Mohd Zulkifli Shafie's Blog, page 2

September 27, 2025

Naik Business Class: Bukan Sekadar Mewah, Tapi Upgrade Circle

Ada orang kata, naik Business Class ni sekadar nak tidur lebih selesa dalam kabin pesawat.

Saya cuma senyum. Sebab pada saya, itu mungkin pengalaman orang yang sesekali naik Business Class — itupun dapat free upgrade, ataupun privilege keluarga staff airline. 

Tapi bila kita sendiri yang bayar (atau layak atas kapasiti usaha sendiri), pengalaman tu sangat berbeza. Ia jauh lebih daripada sekadar tidur. 

[…]

The post Naik Business Class: Bukan Sekadar Mewah, Tapi Upgrade Circle appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 27, 2025 16:43

September 26, 2025

Obses Belajar : Kunci Hasilkan Konten Berkesan dan Konsisten!

Nak bisnes Public Gold berkembang? Kuncinya kena obses belajar dan sampaikan ilmu!

Saya perhati satu 'rahsia' dalam kalangan dealer Public Gold.

👉🏻 Dealer yang bisnesnya berkembang besar, konsisten, dan bertahan lama — mereka semua ada satu persamaan: obses belajar dan sampaikan ilmu.

Kenapa? 

Sebab dealer Public Gold berjaya tak jual beli emas. Yang jual beli emas ialah Public Gold.

[…]

The post Obses Belajar : Kunci Hasilkan Konten Berkesan dan Konsisten! appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 26, 2025 01:36

September 24, 2025

Tribe Marketing: Bina Komuniti, Rahsia Bisnes Bertahan Lama

Dalam 15 tahun dengan Public Gold (PG), saya boleh katakan setiap tahun mesti PG ada masalah. 

Masalah website kena shut-down, masalah kerajaan kenakan GST, masalah production, masalah logistik, masalah gold bar dan dinar tak diterima oleh ar-rahnu, dan masalah paling besar setakat ni ialah pernah sekali disenaraikan dalam Alert List BNM (tahun 2012)! 

Banyak syarikat emas bungkus satu per satu gara-gara masalah-masalah tu. 

Tapi berbeza dengan PG; setiap masalah, semuanya selesai dan menjadikan PG lebih baik. Orang tak lari, bahkan bertambah yakin dengan PG. Alhamdulillah. 

Dulu saya customer yang ke-2369. Tapi sekarang dah lebih 2 juta customer!

Kenapa? 

[…]

The post Tribe Marketing: Bina Komuniti, Rahsia Bisnes Bertahan Lama appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 24, 2025 20:06

Beli Rumah, Konon Jadi Aset. Malangnya Jadi Jerat Kewangan!

Beli rumah konon nak jadikan aset (harta). Tapi akhirnya rumah jadi beban (liabiliti). 

Sebelum beli rumah, hidup tentang je - sebab tak ada hutang. Tapi gara-gara beli rumah, hidup terbeban... Rasa macam kena scam je! 

Itulah luahan seorang lelaki umur 34 tahun. 

Dah kerja 11 tahun.
Gaji RM4,400 sebulan. 

Duit gaji kena tarah RM3,300 sebulan sebaik sahaja beli rumah!
Mana tak sesak... 

[…]

The post Beli Rumah, Konon Jadi Aset. Malangnya Jadi Jerat Kewangan! appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 24, 2025 03:37

September 23, 2025

Umur 40 Bukan Masa Berhenti Cari Rezeki, Tapi Tambah Makna Dalam Rezeki

Baru-baru ni saya terbaca satu posting di media sosial. Lebih kurang begini mesejnya: 

“Kalau umur dah 40 tahun ke atas, tapi masih belum kaya, biarlah... Jangan kejar dunia, sebab akhirat lebih penting.” 

Sekilas baca, memang ada betulnya. Jangan sampai terlampau kejar dunia sampai lupa bekal untuk akhirat. 

Tapi kalau difahami secara literal, seolah-olah umur 40 ke atas ni stop lah bina kekayaan. Tak payah fikir langsung pasal rezeki dan harta. Cukuplah ulang alik ke masjid untuk ibadat semata-mata... 

Persoalannya – adakah ini kehidupan yang Nabi s.a.w. ajarkan? 

[…]

The post Umur 40 Bukan Masa Berhenti Cari Rezeki, Tapi Tambah Makna Dalam Rezeki appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 23, 2025 01:30

September 21, 2025

ASB, Tabung Haji, Emas atau Hartanah? Ini Cara Saya Simpan Duit

“Boleh saya tahu apa pelaburan terbaik?”

Masa saya baru keluar surau di TRX, saya terpandang seorang perempuan. Dia macam senyum kepada saya.

Saya balas senyuman tawar dan terus alihkan pandangan. Kalau tak senyum, takut nampak sombong. Kalau balas, kan saya perasan seorang diri pulak! 

Serba salah...

Saya tengok perempuan tu macam bincangkan sesuatu dengan lelaki bersama dia. Mungkin suami dia kot. 

[…]

The post ASB, Tabung Haji, Emas atau Hartanah? Ini Cara Saya Simpan Duit appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 21, 2025 19:59

September 16, 2025

Seronok Menabung, Tabiat Menjadikan Kita Semakin Kaya!

Mindset tak sama. Sebab tu tahap kehidupan pun tak sama.

Orang biasa fikir, kalau menabung maknanya hidup tak happy. Ada duit, tapi tak belanja.

Kalau simpan RM1,000, dia rasa macam “tahan diri” daripada bergembira dengan duit RM1,000 tu. Dalam kepala dia, “Kalau belanja habis-habis, baru la happy!”

👉🏻 Itu mindset orang biasa - yang menyebabkan dia tak kaya-kaya. 

Tapi orang kaya fikirannya berbeza. 

[…]

The post Seronok Menabung, Tabiat Menjadikan Kita Semakin Kaya! appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 16, 2025 16:21

September 13, 2025

Rumah Duduk Sendiri Bukan Harta (Aset), Tapi Beban (Liabiliti)

Bila sebut nama Datuk Sharifah Aini, ramai teringat suara merdu dia... legend!

Tapi tahun lepas, ramai terkejut bila rumah besar beliau di Petaling Jaya dijual dan dirobohkan.

Rumah agam Allahyarham tu dulu memang gah – luasnya 20,000 kaki persegi, ada 9 bilik tidur, 2 dapur, perpustakaan... Pendek kata, macam mini istana. 

Tapi akhirnya anak beliau jual sekitar RM4 juta je, walaupun pernah diiklankan RM8 juta dulu - separuh harga. 

[…]

The post Rumah Duduk Sendiri Bukan Harta (Aset), Tapi Beban (Liabiliti) appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 13, 2025 16:34

September 12, 2025

Rumah Besar, Beban Nak Maintain Pun Besar Juga!

Baru-baru ni Dato’ Aliff Syukri ada share pengalaman dia pasal rumah besar yang dia duduk sekarang.

Memang cantik, gah, orang tengok pun terpegun. 

Tapi realitinya, duduk rumah besar bukan semua indah belaka. Banyak benda kena fikir, terutamanya kos nak maintain

Dari sharing jujur beliau, ada sesuatu yang kita patut belajar. Terutamanya siapa yang ada cita-cita nak buat rumah besar.  

[…]

The post Rumah Besar, Beban Nak Maintain Pun Besar Juga! appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 12, 2025 08:49

Kaya Bukan Dosa, Tapi Peluang Untuk Masuk Syurga!

Rasa benci... Tapi dalam hati nak juga.

Ada orang bila dengar perkataan “kaya” atau “kekayaan”, terus rasa menyampah. Ada yang balas sinis, ada yang komen pedas.

Seolah-olah bila sebut kaya, terus tergila-gilakan dunia sampai lupa akhirat. Malah macam satu dosa pula pula!  

[…]

The post Kaya Bukan Dosa, Tapi Peluang Untuk Masuk Syurga! appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 12, 2025 04:13

Mohd Zulkifli Shafie's Blog

Mohd Zulkifli Shafie
Mohd Zulkifli Shafie isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd Zulkifli Shafie's blog with rss.