Mohd Zulkifli Shafie's Blog, page 6

August 1, 2025

Kewangan Dah Selesai, Sekarang Masanya Fikir Tentang Negara!

Jangan fikir pasal duit lagi dah.

Sekarang mereka dah kaya. Lagi 10 - 20 tahun, mereka akan jadi lebih kaya.

Kekayaan mereka akan berganda-ganda kalau mereka terus buat apa yang mereka buat sekarang dengan sabar. InsyaAllah...

Itu pesanan penting saya kepada murid-murid saya dalam #G100x5GLeadersForum Jumaat lepas.

Assignment fikir untuk negara

Mereka adalah leaders.

Mereka adalah orang yang boleh saya harapkan untuk menggantikan tempat saya bila saya tiada.

Mereka bukan sahaja dah kaya. Bahkan mereka dah berjaya copy kejayaan mereka kepada orang lain.

Berdasarkan pemerhatian saya, nak copy kejayaan kepada lebih ramai orang bukan lagi satu masalah bagi mereka. InsyaAllah...

Saya suruh mereka fikir lebih besar daripada itu. Fikir wawasan lagi 10 - 20 tahun.

Bagaimana komuniti yang kami bina sekarang ni boleh berikan impak lebih besar kepada masyarakat dan kepada negara yang tercinta ni.

Bagaimana kami boleh jadikan masyarakat lebih baik dan negara kita lebih baik dengan apa yang kami ada sekarang ni.

Itu "assignment" yang saya serahkan kepada mereka untuk mereka balik dan fikir.

Sebar luas kejayaan kecil

Manfaatkan ilmu, pengalaman dan passion mereka untuk jadikan masyarakat dan negara lebih baik, walaupun cuma 1%.

17 tahun yang lalu, saya seorang anak muda yang baru sahaja bebas dari hutang. Zero hutang pada usia 27 tahun...

Ia bukanlah kejayaan besar dalam masyarakat, tapi kejayaan besar untuk saya.

Seorang anak muda yang gaji kecil, isteri cuma suri rumah yang tak berpendapatan, anak ramai dan komitmen kewangan tinggi, baru nak belajar cari extra income selain daripada duit gaji...

Dapat bebas daripada 5 hutang pada ketika tu satu kejayaan besar untuk diri saya. 

Bebas hutang lepas 4 tahun 'ikat perut', ia satu kelegaan dan kejayaan besar untuk anak muda macam saya.

Daripada kejayaan dianggap kecil tu, saya mula berikan inspirasi kepada anak-anak muda yang nak hidup bebas tanpa hutang macam saya.

Maka saya share ilmu dan pengalaman saya di blog peribadi www.mohdzulkifli.com

Dulu, misi ubah hidup 100 keluarga 

Saya bukanlah pakar, tapi rata-rata yang ikut tip-tip kewangan percuma yang saya sampaikan, lepas 3 - 5 tahun, mereka pun bebas dari hutang dan selesai masalah kewangan, alhamdulillah.... 

Bila kenal #PublicGold, saya ada tabungan emas yang kukuh. Sekurang-kurangnya 12 bulan gaji.

Saya gunakan platform yang Public Gold sediakan untuk bantu mereka yang nak selesaikan masalah tak ada tabungan; kerja bertahun-tahun tapi tabungan kecemasan 3 bulan gaji pun tak ada.

Asbab Public Gold juga, saya capai #FinancialFreedom - tak kerja pun ada duit.

Dari situ, saya mulakan misi nak bantu ubah hidup 100 keluarga yang nak capai financial freedom macam saya. Bila misi tu hampir tercapai, saya mulakan #MisiUbahHidup1000Keluarga.

Syukur alhamdulillah, sekarang dah lebih 200 keluarga yang hidup mereka berubah...

Dan kami on track untuk capai misi ubah hidup 1000 keluarga. InsyaAllah... 

Misi Ubah Hidup 1000 Keluarga, Ia Mustahil Tanpa Jiwa Yang Besar
Tak perlu lagi fikir pasal duit 

Basically, kami dah kuasai ilmu kekayaan dan sediakan platform terbaik untuk bantu sesiapa yang nak;

✅ Ada tabungan kukuh sekurang-kurangnya 12 bulan gaji.✅ Bebas daripada hutang miskin.✅ Jana pendapatan pasif sambil menabung emas.✅ Beli 1 rumah pelaburan setiap tahun sebagai aset yang menjana cashflow dan mengembangkan kekayaan tanpa sentuh duit simpanan (tanpa modal).

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...  

Sekarang, kewangan mereka dah settle. Diri dan keluarga mereka dah settle. Mereka ada duit yang mengalir tanpa henti walaupun tak perlu bekerja...

Dengan kata lain, mereka dah tak perlu fikir lagi dah pasal duit. InsyaAllah...

Impak lagi 10 - 20 tahun akan datang 

Maka inilah masanya mereka fikir apa yang lebih besar, iaitu apa kebaikan yang kami boleh bagi kepada masyarakat untuk lagi 10 - 20 tahun akan datang? 

Harapan saya, kami akan jadi komuniti yang akan jadi rahmat yang besar buat masyarakat dan negara kita lagi 10 - 20 tahun akan datang.

Masa depan kita lagi 10 - 20 tahun akan datang bermula dengan keputusan yang kita buat pada hari ni... 

InsyaAllah... 

#MembangunDiri

Zulkifli
Cyberjaya
29 Jun 2025
3 Muharram 1447H Baca posting dan komen berkaitan di FACEBOOK Artikel berkaitan:Masa Depan Kita Di Tangan Kita, Bukan Kerajaan
Keluar Dari Comfort Zone, Jangan Berhenti Cipta Kejayaan Baru
Kemajuan Hidup Bermula di Luar Comfort Zone Kita
Bisnes, Peluang Berbuat Baik Sesama Manusia
Berbisnes Mencari Akhirat
Para Peniaga Dibangkitkan Sebagai Orang Jahat, Kecuali Sedikit!

The post Kewangan Dah Selesai, Sekarang Masanya Fikir Tentang Negara! appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 01, 2025 06:30

Misi Ubah Hidup 1000 Keluarga, Ia Mustahil Tanpa Jiwa Yang Besar

Kalau kiblat saya adalah duit, #MisiUbahHidup1000Keluarga tak akan berjaya...

Itulah antara yang kami bualkan semalam...

Hari ni makin ramai yang berjaya capai passive income RM5k - RM10k. Mereka capai hanya dalam masa 24 bulan sahaja.

Dalam masa 3 - 5 tahun, mereka dah boleh pencen. Dah capai #FinancialFreedom. Alhamdulillah...

[…]

The post Misi Ubah Hidup 1000 Keluarga, Ia Mustahil Tanpa Jiwa Yang Besar appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 01, 2025 04:46

Formula Jadi Kaya : Simple, Tapi Ramai Orang Tak Tahu

Dalam banyak-banyak seminar kewangan yang saya kendalikan, antara topik yang paling saya suka kupas ialah topik formula membina kekayaan.

Sebab apa? Sebab ramai orang nak kaya. Tapi mereka sendiri tak faham apa maksud sebenar “kaya”, apatah lagi jalan untuk mencapainya.

Ramai fikir, kaya tu bila ada kereta mewah. Bila duduk rumah banglo.

Dan ramai fikir, bila gaji gaji besar, automatik dia bertambah kaya! 

Tapi bila ditanya, “Berapa jumlah kekayaan sudah dimiliki sekarang? Nak cari kekayaan sampai berapa banyak?”, mereka terkebil-kebil.

Kaya Bukan Soal Banyak Duit Semata

Dalam Seminar Membina RM1 Juta Pertama, saya selalu tunjukkan satu formula mudah — tapi sangat ‘power’ — untuk bantu orang faham konsep sebenar kekayaan.

Formula ni simple, tapi kalau tak faham, itulah ramai yang kerja bertahun-tahun, tapi tak kaya-kaya. Dia rasa dia semakin kaya, tapi hakikatnya dia sedang berlari di tempat yang sama.

Penatnya tak habis!

Formula dia macam ni: 

KAYA = TABUNGAN + HARTA – HUTANG

Simple kan?

Tapi inilah asas kukuh untuk bina kekayaan sebenar. Bukan kaya atas kertas, tapi kaya yang boleh buat kita capai financial freedom — tak kerja pun masih ada duit masuk. 

1. Tabungan: Simpanan Yang Jadi Buffer Kewangan

Ramai orang bekerja siang malam, tapi tak ada tabungan langsung.

Bila gaji masuk, habis. Bila kereta rosak sikit, terus kena pinjam. Bila anak masuk universiti, panik sebab duit tak cukup. 

Sedangkan simpanan tu macam payung. Kita tak guna hari-hari, tapi bila hujan ribut datang, dialah penyelamat. 

Tabungan ni tak perlu juta-juta. Cukup sekurang-kurangnya 6 – 12 bulan gaji, letak dalam tempat yang mudah diakses seperti: 

BankTabung Haji / ASB
KWSP - bagi yang dah pencenEmas (untuk lindung nilai)Fixed DepositUnit trust dan sebagainya.

Simpanan ni bukan untuk kaya, tapi untuk kekalkan 'bertahan' bila krisis datang. 

2. Harta Yang Ada Cashflow: Ini Mesin Duit Sebenar

Kalau simpanan sekadar ‘payung ketika hujan’, harta yang ada cashflow pula ibarat ‘kilang cetak duit’. 

Inilah yang benar-benar buat seseorang makin kaya dari tahun ke tahun. 

Contoh harta yang jana pendapatan pasif: 

Rumah - sewaTanah yang diusahakan - hasil Saham - dividen Buku, lagu atau karya (harta intelek) - royalti Bisnes bersistem yang dah jalan sendiri - gaji, dividen, royalti 

Setiap bulan, walaupun tak bekerja, harta ni tetap bawa duit masuk.

Inilah asas kepada financial freedom (kebebasan kewangan). 

Jalan Sebenar Bebas Kewangan
3. Hutang: Musuh Senyap Kekayaan 

Kalau tabungan dan harta adalah ‘kawan baik’ dalam dunia kewangan, "hutang miskin" pula musuh dalam senyap. 

Ia nampak kecil, tapi bila dibiarkan, boleh makan hasil penat lelah kita sedikit demi sedikit. 

Lebih teruk lagi, ada yang sanggup berhutang untuk nampak kaya — beli kereta mewah, renovate rumah, swipe kad kredit untuk gaya hidup yang tak padan dengan pendapatan. 

Hutang yang baik ialah yang bantu kita jana pendapatan (contohnya pinjaman beli rumah sewa). Tapi hutang untuk ‘gaya hidup’?

Itu jerat kewangan. 

Dalam formula kaya tadi, hutang tu kita tolak. Maknanya, makin banyak hutang, makin kurang kekayaan sebenar kita. 

Tanda-Tanda Kita Sedang Bertambah Kaya: 

Ada 3 petanda mudah: 

Tabungan dah cukup 6 – 12 bulan gaji. Hutang makin berkurang, dilangsaikan satu demi satu. Harta yang jana pendapatan (cashflow) makin bertambah setiap tahun. 

Kalau semua ini berlaku - dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun - barulah kita sedang bergerak ke arah kekayaan. 

Makin lama bekerja semakin kaya, insyaAllah. 

Kekayaan Bukan Jumlah Gaji, Tapi Berapa Lama Mampu Bertahan Bila Tiada Lagi Gaji
Akhirnya, Bebas Kewangan Itu Matlamat

Bila sampai tahap pendapatan pasif lebih besar dari kos keperluan hidup, kita dah tak perlu kerja untuk duit.

Masa tu, kita kerja sebab minat. Sebab nak berbakti kepada masyarakat. Nak bantu lebih ramai orang. Nak tambah saham akhirat. 

Itulah nikmat sebenar kekayaan.

Bila duit tak lagi jadi beban... Tapi jadi alat untuk capai misi hidup yang lebih besar yang bermakna dalam hidup.

InsyaAllah...

Zulkifli
Cyberjaya
1 Ogos 2025
6 Safar 1447H Artikel berkaitan:Jawatan Itu Bukan Milik Kita. Buat Dua Persediaan Ini Sebelum Bersara!
Jaminan bagi Seorang Pekerja ialah Berhenti atau Diberhentikan!
Bersara, Itu Jaminan Bagi Seorang Pekerja!
5 Checkpoint Ke Arah Kebebasan Kewangan
Berapa Harta Perlu Dimiliki Untuk Mencapai Kebebasan Kewangan?Kereta Jadi Beban, Lori Jadi Harta

The post Formula Jadi Kaya : Simple, Tapi Ramai Orang Tak Tahu appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 01, 2025 03:49

Formula Kaya Sebenar : Simple, Tapi Ramai Orang Tak Tahu

Dalam banyak-banyak seminar kewangan yang saya kendalikan, antara topik yang paling saya suka kupas ialah topik formula membina kekayaan.

Sebab apa? Sebab ramai orang nak kaya. Tapi mereka sendiri tak faham apa maksud sebenar “kaya”, apatah lagi jalan untuk capainya.

[…]

The post Formula Kaya Sebenar : Simple, Tapi Ramai Orang Tak Tahu appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 01, 2025 03:49

July 31, 2025

Adab Menadah Ilmu : Buka Telinga, Tutup Mulut, Kecuali Bertanya!

Buka telinga dan tutup mulut kecuali bertanya!

Itulah sikap bila ada orang lebih berjaya bersama kita. Dan sikap itulah membuatkan ilmu mengalir kepada kita tanpa henti. InsyaAllah.

Ilmu itu ibarat air mengalir. Air cuma mengalir ke lembah-lembah yang rendah.

Air tak sesekali memanjat gunung.

[…]

The post Adab Menadah Ilmu : Buka Telinga, Tutup Mulut, Kecuali Bertanya! appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 31, 2025 19:13

Nyanyian Dari Syurga: Penghibur Saat Saya Dihimpit Kesunyian

Tadi masa naik kereta, anak perempuan saya yang drive. Isteri duduk sebelah.

Saya duduk seat belakang dengan anak lelaki. Dalam perjalanan, anak lelaki duduk senyap - tak join perbualan kami dalam kereta... 

Rupanya dia sedang pakai headphone, layan lagu.

[…]

The post Nyanyian Dari Syurga: Penghibur Saat Saya Dihimpit Kesunyian appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 31, 2025 07:28

July 30, 2025

Bila Kewangan Kukuh, Kerja Pun Jadi Ikhlas… Hati Rasa Puas

Kerja sebab happy, bukan sebab nak cari duit semata-mata. 

Baru-baru ni saya terbaca satu posting oleh En Azfar Saad — salah seorang kawan baik saya. Dia bekas engineer syarikat telco dan juga murid saya dalam Public Gold. 

Sekarang dia kerja sendiri (kontraktor) untuk kerja-kerja elektrikal dan internet. 

Dialah yang settlekan isu-isu internet wifi dan elektrikal untuk premis G100 di Menara Public Gold. 

[…]

The post Bila Kewangan Kukuh, Kerja Pun Jadi Ikhlas… Hati Rasa Puas appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 30, 2025 19:41

Protected: Duplicable – Kalau Nak Team Grow, Buat Perkara Mudah Ditiru

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Password:

The post Protected: Duplicable – Kalau Nak Team Grow, Buat Perkara Mudah Ditiru appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 30, 2025 16:54

Think on Paper : Cara Legakan Masalah Yang Membelengu Fikiran

Beberapa hari lepas, saya terima mesej daripada seorang kenalan - Kak Ida (bukan nama sebenar). 

Mesej dia panjang. Penuh emosi... 

Dia luahkan apa yang dia pendam lama sendirian. Dia rasa takut dan bersalah. Tentang satu kesilapan yang dia buat... Dan tak tahu macam mana nak selesaikan. 

Katanya, dia tengah “stuck”. Hilang fokus. Fikiran dia berserabut. 

Semuanya berpunca daripada satu perkara: dia pernah gunakan duit customer dalam jumlah yang besar. Dan dia kena scam - guna duit tu!

Dan sekarang, dia terhutang, rasa bersalah... Dia takut nak berterus-terang kepada customer. 

[…]

The post Think on Paper : Cara Legakan Masalah Yang Membelengu Fikiran appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 30, 2025 05:43

July 29, 2025

Kereta Mewah Boleh Tarik Perhatian, Tapi Bukan Kepercayaan

"I came because of the money. But I stayed because of the people..."

“Saya datang kerana duit, tapi saya kekal kerana manusia di dalamnya...”

Itulah ucapan yang sering diungkapkan oleh Tuan Azizi Ali bila bercakap kenapa beliau bersama Public Gold.

Tuan Azizi Ali — tokoh kewangan terkenal yang dianggap sebagai “guru kewangan nombor 1 di Malaysia”.

Kalau ada seorang individu yang paling lama (dan paling konsisten) mendidik masyarakat tentang kewangan dan kekayaan, maka dialah orangnya.

[…]

The post Kereta Mewah Boleh Tarik Perhatian, Tapi Bukan Kepercayaan appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 29, 2025 21:44

Mohd Zulkifli Shafie's Blog

Mohd Zulkifli Shafie
Mohd Zulkifli Shafie isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd Zulkifli Shafie's blog with rss.