Mohd Zulkifli Shafie's Blog, page 54

October 23, 2022

Kekayaan Sebenar Ada Di Dalam Diri

“Zul, kau jangan serahkan semua harta-harta kau kepada isteri. Sudah banyak kes sebelum ni, isteri tinggalkan suami bila suami dalam penjara!”

Itu salah satu nasihat pegawai polis yang menyiasat saya ketika baru sahaja diberitahu kes saya akan didakwa di mahkamah.

Dia tahu, bila didakwa di bawah Akta SOSMA, risiko saya akan merengkok ke dalam penjara sangat panjang. Bukan berbulan-bulan, tapi bertahun-tahun lamanya!

Risiko Apabila Dipenjarakan

Waktu itu saya rasa masa depan saya gelap.

Kepala saya terus tertunduk memikirkan masa depan.

Saya blurr dan blank!

Tapi entah kenapa, nasihat polis itu tentang harta langsung tak membimbangkan saya.

Walaupun nasihat beliau itu jujur dan benar, saya cuma fikir supaya isteri saya dapat survive bersama anak-anak sepanjang ketiadaan saya.

Tentang harta, saya tak bimbang. 

Saya fikir, saya boleh carinya lagi, insyaAllah.

Saya Bermula Dari Kosong

Suatu ketika dahulu, saya bermula daripada tidak ada apa-apa. Gaji kecil, harta tak ada. Yang ada hanyalah hutang.

Saya bukan anak CEO Megah Holding yang Papa wariskan harta berjuta-juta.

Saya binanya daripada kosong.

Daripada pendapatan kecil, dan tak ada harta. Yang ada hanyalah tiga hutang yang harus saya bayar sebaik sahaja tamat pengajian di universiti.

Bermula dari kosong, hinggalah sampai tahap “tak kerja pun ada duit” (i.e. #FinancialFreedom), setidak-tidaknya saya sudah ada ilmu dan pengalaman membina kekayaan hingga ke tahap itu. Alhamdulillah.

Kalau ianya hilang, saya fikir untuk membinanya kali kedua tidaklah sesukar kali pertama.

Pada saya, kekayaan sebenar bukanlah pada duit dan harta yang kita miliki. Sebaliknya ia ada di dalam diri kita sendiri.

Kekayaan Sebenar Ada Di Dalam Diri

Duit dan harta boleh dicuri, dirampas atau hilang daripada kita.

Tetapi ilmu, pengalaman, kemahiran, sikap, mindset serta cara kita bekerja, ia akan kekal bersama kita.

Itulah magnet yang menarik kekayaan untuk datang kepada kita lagi, dan lagi. InsyaAllah.

Syukur... Sejak musibah itu terjadi pada 30.10.2018, semua harta saya diuruskan sepenuhnya oleh isteri yang saya cintai.

Saya percaya kepada beliau 100%.

Pada saya, mana mungkin saya boleh tidur setiap malam bertahun-tahun lamanya bersama orang yang saya tak percaya. Itu satu pilihan yang gila!

Beri Peluang Untuk Isteri Belajar

Jujurnya saya tak tahu pun berapa banyak duit yang saya ada sekarang. Dan saya pun tak kisah pun berapa banyak duit yang isteri saya mahu belanjakan.

Yang saya tahu ialah, saya akan minta dari dia duit poket kalau saya perlukannya.

Saya biarkan dia uruskan duit-duit dan harta-harta itu supaya dia belajar dan dapatkan pengalaman sendiri.

Bila saya pergi buat selama-lamanya satu hari nanti, dia tahu uruskan dan mengembangkan harta-harta itu, dan terus hidup sebagai orang kaya, insyaAllah.

Kerana kekayaan itu bukan sekadar berada di dalam poketnya, tetapi sudahpun ada dalam dirinya sendiri...

Mindsetnya, ilmunya, dan habitnya. Itulah akan membuatkan kekayaan akan datang lagi, dan lagi... InsyaAllah...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
24 Oktober 2022
27 Rabiul Awwal 1444H

#TabahHadapiMusibah

Berita FMT : Niat baik makan diri, penasihat kewangan meringkuk dalam penjaraBerita FMT : Ibu 8 anak fobia menderma selepas suami dituduh bantu pengganas
KLIK untuk baca posting berkaitan di FACEBOOK Artikel berkaitan:Pengalaman Penjara Mengajar Saya Erti Bersyukur
Seronoknya Hidup Tanpa Hutang!
Beli Kereta Tanpa Keluarkan Duit Dari Poket Sendiri
7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!
Emas Menyelamatkan Saya Ketika Akaun Bank Dibekukan

The post Kekayaan Sebenar Ada Di Dalam Diri appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 23, 2022 15:00

October 16, 2022

Berjaya Beli Tanah Lot Secara Tunai, Ini Rahsia Cikgu Ini!

Simpan, bocor, simpan, bocor...

Itu masalah kebanyakkan orang. Dan itulah puncanya kerja sudah bertahun-tahun, tapi tak ada simpanan yang cukup. Hinggakan nak beli apa pun, semuanya nak kena buat loan. Tak boleh menyimpan.

Bukan sahaja perbelanjaan melibatkan kos yang besar, nak beli item sekecil perabot pun nak kena buat hutang - bayar ansuran.

Tapi bila dah tahu pasal emas, dan simpan emas dengan ilmu, hasilnya di luar jangkaan!

Terbaru, saya sangat gembira dapat berita; salah seorang penyimpan emas di bawah bimbingan saya (sejak 2017) iaitu Cikgu Syahrul Mohamed bersama isterinya berjaya beli tanah lot rumah secara tunai, hasil simpanan emas!

[…]

The post Berjaya Beli Tanah Lot Secara Tunai, Ini Rahsia Cikgu Ini! appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 16, 2022 17:05

October 9, 2022

Beli atau Sewa Kereta, Mana Lagi Berbaloi?

Bayar bulan-bulan punyalah mahal, tapi pakai cuma sesekali sahaja!

Itu kesilapan yang banyak orang buat sampai kekayaan dia ‘terbantut’ disebabkan kereta tersebut.

Bila beli sahaja satu kereta, maka hilanglah kemampuan menyimpan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan.

[…]

The post Beli atau Sewa Kereta, Mana Lagi Berbaloi? appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 09, 2022 15:00

October 2, 2022

Habis Akal Baru Tawakal

Memang Tuhan yang bagi rezeki. Tapi bukan bermaksud kita tak perlu berbuat apa-apa, tiba-tiba makanan masuk dalam mulut kita!

Bukan.

Tuhan bagi rezeki melalui sebab usaha kita.

Tuhan jamin kita rezeki, tapi Dia suruh kita keluar berusaha. Bahkan Dia bagi pahala (dan hapuskan dosa kita) atas setiap usaha baik yang kita lakukan.

[…]

The post Habis Akal Baru Tawakal appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 02, 2022 15:07

September 25, 2022

Untung Bawa Grab, Tapi Rugi Untuk Masa Depan

Kalaulah ada peluang jadi Grab Driver / Rider pada tahun 2003 dulu, taklah saya tak terkial-kial cari peluang buat side income.

Bagi yang tak pernah ada pengalaman buat bisnes macam saya pada waktu itu, bukan mudah nak dapatkan pendapatan tambahan walaupun hanya RM10 sebulan.

[…]

The post Untung Bawa Grab, Tapi Rugi Untuk Masa Depan appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 25, 2022 15:50

September 20, 2022

Hijrah Ke Kota, Hati Di Kampung

"Buat apa nak pindah duduk di kampung. Duduk di bandar sebenarnya lagi best. Tapi syaratnya kita kena ada duit..."

Kata-kata Dr Ali Azman (doktor pakar kanak-anak) itu masih terngiang-ngiang di telinga saya. Ketika itu saya bersama mentor bisnes saya berziarah ke rumah beliau di Bukit Jelutong, iaitu satu kawasan perumahan elit di Shah Alam.

Waktu tu saya tak boleh brain kata-kata beliau.

[…]

The post Hijrah Ke Kota, Hati Di Kampung appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 20, 2022 20:00

September 11, 2022

Biar Tak Nampak Bergaya, Asalkan Poket Kita Kaya

Walaupun gaji kecil, tapi saya tiada hutang, bahkan mempunyai simpanan kecemasan berjumlah setahun pendapatan.

Sebenarnya tak perlu tunggu gaji besar pun untuk bebas daripada masalah kewangan.

Saya nak share pengalaman saya sendiri dengan sahabat pembaca;

[…]

The post Biar Tak Nampak Bergaya, Asalkan Poket Kita Kaya appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 11, 2022 22:37

September 8, 2022

Tahan Gaya Hidup, Bukan Sara Hidup

Kos sara hidup tak mahal. Yang mahal ialah kos gaya hidup.

Berapa sangat kos untuk makan kenyang. Dan berapa sangat kos bergerak untuk sampai dari point A ke point B.

Nak minum kopi, buat sendiri di rumah lebih sedap, lebih murah. Tapi bila nak nikmati gaya hidup macam orang lain, maka kenalah bayar harga lebih mahal.

[…]

The post Tahan Gaya Hidup, Bukan Sara Hidup appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 08, 2022 02:03

September 5, 2022

Pengalaman Penjara Mengajar Saya Erti Bersyukur

"Apa korang ingat ini hotel!?", balas warden.

Itulah jawapan yang sering saya dapat daripada warden penjara setiap kali kami minta sedikit keselesaan.

Walaupun mereka memang buat yang terbaik mengikut standard penjara, tapi saya kena terima hakikat, penjara memang tempat yang dibuat supaya para banduan rasa tak selesa.

Ia tempat hukuman, bukan tempat layanan istimewa!

[…]

The post Pengalaman Penjara Mengajar Saya Erti Bersyukur appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 05, 2022 07:26

August 29, 2022

Kompeten Lagi Berintegriti, Pra-syarat Memilih Pekerja Mahupun Pemimpin

Tidak. Kita tidak ketandusan orang yang kompeten. Orang kompeten itu banyak. Tapi yang berintegriti hanyalah sedikit.

Rasuah, pecah amanah, perpecahan, dan pelbagai masalah berlaku dalam dunia, ia bukan dilakukan oleh orang yang bodoh, tapi dilakukan oleh orang cerdik (kompeten) yang tidak berintegriti.

Jadi dalam memberikan amanah dan tanggungjawab, tidak cukup sekadar orang itu mahir lakukan kerja-kerja tersebut. Tapi yang lebih penting ialah dia amanah dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut.

[…]

The post Kompeten Lagi Berintegriti, Pra-syarat Memilih Pekerja Mahupun Pemimpin appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 29, 2022 01:15

Mohd Zulkifli Shafie's Blog

Mohd Zulkifli Shafie
Mohd Zulkifli Shafie isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd Zulkifli Shafie's blog with rss.