Mohd Zulkifli Shafie's Blog, page 53
December 27, 2022
5 Bahasa Cinta Suami Isteri
Layan sahaja. Saya pun tak tahu cerita apa isteri saya nak tengok.
Bila dia ajak keluar untuk ke pagawam, saya ikut sahaja.
Salah satu cara menunjukkan rasa cinta ialah ruangkan waktu berkualiti dengan orang yang kita sayangi.
Itu tip yang saya belajar dari buku "The 5 Love Languages" (5 bahasa cinta).
[…]The post 5 Bahasa Cinta Suami Isteri appeared first on MohdZulkifli.Com.
December 18, 2022
Beli Satu Kereta, Terlepas Harta RM200,000!
“Sebaik sahaja beli satu kereta, kita hilang kemampuan menyimpan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan”
Itu perkara pertama yang setiap kita kena ingat sebelum buat keputusan beli kereta baharu.
Orang biasa hanya nampak RM1,000 sebulan hanya pada “RM1,000”. Tapi orang yang celik kewangan, mereka nampak lebih jauh daripada itu.
[…]The post Beli Satu Kereta, Terlepas Harta RM200,000! appeared first on MohdZulkifli.Com.
December 12, 2022
Kenali Founder Dulu Sebelum Jadi Ejen
Bila berpartner dengan sesuatu company, yang kena tengok bukan sekadar produk dan sistemnya.
Tapi yang paling penting ialah founder-nya. Kerana dialah nakhoda yang akan menentukan halatuju kapal yang dibawanya.
Dialah yang mempunyai kata putus tentang polisi syarikat yang dibangunkannya. Dan polisi-polisi tu lahir dari prinsip-prinsip yang dia pegang dalam hidupnya.
The post Kenali Founder Dulu Sebelum Jadi Ejen appeared first on MohdZulkifli.Com.
December 10, 2022
Kejar Rezeki, Bukan Menunggu
Kagum dengan semangat mereka
Mereka tak menunggu rezeki. Tapi kejar rezeki.
Saya tengok peniaga-peniaga jalanan di Indonesia sangat rajin. Macam-macam produk mereka jual.
Kalau pandang saja mereka, pasti mereka menyapa.
[…]The post Kejar Rezeki, Bukan Menunggu appeared first on MohdZulkifli.Com.
December 2, 2022
Kita Lebih Produktif Bila Sibuk
Saya suka sibuk. Sebab ketika sibuk, kita dapat siapkan banyak kerja berbanding ketika ada banyak waktu lapang.
Kita akan lebih produktif bila sibuk.
[…]The post Kita Lebih Produktif Bila Sibuk appeared first on MohdZulkifli.Com.
November 28, 2022
Beli Kereta Baharu atau Kereta Terpakai?
“Pakai kereta second hand, kita jimat menanggung susut nilai yang banyak”
Itulah prinsip saya bila nak beli kereta suatu ketika dahulu.
Dari sudut kos keseluruhan, memang ia lebih menjimatkan - kalau kita beli kereta yang betul. Cuma, bila pakai kereta second hand, kita kena bersedia menanggung risiko yang besar kalau tersalah beli kereta yang bermasalah.
[…]The post Beli Kereta Baharu atau Kereta Terpakai? appeared first on MohdZulkifli.Com.
November 20, 2022
Duduk Di Malaysia Tapi Tak Kaya, Malang…
Susah hidup di Malaysia?
Saya masih ingat pesan Dato’ Dr Rusly Abdullah (penulis buku “Jutawan Senyap”) yang maksudnya lebih kurang begini, "kalau duduk di Malaysia tapi tak kaya, malang!” katanya...
Kenapa beliau cakap malang?
Sebab peluang untuk kaya tu bersepah-sepah.
[…]The post Duduk Di Malaysia Tapi Tak Kaya, Malang… appeared first on MohdZulkifli.Com.
November 16, 2022
Umur 40 Tahun Bukan Lagi Waktu Mencuba-cuba
Waktu yang kritikal.
Usia 40-an sepatutnya bukan lagi waktunya untuk mencari jalan apakah pelan persaraan terbaik.
Sepatutnya pada usia begitu kita sudah "on-track" membina pelan persaraan kita sendiri dan mencapai #FinancialFreedom.
Kalau siapa yang masih lagi "try & error" pada usia 40-an, ingatlah waktu untuk kita mencari dan mencuba sudah semakin singkat!
[…]The post Umur 40 Tahun Bukan Lagi Waktu Mencuba-cuba appeared first on MohdZulkifli.Com.
November 9, 2022
Pelan Persaraan Lagi 5 Tahun
Ada orang tanya saya. Dia nak pencen lagi 5 tahun.
Dia target, lagi 5 tahun, dia akan ada duit simpanan dalam RM160,000. Sedangkan dia perlukan pendapatan RM30,000 setahun untuk teruskan hidup.
Saya buat kira-kira, duit simpanan dia cuma boleh bertahan lebih kurang 5 tahun lebih sahaja.
Lepas tu semuanya habis. Dia kena kerja balik macam biasa. Pergi pagi balik petang.
[…]The post Pelan Persaraan Lagi 5 Tahun appeared first on MohdZulkifli.Com.
October 31, 2022
Menjadi VVIP Di Syurga
“En Zul nak breakfast sekarang atau kemudian?”
“Sekarang pun ok” balas saya.
“Pn Najdah?”
“Dia breakfast kemudian lah” balas saya bila melihat isteri saya tengah tidur nyenyak di sebelah.
Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi waktu Malaysia. Walaupun dalam flight masih pukul 1.30 pagi waktu tempatan, body clock saya memang sudah biasa bangun sebelum pukul 5.30 pagi.
Jadi saya tak boleh tidur.
[…]The post Menjadi VVIP Di Syurga appeared first on MohdZulkifli.Com.
Mohd Zulkifli Shafie's Blog
- Mohd Zulkifli Shafie's profile
- 9 followers

