena kira balik kedudukan cashflow sendiri. Cashflow tak boleh main agak-agak, tetapi kena kira betul-betul guna Microsoft Excel.
Sahabat pembaca boleh download BORANG ANALISA KEWANGAN PERIBADI (MS EXCEL) yang saya sediakan untuk kira cashflow sendiri. Kalau ada sebarang persoalan tentang borang tersebut, sila letak dibahagian COMMENTS di bawah. Maaf, saya tak dapat melayan pertanyaan peribadi tentang borang ini melalui wassap, sms, ataupun panggilan telefon.
Cara Perbaiki Cashflow Yang Negatif
Kalau lepas isi borang ini dan dapati cashflow dalam keadaan negatif, sila perbaiki cepat-cepat. Cara paling cepat rawat cashflow yang teruk ialah jual semua yang boleh dijual. Jual harta, atau apa sahaja barang di rumah yang disimpan belambak-lambak tapi tak digunakan. Gunakan hasil jualan itu untuk tutup hutang mana yang boleh. Dan paling penting, taubatlah dari dosa-dosa kewangan yang lalu. Jangan diulang kesilapan yang lalu dan bilalah semula kekayaan dengan cara yang betul.
Mungkin lepas ini ada yang terpaksa downgrade kereta, atau downgrade dari kereta naik motosikal. Mungkin ada yang terpaksa jual rumah sendiri dan terpaksa duduk menyewa (dengan kos yang jauh lebih murah berbanding bayar ansuran rumah) buat seketika, itu tak apa. Mungkin ada yang terpaksa cari pendapatan lebih; contohnya bawa GRAB atau UBER, tak apa, sabar dulu buat seketika. Nak perbaiki kedudukan kewangan, bukan soal boleh atau tak boleh, tapi sanggup atau tak sanggup sahaja. Kalau betul-betul ada kemahuan yang kuat, pasti Allah akan tunjukkan jalannya, insyaAllah.
Dapatkan Nasihat Orang Yang Betul
Akhir sekali, saya mohon maaf. Saya tak dapat melayan persoalan tentang Borang Analisa Kewangan Peribadi melalui wassap atau panggilan telefon sebab nanti jenuh saya nak kena melayan. Borang ini selalunya digunakan oleh Financial Advisor dalam sessi perbincangan one-on-one.Jadi sahabat pembaca boleh dapatkan nasihat dari Financial Advisor sendiri. Saya bukan Financial Advisor. Saya hanyalah seorang penulis blog bebas sahaja.
Kalau nak dapatkan nasihat kewangan, antara orang yang boleh saya syorkan ialah Tuan Zaidi Ismail. Sudah ramai yang saya recommend berjumpa dengan beliau dan saya terima feedback yang positif dari mereka yang pernah hadiri sessi one-on-one bersama beliau. Sahabat pembaca boleh daftar jadi ahli Urus Insan, dan dapatkan sessi one-on-one dengan beliau. Beliau adalah orang yang betul kalau nak dapatkan nasihat kewangan. Yuran menjadi ahli Urus Insan bagi saya sangat murah berbanding ilmu yang Tuan Zaidi Ismail berikan dalam sessi one-on-one, insyaAllah.
Ada sesetengah orang lebih baik keluarkan sedikit kos untuk berjumpa dengan mereka berpengalaman seperti Tuan Zaidi berbanding pandai-pandai betulkan sendiri supaya tak jadi macam “tikus baiki labu”. Lagi dibaiki, lagi rosak jadinya. Nauzubillah…
Wallahu a´lam.
Ini Facebook Live yang saya adakan pada 11 April 2018 sebagai panduan kunci penting untuk bebas daripada hutang. Bermula dengan semak dan perbaiki cashflow dulu.
Zulkifli
Cyberjaya
6 Disember 2017
18 Rabiul Awwal 1439H
November 26, 2017
Akaun Emas GAP Telahpun Disahkan Patuh Syariah
Dengan pengumuman pengesahan patuh shariah untuk Akaun Emas GAP (dan Akaun Silver SAP) dalam Seminar Emas dan Shariah anjuran Public Gold pada 11 November 2017 lalu, saya rasa sangat terharu… Terasa seperti beban besar telahpun terangkat dari bahu saya. Inisiatif bermula 3 tahun lepas berjaya sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah. Puji-pujian Allah. Terima kasih atas doa dan sokongan semua terutama sekali Founder Public Gold, Dato Wira Louis Ng. Sekarang semua boleh berjual beli emas dengan kaedah paling mudah di Malaysia dengan penuh yakin, insyaAllah.
Dengan pengumuman ini juga, bermakna kesemua proses jual beli emas dengan Public Gold telahpun disahkan patuh syariah. Bermula pengumuman pengesahan Public Gold patuh shariah fasa pertama pada 16 Disember 2016, kini pengesahan untuk produk Gold Accumulation Program (GAP) dan Silver Accumulation Program (SAP). Alhamdulillah, ini bermakna Public Gold adalah satu-satunya syarikat (yang bukan Institusi Kewangan) jual beli emas fizikal di Malaysia yang disahkan patuh syariah.
Sijil pengesahan patuh shariah yang dikeluarkan oleh panel syariah Public Gold bertarikh 29 September 2017. KLIK DI SINI untuk lihat pengumuman rasmi di Facebook Public Gold International.
Ini sijil patuh syariah fasa pertama sebagai rujukan.
Patuh Syariah dan Pengesahan Patuh Syariah
Mudah-mudahan dengan perkembangan ini, ia menjadi pemangkin kepada syarikat-syarikat emas fizikal lain di Malaysia untuk turut sama memastikan proses jual beli mereka patuh syariah, insyaAllah.
Apa yang kita perlu tahu, patuh syariah dan pengesahan patuh syariah adalah dua perkara berbeza. Tiada pengesahan patuh syariah bukan bermaksud jual beli itu haram. Tetapi pengesahan ini meningkatkan krebiliti bagi Public Gold dan memberikan lebih keyakinan bagi pelanggan Muslim.
Jadi bagi saya, Public Gold sudahpun menjalankan transaksi jual beli yang patuh syariah SEBELUM mendapat pengesahan syariah ini lagi. Kalau Public Gold sendiri tak yakin ianya patuh syariah, mana mungkin Public Gold melantik panel syariah untuk mendapat pengesahan syariah? Dan atas faktor keyakinan ini jugalah, saya yakin mengesyorkan sesiapa sahaja berjual beli dengan Public Gold sebelum daripada pengumuman pengesahan syariah ini.
Seminar Emas dan Syariah anjuran Public Gold, di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya pada 11 November 2017. Seminar ini memberikan kefahaman tentang jual beli emas patuh syariah oleh dua panel syariah jual beli emas ternama di Malaysia iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar dan Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah .
Public Gold Tidak Diwajibkan Lantik Panel Syariah
Sempena dengan pengumuman ini juga, saya tertarik dengan komen Tuan Afyan Mat Rawi (penasihat kewangan) tentang industri emas dan pengesahan kepatuhan syariah. Syarikat seperti Public Gold bukanlah institusi kewangan Islam yang diwajibkan mendapatan pengesahan patuh syariah, tapi hanya syarikat jual beli emas.
Tetapi Public Gold memilih untuk mendapatkan pengesahan patuh syariah secara sukarela untuk memastikan pelanggan muslim dapat berjual beli dengan penuh yakin, sekaligus memberi impak positif kepada perkembangan bisnes Public Gold sendiri, mahupun industri emas. InsyaAllah.
Di saya copy paste sebahagian tulisan beliau:
FB : AFYAN MAT RAWI
Satu perkembangan menarik dalam industri emas apabila bisnes emas Public Gold disahkan patuh syariah.
Semalam pengesahan rasmi pematuhan syariah oleh Amanie Advisors Sdn Bhd yang diketuai oleh seorang tokoh Muamalat Islam yang tidak asing di Malaysia, Dr Daud Bakar.
Ia satu perkembangan menarik dan positif bagi industri kewangan di Malaysia kerana emas antara komoditi pelaburan yang ada di Malaysia tapi jarang ada terdapat syarikat yang berusaha mendapatkan status patuh syariah, kerana industri emas di Malaysia tidak ada kewajipan berbuat demikian.
Tidak ada pematuhan syariah bukan bermaksud ia tidak patuh syariah, tapi dgn adanya pematuhan syariah ia meningkatkan kredibiliti sesebuah syarikat.
Jika kita lihat dalam market industri berkaitan emas di Malaysia, boleh dikira dengan jari syarikat emas yang mempunyai pematuhan syariah.
Dahulu tahun 2013, syarikat Hana Gold dgn penasihat syariahnya Ustaz Zaharuddin Abd Rahman yang kemudiannya beliau tarik balik apabila syarikat tidak mematuhi garis panduan ditetapkan.
Tahun 2014 Syarikat Darul Emas Perak (Tok Belagak) juga pernah “melantik” penasihat syariah tapi tidak kesampaian mendapat kepatuhan syariah apabila penasihat syariah tarik diri dan tersontot di pintu shorga.
Sebelum Public Gold, Amanie Advisors juga pernah memberi kepatuhan syariah kepada syarikat Hello Gold.
Selain itu juga, beberapa bank sudah pun keluarkan produk emas mereka sendiri yg patuh syariah, seperti Kuwait Finance House dan Ar Rajhi Bank beberapa tahun dahulu dan yang terkini, Bank Muamalat.
Ia perkembangan yg positif supaya umat Islam di Malaysia ada pilihan untuk mendapatkan emas dan menyertai pelaburan emas patuh syariah.
Tahniah Public Gold atas usaha ini.
Tahniah Dato’ Louis Ng selaku peneraju syarikat ini juga tak lupa kepada orang kuat Public Gold yang bekerja keras memastikan perkara ini berjaya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie dan tak lupa Ustaz Khairul Anuar Basri.
Tulisan penuh di posting asal beliau, KLIK DI SINI.
Akaun Emas GAP Dari Kaca Mata Syariah
Bagi sesiapa yang mahu memahami, bagaimana syariah melihat Akaun Emas GAP sebagai transaksi yang patuh syariah, di sini saya copy paste tulisan sahabat saya iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri yang juga ahli dalam mualamat Islam, dan juga terlibat secara langsung dalam projek syariah Public Gold ini:
FB : KHAIRUL ANUAR BASRI
Gold Accumulation Program atau GAP adalah salah satu kaedah belian emas di Public Gold. Ia kaedah yang paling mudah dan murah untuk semua orang memiliki dan mengumpul emas dengan modal mampu bayar serendah RM100.
Kaedah yang digunakan ialah:
(1) Pembeli memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold sebagai hamisy jiddiyyah (deposit sekuriti).
(2) Public Gold akan merekodkan jumlah wang dan gram yang setimpal dalam akaun pembeli (ketika ini akad jual beli berlaku).
(3) Pembeli mempunyai pilihan samada untuk mengeluarkan emasnya atau membiarkan sahaja di dalam akaun yang akan dijaga oleh Public Gold tanpa upah.
GAP telah pun mendapat Sijil Patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisor.
Ini bermakna, GAP boleh dimanfaatkan oleh semua samada belian mengikut gram atau mengikut RM.
Mungkin ada di antara kita yang mahukan penjelasan yang lebih tentang patuh Syariah GAP. Maka di sini saya jelaskan beberapa perkara.
(1) Pembelian GAP secara asasnya memang tidak mempunyai masalah dari sudut Syariah sebelum ini. Jadi, tidak timbul isu hanya GAP sekarang yang patuh Syariah, GAP dahulu tidak patuh Syariah. Sijil yang dikeluarkan ini, mengesahkan bahawa GAP memang patuh Syariah dari dahulu hingga sekarang.
(2) GAP boleh dibeli samada dalam gram yang lengkap atau gram yang tidak lengkap. Sebagai contoh, jika harga segram hari ini ialah RM189, ia boleh dibeli dengan nilai RM189 dan juga RM100.
(3) Jika dibayar RM189, maka gram yang akan dicatatkan ialah 1 gram. Jika dibayar RM100, maka gram yang dicatatkan ialah 0.5291 gram.
(4) Timbul beberapa persoalan – antaranya – seperti; bolehkah dibeli dengan RM sedangkan gramnya tidak genap? Bolehkah dikeluarkan 0.5291 gram?
(5) Belian GAP sebenarnya; kita membeli gram emas yang dimiliki oleh Public Gold dalam simpanannya. Ini bermakna, selagi pembeli tidak mengeluarkan emasnya dalam bentuk gold bar atau dinar, maka secara kasarnya, semua pembeli berkongsi emas yang disimpan oleh Public Gold secara bersama-sama.
(6) Sistem yang dimiliki oleh Public Gold (Oracle) adalah sistem yang terbaik, yang dapat merekod dengan jelas jumlah gram yang dimiliki oleh pembeli dalam 4 titik perpuluhan.
(7) Persoalan samada emas yang dimiliki oleh Public Gold itu sama dengan jumlah wang yang masuk atau tidak, biarlah juru audit dalaman dan luaran yang mengesahkannya. Ini kerana, GAP memang diaudit oleh juru audit luaran.
(8) Tidak cukup dengan itu, Amanie Advisor juga telah melakukan pemeriksaan ke tempat-tempat simpanan emas milik Public Gold sebelum mengeluarkan Sijil Patuh Syariah.
(9) Apabila belian GAP adalah sebenarnya; semua pembeli berkongsi bahagian emas masing-masing dalam emas yang disimpan oleh Public Gold, maka Public Gold boleh menyerahkan emas yang sama berat milik pembeli dalam apa bentuk yang pembeli kehendaki samada gold bar atau dinar.
(10) Gold bar terkecil yang boleh dikeluarkan dari GAP ialah 1 gram. Jadi, pembeli boleh mengeluarkan gold bar miliknya apabila cukup 1 gram.
(11) Jika pembeli ingin mengeluarkan dalam gram yang lebih kecil, itu tidak mungkin kerana syarat asas pengeluaran GAP ialah 1 gram. Jika pembeli bertegas, penyelesaian boleh dilakukan dalam bentuk RM.
(12) Berkenaan dengan syarat pengaktifan akaun yang memerlukan pembeli memiliki sekurang-kurangnya 1 gram dalam akaun GAP pada setiap masa, ia dibenarkan oleh Syariah. Tiada halangan juga untuk mengeluarkan kesemua sekali tetapi GAP akan dikira sebagai telah ditutup.
Harapan saya, dengan sedikit penerangan ini akan menambahkan ilmu dan pemahaman kita tentang GAP. Seterusnya kita boleh membeli emas menggunakan GAP dengan yakin dan tanpa was-was.
Tulisan asal beliau di Facebook, boleh KLIK DI SINI.
Sahabat-sahabat pembaca yang mahu faham lebih lanjut tentang Akaun Emas GAP seterusnya mulakan simpanan emas melalui kaedah ini, ikut sahaja langkah yang saya tunjukkan dalam artikel “Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold”. Akaun Emas GAP sekarang ini adalah kaedah menyimpan emas “PALING MUDAH, PALING MURAH, DAN PATUH SYARIAH” di Malaysia, Singapore dan Indonesia.
Sebarang persoalan untuk jual beli emas, boleh contact saya di +019 336 8009 atau isteri saya +6019 927 2780. Kalau ada persoalan tentang syariah, terus contact pihak Amanie Advisors Sdn. Bhd. sebab mereka adalah pihak yang betul untuk mendapat jawapan yang tepat tentang status syariah Public Gold.
Zulkifli
27 November 2017-11-27
9 Rabiul Awwal 1439H
Cyberjaya
Mohd Zulkifli Shafie's Blog
- Mohd Zulkifli Shafie's profile
- 9 followers

