Mohd Zulkifli Shafie's Blog, page 61
June 10, 2021
Kami Bantu Mereka Yang Gaji Kecil, Banyak Hutang, dan Juga Yang Dah Kaya
Bukan sekadar simpan emas, dan bukan sekadar buat duit geli-geli. Itu bukan maklamat akhir kami.
Matlamat kami ialah nak bantu mereka (customer dan dealer #PublicGold di bawah G100 Network) mencapai Ultimate Financial Freedom - tak bekerja pun ada duit.
Itulah kemuncak tertinggi bagi sesiapa yang mempunyai cita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam kewangan.
Tak Kira Apa Latar BelakangTak kira apa pun latarbelakang mereka, asalkan mereka sanggup untuk belajar dan berusaha, kami akan bantu. InsyaAllah.
[…]The post Kami Bantu Mereka Yang Gaji Kecil, Banyak Hutang, dan Juga Yang Dah Kaya appeared first on MohdZulkifli.Com.
Kami Bantu Mereka Yang Gaji Kecil, Yang Banyak Hutang, dan Juga Yang Dah Kaya
Bukan sekadar simpan emas, dan bukan sekadar buat duit geli-geli. Itu bukan maklamat akhir kami.
Matlamat kami ialah nak bantu mereka (customer dan dealer #PublicGold di bawah G100 Network) mencapai Ultimate Financial Freedom - tak bekerja pun ada duit. (Itu kemuncak dalam level kewangan)
Tak Kira Apa Latar Belakang [image error]Tak kira apa pun latarbelakang mereka, asalkan mereka sanggup untuk belajar dan berusaha, kami akan bantu.
" Kami sentiasa merangka program untuk membuka jalan serta memudahkan setiap dari mereka bagi mencapai matlamat kewangan mereka".
Maka salah satu inisiatif kami ialah berkolobrasi dengan FAR Capital, iaitu pemain besar dalam bidang hartanah.
G100 bukan ejen hartanah!
Tetapi kami adalah dealer PG. Itu memang jelas. Kami langsung tak buat duit dengan kolobrasi ini.
Tetapi dengan kolobrasi ini, matlamat kami ialah memperkukuhkan kewangan dealer dan customer Public Gold yang bersama kam
Membantu Master Dealer KamiKetika permulaan kepada kolobrasi ini, apabila kami dapati:
Master Dealer (MD) yang bersama kami mempunyai passive income yang lumayan, dan kelayakan untuk mendapatkan pinjaman bank i.e. Loan Eligibility (LE) yang tinggi.
Tetapi ia tidak dimanfaatkan secara optimum. Itu satu kerugian.
[image error]Terus menyimpan emas berkilo-kilo dan mensia-siakan peluang lain yang ada.
Bagi kami bukanlah satu tindakan yang bijak kerana mereka semua (MD) sudah pun mempunyai jumlah simpanan yang cukup dan kukuh, sekurang-kurangnya berjumlah 6 - 12 bulan gaji.
Dan mereka juga mempunyai passive income yang lumayan. Maka dengan kolobrasi ini, mereka dapat :
1. Manfaatkan Kedudukan Kewangan Yang Baik
Dengan kembangkan kekayaan dalam hartanah tanpa perlu sibuk dengan pelaburan hartanah.
2. Ilmu Dan Pengalaman Mahal dari FAR Capital
Kami outsource-kan saja, disamping dapatkan ilmu dan pengalaman yang mahal dari FAR Capital.
3. Fokus Pandaikan Masyarakat
Kami mahu mereka (para MD) terus fokus pandaikan masyarakat tentang emas, dan biarkan FAR Capital uruskan hal hartanah mereka.
Membantu Mereka Yang Banyak HutangKedua, kami dapati sebahagian para Pre-MD (bakal Master Dealer) #PGG100Network, mempunyai jumlah hutang yang besar dan komitmen ansuran bulanan yang tinggi.
[image error]Maka dengan bantuan FAR Capital:
Kami bantu mereka selesaikan masalah hutang yang tinggi, dan terus perbaiki status kewangan mereka sebelum mereka mencapai level MD.
Bila mereka buat keputusan untuk bertukar kerjaya dari makan gaji kepada membina bisnes PG sepenuh masa suatu hari nanti, mereka sudah pun bersedia dari sudut kewangan.
Kami mahu Checklist Kewangan mereka sudah lengkap sebelum mereka menyerahkan surat perletakan jawatan dan menikmat hidup sebagai seorang yang bebas - Financial Freedom!
InsyaAllah.
Membantu Mereka Yang Berpendapatan RendahKetiga (dan terakhir),
Kami dapati sebahagian bakal MD kami adalah mereka yang berpendapatan kecil.
Golongan B40. Nak beli hartanah, tapi pendapatan kecil dan bank pun tak pandang.
Maka kami susun strategi memperbesarkan pendapatan mereka melalui bisnes PG. Sambil simpan emas, sambil pandaikan orang lain tentang emas.
Mereka boleh tingkatkan pendapatan (pasif) sebanyak RM5,000 sebulan hanya dalam masa 18 bulan (dari sekarang), dan RM10,000 sebulan dalam tempoh 3 tahun.
Syaratnya hanya satu, iaitu:
Komited untuk belajar dan berusaha berdasarkan program yang kami susun.
Tempoh 18 bulan dan 3 tahun itu adalah sangat munasabah berdasarkan pengalaman kami sebelum ini.
Ia tak cepat, dan tak lambat.
Yang dapat pendapatan pasif lebih RM10,000 sebulan dalam tempoh kurang 12 bulan, dan RM50,000 sebulan kurang dari 3 tahun pun kami ada rekod.
Tapi hanya untuk mereka yang betul-betul sanggup untuk kerja gila-gila saja.
Misi 1000 Master Dealer Sebelum 2024Jadi bersama G100,
Kami bukan saja mendidik tentang simpanan emas, tetapi kami menyediakan platform paling mudah, paling murah, dan paling cepat untuk anda mencapai Financial Freedom.
Kami mahu 1,000 orang mencapai Financial Freedom (level Master Dealer) bersama kami menjelang tahun 2024.
Itulah misi kami.
Pendek kata, mereka yang banyak hutang, kami bantu. Mereka yang berpendapatan kecil, kami bantu.
Dan yang sudah kaya pun kami bantu. InsyaAllah
Itulah G100 Network.
YOUR ULTIMATE FINANCIAL FREEDOM BEGINS HERE!
[image error]Terima kasih kepada lebih 150,000 customer Public Gold yang mempercayaai kami.
The post Kami Bantu Mereka Yang Gaji Kecil, Yang Banyak Hutang, dan Juga Yang Dah Kaya appeared first on MohdZulkifli.Com.
June 7, 2021
Bebas Kewangan, 3 Hingga 5 Tahun Dari Sekarang!
Macam-macam dah belajar teknik kewangan dan kekayaan, tapi dengan peningkatan kos sara hidup lebih cepat daripada kenaikan gaji, akhirnya "bebas kewangan" hanya terbiar sebagai impian yang nampaknya mustahil untuk dicapai.
Itu apa yang pernah saya fikir suatu ketika dulu.
"Bebas Kewangan" hanyalah untuk golongan 'kayangan', bukan untuk golongan yang duit gaji cukup-cukup makan setiap bulan. Bukan untuk rakyat marhaen seperti saya.
[…]The post Bebas Kewangan, 3 Hingga 5 Tahun Dari Sekarang! appeared first on MohdZulkifli.Com.
Bebas Kewangan, 3 Hingga 5 Tahun Dari Sekarang
Macam-macam dah belajar teknik kewangan dan kekayaan, tapi dengan peningkatan kos sara hidup lebih cepat daripada kenaikan gaji, akhirnya "bebas kewangan" hanya terbiar sebagai impian yang nampaknya mustahil untuk dicapai.
Itu yang saya pernah fikir dulu.
"Bebas Kewangan" hanyalah untuk golongan kayangan, bukan untuk golongan yang duit gaji cukup-cukup makan setiap bulan. Bukan untuk rakyat marhaen seperti saya.
Demi Isteri Dan Anak-anakTapi bila membayangkan masa depan isteri (yang hanya suri rumah tidak berpendapatan) dan anak-anak yang ramai sekiranya apa-apa terjadi kepada saya, maka saya tak ada pilihan lain. Saya mesti capai "Financial Freedom".
Saya mahukan jaminan buat isteri dan anak-anak yang saya cintai.
Maka macam-macamlah teknik kewangan saya belajar. Macam-macam bisnes yang saya dah buat. Boleh rujuk artikel saya tentang pengalaman saya buat dan belajar bermacam bisnes sebelum ini.
Jalan Paling Mudah dan Pantas Untuk Bebas Kewangan [image error]Pelbagai pengalaman jatuh bangun yang saya lalui. Akhir sekali cita-cita "Financial Freedom" itu jadi realiti ketika usia saya 33 tahun.
Syukur kepada Allah yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah.
Buat semua follower saya, saya rasa selfish kalau saya sorokkan rahsia ini. Iaitu "bullet train" yang sudah saya bina bersama team #PGG100Network bagi memudahkan mencapai "Financial Freedom"
Ini Bukan HypeSaya tidak sukakan hype!
Tapi kami sudah ada bukti hidup yang jalan kami sediakan ini adalah terbukti membantu rakyat marhaen pun boleh mencapai "Financial Freedom" dengan cara lebih cepat dan lebih mudah.
Boleh menonton FB Live dari dua orang mentee saya yang bermula dari 5 tahun lalu, ketika mereka berdua masih seorang pelajar
Tak perlu tunggu 30 tahun bekerja barulah boleh "pencen".
Tak perlu struggle sampai 10 - 15 tahun untuk capai Financial Freedom. 3 - 5 tahun sudah memadai. Syaratnya, sanggup belajar dan berusaha.
Dengan platform PublicGold bersama sistem sokongan G100 Network, bukan lagi persoalan boleh atau tak boleh. Tapi nak atau tak nak. Sanggup atau tak sanggup.
Rahsianya, kami akan dedahkan dalam program yang dinamakan Mini PLT (PG Leadership Training).
The post Bebas Kewangan, 3 Hingga 5 Tahun Dari Sekarang appeared first on MohdZulkifli.Com.
June 1, 2021
Bila Tak Ada Duit, Pergi Cari Ilmu. Bukan Melabur.
Bila tak ada duit, caranya bukan melabur, apatah lagi mengeluh tentang gaji atau mengumpat tentang boss dan majikan… Sebaliknya cari lebih banyak ilmu dan explore peluang-peluang bisnes untuk tambah pendapatan.
Ilmu itulah nanti yang akan membuka jalan untuk kita jadi kaya.
Saya pernah hidup sebagai miskin bandar di Kuala Lumpur. Bukan sekadar gaji kecil dan tak ada harta, tetapi lebih menekan ialah ada hutang yang banyak.
Duit gaji tolak dengan perbelanjaan, bakinya negatif! Aliran tunai negatif. Jumlah harta tolak jumlah hutang, bakinya adalah hutang! Maksudnya bukan sekadar pendapatan bulanan tak cukup, ada hutang lagi nak kena bayar!
Nak harapkan kenaikan gaji? Bertuah sangat kalau dapat kenaikan gaji RM200 setahun.
Kos sara hidup naik dari tahun ke tahun sangat cepat dengan pertambahan anak setiap 18 – 24 bulan seorang. Aduh… Gaji bergerak macam siput, tapi perbelanjaan menyondol macam babi! Siput dan babi…
Jadi apa yang saya buat? Cari ilmu…
Di sebalik kesusahan, Allah tunjukkan jalan.
Allah bagi kesusahan untuk ajar erti kepandaian dan ketabahan. Ketika susah itulah saya cari jalan dengan membaca buku-buku kewangan.
Antara buku yang mengubah hidup saya ialah buku “Jutawan Dari Planet Jupiter”, tulisan mentor kewangan no. 1 Malaysia, iaitu Tuan Azizi Ali. Dan lagi satu ialah “Jutawan Senyap” tulisan seorang jutawan bisnes makan, Chef Li (Dato Dr Rusly Abdullah).
Antara buku yang telah mengubah hidup saya. Buku “Jutawan Senyap” dan “Jutawan Dari Planet Jupiter”. Buku Jutawan Dari Planet Jupiter versi 2021, boleh dapatkan di PG Mall. KLIK DI SINI.Kedua ialah hadiri seminar-seminar bisnes. Lepas saya buat banyak kesilapan-kesilapan bodoh dalam bisnes, saya angkat tangan! Saya rehat dari bisnes beberapa ketika dan pergi cari ilmu. Saya banyar yuran kecerdikan yang tinggi supaya elak membayar yuran kebodohan yang mahal!
Ini antara fail kursus yang masih saya simpan dengan baik.
Beberapa siri kursus bersama Chef Li tahun 2006 – 2007 dulu untuk belajar cara buat duit dengan bisnes makanan dari rumah. Belajar ilmu bisnes makanan dengan jutawan dalam bisnes makanan. Dato Dr Rusly Abdullah, penulis buku “Jutawan Senyap”.
Ketika tu, saya masih dalam usaha bebaskan dari dari hutang. Saya tak mengharapkan kenaikan gaji sebab itu di luar kawalan saya. Sebaliknya cari jalan besarkan pendapatan dengan mencari peluang-peluang bisnes.
Hasil dari ilmu beliau, alhamdulillah saya dan isteri dapat buat pendapatan sampingan yang agak lumayan. Antara yang saya masih ingat, setiap kali musim raya, isteri saya dapat buat ‘duit raya’ at least RM3,000 – RM4,000 dalam tempoh hanya 2 minggu!
Alhamdulillah.
Secara peribadi, saya tak melabur waktu tak ada duit. Pelaburan saya hanyalah ilmu. Beli buku-buku kewangan dan hadir ke seminar dan bengkel bisnes.
Bila ada ilmu, dan “pendapatan” di dalam kawalan kita sendiri, itulah waktunya kita layak untuk melabur. Melabur dengan senang hati tanpa ada sebarang tekanan untuk mendapat keuntungan besar dalam pelaburan.
Hakikat yang perlu kita tahu, untung dalam pelaburan sangatlah kecil berbanding dengan perniagaan. Untung 20% dalam pelaburan dianggap luar biasa. Tapi untung 200% dalam bisnes itu biasa-biasa saja.
Orang kaya-kaya melabur sebab ada duit lebih, bukan sebab nak cari duit lebih. Kalau tak ada duit lebih, caranya pergi cari ilmu, explore peluang bisnes, dan tingkatkan kemahiran diri supaya orang bisnes (majikan) sanggup bayar kita dengan gaji yang lebih mahal.
Tak akan sama orang berilmu dengan yang tak berilmu.
Ada ilmu, duit akan datang. Tak ada ilmu, duit yang ada pun akan hilang!
Mohd Zulkifli ShafieCyberjaya, Selangor
1 Jun 2021 / 20 Syawal 1442H
#MotivasiKewangan #BukuMisiBebasHutang
The post Bila Tak Ada Duit, Pergi Cari Ilmu. Bukan Melabur. appeared first on MohdZulkifli.Com.
May 31, 2021
Ubah Impian, Ubah Masa Depan!
Ubah impian, ubah masa depan. Bukan tentang kita, tapi demi anak-anak. Itulah jiwa seorang ayah. Sentiasa bekerja keras dan beri nasihat terbaik demi melihat kejayaan anak-anak.
Malam Khamis yang lepas iaitu 27 Mei 2021, sessi khusus dengan anak-anak saya yang dah besar dalam #PGG100Network, iaitu yang dah capai level MD (Master Dealer). Sebulan sekali kami akan berkumpul. Untuk muhasabah diri dan saling ingat mengingati dalam program "MD Training".
Malam kelmarin kami bincang tentang DREAM, DECISION & DETERMINATION. Itu topik yang saya sendiri pilih untuk mereka.
Impian Saya Untuk Mereka3 tahun akan datang saya mahu melihat mereka semua capai tahap yang seterusnya dalam bisnes dan juga kehidupan. Bukan sekadar selesa dengan apa yang mereka dah capai hari ini.
[image error] [image error] [image error]Tapi untuk mengubah masa depan, perlu bermula dengan mengubah saiz impian hidup dulu. Apa yang mereka lihat pencapaian G100 Network hari ini, bukanlah sesuatu yang kebetulan. Tetapi ia impian yang sentiasa saya sebut-sebutkan sejak tahun 2016 lagi.
Waktu itu mereka belum nampak, tapi ia sudah jelas dalam fikiran saya. Dan saya sangat percaya, ianya akan jadi realiti. Dan hari ini mereka bercakap, apa yang sentiasa saya sebut-sebutkan dulu sudah pun menjadi realiti, satu per satu. Alhamdulillah.
Ubah Impian, Ubah Masa DepanMaka begitu jugalah tentang masa depan mereka.
Bagaimana masa depan mereka 3 - 5 tahun akan datang, sangat bergantung kepada saiz impian mereka pada hari ini. Maka saya berikan peringatan supaya mereka semua meletakkan impian, membuat keputusan, seterusnya mengambil tindakan dengan penuh keazaman hari ini.
[image error]InsyaAllah 3 - 5 tahun akan datang, bisnes dan kehidupan mereka akan meningkat ke tahap seterusnya. Keputusannya di tangan mereka.
Saya bukan boss. Saya cuma seorang guru, mentor dan 'bapa' yang akan buat yang terbaik demi kejayaan anak-anak. Masa depan mereka, merekalah yang kena buat pilihan sendiri.
"𝘽𝙞𝙜 𝙥𝙚𝙤𝙥𝙡𝙚 𝙝𝙖𝙫𝙚 𝙗𝙞𝙜 𝙙𝙧𝙚𝙖𝙢𝙨, 𝙖𝙣𝙙 𝙨𝙢𝙖𝙡𝙡 𝙥𝙚𝙤𝙥𝙡𝙚 𝙝𝙖𝙫𝙚 𝙨𝙢𝙖𝙡𝙡 𝙙𝙧𝙚𝙖𝙢𝙨. 𝙄𝙛 𝙮𝙤𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙩 𝙩𝙤 𝙘𝙝𝙖𝙣𝙜𝙚 𝙬𝙝𝙤 𝙮𝙤𝙪 𝙖𝙧𝙚, 𝙗𝙚𝙜𝙞𝙣 𝙗𝙮 𝙘𝙝𝙖𝙣𝙜𝙞𝙣𝙜 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙞𝙯𝙚 𝙤𝙛 𝙮𝙤𝙪𝙧 𝙙𝙧𝙚𝙖𝙢" - 𝙍𝙞𝙘𝙝 𝘿𝙖𝙙, 𝙏𝙝𝙚 𝘽𝙪𝙨𝙞𝙣𝙚𝙨𝙨 𝙎𝙘𝙝𝙤𝙤𝙡 𝙛𝙤𝙧 𝙋𝙚𝙤𝙥𝙡𝙚 𝙒𝙝𝙤 𝙇𝙞𝙠𝙚 𝙃𝙚𝙡𝙥𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙤𝙥𝙡𝙚
#NextMohdZulkifli #RoadTo1000MD
The post Ubah Impian, Ubah Masa Depan! appeared first on MohdZulkifli.Com.
Ubah Impian, Ubah Masa Depan
Ubah impian, ubah masa depan. Bukan tentang kita, tapi demi anak-anak. Itulah jiwa seorang ayah. Sentiasa bekerja keras dan beri nasihat terbaik demi melihat kejayaan anak-anak.
Malam Khamis yang lepas iaitu 27 Mei 2021, sessi khusus dengan anak-anak saya yang dah besar dalam #PGG100Network, iaitu yang dah capai level MD (Master Dealer). Sebulan sekali kami akan berkumpul. Untuk muhasabah diri dan saling ingat mengingati dalam program "MD Training".
Malam kelmarin kami bincang tentang DREAM, DECISION & DETERMINATION. Itu topik yang saya sendiri pilih untuk mereka.
Impian Saya Untuk Mereka3 tahun akan datang saya mahu melihat mereka semua capai tahap yang seterusnya dalam bisnes dan juga kehidupan. Bukan sekadar selesa dengan apa yang mereka dah capai hari ini.
[image error] [image error] [image error]Tapi untuk mengubah masa depan, perlu bermula dengan mengubah saiz impian hidup dulu. Apa yang mereka lihat pencapaian G100 Network hari ini, bukanlah sesuatu yang kebetulan. Tetapi ia impian yang sentiasa saya sebut-sebutkan sejak tahun 2016 lagi.
Waktu itu mereka belum nampak, tapi ia sudah jelas dalam fikiran saya. Dan saya sangat percaya, ianya akan jadi realiti. Dan hari ini mereka bercakap, apa yang sentiasa saya sebut-sebutkan dulu sudah pun menjadi realiti, satu per satu. Alhamdulillah.
Ubah Impian, Ubah Masa DepanMaka begitu jugalah tentang masa depan mereka.
Bagaimana masa depan mereka 3 - 5 tahun akan datang, sangat bergantung kepada saiz impian mereka pada hari ini. Maka saya berikan peringatan supaya mereka semua meletakkan impian, membuat keputusan, seterusnya mengambil tindakan dengan penuh keazaman hari ini.
[image error]InsyaAllah 3 - 5 tahun akan datang, bisnes dan kehidupan mereka akan meningkat ke tahap seterusnya. Keputusannya di tangan mereka.
Saya bukan boss. Saya cuma seorang guru, mentor dan 'bapa' yang akan buat yang terbaik demi kejayaan anak-anak. Masa depan mereka, merekalah yang kena buat pilihan sendiri.
"𝘽𝙞𝙜 𝙥𝙚𝙤𝙥𝙡𝙚 𝙝𝙖𝙫𝙚 𝙗𝙞𝙜 𝙙𝙧𝙚𝙖𝙢𝙨, 𝙖𝙣𝙙 𝙨𝙢𝙖𝙡𝙡 𝙥𝙚𝙤𝙥𝙡𝙚 𝙝𝙖𝙫𝙚 𝙨𝙢𝙖𝙡𝙡 𝙙𝙧𝙚𝙖𝙢𝙨. 𝙄𝙛 𝙮𝙤𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙩 𝙩𝙤 𝙘𝙝𝙖𝙣𝙜𝙚 𝙬𝙝𝙤 𝙮𝙤𝙪 𝙖𝙧𝙚, 𝙗𝙚𝙜𝙞𝙣 𝙗𝙮 𝙘𝙝𝙖𝙣𝙜𝙞𝙣𝙜 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙞𝙯𝙚 𝙤𝙛 𝙮𝙤𝙪𝙧 𝙙𝙧𝙚𝙖𝙢" - 𝙍𝙞𝙘𝙝 𝘿𝙖𝙙, 𝙏𝙝𝙚 𝘽𝙪𝙨𝙞𝙣𝙚𝙨𝙨 𝙎𝙘𝙝𝙤𝙤𝙡 𝙛𝙤𝙧 𝙋𝙚𝙤𝙥𝙡𝙚 𝙒𝙝𝙤 𝙇𝙞𝙠𝙚 𝙃𝙚𝙡𝙥𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙤𝙥𝙡𝙚
#NextMohdZulkifli #RoadTo1000MD
The post Ubah Impian, Ubah Masa Depan appeared first on MohdZulkifli.Com.
May 26, 2021
Pajak Emas atau Jual Emas. Mana Yang Lebih Baik?
Kalau nak pakai duit segera, tak semestinya kena jual emas dalam simpanan. Pajak emas kita pun boleh.
Urusan gadaian emas kita di ar-rahnu ambil masa hanya beberapa minit je untuk dapatkan tunai segera.
Tapi persoalannya, yang mana lebih baik?
Periksa Tahap Kewangan, Sebelum Pajak atau Jual Emas [image error]Kalau nak pakai duit segera dan mampu untuk tebus balik dalam waktu 6 bulan, semestinya saya syorkan ar rahnu kan sahaja.
Ini disebabkan kosnya lebih murah dari kos jual.
Perangai penyimpan emas ni, bila dah jual emas, dia akan cari duit lain untuk beli balik jumlah emas yang dia pernah jual. Dia tak senang hati kalau emasnya berkurang.
Kecuali, apabila kita rasakan, memang tak akan mampu untuk tebus semula emas yang kita pajak.
Lebih baik jual sahaja.
Kos Jual Emas Lebih Mahal Berbanding PajakApabila kita jual emas, kita akan dikenakan kos spread, iaitu beza "harga Sell" dan "harga Buy". Kalau emas PG, spreadnya mencecah 9% (maksimum).
Sedangkan kos pajak hanyalah sekitar 1.15% sebulan.
Kos Ar Rahnu Emas1.15% sebulan
6 bulan = 6.9%
12 bulan =13.8%
Kalau tempoh 6 bulan, kosnya baru 6.9% (1.15 x 6 bulan).
Maksudnya kalau pajak, kita jimat 2.1% (9% - 6.9%) berbanding jual dulu lepas tu cari duit lain untuk beli balik.
Tapi kalau dapat tebus emas tu balik dalam tempoh lebih 6 bulan (tapi kurang 12 bulan) pun bagi saya masih berbaloi.
Kos Ar Rahnu vs Kos JualPajak Tempoh 6 Bulan = 6.9%
Spread Emas = 9%
Beza (9%-6.9%) = 2.1%
Walaupun kos pajakan lebih mahal, tapi kita akan cari duit juga untuk pastikan dapat tebus balik emas tu. Akhir sekali emas tu kembali sepenuhnya jadi milik kita.
Itu lebih baik berbanding jual emas tapi tak berganti balik.
Ikut Keselesaan SendiriJadi, sebelum ar rahnukan emas.
Pastikan terlebih dahulu, kita mampu tebus balik ke tak dalam tempoh 12 bulan?
Kalau memang langsung tak mampu, boleh jual sahaja.
Jika sebaliknya, pajak lebih baik kerana, ia akan menyembabkan simpanan kita tidak terjejas, kerana kita akan dapat kembali emas kita tadi.
Boleh juga baca artikel tentang persepsi pajak emas yang telah dihuraikan sebelum ini.
Siapa sini ada pengalaman pajak emas?
Boleh kongsikan pengalaman?
The post Pajak Emas atau Jual Emas. Mana Yang Lebih Baik? appeared first on MohdZulkifli.Com.
May 20, 2021
Buat Majlis Ilmu Sendiri Di Rumah, Bukan Harapkan Ustaz atau Ustazah
Ta’lim. Inilah perkara penting yang saya buat untuk jaga isteri dan anak-anak saya.
Setelah saya baca buku-buku tulisan Ustaz Ebit Liew ketika dalam penjara, saya sedar, selama ini saya terlepas pandang perkara penting dalam keluarga, iaitu mengajar isteri dan anak-anak tentang agama secara rutin, setiap hari.
Sessi itu dipanggil “ta’lim”. Majlis ilmu, majlis tazkirah, majlis nasihat menasihati tentang agama. Jadi sejak saya kembali kepada keluarga, rutin setiap kali lepas solat Subuh berjemaah, kami adakan “ta’lim”.
Solat berjemaah 5 waktu adalah wajib untuk kami 10 beranak. Dan majlis ta’lim setiap pagi juga wajib untuk semua.
Walaupun waktu isteri dan anak-anak dara saya datang period, mereka tetap kena bangun Subuh untuk ikuti ta’lim lepas solat subuh berjemaah.
Itu majlis ilmu wajib setiap hari.
Pengalaman saya berjumpa dengan perompak-perompak dalam penjara, saya dapati mereka semua adalah orang yang cerdik. Mereka bukan orang bodoh. Maksudnya kalau exam, mereka dapat skor A atau A+!
Tapi cerdik tanpa agama, tanpa ada rasa takut pada Tuhan, itu bahaya! Mereka akan jadi perosak dalam masyarakat. Kalaupun berjawatan tinggi, mereka akan buat banyak kerosakan.
Hidup tak kenal Tuhan ibarat kereta tak ada brek. Semua benda boleh dia langgar!
Jadi sebahagian mereka yang saya kenal, hanya mula kenal agama waktu dalam penjara, terutamanya mereka yang di tempatkan bersama kami, tahanan SOSMA.
Dalam penjara itulah baru mereka belajar solat dan belajar Al-Quran bermula dengan Iqra.
Jadi bila bebas dari penjara, antara misi utama saya ialah jaga dan memperbetulkan keluarga saya sendiri. Dan ia mesti diprogramkan.
Time block untuk keluarga; solat berjemaah 5 waktu, ikuti majlis ta’lim setiap kali lepas solat Subuh, dan makan bersama. Itu waktu semua ahli keluarga akan berkumpul.
PKP ni juga satu peluang yang baik sebab semua ahli keluarga ada di rumah.
Setiap hari, ahli keluarga akan mendengar beberapa hadis dan beberapa potong ayat Al-Quran sebagai peringatan… Gurunya adalah saya sendiri.
Kesilapan saya dulu, saya fikir untuk bentuk keluarga ialah dengan menswastakan kepada orang lain iaitu Ustaz dan Ustazah. Itu silap!
Sebagai imam besar dalam keluarga, tanggungjawab itu adalah dibahu saya sendiri. Saya mesti belajar dan faham agama, kemudian sampaikan kepada isteri dan anak-anak saya.
Alhamdulillah, sebenarnya anak-anak ada banyak persoalan tentang agama. Dan majlis ta’lim itulah tempat merungkaikan persoalan-persoalan mereka.
Salah satu nikmat besar saya ketika dalam penjara ialah dapat mengaji dan mengkaji Al-Quran dan hadis. Saya sempat khatam membaca Al-Quran terjemahan termasuk dengan hadis berkaitan dan asbabun nuzul sebanyak 12 kali dalam tempoh 2 tahun. Dalam Al-Quran saya yang nampak lunyai ni, penuh dengan catatan saya ketika dalam penjara.
Dan syukur juga, saya hampir khatam membaca kitab Riyadhus Solihin oleh Imam Nawawi. Di penjara saya ada waktu yang banyak untuk membaca, merenung dan memahami hadis-hadis tersebut. Alhamdulillah.
Jadi bila banyak membaca, kita mudah kaitkan antara sesuatu ayat atau hadis dengan yang lain. Apatah lagi saya faham sedikit sebanyak bahasa arab dan mempunyai asas mempelajari Al-Quran dan Hadis ketika di sekolah.
Bila banyak membaca, kita akan nampak big picture apa yang Allah dan Rasul mahu sampaikan dan ingatkan kepada kita. Ibarat jigsaw puzzle.
Bila kita ada banyak jigsaw puzzle di tangan kita, barulah kita boleh susun dan nampak gambaran sebenar yang lebih luas.
Alhamdulillah. Pujian-pujian bagiMu Ya Allah.
Azam saya, majlis ta’lim ni akan saya dan ahli keluarga akan teruskan sampai bila-bila.
Buat masa ni saya yang mengajar. Satu hari nanti anak-anak akan teruskan budaya ilmu ini di dalam rumah dan juga ketika mereka berkeluarga nanti. InsyaAllah.
“Wahai orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala). Penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka, dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim 66 : 6)
Kalau semua orang sibuk jaga diri sendiri dan ahli keluarga sendiri, nescaya dunia ini akan aman dan damai. InsyaAllah.
August 21, 2019
Simpanan Terbaik Jangka Panjang
Duit kertas tidak sesuai untuk dijadikan sebagai simpanan jangka panjang sebabnya ia tidak mampu menyimpan nilai (kuasa beli). Ia hanya sesuai untuk transaksi jual beli sahaja.
RM50 hari ini sudah pasti tidak mampu untuk membeli barang yang sama 10 tahun akan datang disebabkan kuasa belinya semakin susut.
Kalau nak simpan duit kertas, simpan dalam jumlah yang cukup untuk digunakan dalam masa terdekat atau simpanan untuk hal kecemasan sahaja.
Selebihnya, simpan dalam bentuk aset fizikal yang mampu menyimpan nilai jangka panjang seperti emas, perak, tanah ataupun hartanah. Aset fizikal begitu, kita tidak perlu risau tentang nilainya sebab ia bukan sekadar nombor yang tertulis di atas kertas tetapi pada barangnya. Ia dapat dilihat, dipegang dan disentuh secara fizikal. Dan harganya makin meningkat dalam jangka panjang melebihi kadar inflasi.
Kalau menurut teori #1dinar1ekorkambing, apa yang mampu dibeli oleh 1 gram emas hari ini, ia tetap akan mampu dibeli dengan emas yang sama 10 tahun akan datang. Emas terbukti mengekalkan kuasa beli sejak lebih 1,400 tahun yang lampau. Ia berbeza dengan duit kertas.
Duit kertas yang disimpan di bank, walaupun nombornya bertambah setiap tahun dengan pembahagian dividen, hakikatnya kuasa belinya semakin berkurangan disebabkan inflasi. Bahkan menjadi lebih teruk jika diambil faktor kejatuhan ringgit. Contohnya apa yang berlaku pada tahun 2015, meskipun dividen sekitar 5 hingga 8 peratus setahun, tetapi ringgit jatuh sekitar 30 peratus setahun yang menyebabkan harga barang dalam negara naik tidak kurang 10 peratus! Maksudnya nilai kekayaan kita semakin berkurangan walaupun nombor-nombor yang tercatat dalam akaun bank makin bertambah.
Jadi, apa sahaja simpanan untuk jangka panjang, kami percaya aset fizikal seperti emas lebih baik kerana nilai dan kuasa belinya terjamin.
(Intipati dari buku Wang Emas)
– Olahan Najdah Mohammed Hussain
The post Simpanan Terbaik Jangka Panjang first appeared on MohdZulkifli.Com.Mohd Zulkifli Shafie's Blog
- Mohd Zulkifli Shafie's profile
- 9 followers

