Mohd Zulkifli Shafie's Blog, page 56
June 21, 2022
Raikanlah Usaha Anak-anak, Walau Apa Pun Keputusan Peperiksaan Mereka
Kejayaan sebenar bukanlah di atas sekeping kertas.
Jujurnya saya tak pandang sangat pun berapa anak saya skor dalam peperiksaan, walaupun anak saya juga termasuk salah seorang pelajar yang naik ke pentas untuk ambil keputusan SPM baru-baru ini.
Sejak dari sekolah rendah hinggalah dia ambil result SPM, saya tak kisah sangat.
[…]The post Raikanlah Usaha Anak-anak, Walau Apa Pun Keputusan Peperiksaan Mereka appeared first on MohdZulkifli.Com.
May 29, 2022
Kejayaan Perlukan Waktu, Fokus Satu Sampai Berjaya!
Kejayaan perlukan waktu.
Tiada kejayaan boleh dicapai kalau hanya dengan kerja secara one-off, tanpa usaha yang KONSISTEN.
Ini berdasarkan pengalaman saya memerhati lebih 130 murid saya yang mencapai tahap Master Dealer Public Gold (dengan pendapatan pasif 4, 5 dan 6 angka setiap bulan) di bawah G100 Network.
Walaupun ada dalam kalangan mereka mencapai tahap Master Dealer dalam tempoh yang sangat cepat; 3 bulan - 6 bulan, namun yang memiliki network bisnes paling besar dan kukuh hanyalah mereka yang kekal konsisten buat kerja yang betul dan sabar bertahun-tahun.
Sekurang-kurangnya 3 - 5 tahun.
[…]The post Kejayaan Perlukan Waktu, Fokus Satu Sampai Berjaya! appeared first on MohdZulkifli.Com.
Kejayaan Perlukan Waktu
Kejayaan perlukan waktu
Tak ada kejayaan boleh dicapai kalau hanya dengan kerja secara one-off, tanpa usaha yang KONSISTEN.
Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri serta pengalaman lebih 130 Master Dealer Public Gold yang lahir dalam G100 Network.
Ada dalam kalangan mereka capai Master Dealer dalam tempoh 3 bulan, ada yang 6 bulan bahkan, ada juga yang capai selepas 3 atau 4 tahun.
Namun, yang memiliki network bisnes paling besar dalam kalangan mereka ialah yang kekal konsisten buat kerja yang betul dan sabar bertahun-tahun.
Tak Konsisten, Tak KemanaHari ni buat satu bisnes, lepas tu stuck.
Tinggalkan bisnes pertama, buat bisnes kedua. Pun stuck juga. Mungkin bisnes tak bagus kot.
Buat pula bisnes ketiga, stuck juga... Begitulah seterusnya kalau buat bisnes tanpa mindset yang betul.
Bila dapat bimbingan yang betul, baru sedar bukan bisnes yang stuck. Tapi diri dia yang stuck; tak belajar, tak cari ilmu, tak masuk circle yang betul, tiada mentor...
Buat bisnes tapi pakai otak kerja makan gaji... Memang tak akan jadi... Sibuk sangat potong pokok sampai kapak yang bertahun-bertahun tak pernah diasah...
Memang tak ke manalah...Dah Lebih 10 Tahun Saya Bersama Public Gold
Buat bisnes apa pun perlukan waktu. Waktu untuk dapat ilmu, waktu untuk belajar dan faham, waktu untuk dikenali dan dipercayai... Waktu untuk improve diri dari hari ke hari...
Sudah lebih 10 tahun orang tanya saya, "En Zul masih buat bisnes Public Gold lagi ke?"
Alhamdulillah. Saya masih buat bisnes #PublicGold sudah masuk tahun ke-12.
Hasilnya?
Sekarang sudah lebih 200k penyimpan emas dibawah G100 Network.
The post Kejayaan Perlukan Waktu appeared first on MohdZulkifli.Com.
May 22, 2022
Ejen Produk Kewangan. Jangan Percaya Bulat-bulat
Jangan percaya bulat-bulat kepada ejen. Tapi manfaatkan ejen itu untuk dapatkan ilmu sebanyak mungkin.
Kenapa?
Setiap nasihat percuma dari seseorang ejen mungkin lebih cenderung kepada kepentingan poket ejen tersebut.
Bukan untuk tebalkan poket anda sendiri.
Jadi, prinsip penting dalam mana-mana pelaburan. Anda sendiri perlu dapatkan ilmu terhadap sesuatu tersebut.
Ada orang untung dalam saham. Ada orang rugi dalam saham.
Ada orang untung dalam emas. Ada orang rugi dalam emas.
Apa beza orang untung dan orang rugi?
Bezanya ialah ilmu!
Ejen Lebih Tahu Tentang Produk [image error]Ejen lebih tahu apa yang mereka jual.
Dengan ilmu itulah baru kita boleh buat decision yang betul sesuai dengan matlamat kewangan kita.
Ya. Kita yang decide! Bukan ejen yang decide!
Jadi, pilihlah ejen yang berilmu. Bukan ejen yang sekadar tahu "ilmu nak dapat komisyen".
Pilih ejen yang boleh memberi ilmu dan bimbingan yang betul kepada kita.
Cari Ejen Yang BetulEjen yang betul (yang perlu kita pilih) ialah mereka yang memang melabur dalam produk kewangan yang dia sendiri jual.
Itu antara pesanan Robert T. Kiyosaki (guru kewangan).
Tak ada sesiapa yang mampu jadi ejen mana-mana produk kewangan yang baik kecuali dia sendiri terlebih dahulu dapat manfaat dalam produk yang dia sendiri jual.
The post Ejen Produk Kewangan. Jangan Percaya Bulat-bulat appeared first on MohdZulkifli.Com.
April 18, 2022
Lelaki Sejati Tak Berkongsi Tanggungjawab Nafkah Dengan Isteri
Saya rasa malu... Bila wanita mengadu masalah kewangan yang berat, sedangkan dia ada suami, tapi langsung tak membantu dan tak boleh diharap langsung! Aduh... Saya pun seorang suami juga.
Pada saya, soal makan, pakai, tempat tinggal, dan seluruh keperluan hidup isteri dan keluarga, 100% di atas bahu seorang lelaki, bukan isteri.
Ia bukan soal ada duit banyak atau duit sikit. Tapi soal RASA TANGGUNGJAWAB terhad keluarga! Ini tanggungjawab yang Tuhan amanahkan ke atas bahu seorang suami dan seorang ayah.
[…]The post Lelaki Sejati Tak Berkongsi Tanggungjawab Nafkah Dengan Isteri appeared first on MohdZulkifli.Com.
April 16, 2022
3 Perkara Ini Bakal Menentukan Siapa Kita 5 Tahun Akan Datang
Ilmu kekayaan tak diajar di sekolah dan di universiti. Ini kerana sistem pendidikan dibuat bukan bertujuan untuk ajar kita jadi orang kaya, tapi untuk penuhi pasaran pekerjaan. Itulah sebab kenapa yang belajar tinggi-tinggi, bergaji besar pun tak kaya-kaya juga.
Sudah bekerja bertahun-tahun, gaji semakin besar, tetapi masih berlari di tempat yang sama. Jumlah simpanan dan harta tak bertambah, sebaliknya yang bertambah hanyalah beban hutang!
[…]The post 3 Perkara Ini Bakal Menentukan Siapa Kita 5 Tahun Akan Datang appeared first on MohdZulkifli.Com.
April 11, 2022
Lihat Dulu Rekod Hutang Bakal Suami Sebelum Berkahwin
Sudahlah nafkah tak diberikan secukupnya, sebaliknya hutang yang suami buat, isteri pula yang kena tanggung. Dan apa yang lebih buruk, nama isteri dipergunakan untuk buat hutang, tetapi si suami ambil sikap lepas tangan!
Ini memang lelaki yang tak guna!
Nafkah itu tanggungjawab suami. Isteri itu patut dilindungi, bukan ditunggangi!
Walaupun sakit hati kita mendengarnya, tapi itulah cerita yang sering kita dengar. Bahkan ia juga terjadi dikalangan orang yang saya kenal.
[…]The post Lihat Dulu Rekod Hutang Bakal Suami Sebelum Berkahwin appeared first on MohdZulkifli.Com.
April 3, 2022
Duit RM10,000, Patut Biarkan Dalam KWSP atau Beli Emas?
“Kalau duit RM10,000 dibiarkan selama 30 tahun dalam KWSP, jumlahnya akan jadi RM53,446.20 (dividen 5.6% setahun)!”
Ianya sangat “Wow” bagi siapa yang tak faham tentang “time value of money” - bahasa mudahnya tentang KUASA BELI duit kertas.
Tapi bagi siapa yang tahu, NOMBOR itu langsung tidak mengujakan!
Jangan tertipu dengan nombor.
[…]The post Duit RM10,000, Patut Biarkan Dalam KWSP atau Beli Emas? appeared first on MohdZulkifli.Com.
March 20, 2022
Udang Geragau : Walaupun Kecil, Tapi Bergerak Dalam Kumpulan Yang Besar
“Bubuk (udang geragau) ni, kalau nelayan yang tak pandai tangkap, boleh terbalik bot nelayan!”, Kata Kak Bibi waktu beliau dan suami bawa kami ke pengkalan nelayan di Miri, genap 4 tahun yang lalu (tahun 2018).
[baca catatan pengalaman saya pada 2018 itu DI SINI dan DI SINI]
“Wah... Macam mana udang sekecil ini boleh sampai terbalik bot nelayan dibuatnya?”
Saya kagum.
The post Udang Geragau : Walaupun Kecil, Tapi Bergerak Dalam Kumpulan Yang Besar appeared first on MohdZulkifli.Com.
March 13, 2022
Tip Memilih Beg Travel Berkualiti
Ketika trip ke Switzerland tahun 2015, tour guide ceritakan tentang travel bag berjenama.
Waktu tu saya fikir, buat apa beli beg yang mahal? Alah, beg je pun! Beli dekat The Store, harganya dalam RM100 je pun. Kenapa perlu beli beg harganya sampai RM500?
Waktu tu saya belum faham. Saya cuma travel beberapa kali sahaja setiap tahun. Mungkin tak sampai 5 kali naik flight setahun ketika itu.
Tetapi tahun 2016 dan saya dilantik sebagai official speaker Public Gold menyampaikan #SeminarSimpanEmas dan #SeminarBisnesEmas hampir setiap minggu di seluruh Malaysia (dan Indonesia), pandangan saya berubah.
Saya perlukan beg berkualiti untuk travel.
[…]The post Tip Memilih Beg Travel Berkualiti appeared first on MohdZulkifli.Com.
Mohd Zulkifli Shafie's Blog
- Mohd Zulkifli Shafie's profile
- 9 followers

