Mohd Zulkifli Shafie's Blog, page 63
August 27, 2018
Hidup Cara Minimalist, Kurangkan Beban Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bahagia
Saya terbaca kisah viral, iaitu kisah kereta Hot Wheel kena koyak oleh kanak-kanak yang datang beraya.
Dari perspektif saya yang ada 8 orang anak yang sedang membesar; Saya memang takut pergi ke rumah orang yang ada display banyak barang perhiasan, lebih-lebih lagi barang mainan. Kalau kami datang pun, kami cuma datang sekali seumur hidup! Lepas tu tak nak datang dah. Serik…
Bukan apa. Kita datang nak bersilaturrahim. Tapi bila bawa ramai anak kecil ni, susah nak kawal. Lebih-lebih lagi saya ada seorang anak yang doktor suspect ada mild autisme. Kita cakap pun dia susah faham. Habis mengamuk bila tak dapat apa yang dia nak. Nak pujuk pun susah…
Rumah Yang Kami Takut Ziarahi
Maka kalau pergi beraya ke rumah orang yang suka display barang mainan macam model-model kereta yang pastinya membuatkan anak-anak kami meragam, kami jadi serik. Itu kali pertama, dan selalunya itu kali terakhir kami datang bersama anak-anak.
Kalau nak datang lagi pun, datang berdua suami isteri je.
Kami ni hidup cara minimalist. Kehidupan kami sekeluarga berbeza dengan ramai orang.
Rumah tak ada karpet, tak ada barang perhiasan, katil tak ada, tak ada sofa, tak ada meja makan, dan TV pun tak ada! Bila barang tak banyak, senang urus rumah dan anak-anak. Jimat masa kami daripada menjaga apa yang kurang penting dalam hidup kami.
Rumah Lapang, Hati Pun Tenang
Memang rumah kami suami isteri tak banyak barang sejak duduk menyewa ketika masih ada anak seorang lagi. Kalau orang surau datang buat marhaban ke rumah kami, senang nak duduk sebab luas – yang sebenarnya sebab tak banyak barang.
Cuma kalau keluarga dan rakan terdekat datang mesti rasa pelik. Rumah kami kosong. Tak banyak barang. Nak jemput orang datang pun rasa malu. Tapi kami lebih senang duduk rumah lapang. Tak nak sampai sayang barang lebih daripada anak-anak, keluarga dan kawan-kawan.
Dulu saya pun ada minat kumpul barang-barang ni; model kereta, model kapal terbang dan sebagainya. Bahkan dalam fikiran saya, masih ada lagi keinginan untuk kumpul barang-barang begitu. Itu hobi. Tapi bila fikir dalam-dalam, barang-barang itu sebenarnya membebankan saya untuk menjaganya. Takut sayang barang lebih dari apa yang bermakna dalam hidup – iaitu manusia. Jangan sampai sayang barang lebih daripada manusia itu sendiri.
Mencari Makna Yang Berkekalan
Jadi saya fikir, tangguhkanlah dulu hobi itu (kononnya). Lebih baik saya fokus cari duit banyak-banyak. Nanti apa barang pun kita boleh beli, insyaAllah. Cuma kasih sayang, kekeluargaan dan persahabatan tak boleh dibeli walau banyak mana duit yang kita ada.
Di hari kematian kita nanti, semua barang itu tak bermakna lagi. Ia tak memberi maka di hari kematian dan kehidupan selepas kematian nanti. Anak-anak, keluarga, dan kenalan kita ketika hidup itulah yang mungkin bermakna buat kita…
Sekadar #TazkirahDiri untuk saya sendiri.
Siapa yang ada hobi suka mengumpul barang, cuba tukar hobi kepada kumpul emas. Kumpul pelbagai design. Dalam jangka panjang, harga emas makin mahal. Kalau mati nanti, emas itu boleh dijadikan harta pusaka bernilai bagi waris kita, insyaAllah.
Ini pengalaman orang barat bagaimana kehidupan mereka jadi lebih baik apabila mencuba kehidupan cara minimalist. Hidup seada dan fokus apa yang benar-benar penting sahaja. Menarik video ni.
Lihat comments friend & follower saya di Facebook tentang posting minimalist pada 24 Jun 2018.
Zulkifli
Cyberjaya
25 Jun 2018
11 Syawwal 1439H
July 22, 2018
Jutawan Emas Leadership Training Ke-31 (Seberang Jaya, Penang)
Alhamdulillah. Selesainya Jutawan Emas Leadership Training (JLT) yang ke-31, berlangsung selama 2 hari satu malam di Sunway Hotel, Seberang Jaya, Penang. Ini kali pertama program ini dibuat selama 2 hari 1 malam dan dibuat di kawasan bandar. Semua 30 kali JLT yang berlangsung sebelum ini dibuat di kawasan agak jauh dari bandar dan dibuat selama 3 hari 2 malam. Dan JLT ini dianggap sebagai JLT versi ke-3. Ia lebih praktikal dan lebih fokus berbanding 30 JLT sebelum ini.
JLT sebenarnya training paling penting bagi dealer #PublicGold yang mahu membina passive income RM4,000 – RM8,000 sebulan dan mencapai “financial freedom” dalam tempoh 3 – 5 tahun. Ini salah satu program wajib bagi dealer Public Gold yang mahu jadi #NextMohdZulkifli . Saya dan isteri saya Pn Najdah Mohammed Hussain antara speaker dalam program training ini.
Program JLT ini dianjurkan oleh Public Gold, tetapi dikendalikan sepenuhnya oleh dealer berpengalaman.
Istimewanya JLT, peserta berpeluang belajar terus dari dealer Public Gold yang paling berjaya. Mereka akan mendapat idea-idea secara langsung dari dealer yang telahpun melakukannya.
JLT kali ini disertai oleh 14 dealer Public Gold, dan 2 staff Public Gold Indonesia. 11 daripada 14 peserta adalah dari kalangan dealer Public Gold di bawah bimbingan saya yang serius membina masa depan bersama Public Gold.
Kali ini, seorang anak muda di bawah bimbingan saya diberi kepercayaan menjadi salah seorang daripada committee program ini. Committee selalunya dipilih dari kalangan dealer Public Gold yang menunjukkan pencapaian yang bagus dalam bisnes, dan boleh dicontohi oleh dealer yang lain.
En. Fendy Rusli a.k.a. Abang Long adalah committee paling berpengalaman. Beliau salah seorang Founder Master Dealer yang benar-benar fokus membina masa depan bersama Public Gold. Untuk JLT ke-31 ini, beliau membawa seorang dealer baharu (iaitu kawan baik beliau sendiri) dari Palembang, Indonesia. Ini dengan perkembangan terbaru ini, insyaAllah bisnes Public Gold akan melebarkan sayap ke Palembang.
Petang Sabtu 21.8.2018, saya, isteri dan mentor saya En. Syukor dijemput hadiri majlis sambutan birthday Pengasas Public Gold, Dato Wira Louis Ng di Batu Ferringgi, Penang. Kami “lari sekejap” meninggalkan program untuk ke majlis tersebut, dan kembali ke Sunway Hotel pada jam 9.30 malam.
Sebab utama kenapa Public Gold mampu terbang tinggi dan saya membuat keputusan hanya fokus membina bisnes ini adalah disebabkan Founder-nya. Baca catatan penuh saya itu.
Alhamdulillah, JLT ke-31 ini berlangsung dengan jayanya. Usaha 30 kali JLT sebelum ini sudah menampakkan hasil. Sepanjang JLT ini, saya terima banyak feedback pencapaian membanggakan bagi dealer yang serius mengikut PG1S Education program yang disediakan oleh Public Gold sejak 2 tahun yang lalu.
Bagi dealer Public Gold yang belum mengikuti Jutawan Emas Leadership Training, ikuti pesanan guru emas saya ini tentang kepentingan program ini. Sehingga kita berjumpa lagi dalam JLT akan datang, insyaAllah.
Jadual JLT untuk Julai – Disember 2018. Bagi yang nak join, contact branch Public Gold terdekat untuk pendaftaran.
July 19, 2018
Gold Bar 100 gram LBMA : Nak Pilih Cast Bar atau Minted Bar?
Public Gold mengeluarkan 2 jenis gold bar 100 gram LBMA, iaitu berbentuk “minted bar” dan “cast bar”. Persoalannya, apakah perbezaan kedua-duanya, dan yang mana patut kita pilih?
Apa yang patut diketahui, kedua-dua gold bar itu sama dari sudut ketulenannya, beratnya, dan harganya juga sama. Kedua-duanya berketulenan 999.9 (24 karat), beratnya sama-sama 100 gram, dan harga yang dipaparkan di website www.publicgold.com.my juga sama. Maka dari sudut nilai, kedua-duanya adalah sama.
Persoalannya, apakah perbezaan antara kedua-duanya?
Sebelah kiri, itu dinamakan cast bar. Sebelah kanan dalam sarung plastik (merah), itu dinamakan minted bar. Cast bar lebih gemuk, minted bar lebih nipis dan lebih lebar. Beratnya sama-sama 100 gram.
#1 – Sarung Plastik & Kemasan
Perbezaan pertama ialah, gold bar minted bar disimpan di dalam sarung plastik (seal) yang kelihatan lebih high-class dan eksklusif. Beberapa feedback yang saya terima dari sebahagian penyimpan emas, mereka pilih minted bar disebabkan ianya nampak lebih eksklusif.
Gold bar 100 gram minted bar boleh disimpan dalam folder begini. Ia sesuai disebabkan bentuknya lebih nipis.
Satu kekurangan sarung plastik ialah ia tidak boleh dibuka. Kalau nak buka sarung plastik itu, kita kena potong plastik itu. Sesetengah ar-rahnu mensyaratkan, sarung plastik itu perlu dibuka bagi tujuan menguji ketulenan emas tersebut sebelum mereka memberikan pinjaman. Bila dah potong, Public Gold akan membelinya pada kadar 10% walaupun kadar spread asal sebanyak 7.0%! Rugi sebanyak 3%.
Ini contoh gold bar 20 gram LBMA Public Gold yang dibuka sarung plastik. Spreadnya akan jadi 10% kalau jualnya semula kepada Public Gold.
Walaupun begitu, kadar spread 10% itu sebenarnya masih rendah berbanding kadar spread gold bar di kedai emas sebanyak 13% – 15% walaupun sarung plastik tidak dibuka.
Untuk cast bar pula, ia tidak berseal. Kita boleh boleh pegang emas itu dan sentuh emas itu terus dengan kulit kita. Feel dia semestinya berbeza! Aura emas itu lebih terasa bila kita dapat sentuhnya berbanding hanya lihat dalam sarung plastik.
Ada feedback yang saya terima dari sebahagian penyimpan emas, mereka beli cast bar sebab mereka nak pegang emas itu supaya dapat “feel” dan aura lebih kuat untuk simpan emas itu.
#2 – Saiz Berbeza
Perbezaan kedua ialah saiz.
Gold bar yang “minted bar”, saiznya nampak lebih besar disebabkan bentuknya lebih lebar dan panjang, tetapi sebenarnya ia lebih nipis. Sedangkan “cast bar” nampak lebih kecil disebabkan bentuk lebih gemuk berbanding minted bar. Walaupun begitu, beratnya sama sahaja. Ia tetap 100 gram.
Beberapa feedback yang saya terima, ada sebahagian penyimpan emas pilih minted bar berbanding cast bar disebabkan saiznya kelihatan lebih besar berbanding cast bar. Dia rasa emasnya lebih banyak, walaupun hakikatnya sama sahaja.
Video ini menunjukkan proses daripada gold bar yang dibeli daripada pelombong emas untuk menghasilkan emas 999.9, kemudian dibentuk menjadi minted bar dan cast bar. Proses pembuatan minted bar dan cast bar berbeza.
3. Penerimaan Gadaian Ar-Rahnu
Samada minted bar atau cast bar, kedua-duanya diterima oleh ar-rahnu. Berbezanya ialah pada polisi ar-rahnu tersebut.
Ada ar-rahnu mensyaratkan sarung plastik minted bar itu perlu dipotong untuk diuji ketulenan emas itu sebelum diberikan pinjaman, dan ada juga ar-rahnu terima minted bar itu tanpa perlu dibuka sarung plastiknya dan tanpa perlu diuji ketulenan terlebih dahulu!
Ketika saya menulis artikel ini, ar-rahnu yang terima minted bar Public Gold tanpa perlu dibuka sarung plastik ialah:
Pos Ar-Rahnu (anak syarikat Pos Malaysia)
Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad (PKB)
Ar-Rahnu Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ)
Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas (KDE)
Ar-Rahnu Co-opbank Persatuan
Cuba semak, mana ar-rahnu di atas yang dekat dengan rumah anda? Kalau ada, boleh pertimbangkan beli minted bar.
Selain ar-rahnu di atas, semuanya disyaratkan perlu dibuka seal. Jadi siapa nak lebih mudah urusan pajakan, beli sahaja yang cast bar. Tetapi kalau ar-rahnu yang saya senaraikan di atas ada berhampiran rumah dan pejabat anda, tidak ada masalah untuk pilih yang minted bar.
Pengalaman Saya Gadai Emas
Pengalaman saya pajak emas di Pos Ar-Rahnu, saya lebih suka pajak yang minted bar sebab prosesnya lebih cepat disebabkan mereka terima emas Public Gold yang dalam sarung plastik tanpa perlu potong sarung tersebut dan tanpa perlu diuji ketulenannya. Prosesnya lebih cepat.
Pengalaman pajak emas Public Gold di Pos Ar-Rahnu Dengkil
Yang kedua, saya tak suka pajak emas yang tiada sarung plastik seperti cast bar disebabkan dalam proses menguji ketulenan, mereka akan kepit emas tersebut menggunakan spatula. Ia boleh menyebabkan emas tersebut tercalar! Kalau tercalar emas saya itu, tercalarlah hati saya melihatnya… 
July 15, 2018
Disiplinkan Diri Simpan Emas Dengan EPP Shariah Public Gold – Beli Emas Secara Ansuran Patuh Syariah
Bagi yang nak disiplinkan diri simpan emas setiap bulan, salah satu cara yang berkesan ialah beli emas secara ansuran patuh syariah dengan Public Gold. Kaedah ni dinamakan Easy Payment Purchase (EPP). Walaupun Public Gold ada kaedah beli secara sedikit-sedikit dengan bajet yang lebih fleksible setiap bulan melalui Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program), tapi saya perhati ramai yang pilih buat belian secara EPP untuk PAKSA DIRI dan letakkan KOMITMEN simpan emas setiap bulan.
Secara mudahnya, EPP ialah pembelian emas secara ansuran yang patuh syariah. Kaedah EPP ni sangat bermanfaat bagi siapa nak DISIPLINKAN DIRI simpan emas setiap bulan. Dengan kaedah ansuran EPP patuh shariah ini, kita paksa diri sendiri bayar emas yang kita booking itu setiap bulan dalam jumlah tertentu, minimum RM200 +/- sebulan untuk item 1 dinar (4.25 gram). Lepas habis bayar ansuran selama 4 bulan (atau 10 bulan bagi item gold bar 250 gram ke atas), baru dapat ambil emas tu dari mana-mana cawangan Public Gold terdekat.
Bila harga emas rendah, ia lagi satu bonus bagi yang beli kaedah ansuran EPP ini sebab seolah-olah kita beli emas pada masa depan dengan harga hari ini yang lebih rendah!
Testimoni Pembeli Emas Kaedah EPP
Ini contoh apa yang dibuat oleh seorang penyimpan emas tegar (dan juga dealer Public Gold di bawah bimbingan saya yang aktif di Langkawi) paksa diri menyimpan emas dengan membuat Easy Payment Purchase (EPP) untuk gold bar 250 gram. Pn. Nurul Aini letakkan komitmen menyimpan RM4,700 +/- setiap bulan untuk tempoh 10 bulan!
Cik Nurul Aini seorang penyimpan emas yang bermatlamat dan juga dealer Public Gold aktif di bawah bimbingan saya. Beliau seorang Air Traffic Controller (ATC) yang bertugas di Langkawi Airport. Hasil simpanan emas, beliau telahpun mampu membeli tanah impiannya di Langkawi dan mempunyai dana yang cukup untuk menyertai flight schools tanpa membuat sebarang pinjaman demi cita-citanya mahu menjadi seorang pilot.
Inilah rupanya item gold bar 250 gram sebagaimana catatan Cik Nurul Aini. Emas berketulenan 999.9.
Ini catatan kesyukuran dan pengalaman beliau dapat membeli tanah secara tunai di Langkawi hasil simpanan emasnya. Dalam pemerhatian saya, beliau antara pembeli emas yang menggunakan kaedah EPP secara tegar.
Siapa Yang Sesuai Beli Emas Secara Ansuran EPP?
Berdasarkan pemerhatian saya, mereka yang sangat sesuai beli emas secara ansuran EPP ini ialah:
Siapa bajet simpan emas minimum RM200+/- sebulan.
Siapa nak paksa diri simpan emas setiap bulan.
Nak lock harga emas dalam jumlah yang besar ketika harga rendah, tetapi belum ada tunai yang banyak ketika harga emas tengah rendah.
Siapa suka “main kutu”.
´Main Kutu´ Emas Patuh Syariah Dengan Public Gold
Apa yang menarik, pembeli emas kaedah EPP ni juga boleh jadi alternatif bagi siapa yang suka “main kutu”. Bayar sedikit-sedikit, sampai masa nanti dapat hadiah untuk giliran kutu. Kalau kaedah EPP ni, ´hadiah´ kita dapat collect pada bulan (giliran) ke-4 atau ke-10.
Kekadang saya rasa geli hati bila dapat feedback daripada rakan dealer tentang sesetengah orang. Bila cakap beli emas secara ansuran (yang patuh syariah), mereka tak berminat. Tapi kalau sebut “main kutu” emas kaedah EPP begini, mereka berminat! Walaupun hakikatnya kedua-duanya benda yang sama sahaja.
Mungkin sebab masyarakat kita dah terbiasa dengan “main kutu”. Bahkan saya dapat feedback, ada orang yang tak boleh disiplin simpan duit setiap bulan. Jadi untuk selesaikan masalah ni, mereka “main kutu” untuk paksa diri menyimpan!
Ciri-Ciri dan Syarat EPP Shariah Public Gold
Kaedah ini dinamakan EPP Shariah (Easy Payment Purchase yang disahkan patuh syariah). Secara ringkasnya, inilah ciri-ciri dan syarat pembelian kaedah EPP ini:
Jumlah minimum pembelian ialah emas berharga RM500. Saya syorkan kalau nak beli kaedah EPP, item paling minimum yang saya cadangkan ialah 1 dinar (4.25 gram). Komitmen bayaran bulanan hanyalah sekitar RM200 sebulan. Bagi item yang lebih kecil, lebih baik beli melalui Akaun Emas GAP. Ia jauh lebih jimat dan berbaloi.
Boleh bayar ansuran selama 4 bulan (EPP 4 bulan). Bagi item gold bar 250 gram dan ke atas, boleh mohon dengan Public Gold untuk bayar ansuran selama 10 bulan (EPP 10 bulan). Kadang-kadang, Public Gold ada juga buat promosi belian emas 100 gram pun boleh buat EPP 10 bulan.
Boleh ambil emas setelah semua bayaran selesai. Katakan buat EPP 4 bulan, tetapi habis bayar hanya dalam masa 2 bulan, kita boleh terus ambil emas tersebut pada bulan kedua dari mana-mana cawangan Public Gold terdekat.
Ada caj premium tambahan dikenakan. Bagi saya cajnya sangat rendah. Kadang-kadang Public Gold ada buat promosi pembelian secara EPP tanpa ada caj premium tambahan.
Item paling kecil kalau nak beli secara EPP ini, saya cadangkan 1 dinar (4.25 gram). Komitmen bayaran hanyalah sekitar RM200 sahaja setiap bulan. Cukup 4 bulan, boleh ambil emas itu. Kalau item 1/2 dinar, beli melalui Akaun Emas GAP lebih murah.
Bagi yang bajet sekitar RM500 sebulan, boleh beli gold bar 10 gram secara EPP.
Sijil Patuh Shariah oleh Amanie Advisor
Bagi yang nak beli emas secara ansuran melalui kaedah EPP ini, kita boleh belinya dengan senang hati disebabkan kaedah “EPP Shariah” ini telahpun disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd yang diketuai oleh Datuk Mohd Daud Bakar. Bahasa mudahnya, kaedah ini sudahpun mendapat “cop halal” oleh mereka yang pakar dalam bidang muamalat Islam.
Sijil pengesahan patuh syariah yang dikeluarkan oleh Amanie Advisor Sdn. Bhd. selaku penasihat syariah Public Gold.
Bagaimana Beli Emas Secara Ansuran EPP?
Step #1 – Daftar Sebagai Customer Public Gold
Bagi yang belum pernah beli emas dengan Public Gold, daftar dulu sebagai ‘ahli’ Public Gold secara percuma, KLIK DI SINI. Masukkan kod “PG002369” sebagai Introducer bagi yang nak jadi penyimpan emas di bawah bimbingan saya.
Tutorial cara register sebagai customer Public Gold secara percuma (free) di website Public Gold.
Lepas sudah register, baru ikut Step #2.
Step #2 – Order di Website
Bagi yang dah ada “PG Code”, terus LOGIN website www.publicgold.com.my > ORDER > PLACE ORDER. Pada bahagian Payment Option (lepas pilih item yang nak dibeli), pastikan pilih “Easy Payment Purchase (EPP)”, bukan “Full Payment”.
Kalau setuju dengan jadual bayaran yang dipaparkan tu, barulah klik “CONFIRM ORDER”. Jangan main-main tekan Confirm Order kalau belum nak buat belian, sebab sebarang cancellation akan dikenakan caj panelty 5%.
Step #3 – Buat Bayaran & Ambil Emas
Bila dah klik Confirm Order, cek email Proforma Invoice yang diterima daripada Public Gold. Kemudian terus buat bayaran kepada Public Gold ikut jadual yang ditetapkan, dan emailkan slip bayaran ke payment@publicgold.com.my berserta no. Proforma Invoice. Dah habis bayar, baru boleh datang ambil emas tu di cawangan Public Gold terdekat.
Peringatan PENTING, PENTING, PENTING: Pastikan simpan dan bawa slip bayaran ORIGINAL masa nak datang ambil emas nanti. Kalau buat online transfer, print je slip bayaran tu. Kalau yang bank-in di kaunter bank, atau buat ATM Transfer dan Cash Deposit Machine (CDM), slip original tu kena simpan dan serahkan masa datang ambil emas di office Public Gold.
Ini Video Tutorial sebagai panduan beli emas secara ansuran patuh shariah Easy Payment Purchase (EPP) Public Gold. Mudah-mudahan membantu.
Bagi pembeli emas di bawah bimbingan saya atau yang belum pernah membeli emas daripada Public Gold, kalau ada apa-apa persoalan, boleh contact saya atau isteri saya (Pn. Najdah) pada bila-bila masa. Klik www.wasap.my/60193368009 untuk wassap saya, atau klik www.wasap.my/60199272780 untuk wassap isteri saya.
Bagi yang sudah berdaftar di bawah mana-mana dealer, saya contact dealer masing-masing untuk dapatkan bimbingan.
Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, insyaAllah.
Zulkifli
Cyberjaya
16 Julai 2018
3 Zulkaedah 1439H
July 14, 2018
Seminar Emas Public Gold di Besut, Terengganu (Julai 2018)
Full-house! Kehadiran ke Seminar Bisnes Emas bersama saya di Besut, Terengganu memang betul-betul luar jangkaan penganjur. Penganjur jangka paling ramai pun dalam 40 orang yang hadir, tetapi jumlah yang hadir lebih 60 hingga terpaksa tambah kerusi dan buka satu lagi bilik untuk ikuti secara FB Live. Ada yang dari Besut dan Setiu Terengganu, dan ramai juga yang datang dari Kelantan.
Alhamdulillah, satu perkembangan positif untuk warga Besut. Saya datang untuk berikan semangat. InsyaAllah semangat ini akan diteruskan oleh team dealer Public Gold di Besut yang diketuai oleh En. Faizman, seorang anak muda yang mempunyai wawasan bersama Public Gold.
Seminar bermula tepat jam 10.30 pagi. Mana-mana seminar saya, memang akan bermula tepat mengikut jadual. Saya menghormati orang yang datang awal.
Dalam seminar ini, saya fokus bagaimana emas boleh membantu mengukuhkan kewangan, dan bagaimana memanfaatkan platform Public Gold untuk mencapai status kewangan yang dinamakan “financial freedom”.
Isteri saya sharing ringkas bagi peminat emas perhiasan, iaitu bagaimana menjana pendapatan sambil berhias dengan Aurora Italia.
Full-house!
Bilik utama seminar penuh. Hingga terpaksa buku satu lagi bilik untuk sebahagian lagi ikutinya melalui FB Live di skrin TV.
Mereka yang ikuti dari dari skrin TV. Bilik pun sangat selesa, terutamanya mereka yang bawa anak-anak.
Saya kagum dengan semangat mereka datang belajar. Menurut pihak penganjur, di Besut sangat kurang program-program begini. Jadi beliau berikan komitmen untuk adakan seminar emas Public Gold di Besut setiap bulan di tempat ini, insyaAllah.
Seminar di adakan di training centre bernama “Kampus” milik En. Faizman selaku penganjur seminar ini. Ia terletak di Pengakalan Nyireh, Besut, Terengganu.
Training centre ini sangat selesa bagi mengadakan apa-apa seminar. Setakat pengalaman saya, ini bilik seminar persendirian paling baik dan paling cantik pernah saya sampaikan seminar Public Gold. PA System pun saya bagus.
Antara peserta yang sangat excited datang belajar di seminar ini. Alhamdulillah.
Selain berpeluang grab promosi Public Gold, peserta berpeluang beli buku-buku tulisan saya dan mendapat tandatangan saya beserta kata-kata semangat.
Seminar di Besut ini, saya dan isteri naik flight dari KLIA ke Kota Bharu sehari sebelum seminar. Ini sebahagian catatan Travelog Dealer Public Gold… 
July 11, 2018
Kita Adalah Apa Yang Kita Fikir
Bagaimana kita melihat dunia, bergantung apa yang ada dalam fikiran kita. Kalau fikiran kita penuh dengan keindahan, kita akan nampak dunia ini serba indah. Dan begitulah sebaliknya…
Siapa yang selalu baca cerita gosip, berita negatif, berkawan dengan orang negatif, maka dia akan melihat dunia ini penuh dengan perkara negatif yang membuatkan hidupnya tak ceria. Kehidupannya dikelilingi segala perkara yang negatif disebabkan apa yang dia baca, apa yang dia lihat dan tonton, dan pergaulan sekelilingnya.
Seperti penggemar cerita seram dan cerita hantu. Dia takut keluar malam dan takut untuk ke tempat gelap sendirian sebab dia sentiasa terbayangkan hantu ada di mana-mana. Walaupun seumur hidup dia tak pernah jumpa hantu, tetapi dia sangat takut akan hantu tersebut! Walaupun pada hakikatnya hantu itu muncul di depan mata dia, tetapi hantu itu sebenarnya telah masuk dalam fikiran dia hasil movie hantu yang dia sendiri PILIH untuk menontonnya!…
Jadi bagaimana nak melihat dunia dengan penuh perkara positif dan kebaikan yang membuatkan hidup kita sentiasa opitimis dan ceria?
UBAH apa yang kita baca, apa yang kita lihat, apa yang kita tonton, apa yang kita dengar, dan dengan siapa kita bergaul!
Hentikan Yang Negatif
Pertama, PILIH untuk hentikan segala input negatif.
Saya mulakan azam hentikan semua input negatif sejak tahun 2009 lagi. Sejak dari itu, saya tak lagi ikuti rancangan TV atau menonton berita-berita di TV, ataupun berita dari news paper. Saya tak akan baca posting negatif yang lalu di news feed Facebook saya. Saya unfriend sesiapa sahaja yang suka letakkan posting negatif yang boleh mengganggu news feed saya dengan urus negatif, kebencian, perbalahan dan sebagainya. Saya tak akan lihat foto-foto negatif, dan saya tak akan klik video negatif yang lalu di wall saya. Semua posting dan link itu akan membuatkan sesiapa sahaja rasa lemah semangat, takut, sedih dan sebagainya.
Bagi saya, ia hanyalah pembaziran emosi yang kita tak mampu mengubahnya…
Kalau komputer kita install dengan berbagai-bagai jenis software anti-virus, spam filter dan sebagainya, bagi saya fikiran kita lebih berharga dari itu. Kita patut lindungi fikiran kita dari dimasukkan ‘sampah’ dan virus.
Masukkan Yang Positif
Kedua, PILIH untuk masukkan segala input positif. Hanya yang positif. Baca buku-buku dan posting motivasi, kewangan, dan kejayaan. Tonton video-video yang memberikan inspirasi dalam hidup. Dan yang penting juga, berkawan dengan orang berjaya dan kawan-kawan yang sentiasa positif.
Itulah yang akan mengubah perspektif kita tentang kehidupan dan membuatkan kita sentiasa ceria dan bersemangat untuk terus maju, insyaAllah.
Kita adalah apa yang kita fikir…
Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. (Hadits ditakhrij oleh Tirmidzi)
Cara Membentuk Mind Positif
Saya tertarik dengan video bertajuk “4 Cara Mengubah Mindset” oleh seorang motivator dari Indonesia ini. Pesanan beliau;
1. Baca yang positif saja
2. Harus ada figur yang sukses
3. Afirmasi diri
4. Dengar lagu positif saja
Apa yang kita baca, dengar dan lihat, itulah yang membentuk pola pikir kita. Jom tonton video ini.
Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Zulkifli
Cyberjaya, Malaysia
12 Julai 2018
28 Syawal 1439H
July 6, 2018
Majlis Rumah Terbuka Public Gold 2018 di HQ Penang
Setiap tahun Public Gold akan adakan majlis rumah terbuka. Tapi rumah terbuka ini hanya dijemput staff dan dealer Public Gold yang aktif sahaja. Sebagai dealer yang aktif, ini sebenarnya peluang untuk berjumpa dengan Pengasas Public Gold, iaitu Dato Wira Louis Ng dan Head of Branch (HOB) seluruh Malaysia.
Sejak join Public Gold pada tahun 2010, ini kali kedua saya hadiri Majlis Rumah Terbuka Public Gold yang diadakan di Global Business Centre (GBC) a.k.a HQ Public Gold yang terletak di Bayan Lepas, Penang. Kebetulan saya hadiri program yang dinamakan Public Gold Golden Tour (PGGT) bersama dengan tetamu istimewa saya yang datang dari jauh, iaitu team dealer Public Gold Indonesia di bawah bimbingan saya.
Program bermula jam 6.30 petang, program ini sebenarnya lebih kepada get together untuk staff dan dealer Public Gold yang aktif.
Tetamu saya dari Team Public Gold Indonesia diketuai oleh Ibu Ressy dan suaminya Pak Bachtiar yang datang dari Klaten, Indonesia. Kebetulan, dua staff Public Gold Indonesia yang baru, baru sahaja melaporkan diri iaitu Mbak Tyas dan Mbak Syuha.
Antara Head of Branch (HOB) a.k.a. Branch Manager Public Gold yang hadir pada malam tersebut. Dalam foto ini, Mr Evan (Ampang), Mr. Allan (Miri), Mr Roger (Bangi), dan Mr Maison (Kota Kinabalu).
Malam tersebut, terus buat sambutan Hari Lahir untuk Pengasas Public Gold, Dato Wira Louis Ng.
Saya dan isteri disediakan tempat di meja VVIP. Dalam foto ini, Datuk Wahab dan isterinya, Dato Wira Louis Ng dan isterinya Datin Yvonne Lim, En. Syukor (guru emas saya), dan kami suami isteri.
Antara dealer Public Gold aktif yang hadir pada malam tersebut.
Malam tersebut ada pertandingan karaoke. Ustaz Khairul Anuar Basri menang tempat pertama dan mendapat hadiah gold bar 1 gram!
Majlis selesai sekitar jam 9.30 malam. Semua peserta Golden Tour dibawa check-in di Eastin Hotel, bersebelah dengan Queensbay Mall. Hari tu saya sangat penat sebab keluar dari rumah seawal jam 4.00 pagi untuk kejar flight berlepas 5.40 pagi di KLIA.
June 24, 2018
Jangan Bazirkan Usia Pada Pekerjaan Yang Kita Tidak Suka Lakukannya!
Hidup 80 tahun, tetapi meluangkan masa 40 tahun untuk buat perkara yang kita tidak suka? Terpaksa buat hanya kerana terperangkap dengan pemikiran yang menganggap ia terpaksa dilakukan demi keperluan hidup dan untuk menjaga “takut nanti apa orang kata?”.
Selalu kita jumpa, orang suka bercakap “kerja kuat”, “sibuk kerja” dan jawatan dalam pekerjaan yang dilakukan dengan penuh bangga, walaupun pada hakikatnya dia laku semua itu sebab ‘terpaksa’ lakukan untuk terus hidup. Bukan disebabkan faktor dia suka lakukan. Kalau dia ada pilihan, dia tak nak buat semua itu.
Kehidupan begitu sebenarnya lebih sinonim kepada siapa yang ada beban hutang dan komitmen kewangan yang besar, yang dia sendiri menciptanya – sendiri cari penyakit. Makin lama bekerja, makin banyak hutang yang dia buat, maka makin beratlah beban kewangan yang dia tanggung seiring dengan bertambahnya beban kerja.
Hutang Itu Menjerat Kehidupan
Nak tukar kerja, susah nak cari pekerjaan yang sesuai dengan apa yang dia suka. Nak berhenti kerja, lagilah tak boleh. Hutang rumah, hutang Personal Loan, hutang kad kredit, pinjaman pelajaran, dan hutang beli kereta siapa nak bayar?
Dulu beli kereta kononnya sebab nak mudah pergi kerja, tetapi sekarang sudah terbalik. Dia terpaksa terus bekerja sebab nak ‘membela’ kereta yang dia beli itu. Asalnya kereta itu hanya hamba untuk memudahkan urusan kita, tetapi sekarang, kita itu sudah jadi tuan yang kita perlu menjaganya!
Video oleh Rob Dial ini sangat menarik untuk kita renungkan.
Apa yang dijelaskan oleh Rob Dial inilah antara semangat yang akan saya bawa dalam #BukuZeroHutangV3 yang sedang saya tulis sekarang. Iaitu bagaimana “pencen” di usia muda dan terus bekerja membina kehidupan yang kita impikan.
Dibayar Untuk Lakukan Apa Yang Kita Suka
Pencen bukan bermaksud tak ada kerja. Tetapi kita bekerja mengikut cara yang kita suka. Kita dibayar untuk buat apa yang kita suka!
Kita mungkin tak ada pangkat, tak ada nama, tak ada jawapan untuk soalan “kerja di mana?”, dan “apa jawatan sekarang?”. Tetapi kita happy dengan kehidupan sendiri.
Orang yang happy dengan kehidupan dan pekerjaan mereka; kegembiraan sebenar dia bukan lagi duit, tetapi mereka mencari makna hidup dalam apa yang dia usahakan. Duit akan tetap dia dapat, bahkan akan dapat lebih banyak apabila dia gembira dengan apa yang dia usahakan, insyaAllah.
Hidup ini bukan sekadar kerja cari duit dan bayar bil setiap bulan, tetapi ia satu perjuangan untuk membina kehidupan kekal selepas kematian nanti, insyaAllah.
Doakan saya dapat siapkan buku terbaru Zero Hutang 3.0 secepat mungkin, insyaAllah.
Siapa belum dapatkan lagi buku Misi Bebas Hutang (Zero Hutang 2.0) ini, dapatkan dari kedai buku Populor, MPH atau Kinokuniya terdekat. Harga cuma RM20 sahaja.
Zulkifli
Cyberjaya
24 Jun 2018
10 Syawwal 1439H
[Kredit foto : thesimpledollar.com]
June 19, 2018
Bina Pendapatan Kekal Dulu Sebelum Fikir Nak Bermewah-mewah
Pendapatan aktif maksudnya pendapatan berbentuk “ada kerja, ada duit. Tak ada kerja, tak ada duit”. Kita kena kerja keras dulu baru dapat duit. Istilah yang lebih tepat ialah “hard-earned income”. Pendapatan yang hanya kita dapat setelah bekerja keras. Suka atau tak suka, kita terpaksa bekerja.
Duit gaji, upah, komisyen dan sebagainya, itu dipanggil “hard-earned income”. Pendapatan begitu hanyalah kita akan dapat selagi mampu bekerja. Maka pendapatan macam itu kita boleh istilahkan sebagai PENDAPATAN SEMENTARA; ada kerja ada duit, tak ada kerja tak ada duit.
Jika hilang upaya untuk bekerja, pendapatan itu hilang! Walaupun pendapatan isu berjumlah puluhan ribu setiap bulan, jika berlaku sesuatu musibah yang menjejaskan keupayaan kita untuk bekerja, selaga-galanya kembali kepada KOSONG!
Membina Pendapatan Kekal
Orang bijak, dia tak akan guna pendapatan seperti itu untuk bermewah-mewah sebab dia tahu, pendapatan itu sifatnya sementara sahaja. Sebaliknya dia akan gunakan pendapatan untuk bina pendapatan pasif seperti tambah simpanan Tabung Haji atau Amanah Saham Bumiputra (ASB) supaya dapat dividen (pendapatan pasif) setiap tahun, atau beli hartanah yang boleh disewakan supaya dapat sewaan (pendapatan pasif), ataupun membina bisnes yang kukuh hingga bisnes tu boleh berjalan sendiri tanpa kita. Harta-harta itu semua akan menghasilkan pendapatan pasif dalam jangka panjang.
Bila jumlah harta itu semua dah cukup untuk jana pendapatan pasif yang cukup untuk keperluan hidup dia, selebihnya barulah sesuai kalau nak sedikit bermewah sebab kita bayarnya dengan PENDAPATAN KEKAL. Kita dapat terus nikmati pendapatan itu tanpa perlu bekerja keras lagi, insyaAllah.
Membina harta itu seperti menanam pokok durian.
Menanam Hari Ini, Tuai Hasilnya Esok
Kita mulakan tabiat menyimpan sebahagian pendapatan setiap bulan, itu ibarat mula menanam benih pokok durian itu. Setelah di tanam, letakkan baja dan disiram pokok sentiasa selama beberapa tahun sehinggalah pokok itu akhirnya besar. Teruskanlah menabung setiap bulan selama beberapa tahun hingga jumlah tabungan itu cukup besar. Jangan dicantas pokok itu walaupun ia belum lagi berbuah. Jangan dibelanjakan simpanan dan hasil keuntungan daripada simpanan itu selagi jumlahnya belum cukup besar. Ia perlukan masa untuk kita benar-benar dapat menikmati hasilnya.
Apabila pokok itu cukup besar dan menghasilkan buah yang cukup tanpa perlu kita siram lagi pokok itu, itulah pendapatan pasif yang boleh kita nikmati tanpa perlu kita menjaganya lagi.
Maka menanamlah hari ini. Jagalah pokok itu dengan baik, dan siramlah pokok itu dengan sabar. Satu hari nanti pasti kita akan menikmati hasilnya sepanjang hayat, insyaAllah.
Zulkifli
Jakarta Pusat
31 Mei 2018
15 Ramadhan 1438H
May 29, 2018
Berapa Banyakkah Harta Perlu Dimiliki Untuk Mencapai Kebebasan Kewangan?
“Tak kerja pun tapi ada duit”, status itu dinamakan “kebebasan kewangan” ataupun “financial freedom”. Semua orang yang bekerja pasti ada impian suatu hari nanti dia tidak lagi perlu bekerja, tetapi mempunyai pendapatan kukuh setiap bulan. Dan kita semua tahu, pasti satu hari nanti kita tak lagi mampu bekerja disebabkan faktor usia ataupun kesihatan. Jadi alangkah nikmatnya hidup kalaulah tak bekerja pun tetap ada duit (pendapatan) setiap bulan seperti orang pencen dari kerja kerajaan…
Walaupun ramai yang impikan pencen ketika usia pencen, tetapi hakikatnya, hanya segelintir sahaja yang benar-benar boleh ‘pencen’ ketika mencapai usia pencen. Bahkan ramai yang masih terpaksa bekerja atau mengharapkan bantuan anak-anak disebabkan kewangan yang belum lagi kukuh ketika usia pencen. Sebaliknya, kalau mempunyai kewangan kukuh di usia 30-an lagi, sebenarnya kita sudah boleh pencen. Iaitu pencen sebelum pencen! Tak bekerja pun tetap ada duit.
Jadi hakikat yang kita perlu tahu, pencen bukan tentang umur, tetapi tentang kedudukan kewangan.
Pendapatan Aktif vs Pendapatan Pasif
Persoalannya, kedudukan kewangan yang bagaimana yang membolehkan kita pencen?
Asasnya, kita boleh pencen sekitarnya mempunyai pendapatan pasif (seperti duit pencen kerajaan) melebihi kos sara hidup. Kalaulah kos sara hidup sekeluarga hanyalah RM4,500, maka dengan memiliki pendapatan pasif RM5,000 setiap bulan pun sudah membolehkan kita pencen.
Orang yang mencapai financial freedom tidak semestinya mempunyai pendapatan besar. Tetapi yang lebih penting pendapatan itu bersifat pasif, iaitu dia mendapat pendapatan itu tanpa perlu bekerja. Sebaliknya, orang yang berpendapatan sebesar RM50,000 (pendapatan aktif) sebulan pun tidak semestinya sudah mencapai kebebasan kewangan. Hari ini dia mendapat pendapatan sebesar itu, tetapi kalau tiba-tiba hilang pekerjaan ataupun hilang upaya untuk bekerja, semuanya akan kembali kepada KOSONG!
Sebab itu, seorang penasihat kewangan pernah memberitahu saya, nilai pendapatan pasif RM1,000 sebulan lebih besar berbanding gaji (pendapatan aktif) RM10,000 sebulan. Kenapa? RM1,000 sebulan itu terus akan kita dapat walaupun tidak lagi bekerja, sebaliknya pendapatan RM10,000 akan kembali kepada kosong kalau apa-apa terjadi!
Pendapatan pasif itu pendapatan kekal. Manakala pendapatan aktif itu hanya pendapatan sementara. Kita dapat menikmatinya sementara kita masih ada upaya untuk bekerja.
Jumlah Harta Yang Perlu Dimiliki
Andaikata pendapatan pasif RM5,000 sudah cukup untuk membolehkan pencen dengan kehidupan sederhana – tidak kaya dan tidak miskin – maka kita perlukan pendapatan pasif RM60,000 setahun (RM5,000 x 12 bulan).
Persoalan seterusnya, bagaimana mahu dapat sumber pendapatan RM60,000 tanpa perlu bekerja?
Ada banyak sumber, tetapi sumber yang ramai orang tahu seperti memiliki hartanah dah disewakan atau meletakkan duit dalam akaun seperti Tabung Haji atau Amanah Saham Bumiputra (ASB). Dengan sumber itu, kalau tak bekerja pun kita masih dapat pendapatan berbentuk sewaan setiap bulan atau dividen atas simpanan tersebut setiap tahun.
Kalau di Malaysia, saya boleh katakan, purata keuntungan daripada pelaburan itu sekitar 5% setahun. Ia pelaburan yang rendah risiko dan sesuai untuk ramai orang kurang mahir selok belok pelaburan. Maka dengan andaian keuntungan 5%, maka kita perlu memiliki jumlah harta bernilai RM1.2 juta (RM60,000 ÷ 5%)! Harta itu mestilah boleh menjana pendapatan seperti sewaan hartanah ataupun dividen atas simpanan. Simpan emas tidak termasuk.
Maka kalau pendapatan pasif RM5,000 sudah mencukupi untuk ‘pencen’, maka kenalah berkerja keras dari sekarang untuk mengumpul dan membina harta sehingga cukup RM1.2 juta. Tak kisah berapa pun umur, asalkan dapat mencapai harta bersih sebanyak RM1.2 juta, kita sudah boleh pencen. Sesiapa perlukan pendapatan pasif lebih besar, maksudnya dia perlukan harta lebih banyak.
Kalau ketika umur 30-an pun sudah memiliki harta sebanyak itu, maka kita sudahpun boleh pencen. Kita boleh pencen sebelum umur pencen. InsyaAllah.
Mulakan Menabung Hari Ini
Jadi perkara pertama untuk mencapainya ialah meletakkan target itu terlebih dahulu. Itulah yang saya buat ketika sedar tentang perkara ini walaupun ketika itu, pendapatan saya masih lagi di bawah paras kemiskinan sedangkan hutang-hutang saya pun masih belum habis di bayar. Saya tulis matlamat itu dan saya tampalnya di workstation pejabat, dan juga dalam bilik tidur saya.
Saya lihat target itu setiap hari sampai ianya masuk dalam sub-concious mind saya. Impian saya, saya mahu mencapai kebebasan kewangan, bukan sekadar dapat kenaikan gaji lebih besar. Maka apa sahaja yang menghalang saya untuk mencapai impian tersebut, saya tolak ketepi sahaja. Bahkan ada ketikanya, saya terpaksa tolak tawaran kerja baru dengan gaji lebih besar hanya disebabkan kerja baru itu boleh melambatkan usaha saya untuk mencapai impian itu!
Bila sudah meletakkan target yang jelas, seterusnya mulakan menabung sebahagian daripada pendapatan setiap bulan secara berdisiplin. Kena ingat, apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain lebih kaya. Sebaliknya apa yang kita simpan, itulah yang membuatkan kita bertambah kaya. Maka selagi tak dapat disiplinkan diri menyimpan setiap bulan, selagi itulah tak akan bertambah kaya! Apatah lagi nak mencapai kebebasan kewangan…
Walaupun menabung daripada duit gaji sahaja sebenarnya tidak cukup, tetapi itu perkara paling asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Bila dah dapat disiplinkan diri menyimpan setiap bulan, barulah cari jalan bagaimana nak mengembangkan lagi wang simpanan itu dengan lebih cepat. Sebaik-baiknya kembangkan duit simpanan itu melalui bisnes, bukan dengan pelaburan.
InsyaAllah.
Zulkifli
Jakarta Pusat
30 Mei 2018
15 Ramadhan 1439H
Mohd Zulkifli Shafie's Blog
- Mohd Zulkifli Shafie's profile
- 9 followers

