Othman Talib's Blog, page 20

April 2, 2015

Tajuk 731: Proposal oo proposal...

Aku percaya, PhD adalah apprenticeship sebelum menjadi researcher. Jadi menyediakan proposal adalah satu langkah pertama dalam dunia apprenticeship tersebut.
Aku juga percaya, menyediakan proposal PhD serta membentangkannya mempunyai spirit spt berikut:

1. Proposal tidak perlu tebal (proposal aku dulu 32 pages) dan terlalu detail… sekadar roadmap yang lengkap utk dikembangkan kemudiannya sebagai satu kajian.

2. Proposal cukup sekadar menunjukkan persoalan kajian yg signifikan, literature yang mendasari theory dan argument, a brief research design, propose data analysis.... disamping panel akan pastikan researchable dan menepati tahap PhD (setara)

3. Pelajar membuat pembentangan proposal bukan sebagai individu per se atau orang asing, tapi sebagai salah seorang ahli komuniti akademik, maka ahli-ahli yang lain memperkuatkan proposal yang dipersembahkan.

4. Pembentangan proposal adalah untuk ahli komuniti turut sama memperbaiki kelemahan diikuti DENGAN cadangan pembaikan.

5. Jika proposal dibentangkan sebagai satu latihan interaksi dan komunikasi akademik, maka pelajar tidaklah terlalu terbeban dgn sesuatu yang baru bersifat “proposal”

OTOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2015 00:20

Tajuk 730: PG's vs SV's research !

Apabila bercakap pasal research, ramai yang anggap semua research sama. sehingga nada dan penekanan pun macam sama. Betuk ker sama?

Lets share !

Academic research aka PG’s research
1. perlukan supervisor
2. perlu siapkan proposal - tak lepas ni abis ler !
3. kena defense lagi
4. buat sendiri sorang2 jer (independently - originality)
5. unsur contribution to knowledge (novelty)
6. guna analisis data yang “rigorous”
7. literature review 20 - 30 pages yang detail dan comprehensive
8. perlu banyak primer references esp journal articles
9. kena viva diikuti minor / major / resubmission
10. sebagai pre-requisite utk dapat sijil (master / PhD)
11. Kalau tak capai ratusan pages lah tebalnya ..minta maflah 
12. berakhir di library – nak pinjampun susah penuh dgn restriction !
13. Kadang2 tak diambil kirapun dalam KPI

Actual research aka SV’s research
1. supervised diri sendiri
2. proposal untuk daptkan geran – ada yang sampai juta2
3. jarang ler pulak kena defense proposal
4. selalunya buat dalam team (meriah!)
5. unsur impak kepada society dan polisi
6. analisis kadang2 yang basik2 pun ok jer
7. literature review sekadar 3, 4 paragraph utk article
8. references sekitar 10 – 20 dah kira ok
9. tak ada viva…
10. kadang2 masuk exhibition dapatlah sijil - leh gi oversi lagi !
11. Cukuplah artikel sekadar 10 - 15 pages
12. berakhir di dalam koleksi journal – kenalah subsribe
13. Wajib utk KPI

OT - sama tak ?Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2015 00:18

Tajuk 729:

The mechanism of citing - Perlukah membaca sumber asal sebelum memetik sesuatu pernyataan?

Ramai yang berkata…. tidak boleh menulis (malah boleh jatuh kategori cheating) jika menulis apa2 petikan dari mana2 sumber sebelum kita membaca "sumber asalnya".

Sebelum terus membaca post ini ada term and condition:
1. Sila baca satu persatu sampai abis atau tinggalkan sahaja post ini !
2. Cuba jawab dan berkongsi respon soalan2 yang diajukan berikut.

Senario 1:
Jika anda membaca artikel A dan terdapat satu paragraph yang ingin dipetik, yang didalamnya mengandungi 3 citation lain B (2007), C (2009) dan D (2014).  maka anda akan cari dan baca dulu 3 sumber tersebut terlebih dahulu. Tujuannya supaya anda FAHAM apa yang anda ingin petik ke dalam thesis kita. Betul ?

Persoalan 1:
Mengapa anda hanya membaca B, C dan D sahaja, sebab pemahaman dari sumber asal yang dicari perlulah dengan membaca juga semua citation ada dalam artikel A, B, C dan D?

Persoalan 2:
Bagaimana pula jika ada 4 paragraph dalam A yang ingin anda rujuk lalu dalamnya terkandung 12 citation dari sumber lain. Adakah anda perlu mencari dan membaca kesemua 12 artikel tersebut? Bagaimana pula dgn puluhan citation lain yan dirujuk oleh setiap satu dari 12 artikel tersebut – anda akan baca jugak ker?

Persoalan 3:
Bagaimana kalau anda ada 100 paragraph  dari 30 artikel yang ingin anda petik yang didalamnya mengandungi 400 citation dari 400 artikel yang berbeza? Adakah kita kena baca, dgn alasan perlu membaca sumber asalnya?

Persoalan 4:
Mana anda tahu artikel manakah yang menjadi “artikel sumber asal” tersebut untuk anda berhenti dari terus membaca? 

Senario 2:

Anda membaca satu article oleh:
Jenkinson, J. (2009) “Measuring the Effectiveness of Educational Technology: What are we Attempting to Measure?” Electronic Journal of e-Learning 7 (3), 273 – 280.

Dalam salah satu paragraph, Jenkinson menulis “Vicente (1999, 2004) has suggested that, in order to capture the dynamics of the human-technology relationship, we need to think of that relationship as a system, to be examined holistically”.

Ini bermakna Jenkinson telah menulis pemahamannya dari sumber 2 buah buku spt berikut:
Vicente, K. (2004) The Human Factor: Revolutionizing the Way People Live With Technology, Routledge, New York.

Vicente, K. (1999) Cognitive Work Analysis: Toward Safe, Productive, and Healthy Computer-based Work, Lawrence Erlbaum and Associates, New Jersey.

Persoalan 5:
Adakah anda percaya Jenkinson telah membaca keseluruhan 2 buku tebal tersebut semata2 untuk menulis petikan  simple dan ringkas dalam artikelnya? 

Persoalan 6:
Sila baca petikan ini sekali lagi “Vicente (1999, 2004) has suggested that, in order to capture the dynamics of the human-technology relationship, we need to think of that relationship as a system, to be examined holistically”.   

Katakan anda pula berminat utk memetik petikan artikel Jenkinson di atas…. Adakah anda juga perlu mendapatkan dua buku  Vicente (1999, 2004) , membaca keseluruhan buku tersebut supaya faham sumber asalnya sebelum boleh membuat petikan dari paragraph tersebut dan menulisnya ke dalam thesis anda pula?

Persoalan 7:
Ada jaminan tak yang anda akan lebih faham membaca 2 buku tersebut atau anda akan terus bengong hanya pada page 1

Soalan Cepu PLATINUM:
Adakah org yg menyatakn supaya anda mbaca sumber asal juga berbuat demikian? 

Klu anda xtahu bgaimana nk jawab... pelek jugak sbb benda ni ler yg anda hadap hari2... setiap saat anda mmbuka komputer!

Lg pelek bila tak pula diajar bagaimana nk lakukaknnya secara sistematik seolah2 xpenting sdg citation adalah tulang kpd tulisan anda!

So...?

OT - GAP is everywhere !Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2015 00:17

Tajuk 728: Qnaire – Master Vs PhD

Ada yg bertanya, bagaimana nak tahu level Master atau PhD? Satu dari kriteria kajian PhD lebih mendalam dgn analisis data lebih rigorous.
Katalah anda ingin membina qnaire berdasarkan construct (latent variable) dari literature, maka anda boleh sahaja membina item2 (manifest variable) sebagai indicator kpd construct tersebut.

Master:
Jika peringkat master, anda mungkin hanya menguji content validity diikuti dgn internal consistency - reliability dgn analisis mudah alpha chronbach, lalu berdasarkan nilai alpha utk membuang mana2 item bermasalah.

PhD:
Diperingkat PhD, anda boleh menguji qnaire anda supaya fit dgn model (theory) yang diuji dgn melaksanakan CFA dgn AMOS, seterusnya melengkapkan analisis SEM. EFA (melalui SPSS) lazimnya tak perlu jika ada ada theory yang mantap. 

Dgn SEM, anda boleh menentukan nilai dua construct validity iaitu convergent validity dan discriminant validity. Ini bagi memastikan kumpulan item mewakili sesuatu konstruk (convergent) dan setiap konstruk berbebza dari konstruk yang lain (discriminant).

Anda juga boleh menjalan bootstrap bagi menguji kewujudan mediation (partially mediation atau fully mediation) atau moderator effect.

Kesimpulannya anda boleh menguji model fit setiap construct dgn CFA dan model fit keseluruhannya IV (exo), DV (endo), mediator dan moderator dgn indices yang lebih detail termasuk RMSEA, loading factor, AVE, SIE dan macam2 lagi ler….

Jadi, jika anda ingin buat PhD, pelajarilah SEM AMOS / PLS utk menjalankan analisis yang rigorous… begitulah adanya…supaya berbeza dari peringkat master.

Apapun…. kini peringkat master pun melaksanakan AMOS / PLS utk memantapkan analisis berkaitan dgn qnaire…. percayolah cakap den !

OTOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2015 00:16

Tajuk 727: Fatimah (2001) vs Fatimah, 2001 vs Fatimah 2001

Mengendalikan bengkel Mendeley membawa aku kepada pelbagai karenah penulisan. Di Msia Uni X meminta ditulis nama penuh Othman Talib (2009) tetapi Uni Y pula sebagai Talib (2009) dgn nama “bapa” sebagai ganti surname (nama keluarga).

Ini antara conflict awal pelajar dari Uni X bila sambung belajar di Uni Y walaupun kedua2nya menggunakan reference manager yg sama, katakan ENDNOTE – pelek tak?
Aku dah byk juga berjalan ke uni luar negara – Australia, Jepun, UK, Denmark, Korea, aku dimaklumkan pelajar guna system rujukan “international standard” dalam bidang masing2, bukannya mengikut uni.

Jadi kenapa ada gaya uni tertentu?
Tentulah jawapannya utk memudahkan keseragaman hasil penulisan di IPTA tersebut.

Sekadar bertanya…
1. Apa yang mudahnya jika terdapat pelajar dari pelbagai uni, pelbagai disiplin malah negara berbeza yang telah mengikuti system standard international, then terpaksa beralih ke system rujukan uni tertentu. Tentu lebih mudah menggunakan sesuatu system standard yang telah established dalam bidang khusus spt APA (social science) atau IEEE Engineering dan computer)… tak ada sapa yang pening.

2. Apa yang mudahnya jika pelajar terpaksa membuat pelbagai adjustment pada reference manager semasa digunapakai…. sedang mereka bukan tahu sangat nak buat adjustment tersebut... bertambahlah cognitive load mereka.

3. Apa yang mudahnya jika nak published article terpaksa ubah pula ke system rujukan standard international yang diguna pakai oleh international publisher, terutama journal yang high impact dan sewaktu dgnnya.

4. Apa yang mudahnya jika tujuan asal sistem rujukan utk mengikhtiraf hasil kerja dan idea penyelidik terdahulu, kini yang ditekankan adalah gaya2 yang berbeza2….

5. Apa beza Fatimah, 2001; Fatimah (2001) atau Fatimah 2001 ? Ada sesapa yang dapat berikan perbezaan yg signifikan antara ketiga2 in-text citation tersebut?
Aku berpendapat lebih baik established kan journal tempatan.... wpun dgn international format citation dan dapat scopus index atleast.... ini yang lebih utama...

OT Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2015 00:14

Tajuk 726: Kajian byk orang buat VS Kajian sikit orang buat?

EPISOD 1:
Tanyalah 100 PGs soalan di atas….maybe semuanya akan memilih kajian yang sikit orang buat!
Kenapa? Maybe inilah antara jawapan tersohor….

Pertama: konfiden lebih terserlah “originality”nya....

Kedua: Bolehlah action skit kononnya mudah2 dpt “novelty”… mesti bersepah2 gap... sambil terlepas dari sergahan "apsal buat kajian ni.... dah byk org lain buat !!"

Ketiga: yesss...akan menjadi salah satu ayat klise dlm pernyataan masalah = kajian ini belum banyak dilakukan di Msia !

Keempat:Terasa macam inilah kajian sebenar kajian yang orang lain “tak berada jumpa” nak buat.....

Kelima: Perghhh….. agaknyer kuranglah ler lah unsur2 duplicate dan repetition…maklumlah skit yang buat

Keenam: Maka secara otomatik terasa semakin ketaralah signifikan dan contributionnya…. maklumlah tak ramai yang buat

EPISOD 2:
Kalau dah semua pilih kajian yang skit orang buat….. biarlah aku sorang pilih kajian yang dah banyak orang buat ! Jgn takut.... kajian menyumbang kepada knowledge incrementally.... tetap ada ruang yang luas utk kajian2 seterusnya !!

Pertama: Originality bergantung kepada “doing research independently” ….

Kedua: Lagi banyak kajian dibuat… lagi mencabar minda utk mencari “what else need to be done” sbg unsur novelty… memaksa pemikiran yang mendalam….

Ketiga:Pencarian problem statement lebih terbuka dan focus dari argument pelbagai sudut dari kajian lepas …. Melatih pelajar mengambil stand dalam argument yang pelbagai

Keempat:Mencabar minda mengupas pelbagai literature, theories, mensintesis dan mengkritis, pro n con, sebagai satu latihan kepada novice researcher…..

Kelima: Mempelajari pelbagai method yang telah digunakan, sambil memilih yang terbaik dari kombinasi pelbagai kajian lepas

Keenam: Contribution dalam bentuk kupasan yang mendalam dan menyeluruh, boleh revised instrument sedia ada, menguji model fit, menguji theory kepada application dll

OT - Adelaide tetap dihati....Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2015 00:13

Tajuk 725: Who care about the research gap ?

Seorang calon PhD membuat kajian kes terhadap perlaksanaan satu program disebuah kolej. Selepas menyiapkan kajian… ketika sedang menulis Bab 5 (DISCUSSION) tiba2 diajukan soalan:

What is actually your research gap. I cant see your research gap !

Aku pun nak berkongsi – apa yang kecoh sangat pasal research gap?

Akupun cuba mencari tulisan2 online tentang beberapa perkara paling asas dalam membuat kajian master / PhD. Aku kongsikan disini….

1. Apakah definisi research ?
- a systematic investigation and study of materials and sources in order to establish facts and reach new conclusions
- searching for and gathering information from published materials usually to answer a particular question or problem

2. Apa pulak makna PhD?
- is an academic degree that, in most countries, qualifies the degree holder to teach their chosen subject at university level or to work in a specialized position in their chosen field.
- an academic degree awarded by universities and higher education institutions to a candidate who has submitted a thesis or dissertation,

3. Apa tujuan buat PhD?
- to learn and develop one understanding of one field, to improve research skills and contribute to knowledge
4. How to master the knowledge?
- search the published literature to find and read what has been written about the subject

5. How to extend the body of knowledge about the subject?
- to find new abstractions, new approaches, new algorithms, new principles, or new mechanisms.
- to further human understanding

Dari pernyataan diatas, aku boleh simpulkan bahawa master / PhD adalah satu academic degree yang dianugerahkan selepas menyiapkan satu thesis yang dimulai dgn menguasai satu bidang melalui kupasan literature, lalu memformulasikan satu masalah / isu / argument dalam literature tersebut supaya satu kajian dapat dijalankan bagi mendapatkan penyelesaian, mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam, penghasilan algorithma, model atau prosidur2 tertentu sbg contribution / extension to knowledge.

So where is the research gap?

Student does his / her research to master the subject and research skills so he/she can become a competent researcher…. to contribute / extent the knowledge as it supposed to be… publish the contribution in journal...then get his / her PhD - so the focus is to contribute / extend the knowledge - so the research gap is out of question !

OTOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2015 00:11

Tajuk 724: TIKUS, MADU TIGA dan RESEARCH GAP......

Semalam aku berkunjung ke satu makmal yang menjadikan tikus sebagai subjek kajian. Jgn pelek kenapa aku ke sana.

Dalam makmal tersebut dijalankan satu kajian peringkat master melibatkan kesan madu sebagai makanan terhadap kerosakan sel bagi tikus yang di"obesiti"kan. Ini kajian "duplikasi" kerana sebelum ini prosidur yang SAMA dijalankan tetapi menggunakan bahan lain, bukan madu.

Antara analisis digunakan adalah ANOVA juga duplikasi kajian lepas sebab ada 3 set data. dgn melibatkan 3 kumpulan tikus, yang diberikan madu dgn 2 dos berbeza dan satu control... tapi bukan madu tiga tau.....
Bagi pelajar yang baru, mereka akan membuat pembacaan artikel.... mencari bahan lain yang berpotensi selain madu utk diuji dgn cara yang sama... duplikasi dan standard method adalah sesuatu yang normal dalam re.....search !

Pertama:
Kedua2 kajian "duplikasi" diatas adalah "original" kerana dilakukan oleh pelajar yang berbeza independently.

Kedua:
Kedua2 kajian "duplikasi" di atas adalah "novel" kerana dapatan kajian setiap satunya memberikan indikator potensi dalam medical bahan yang berbeza.

Ketiga:
Kedua2 kajian "duplikasi" diatas memberikan "contribution to knowledge" dan melayakkan penulisan artikle kerana mendalami pemahaman dan pembuktian akan kesan pelbagai bahan semula jadi sbg makanan yang boleh menjadikan seorang yang obesiti mengurangkan risiko kerosakn sel.

Kajian ini tidak melibatkan tikus menulis respon dalam qnaire.. atau melibatkan pengukuran psychometric (spt persetujuan, tahap pengetahuan dll) tapi mengambil tisu dan mengkajinya secara accurate dibawah powerful high end microscope. Semua tikus berada dalam kawalan yang ketat. 



Jgn tanya apakah RESEARCH GAP bagi kajian sebegini... they dont look for gap, they look for something in the literature / previous studies which has the potential to enrich the information and understanding in medical...

Lastly..... the study won a medal in one international exhibition... judged by experts in medical studies... definitely "RESEARCH GAP" is not one of the questions asked !!!

OTOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2015 00:10

Tajuk 723: Master / PhD : 3 soalan wajib VS 1 soalan kurang cerdik !

Katakan anda didatangi oleh calon master / PhD yang telah satu semester membuat review dalam artikel2 lalu menjelaskan kajiannya lebih kurang spt berikut. Sila baca setiap satu dan cuba bayangkan kajian yang akan dilakukan serta hasilnya. Jgn cheating... baca semua ok...



1. Seorang guru fizik KKTM yang juga guru komputer, ingin membangunkan aplikasi mobile learning dan mengujinya kepada pelajar KKTM bagi subjek fizik secara true experimental

2. Seorang kaunselor jabatan traumatic Polis diRaja Malaysia ingin membuat kajian bagaimana hypnosis boleh membantu kanak2 yang didera dan trauma untuk pulih. Kajian yang sama telah berjaya dilakukan di US.

3. Seorang graduan electrical engineering bercadang utk membuat master dgn membina dan menguji litar yang lebih effisyen dari aspek pembebasan haba semasa arus mengalir. Kajian ini dapat membantu memanjangkan hayat sesebuat alatan electric.

4. Seorang pelajar UTM ingin menguji beberapa catalyst dan membuat adjustment beberapa parameter dalam satu combustion chamber bagi kilang buangan kelapa sawit. Pelajar ingin membuat prototype combustion chamber yang lebih effisyen.

5. Seorang pelajar ingin membina simulation bagaimana proses imput hingga output sebuah operasi kilang dapat dipercepatkan bagi mengurang kos penggunaan electric dan tenaga buruh.
6. Seorang guru politeknik cuba menggabungkan ketinggian, berat badan serta jantina utk membina dan menguji kerusi dan meja yang menepati ciri–ciri anthropometric.

7. Seorang pensyarah Uitm ingin menjalankan kajian multiple cases utk menguji keberkesanan modul destini anak bangsa kepada stake holders.

TIGA SOALAN WAJIB PATUT DITANYA KEPADA CALON MASTER / PHD TERSEBUT:

Pertama: 
Adakah research tersebut berguna / diperlukan / ada sumbangan kepada pengetahuan - novelty ?

Kedua:
Adakah research tersebut – researchable pada tahap MSc / PhD ?

Ketiga
Adakah research tersebut memenuhi kriteria sebuah academic research utk menjadi prasayarat mendapat master /PhD – original, significance dan publishable?

SATU SOALAN KURANG CERDIK UTK DITANYA KEPADA CALON MASTER / PHD TERSEBUT:

What is the gap of your research?

OTOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2015 00:08

Tajuk 722: Research Gap - soalan popular viva

Senario 1:
P. Ini soalan terakhir... apakah kelompongan kajian yg anda isi?
S. Apa tuan maksudkn dgn kelompongan?
P. Research gap... camner u tak tahu sdg ini soalan popular.
S. Apa tuan maksudkn dgn research gap tu?
P. Research gap perlu diisi oleh kajian anda. Itu maksudnya.
S. Abis yg sy jelaskn menjela2 secara detail sumbangan kajian sy tadi bukan kah sudah mengisi gap.
P. Ye ker... alamak tak perasan ler pulak

Senario 2:
P. Soalan pertama.... apakah research gap kajian anda?
S. Kajian sy revised qnaire XXX dgn Rasch Model... bg meningkatkn validity dan realibility qnaire tersebut then test model fit.... model sedia ada. Kajian sy MENINGKATKN pemahaman terhadap pembinaan qnaire... uji model fit.... adakah itu mjwb soalan tuan? Knp tak tanya sj contribution kajian ini?
P. Emmm oklah kira research gap jugak ler tu.... sy kena tanya sbb ini soalan popular.... tq atas jawapan tersebut

OTOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2015 00:06

Othman Talib's Blog

Othman Talib
Othman Talib isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Othman Talib's blog with rss.