Othman Talib's Blog, page 17

August 26, 2015

Tajuk 779 - Proposal – TEBAL tapi masih BEBAL !

4 element utama dalam persediaan proposal

Pertama: Tebal tapi bebal
Proposal sifatnya draft. Draft sifatnya flexible. Proposal yang ditulis tebal, silap hari bulan menjadikan kita semakin bebal, kerana hilang focus kepada isi utama, berbanding isu remeh temeh penulisan proposal. 

Kedua: Landmark
Jika kita ingin melukis peta menuju ke suatu destinasi baru yang kompleks, maka langkah pertama adalah meneliti dan cuba mendapatkan gambaran menyeluruh kawasan yang bakal dilalui dengan mencari landmark, spt bangunan utama, bukannya gerai2 kecil tepi jalan.
Langkah seterusnya adalah membuat lakaran ringkas semua landmarks utama, supaya mudah pula bagi seseorang yang “expert” utk memberi justifikasi laluan yang kita lakar tersebut menepati destinasi. Kalau kita cuba melakarkan dengan detail, bukan sahaja masa terbuang, confius malah sukar pula dibaca dan disemak oleh orangyang lebih arif.

Percayalah, keghairahan menyiapkan proposal yang tebal dan detail, banyak kalanya membawa natijah negative, bukan satu, tetapi dua.

1. Pelajar membuang banyak masa tulis, edit, tulis sehingga hilang focus kepada memahami landmark utama kajian

2. SV maybe hanya sempat menyingkap sepintas lalu elemen dalam proposal yang mungkin bukan landmark utama kajian pelajar.

Ketiga: 4 element utama proposal

Pelajar sebagai supervisee yang novis, memerlukan SV terlebih dahulu meneliti dan memberi nasihat / justify landmark berikut, tanpa perlu terlalu sibuk utk menulis proposal yang tebal-tebal, sementelahan yang akan dinilai adalah tesis bukan proposal:

Element 1. 
Memastikan “masalah” yang dikemukakan oleh pelajar adalah “researchable” dgn mempunyai element “contribution to knowledge” yang novel dan signifikan utk dibaca dan dikongsi dgn scholar community dalam bidang kajian.

“Masalah” kajian lah yang perlu diutamakan, dibahas dan dibincang di awal2 semester utk membantu pelajar mengenalpasti element tersebut dari pembacaan yang mendalam dan menyeluruh.
Berbincanglah maksud “masalah”, “novelty”, “significant”, “contribution to knowledge” sejelas-jelasnya dan difahami oleh pelajar supaya elemen ini dapat dikenalpasti dari pembacaan bak mentari disiang hari…. kerana inilah element diperlukan dalam penulisan tesis dan penyelidikan, serta publication.

Jeng.. jeng… jeng….

Entah datang dari sumber mana, lalu dianuti turun temurun sehingga sibuk betul pelajar awal2 dah ditanya dan disergah dengan “research gap”, “originality” serta ditagih “impact” kajian kepada pelbagai pihak lain bukannya dibincangkan element “masalah”, “novelty”, “significant”, “contribution to knowledge” !

Ironinya pulak.... yang sibuk bertanya "research gap" pun tak jelas apa yang dimaksudkan dgn “gap” ....malah kajian mereka pun tak ada impak apa2 selain mendapat PhD !

Kajian dijalankan "to solve problem" sebab itu dimulakan dgn "Problem Statement" maka perlu difahami sejelas2nya maksud "masalah" dan ciri- masalah yang ada nilai novelty dan signifikan dalam bidang kajian sebelum boleh dikaji bukan di kona pulak "to fill the gap" sebab "gap" bukan semestinya "problem" dan "to solve the problem so that the findings will contribute to the knowledge" bukan di kona plak "to give impact to society / nation / ministry" ... mana tak confused !

Element 2. 
Mengenal pasti “theory” yang appropriate dari literature yang mendasari “masalah ” supaya pemilihan variable / parameter yang juga appropriate utk kajian.

Element 3.
Mengenalpasti “approach” kajian samada kuali atau kaunti atau mixed. Nature masalah dan theory akan menentukan approach yang sesuai. Mana boleh semua kajian mesti buat secara kuanti termasuklah kajian phenomenology spt penceraian, masalah rumah tangga, study cases kerana SV hanya tahunya SPSS sahaja. Approach ini juga memerlukan pelajar kenalpasti sample kajian dan instrument dari sumber LR.

Element 4.
Mengenalpasti “analisis data” yang bakal digunakan. Pelajar perlu mengetahui (by hook or by crook bukan bye-bye) dapatan yang bakal dikumpul dgn instrument. Sekurang2nya pelajar boleh menyebut contohnya “Kajian ini akan menggunakan MANOVA kerana melibatkan lebih dari satu DV “ atau “Kajian ini akan menggunakan CFA utk mendapatkan construct validity qnaire” dll. Pelajar mungkin belum lagi mendalami setiap analisis data, tetapi mesti memahami secara umum apa yang bakal dilakukan.

Kelima: Proposal
Proposal bertulis hanyalah syarat sahaja. Jika supervisee dapat menjelaskan 4 element / landmarks di atas dengan baik dan yakin , satu proposal 10 pages dah memadai untuk dibentangkan, malah mudah disemak dan dibaca oleh SV berbanding dgn proposal 100 pages bukan sahaja lebih banyak merapu tanpa makna kepada pelajar, tetapi juga mengambil masa pelajar yang panjang utk menyiapkannya. Lebih sadis lagi, proposal ditebal2kan hanya untuk memuaskan nafsu “lagi tebal bagi baik” sedang hakikatnya terbalik.

Penutup
Jika perkara di atas hanya dipandang sebelah mata .. . maka wujudkan spt sekarang, kelompok pelajar yang dah bentang dan diterima proposal, tapi masih bertanyakan soalan.. “Kalau saya buat kajian macam nilah, apa agaknya analisis yang sesuai?” Alahaii....
SV spt aku juga bukan wikipedia yang tahu semua informasi kerana diupload oleh pelbagai pihak tanpa henti setiap saat tapi SV jgn sampai tak tahu mana yang utama mana yang bukan....

Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 26, 2015 08:27

Tajuk 778 - Sampai bila thesis mesti tebal dan monochrome ?

Sampai bila thesis mesti tebal dan monochrome ?
Kenapa tak jadikan tesis kecil, comel, nakal - menggoda !

Katanya thesis mestilah ada impact. Kata-kata tersebut hanyalah klise turun temurun sebab tak sapapun akan baca tesis yang tebal, menjela2, monochrome dan tersimpan rapi dan dijaga dgn ketat dilibrary. Nak pinjam bawa kuar pun tak boleh - antagonist !

Bukan itu sahaja, ada gak yang dah jadi SV, segan pulak nak pinjamkan tesis utk rujukan pelajar, takut pelajar tak jumpa pulak "impact pada negara" dan "gap yang telah diisi" dalam tesis tersebut spt yang ditagih sehingga pelajar tak siap2 proposal - cakap tak serupa bikin !

1. Cadangan
Aku nak cadangkan sesuatu. Thesis yang dah siap, perlu di permudahkan (spt ringkaskan LR) dalam bentuk buku yang comel, warna warni... utk diedarkan atau disimpan dalam unit pinjaman library. Tesis asal yang tebal dan monochrome disimpan saja oleh empunya diri dan maybe difakulti.\

Mana boleh bro.... itu tak pernah berlaku di Msia ! Ohh tidakk !!

Sesapa yang pernah pergi Denmark, silalah singgah uni. di sana. Sekadar makluman, University of Copenhagen misalnya adalah universiti 50 terbaik ranking dunia, jauh meninggalkan IPTA Malaysia.
Di sana, pelajar yang dah diluluskan oleh supervisory committee, jabatan cetakkan tesis yang disiapkan oleh pelaja dalam bentuk buku yang comel dan diadakah satu sesi VIVA yang santai dan informal, utk mempersembahkan hasil kajian, bukan utk defend. Buku tersebut boleh diedarkan kepada hadirin.

2. Mohon ISBN
Jadi, kalau IPTA di Msia, ambil satu langkah inovatif, supaya pelajar memohon ISBN (boleh isi online ... sempoi jer ) melalui fakulti masing2.... utk buku yang dipermudahkan dari tesis maka sekurang2nya setiap pelajar PhD dah ada satu buku..... perghh !! - selain dari artikel yang diterbitkan! Buku ini mudah disimpan dan diedarkan, maybe adalah "skit" impaknya pada society !
Saya sertakan beberapa foto.. thesis dalam bentuk buku yang saya perolehi ketika berbengkel dgn pelajar Msia di Copenhagen, Denmark. ....sebagai membuka minda. Takut2 ada yang kata idea saya ni giler !!

Technical Uni of Denmark (DTU) yang buat thesis dalam bentuk buku ini spt foto dibawah.... adalah world ranked 31 !!



OT - bandingkan thesis yang tebal dan monochrome tu dgn yang kecil comel dan nakal - mana paling menggoda !! Auwww...Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 26, 2015 08:24

Tajuk 777 - TIGA ASPEK PENYEDIAAN PROPOSAL

Boleh tak SV dan pelajar sama-sama trauma ? Lalu tertumpah air mata dihadapanku !

1. Tiga aspek:

Tiga aspek yang perlu dilalui sebaik sahaja pelajar mendaftar dan diminta menyediakan proposal...

Pertama: Mendapat bimbingan yang betul dan mencukupi dari SV / advisor.

Kedua: Kuasai pengetahuan bidang kajian - membaca dan cuba menguasai secara overall (wpun belum mendalam) bidang kajian.

Ketiga: Kuasai asas kemahiran membangunkan proposal - tahu mengenalpasti masalah, menulis objektif, membuat review, menentukan instrumen dan analisis data

Banyak dibincangkan kegagalan pelajar menyediakan proposal kerana perkara KEDUA dan KETIGA, dgn harapan yang besar diletakkan kepada kelas Research Methodology yang bersifat “general knowledge” sedang perkara PERTAMA menjadi TABOO untuk disentuh.

Ambil contoh, kekalutan pelajar nak siapkan Problem Statement. Bila PS blurr… objektif, RQ dll semuanya yang akan gelap ! Tanpa bimbingan SV, ramai pelajar yang melilau tak tahu apa nak buat !
Pelajar perlu terlebih dahulu dibimbing untuk mengenalpasti “problem” dalam bidang kajian yang juga bidang “kepakaran’ SV. Jgn terus biarkan pelajar mencari dan menulis PS dan kalau silap, cari gap lagi dan lagi dan lagi... ntah amende yang gap pun pelajar tak tahu !

2. PS dan contoh:

Izinkan aku jelaskan PS ni.. buat kesekian kalinya dgn contoh. Semasa aku kendalikan bengkel, ramai peserta aku juga pensyarah (maybe SV juga) yang bila ditanya tentang PS ni.... berbelit2 jawapan yang diberi.... teragak2 nak jawab.... mahu pening kalau pelajar yang dengar !
Problem adalah satu ISU dalam bidang kajian untuk anda mendapatkan JAWAPAN kepada isu tersebut. JAWAPAN boleh diperolehi melalui KAJIAN. 

Isu mestilah clear, concise, & researchable.

Malaysia antara negara menduduki TIMMS (Trends in Mathematics and Science Study). Timbul ISU bila ranking Malaysia dalam TIMMS hampir tercorot. Bagi mendapatkan JAWAPAN kepada isu ini, maka anda boleh merangka satu KAJIAN samada:

a. kajian tinjauan dengan mengedarkan KAJI SELIDIK yang dibina dari konstruk literature terkini dalam pendidikan sains dan matematik serta memasukan konstruk HOTS (unsur NOVELTY) utk diisi oleh guru sains / Maths bagi mengetahui antara faktor utama dari senarai faktor yang telah dikenalpasti

b. kajian eksperimen bagi membezakan pelajar yang mengikuti kaedah convensional vs kaedah HOTS (unsur NOVELTY) bagi mengetahui kesan pendekatan HOTS kepada pencapaian pelajar dalam menjawab soalan TIMMS.

c. kajian grounded theory dengan menemuduga beberapa tokoh pendidikan sains, pendidikan mathematik dan pakar pemikiran dalam pendidikan bagi generate satu theory (unsur NOVELTY) yang dapat menjelaskan fenomena kemerosotan tersebut.

d. kajian fenomenalogi dengan menemuduga peserta TIMSS yang mendapat skor tertinggi untuk mengategorikan (unsur NOVELTY) pengalaman individu peserta tersebut dan perpektif mereka dalam satu dalam menyediakan diri sehingga mendapat skor tertinggi.

Kesemua DAPATAN dari kajian diatas, akan menjawab “part and partial” isu kemerosotan pencapaian Malaysia dalam TIMMS, menghasilkan kajian dan juga dapatan yang NOVEL dan SIGNIFIKAN untuk contribute to knowledge ! (NOT to fill the gap baby !!)

Isu di atas clear dan concise berdasarkan laporan TIMMS 2013 yang dikeluarkan oleh KPM, isu ini juga adalah isu global dalam pendidikan sains dan matematiks dan menjadi perhatian scholar dalam bidang yang sama dalam dan luar negara.

3. Trauma:
Aku baru didatang pelajar yang aku kenali sebagai seorang yang gigih dan tak kenal jemu, malangnya dah nak masuk 5 semester, bahagian PS proposal pelajar ini tak selesai-selesai lagi. Apa sahaja yang dilakukan tidak menepati “standard” SV lalu diminta betulkan.. betulkan.. betulkan... dgn hanya komen ringkas... "saya tak nampak masalah" sehingga pelajar ini trauma ! Tertumpah air mata dihadapanku !

Ala bro.. biasalah tu.... kalau trauma jgnlah buat PhD !

Katalah… mana2 SV yang pelajarnya (bukan sebab2 sakit atau hilangkan diri tak berjumpa SV) gagal menyediakan proposal dalam tempuh 5 semester, akan memberi kesan kepada kenaikan pangkat, kerana supervision adalah juga tugas hakiki pensyarah.... trauma tak?

Ala bro.. biasalah tu.... kalau trauma jgnlah jadi SV !

OTOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 26, 2015 08:18

Tajuk 776 - AROT dan ROT


AROT - Article Rule of Thumb and ROT - Research Operational Template

AROT


ROT - Research Operational Template
ONE PAGE PROPOSAL !

Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 26, 2015 08:15

July 7, 2015

Tajuk 775: Perghhh... 8 perkara kenapa calon PhD / Master selalu PERASAN !

Pertama: Yang anda perasan - anda memulakan pengajian semester pertama dengan penuh bergaya dimulakan dgn menayang surat lulus permohonan. Then anda ambil subject Research Methodology yang wajib bagi anda. Anda study hard…. siang malam membaca tanpa membuat kerja lain… akhirnya anda score A+. Anda senyum sampai ke telinga !Yang anda tak perasan - Anda ingat anda akan dapat laksanakan kajian dan menulis tesis dgn baik kerana anda dapat A+ dalam Research Methodology. Kursus ini hanya pengenalan kepada perbagai rekabentuk kajian secara sepintas lalu sedang anda perlu mendalami rekabentuk kajian anda secara mendalam.Kedua:
Yang anda perasan: Anda meletakkan harapan pada semester kedua pula utk mendapat A+ dalam statistic … dan ternyata anda berjaya.Yang anda tak perasan: Anda telah membazirkan satu lagi semester tanpa sebarang sumbangan lansung kepada kajian anda apatah lagi penulisan tesis. Malah anda belumpun menulis apa2....Anda ada asas statistik tetapi anda asing dalam aplikasi SPSS yang akan anda jalankan. Anda masih tak tahu yang anda belajar tu tidak boleh diaplikasi tanpa SPSS. Ini belum lagi anvanced dan multivariate statistics.Ketiga:
Yang anda perasan: Anda mendapat gred A+ dalam semua kerja kursus andaYang anda tak perasan: Gred A+ ini tak ditanyapun oleh SV ataupun examiner. Gred A+ tu tak akan memberi sebarang "weight" kepada proposal anda pun !! Malah ramai pelajar yang dapat A+ tapi tersangkut dalam menyiapkan tesis. Anda perlu memberi keutamaan dalam mendalami topic of interest kajian anda melebihi tumpuan anda kepada kerja kursus, apa tah lagi jika anda adalah calon PhD kerana anda sudah ada pengalaman membuat research diperingkat master dgn membuat preliminary literature search.Anda perlu memperuntukkan masa anda membaca ratusan artikel bagi mendapatkan focus kajian yang terbaik dan mendalaminya sejk awal semester pertama. Kemudian anda perlu hadiri bengkel2 khusus bagi mendalami kemahiran analisis data anda. Inilah yang anda perlukan dalam semester pertama sebelum anda boleh memulakan penulisan, kerana ini jauh lebih signifikn dari apa yang anda dapat dalam kursus methodology dan statistic….Keempat:
Yang anda perasan: Anda melayan kehendak menyiapkan proposal yang perfect hingga berlarutan beberapa semester.Yang anda tak perasan: Anda tak perlukan proposal yang begitu sempurna… Anda hanya perlukan proposal yang “biasa-biasa” sahaja kerana itu hanyalah blue print utk disemak oleh SV anda. Siapkan seawal mungkin dan sebolehnya dalam tempuh semester pertama dan hantar kepada SV anda utk dikomen dan diperbetulkan, barulah proposal yang “biasa-biasa” ini dipolish sedikit demi sedikit sepanjang anda memulakan kajian.Kelima:
Anda perasan: Anda ada kalanya ingin ambil hati kesemua committee supervisory maka anda sanggup menunggu komen demi komen dari setiap mereka walaupun ada kalanya komen tersebut saling bercanggah antara satu sama lain.Yang anda tak perasan: Anda tak perlulah ambil kira semua pandangan committee supervisory tambahan apabila berlaku percanggahan. Selalu juga SV hanya lemparkan pandangan utk anda fikirkan kesesuaiannya... malah ada pandangan yang SV sendiri tak sure.... Ambil sahaja mana2 pandangan yang anda fikir sesuai.Jika mereka lambat beri komen, anda teruskan menulis dan anda akan jimat banyak masa…dont be panic of doing mistakes at the very early stage of your candidacy... kerana sebaik dan sebanyak manapun komen committee tersebut yang anda pertimbangkan....pasti akan mendapat komen lain juga... malah komen dari pihak ke3 spt reader, examiner dan panel viva !!Keenam:
Anda perasan: Kajian dan tesis anda perlu gempak.Anda tak perasan: Kajian dan tesis anda hanyalah sebagai latihan akademik sebagai permulaan anda menjadi penyelidik .... belum lagi penyelidik tersohor. Jadi jangan buang masa membuat sesuatu yang kononnya gempak sedangkan masa yang anda ada sangat terhad. Anda sahaja yang tahu setiap saat yang berlalu.... bukan SV anda. PhD hanyalah satu permulaan…bukan kemuncak terakhir kajian anda sehingga anda berhempas pulas mencari kajian yang paling susah yang bakal anda lakukan!!Ketujuh:
Anda perasan: Anda adalah kelompok terbaik sebab anda adalah bakal Dr.Anda tak perasan: Anda hanyalah “average candidate” yang perlu bertatih dan melakukan sesuatu dgn skil yang sederhana dahulu. SO...develop your skills in writing, searching skill, analysing skills, review skills etc for better as soon as possible. Jangan terlalu ghairah utk mencapai sesuatu yang gah…tanpa skill melakukannya takut anda jatuh dan terus rebah….Kelapan:
Anda "perasan" sebab anda calon PhD.... perghhh siap dgn bisness card dgn tittle "PhD Candidate"Anda tak perasan ramai kawan2 anda yang juga calon PhD.... tapi perghh dah siap PhD dan ada bisness card dgn title "Dr"OTOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2015 09:34

Tajuk 774: Nak pilih mana - Cohen, Krejcie-Morgan, Cochran, G*Power ?

Jgn terpilih G-String dah ler !Read and SHARE because it is RARE !!Tadi aku tulis pasal Likert… now pasal penentuan saiz sampel yg lazimnya dikaitkn dgn Krejcie dan Morgan (1970), Cochran (1977), Cohen (1988) atau perisian GPower – mana satu nak ikut?Sampling diperlukan bagi mendapatkan nilai sampel bagi menganggar nilai populasi dari mana sampel tersebut diambil. Oleh kerana sampel mempunyai darjah variability yang lebih kecil berbanding dengan darjah variability populasi (variability populasi lazimnya tersebar sehingga menghasilkan graf taburan normal), maka penentuan sample size perlu diberikan perhatian supaya inference dapat dilakukan.Percayalah, aku sendiri tak tahu amende sampel saiz ni sehinggalah aku nak tulis proposal master aku…dan bila tanya SV dapatlah jawapan klise “Ini kajian awak.. awak lah yang patut tahu” ! Mujurlah aku buat eksperimental design so….. ambil sahaja n=30…. katanya “rule of thumb” abis citer !Now aku nak share lah, berikut adalah antara perkara yang diambilkira dlm penentuan saiz sample:1. Sampling error (ralat persampelan) - Sampling error berlaku apabila nilai yang sepatutnya diperolehi dari populasi berbeza dengan nilai yang diperolehi dari sample yang diambil (contoh skor IQ populasi 120 tetapi skor IQ dari sample 110, ada error sebanyak 10)2. Confidence level - jadual Krejic dan Morgan (1970) menggunakan confidence level dalam pengiraan saiz sample. Bagi populasi bertaburan normal dengan confidence level 95% atau α = .05, maka jika diambil 100 kali sample, 95 dari sample tersebut mempunyai nilai min menghampiri dengan nilai min populasi, 5 lagi tersasar …3.Darjah homogeneity - adalah degree of homogeneity atau degree of variability yang merujuk kepada taburan variance populasi. Variance adalah satu konsep asas dalam statistic. Secara mudah, variance bermakna perbezaan individu skor disekitar min atau perubahan skor disekitar min. Bagi populasi yang heterogen (tidak seragam), saiz sampel yang lebih besar diperlukan, begitulah sebaliknya.
Berikut adalah cara penentuan sample yang lazim digunakan…Jadi....aku mencadangkan gunalah....1. Jadual Krejcie and Morgan (1970) jika anda tahu populasi anda (target ataupun accessible). Pengiraan dalam jadual ini tidak mengambilkiran statistical power dan effect size dan saya berpendapat sesuai jika anda ingin membuat kajian survey (tak perlukan effect size)….dan populasi anda besar serta diketahui bilangannya.2. Jadual Cochran (1977) yg berasaskan formula margin of error bagi membolehkan penyelidik menerima error item seperti 5% bagi data kategori dan 3% margin error bagi data continuous. Ini adalah error yang sengaja diadakan utk diterima oleh penyelidik kerana setiap pengukuran mesti membawa error. Ini termasuklah menerima error dengan α = .05 (Type 1 error).Oleh itu Cochran telah menyediakan dua formula iaitu bagi data continuos dan data categorical. Anda tidak perlu tahu saiz populasi apabila menggunakan formula Cochran.3. Jadual Cohen (1988) berasaskan statistical power dan effect size (ES). Katakan anda membuat ujian-t kumpulan tidak bersandar, maka anda tetapkan kesan saiz yang (mengikut Cohen) katakan bernilai d = .70. maka sampel anda adalah sebanyak 33 orang bagi setiap kumpulan. Ini bermakna, kajian eksperimen memerlukan anda menganggar nilai ES sebelum kajian bermula.
Jika anda yakin dapat mengumpulkan lebih ramai sample, anggarkan sahaja ES yang lebih sederhana, katakan 0.6, maka sampel anda bagi satu kiumpulan adalah 45. Ini dinamakan prior to research sampling method.4. G*Power adalah perisian berasaskan statistical power dan effect size. Tak ramai yang kisah kewujudan perisian percuma ini. G*Power sangat convincing utk digunakan kerana outputnya bukan sahaja berdasarkan jenis analisis statistik, tetapi juga disertakan dengan graf.Dengan membuat anggaran statistical power 80% dan effect size yang anda jangkakan / ramalkan terlebih dahulu, anda akan mengetahui saiz sampel yang diperlukan. Semua arahan ada disertakan dalam homepage G*Power.Kadang2 kelakar juga bila ada yang larang guna Krejcie-Morgan kerana kononnya dah lama (1970). Ini bukan soal lama atau baru sebab t-test tu lagi lama, diperkenalkan oleh Gosset pada tahun 1908 bro ... kenapa masih guna...soalnya anda perlu faham ciri setiap cara penentuan sample... yang sesuai dgn keperluan kajian anda ... bukan kerana tahunnya !Jgn kata susah… tak tahu… confused…. sebab aku pun dulu sama macam hampa…. Lagi teruk sebab aku background Chemistry bukan social science.Mana pernah aku jumpa contohnya G*Power masa blaja dulu… jumpa G-string dan ubat Power adalah.....OT Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2015 09:26

Tajuk 773 - 10 sebab knp SPSS dan Statistik igauan PG novice dan otai !

Pertama:Muqaddimah dulu. Ingat bro SPSS bukan “Statistical Package for Sosial Science”…. secara rasmi IBM bila beli SPSS terus tukar SPSS ke PASW (Predictive Analysis Software) tapi tak glamer maka tukar pulak ke "IBM SPSS statistics", dgn mengekallkan semula SPSS atau ringkasnya "SPSS" sahaja. IBM tak mahu perkataan Social Science sebab SPSS diguna oleh semua termasuk pure scientist dan engineer. Dalam thesis tulis jer macam “after analysing this data using SPSS …” atau “after analysing this data using IBM SPSS statistics” tu jer tanpa "Statistical Package for Sosial Science”. Yang ini anda jgn takut...Kedua:
Jargon – belajar statistik sama spt anda belaja bahasa baru…. type 2 error, statistical power, regression, eigen value, weighted average, Z score, confidence interval, least square, chi square, sum of square, critical….. perghh.. lebih senang blaja bahasa JAWA (itupun ramai anak2 muda parit Jawa yang tak boleh cakap Jawa !!)Ketiga:
Different context – jargon di atas bukan sahaja sukar difahami, malah mempunyai maksud berbeza dalam context yang biasa digunakan. Dalam context seharian …. Kritikal maksudnya “KO” tapi dalam statistik critical maknanya data anda “OK”.Keempat:
Different perspective – statistik dijalankan dgn mengambil SMALL data (sample) to draw a conclusion / generalisation to a BIG data (population), dgn mengarapkan a SMALL p value (p < 0.05) supaya hasil dari a BIG effect size. Kejap SMALL kejap BIG !!Kelima:
Anda bukan sahaja kena faham statistik yang anda run dgn SPSS tu, tapi anda kena faham juga research design anda. Dari research design atau hipotesis…. anda mesti faham bila nak guna t-test, ANCOVA, MANOVA, regression dll. Jika anda tak faham research anda sendiri… then anda pun tak faham statistik dan tak tahu pulak nak run SPSS… maknanya anda ni diselubungi 3, 4 lapis tak faham – bukan selapis.. tapi berlapis-lapis melebihi kuih lapis...mak aiii...Keenam:
Bukan semua statistics cover dalam SPSS. SPSS kadang-kadang guna term yang berbeza dari statistics, kalau statistics anda blaja dependent sample, SPSS plak guna paired-sample… Factor Analysis dalam SPSS adalah factor reduction. Bukan tu sahaja, dalam statistik tak cover pun Kromogrov-Smirnov for normality test, dalam SPSS benda tu ada ler plak.Ketujuh:
Setakat mana anda blaja statistik? Paling tinggipun sampai factor analysis (FA), itupun dah dinamakan advanced statistik.. wpun pemahaman anda tak lah se advanced mana.. Anda faham ker maksud rotated component matrix, eugine value > 1, KMO dll tu? Berapa kerat lah pulak yang ambil advanced statistik ni? Tapi bila anda nak buat research, FA tu kira macam statistik tahap biasa-biasa jer…. sedang anda tak belajarpun sampai tahap tu…. ini belum lagi guna dan faham amende SEM/ AMOS atau M-Plus… atau PLS yang melibatkan multivariate yang multi level !! Fuyooo...Kelapan:
Sering kelas stat tak ajarpun SPSS atau ajarpun dah hujung2 kelas.... maka tak tahulah PG yang novis nak guna SPSSKesembilan:
Utk peringatan ! Garbage in garbage out – ini bab paling best… sebab SPSS main klik2 jer dah dapat outcome. .. sebab kalau tak faham sangat statistik pun macam ok jer…. buka SPSS… masuk data dan run… TA DAAAAA …. dapat lah jawapannya !! Salah ke betul ker, blakang kira bro…. then bila VIVA esok... malam ni mulalah mmpi terkencing dlm sluar... !!Kesepuluh:
Yang ini sensitif skit - yang jadikan statistik bukan sahaja susah tapi menderitakan.. apabila MAYBE ada lecturer statistik syok sendiri (tanpa disedari). Apatah lagi yang expert statistik, makan dan tido dgn statistik….yang tahunya hanya statistik... then ajar plak PG novice dan otai dari group social science….yg dulu setakat blaja Maths gitu2 jer..... maka ternganga mulut masing2 dgn mata tak berkelip2 melihat formula yang berceranggah tanpa sehabok pun faham !!OTOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2015 09:24

Tajuk 772: Mantapkan LR - Kenapa tulis tanpa argumen? LR bukan surat cinta !

READ and SHARE because it is RARE !
Yang aku nak tulis ni kompom tak diajar dalam tajuk LR kelas Research Methodology.
Bila aku baca kupasan pelajar dalam LR…. rasa semput nafas aku ni. Aku sedar menulis adalah sukar, namun dgn sedikit info dan amalan, ia akan menjadi lebih mudah.
Dalam penulisan LR, setiap pernyataan yang ditulis memerlukan argument / justifikasi yang logik. Aku bukan cikgu BM.. tapi semput bila baca ayat yang lengkap tanpa justifikasi.
Tanpa justifilasi, ayat anda adalah andaian semata-mata… dan LR bukan andaian…. macam surat cinta anda !
Tentu ada antara anda yang dapat komen dari SV:
- mana u tahu apa yang u tulis ni
- are u sure of this statement ?
- apa argumen awak tulis macam ni?
- apa rasional awak dalam statement ni?
Then... pandai2lah anda nak betulkan tulisan anda ikut komen tersebut !
So nak bagi faham skit, aku sertakan 3 dummy berikut, yang sempoi2 utk anda apply dalam penulisan anda...
Contoh 1:
a. Wanita adalah golongan yang telah mendominasi profession perguruan di Malaysia.
(Ayat ini lengkap tetapi tidak cukup untuk penulisan LR kerana ketiadaan justifikasi / argumen)
b. Hampir 95% guru sekolah adalah guru wanita yang menunjukkan golongan ini mendominasi profession perguruan di Malaysian.
( “Hampir 95%” adalah justifikasi / argument yang dikaitkan dgn “dominasi” – barulah lengkap utk LR)
Contoh 2:
a. Ali adalah pelajar separuh masa yang gagal dalam pengajian peringkat PhD.
(ayat ini lengkap tetapi tidak mencukupi kerana ketiadaan justifikasi / argumen )
b. Ali adalah pelajar separuh masa yang gagal dalam pengajian peringkat PhD akibat terlalu sibuk dengan kerja pejabat.
(“sibuk kerja pejabat” adalah justifikasi / argument yang dikaitkan dgn “kegagalan” – barulah lengkap dan mantap ayat ini)
Contoh 3:
a. Dapatan dari kaedah soalselidik boleh digeneralisasi kepada populasi.
(ayat ini lengkap tetapi tidak mencukupi kerana ketiadaan justifikasi / argumen )
b. Kaedah soalselidik yang menggunakan sampel rawak membolehkan dapatan kajian di generalisasi kepada populasi.
(“sampel rawak” adalah justifikasi / argument yang dikaitkan dgn “generalisasi” – barulah mantap utk LR)
Kesimpulan:
Anda mungkin berpendapat tulisan anda sudah lengkap sedangkan sebaliknya pada kaca mata pembaca. Pembaca sering tercari2 argument anda...

OTOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2015 09:22

Tajuk 771:Critical review tu lagu mano?

Pertama:
Nak tulis kritis anda mesti terlebih dahulu pastikan anda mempunyai bacaan yang relevan dari sumber primer (journal artikel) dan sumber sekunder (buku). Sumber primer akan memberikan anda LR yang mengandungi idea asas tentang teori yang melatari kajian anda dan kajian lain yang berkaitan. Pemahaman lanjut boleh dibaca dalam sumber sekunder.

Kedua:
Teori ini selalunya dibincangkan dengan ringkas sahaja kerana journal artikel lebih mementingkan analisis data dan dapatan kajian. Jurnal artikel akan memberikan anda kepelbagaian perspektif kajian dari pelbagai penyelidik, tetapi anda perlu fokus kepada apa yang bakal anda kaji. Anda perlu baca dan kupas supaya semua kajian tersebut akan memantapkan kajian anda.

Ketiga:
Sebagai contoh anda membuat kajian tentang pembinaan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sains yang sangat bergantung kepada perisian PowerPoint. Tulis LR secara kritis bagi menyokong kajian anda yang ingin memasukkan elemen psikologi (stail belajar) dalam pembinaan bahan multimedia. Ini contoh dummy yang ringkas sahaja::

Persembahan bahan multimedia menggunakan aplikasi perisian PowerPoint dalam pengajaran dan pembelajaran sains telah banyak dipersoal keberkesannnya. Penyelidik terdahulu (seperti A, 1996; B, 2003; C, 2007 & D, 2010) telah mengaitkan pembinaan bahan multimedia dengan persembahan PowerPoint kerana aplikasinya yang mudah, bukannya dari aspek keberkesanannya mengikut keperluan pelajar.

Sebelum ini, banyak kajian melibatkan aspek psikologi pelajar seperti stail belajar dijalankan setakat memenuhi keperluan untuk membina profil pelajar (G, 1999, H, 2011, J, 2000). Dapatan dari kajian sebegini perlu dikembangkan dengan menerapkan pula aspek stail belajar tersebut dalam pembinaan bahan multimedia berasaskan teori pembelajaran multimedia Mayer (2000, 2002). Keperluan menerapkan aspek psikologi ini telah ditekankan oleh Mayer (2012) apabila mencadangkan perlunya bahan multimedia dihasilkan berciri interaktif supaya pelajar dari pelbagai stail belajar boleh memahami bahan multimedia mengikut stail belajar masing-masing.

Keempat 
Contoh SOROTAN LITERATUR di atas (hanya secara ringkas dan sepintas lalu sahaja) menunjukkan anda telah bersikap kritis dengan

i. Mempersoal bagi menjustifikasikan "what else need to be done"
Sebelum ini, banyak kajian melibatkan aspek psikologi pelajar seperti stail belajar dijalankan setakat memenuhi keperluan untuk membina profil pelajar (G, 1999, H, 2011, J, 2000).

ii. Mengupas / analisis:
Penyelidik terdahulu (seperti A, 1996; B, 2003; C, 2007 & D, 2010) telah mengaitkan pembinaan bahan multimedia dengan persembahan PowerPoint kerana aplikasinya yang mudah, bukannya dari aspek keberkesanannya mengikut keperluan pelajar.

iii. Menyokong idea anda:
Keperluan menerapkan aspek psikologi ini telah ditekankan oleh Mayer (2012) apabila mencadangkan perlunya bahan multimedia dihasilkan berciri interaktif supaya pelajar dari pelbagai stail belajar boleh memahami bahan multimedia mengikut stail belajar masing-masing.

iv. Perhatikan saya menggunakan terms yang konsisten spt "bahan multimedia" dlm penulisan LR kerana saya sedang menulis mengenai KAJIAN SAYA bukan kajian orang lain.... wpun kajian2 lepas yang dirujuk menggunakan pelbagai terms lain spt "persembahan multimedia", "persembahan PowerPoint", " pengajaran berasaskan multimedia" atau "bahan pengajaran berasaskan komputer" dll tmasuklah yg dibina mgunakn Powtoon atau Frenzi yang secara idea dan prinsipnya membawa maksud yang sama dengan "bahan multmedia".

Kelima:
Oleh itu, critical review dalam LR bukan seperti ringkasan kajian lepas yang setiap satunya ditulis secara terasing…. Asyik2 “According to A (2007)”….. “According to B (2003)”…. “According to C (2013)”… According to sokmo... nk termuntah !
Anda perlu menganalisis semua artikel2 yang relevan dan mensintesis idea dari kajian lepas tersebut bagi menjadikan idea kajian lepas tersebut menyokong kajian anda.

Keenam:
Anda bukan dlm position mencari atau menyatakn kelemahan / kekurangan kajian lepas (kononnya nk isi gap) kerana apa yg dibuat sblm ini sesuai dgn konteks n keperluan kajian ketika itu...
Anda mbuat review sbg asas mbina sesuatu yg "baru" sbg contribution dan cuba mmahami keperluan n urgency semasa (frontier of knowkedge) dlm kajian anda... atau "what else need to be studied" utk menjustifikasikn element terkini..... bukan nk isi gap yg ada dlm kajian lepas...
"Finding gap" adalah terma old school yg hanya mengelirukan sahaja.... cayolah cakap den.... yg bawa anda berpusing2 mencarinya

OT Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2015 09:21

Tajuk 770: 10 contoh cara penulisan yg tak patut diamalkan dalam LR !

READ and SHARE because it is RARE !
Semua PG aku percaya dapat distinction dalam BM SPM.... tetapi kenapa suka sgt menulis secara berbelit2 ....dan menyonsang
Tulislah straight forward sayang oii.... dan buang "lazy words" yang tidak perlu spt "adalah" "di mana"... "tertentu", "dan lain-lain"....
Berikut 10 contoh "sebenar" dari satu thesis pelajar yang sampai dimeja aku... utk tatapan PG yg tulis dalam BM (spt UKM):
Contoh 1:
a. Pembelajaran berkesan wujud apabila pelajar memperolehi kemahiran tertentu serta mampu menggabungkan sikap, pengetahuan, minat dan lain-lain .
Lebih baik::
b. Pembelajaran berkesan wujud apabila pelajar memperolehi kemahiran mengenalpasti isi penting serta mampu menggabungkan aspek psikologi seperti sikap, minat dan pengetahuan sedia ada.
Contoh 2:
a. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang kita semua tahu, pendekatan PCK telah dikritik kerana kesukaran untuk merealisasikannya dalam pengajaran bilik darjah.
Lebih baik:
b. Walau bagaimanapun, pendekatan PCK telah dikritik kerana kesukaran untuk merealisasikan pendekatan tersebut dalam pengajaran bilik darjah.
Contoh 3:
a. Tujuan kajian ini dibentuk adalah bagi mengenalpasti .... (adoii sesak nafas aku...)
Lebih baik:
b. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti.....
Contoh 4:
a. Satu pendekatan pendidikan di mana penyelesaian masalah dijadikan fokus.....
Lebih baik:
b. Penyelesaian masalah dijadikan fokus dalam....
Contoh 5:
a. Pencapaian kumpulan pelajar dari ujian pasca diukur di mana kumpulan yang mendapat skor tertinggi.... (iskhhh.. mesti nak guna jugak "di mana"...)
Lebih baik:
b. Kumpulan pelajar yang mendapat skor tertinggi dalam ujian pasca....
Contoh 6:
a. Batasan kajian ini adalah melibatkan hanya sekolah teknik dan vokasional......
Lebih baik:
b. Kajian ini dibataskan kepada sekolah sekolah teknik dan vokasional....
Contoh 7:
a. Fokus dalam PBL adalah pembelajaran yang cuba menyelesaikan masalah sebenar....
Lebih baik:
b. PBL memberi fokus kepada penyelesaian masalah sebenar....
Contoh 8:
a. Menggunakan PBL sebagai satu pendekatan dalam pembelajaran adalah kini menjadi keutamaan...
Lebih baik:
b. PBL adalah satu pendekatan dalam pembelajaran yang kini menjadi keutamaan..
Contoh 9:
a. Teori PBL ini penting di mana dalam teori ini pelajar didedahkan kepada penyelesaian masalah sebenar dalam kehidupan seharian.
Lebih baik:
b. Berdasarkan teori PBL, pelajar didedahkan kepada aktiviti penyelesaian masalah sebenar dalam kehidupan seharian.
Contoh 10:
a. Dalam mencipta masalah menerusi pendekatan PBL, aras kognitif Bloom perlu diambilkira.
..
Lebih baik:
b. Mencipta masalah dalam pendekatan PBL perlulah mengambilkira aras kognitif Bloom.
OTOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2015 09:18

Othman Talib's Blog

Othman Talib
Othman Talib isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Othman Talib's blog with rss.