Mohd Zulkifli Shafie's Blog, page 55
August 29, 2022
Kompeten Dan Berintegriti. Garis Panduan Untuk Diberi Amanah Dalam Organisasi
Tidak. Kita tidak ketandusan orang yang kompeten. Orang kompeten itu banyak. Tapi yang berintegriti hanyalah sedikit.
Rasuah, pecah amanah, perpecahan, dan pelbagai masalah berlaku dalam dunia, ia bukan dilakukan oleh orang yang bodoh, tapi dilakukan oleh orang cerdik (kompeten) yang tidak berintegriti.
Kompeten Lagi BerintegritiJadi dalam memberikan amanah dan tanggungjawab, tidak cukup sekadar orang itu mahir lakukan kerja-kerja tersebut. Tapi yang lebih penting ialah dia amanah dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Samada nak ambil pekerja atau nak dilantik sebagai pemimpin yang akan diberi tanggungjawab, Tuhan sudah berikan panduan kepada kita di dalam Surah Al-Qasas, ayat 26;
قَالَتۡ إِحۡدَٮٰهُمَا يَـٰٓأَبَتِ ٱسۡتَـٔۡجِرۡهُۖ إِنَّ خَيۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِىُّ ٱلۡأَمِينُ
"Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambillah dia (Nabi Musa a.s) menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya orang yang bagus untuk ayah ambil sebagai pekerja ialah orang yang KUAT lagi AMANAH."
Allah s.w.t rakamkan kata-kata perempuan itu (sebahagian ahli tafsir mengatakan itu adalah anak perempuan Nabi Syuib a.s) sebagai panduan bagi kita.
Dua ciri-ciri yang disebutkan oleh perempuan itu, iaitu AL-QAWIY dan AL-AMIN.
Maksudnya, kuat lagi amanah.
Dalam bahasa moden; kompeten lagi berintegriti.
Risiko Abaikan Garis PanduanKalau kita abaikan garis panduan ini dalam memberikan tanggungjawab kepada seseorang, kerosakan akan berlaku.
Samada dia gagal laksanakan tanggungjawab itu dengan baik kerana lemah atau ditipu, atau dia sendiri yang jadi penipu!
Sebagai pengasas kepada network terbesar dealer #PublicGold, memang itulah prinsip yang saya gunakan dalam membangunkan team.
Tak kisah apa latarbelakang pendidikan, agama dan bangsa mereka, yang penting mereka mestilah orang yang mempunyai dua ciri-ciri tersebut untuk menggalas tanggungjawab dalam team.
Itulah antara rahsia dalam membangunkan team yang besar, bersatu hati dan saling sokong menyokong antara satu sama lain, demi menjayakan misi besar kami, iaitu membantu 1,000 penyimpan emas mencapai #financialfreedom dan 1 juta celik emas bersama kami menjelang tahun 2024, insyaAllah.
"If you want to walk fast, walk alone"
"If you want to walk far, walk togather"
"If you want to walk fast and far in Public Gold business, walk with G100"
The post Kompeten Dan Berintegriti. Garis Panduan Untuk Diberi Amanah Dalam Organisasi appeared first on MohdZulkifli.Com.
Otak Kedua Bagi Orang Bisnes
Berat kalau beban fikiran ditanggung seorang diri.
Bila terlalu banyak perkara yang perlu difikir dan tanggungjawab yang perlu digalas, kita perlukan otak kedua yang dapat melihat blind spot dan mengingatkan apa yang kita lupa.
Otak kedua tersebut sepatutnya mereka yang lebih berjaya dari kita atau sesuai dijadikan sparring partner dalam mencari idea-idea baru.
Selain sifu saya En Syukor Hashim, otak kedua yang selalu saya pakai dalam membangunkan bisnes ialah Mr Kenneth Cheang Chee Wah.
Beliau dikenali sebagai guru disiplin bagi dealer #PublicGold yang membangunkan bisnes menggunakan #PG1S. Dan beliau adalah penasihat penting sejak saya memasang cita-cita melahirkan 100 #NextMohdZulkifli pada tahun 2016.
Lepas meeting bersama pihak penerbit buku Galeri Ilmu di Kota Damansara pagi tadi untuk penerbitan buku baru, kami pergi mengopi di Strand Mall.
Lebih 2 jam mengopi, ada 12 task yang perlu saya dan team #PGG100Network laksanakan untuk memastikan bisnes kami meningkatkan ke tahap seterusnya.
Ringan rasanya otak bila pulang dengan Action Plan baru yang kami bincangkan tadi. Alhamdulillah.
Itulah pentingnya mengopi bagi orang bisnes.
The post Otak Kedua Bagi Orang Bisnes appeared first on MohdZulkifli.Com.
August 21, 2022
Jangan Give-up Berbuat Baik
“Maaf En Zul, ini event terakhir yang Akak akan handle. Akak sudah penat dengan orang mengata kepada Akak. Padahal Akak handleevent selama ini bukan dapat apa-apa pun”
Saya boleh faham apa yang Kak Liza rasai itu. Saya sendiri pun sudah banyak kali kena macam tu. Bahkan lebih teruk daripada itu pun saya pernah kena.
Bukan sahaja tak dihargai, sebaliknya dikhainati!
[…]The post Jangan Give-up Berbuat Baik appeared first on MohdZulkifli.Com.
August 14, 2022
Fokus Pada Minat, Dan Jangan Pernah Berhenti Belajar
Tak pernah berhenti belajar. Saya belajar, isteri saya Pn Najdah Mohammed Hussain juga belajar.
Saya terus belajar untuk tingkatkan ilmu kewangan, bisnes dan kepimpinan. Manakala isteri saya belajar bahasa. Beliau sangat sukakan bahasa.
Sekarang beliau sedang belajar bahasa Korea secara langsung dari guru di Korea. Belajar online setiap minggu secara 1-1 dengan guru.
Bersungguh-sungguh dia belajar macam dia nak masuk exam. Padahal pengajian dia ni memang langsung tak ada exam. Tapi sebab minat, dia belajar bersungguh-sungguh tanpa dorongan dari sesiapa.
[…]The post Fokus Pada Minat, Dan Jangan Pernah Berhenti Belajar appeared first on MohdZulkifli.Com.
August 7, 2022
Hidup Simple, Tapi Tetap Bahagia
Kehidupan saya juga simple. Sama macam guru saya Tuan Azizi Ali Mentor Wang dan Mahaguru Emas Syukor Hashim.
Saya tidak mempunyai banyak barangan material. Dan saya tak memiliki barang mewah.
Bukan kerana tak mampu, tapi saya suka hidup simple begitu tanpa banyak barang yang menyemakkan hidup saya.
Bak kata pepatah, less is more...
[…]The post Hidup Simple, Tapi Tetap Bahagia appeared first on MohdZulkifli.Com.
July 24, 2022
Emas Menyelamatkan Saya Ketika Akaun Bank Dibekukan
Tiada jaminan duit yang kita simpan di bank itu boleh dikeluarkan.
Saban tahun ada sahaja berita pendeposit tak dapat keluarkan duit mereka dari bank. Ia sering terjadi di luar negara (semoga tak terjadi di Malaysia). Terbaru, ianya terjadi di China; pelanggan terpaksa buat tunjuk perasaan untuk keluarkan duit simpanan mereka!
Bila ianya terjadi, walaupun simpan duit banyak di bank, tapi duit itu tidak boleh dikeluarkan.
[…]The post Emas Menyelamatkan Saya Ketika Akaun Bank Dibekukan appeared first on MohdZulkifli.Com.
July 17, 2022
Tiru, Itulah Cara Tercepat Untuk Berjaya!
Tiru! Itulah cara sebenar manusia belajar.
Bayi yang dibesarkan dalam keluarga Melayu, maka dia akan bercakap bahasa Melayu, selera makan makanan Melayu, dan cara hidup dia juga Melayu.
Walaupun ibubapa kandungnya adalah Mat Saleh, tapi kalau dia dibesarkan dalam keluarga Melayu, dia tetap akan membesar dengan cara hidup orang Melayu.
Ini kerana Tuhan memang ciptakan kita belajar dengan cara meniru. Sejak dari kecil lagi, kita melihat apa yang orang lain buat, dan kita meniru apa yang mereka buat.
The post Tiru, Itulah Cara Tercepat Untuk Berjaya! appeared first on MohdZulkifli.Com.
July 10, 2022
Harga Jatuh, Pelabur Emas Digital Berputih Mata!
Harga emas bukan sentiasa naik. Ada ketikanya ia turun, bahkan ada ketikanya ia turun bertahun-tahun lamanya sebelum kembali naik.
Jadi bila beli emas sebagai pelaburan atau simpanan, jangan hanya menjangkakan harga emas sentiasa naik, tapi kena bersedia juga kalau harga emas turun.
Dan apa juga strategi yang diambil, pastikan ianya sesuai samada harga emas naik ataupun turun.
Sekarang harga emas terendah untuk tempoh 9 bulan.
Dengan kejatuhan harga emas ini, sebahagian pelabur emas berpesta memborong emas pada harga rendah. Tetapi sebahagian lagi sudah mula ‘goyang’, menyesal beli emas katanya.
[…]The post Harga Jatuh, Pelabur Emas Digital Berputih Mata! appeared first on MohdZulkifli.Com.
July 6, 2022
Bersenam, Cara Berkesan Elakkan Diri Dari Sakit Mental
1,000 anak tangga! Alhamdulillah.
Sejak habis lock down tahun lepas, sudah lama tak exercise panjat 1,000 anak tangga.
Ini kali pertama saya bermula balik.
Secara tepatnya tadi, saya panjat 1,105 anak tangga. Total panjat turun naik 1.5 km. Campur dengan berjalan untuk cooling down, 3 km kesemuanya.
Ya Allah. Penatnya lebih dari berjalan lebih 12 km sekaligus!
Akhirnya-akhir ini saya banyak berjalan saja. Pagi 6 km. Petang lagi 6 km. Total 12 km sehari. Penatnya tak terasa sangat.
Tapi kali ni panjat 1,000 anak tangga, penatnya lain macam. Tapi inilah exercise yang saya buat sepanjang di Penjara Tapah dulu.
Hampir setiap hari. Terutamanya 3 bulan terakhir sebelum bebas.
[…]The post Bersenam, Cara Berkesan Elakkan Diri Dari Sakit Mental appeared first on MohdZulkifli.Com.
June 30, 2022
Ajarilah Anak-Anak Erti Kejayaan Sebenar
Saya pernah rasa jadi pelajar paling bodoh di sekolah paling pandai.
Saya rasa saya bodoh. Saya malu masuk kelas. Saya rasa saya tak berguna dan memalukan ibubapa saya yang hantar saya sekolah jauh-jauh, walaupun hakikatnya pencapaian saya dianggap cemerlang kalau saya berada di sekolah biasa-biasa.
Tapi disebabkan sistem ranking, sepandai mana pun pelajar di sesebuah sekolah, pasti ada pelajar yang dianggap paling bodoh!
[…]The post Ajarilah Anak-Anak Erti Kejayaan Sebenar appeared first on MohdZulkifli.Com.
Mohd Zulkifli Shafie's Blog
- Mohd Zulkifli Shafie's profile
- 9 followers

