Tajuk 726: Kajian byk orang buat VS Kajian sikit orang buat?

EPISOD 1:
Tanyalah 100 PGs soalan di atas….maybe semuanya akan memilih kajian yang sikit orang buat!
Kenapa? Maybe inilah antara jawapan tersohor….

Pertama: konfiden lebih terserlah “originality”nya....

Kedua: Bolehlah action skit kononnya mudah2 dpt “novelty”… mesti bersepah2 gap... sambil terlepas dari sergahan "apsal buat kajian ni.... dah byk org lain buat !!"

Ketiga: yesss...akan menjadi salah satu ayat klise dlm pernyataan masalah = kajian ini belum banyak dilakukan di Msia !

Keempat:Terasa macam inilah kajian sebenar kajian yang orang lain “tak berada jumpa” nak buat.....

Kelima: Perghhh….. agaknyer kuranglah ler lah unsur2 duplicate dan repetition…maklumlah skit yang buat

Keenam: Maka secara otomatik terasa semakin ketaralah signifikan dan contributionnya…. maklumlah tak ramai yang buat

EPISOD 2:
Kalau dah semua pilih kajian yang skit orang buat….. biarlah aku sorang pilih kajian yang dah banyak orang buat ! Jgn takut.... kajian menyumbang kepada knowledge incrementally.... tetap ada ruang yang luas utk kajian2 seterusnya !!

Pertama: Originality bergantung kepada “doing research independently” ….

Kedua: Lagi banyak kajian dibuat… lagi mencabar minda utk mencari “what else need to be done” sbg unsur novelty… memaksa pemikiran yang mendalam….

Ketiga:Pencarian problem statement lebih terbuka dan focus dari argument pelbagai sudut dari kajian lepas …. Melatih pelajar mengambil stand dalam argument yang pelbagai

Keempat:Mencabar minda mengupas pelbagai literature, theories, mensintesis dan mengkritis, pro n con, sebagai satu latihan kepada novice researcher…..

Kelima: Mempelajari pelbagai method yang telah digunakan, sambil memilih yang terbaik dari kombinasi pelbagai kajian lepas

Keenam: Contribution dalam bentuk kupasan yang mendalam dan menyeluruh, boleh revised instrument sedia ada, menguji model fit, menguji theory kepada application dll

OT - Adelaide tetap dihati....Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2015 00:13
No comments have been added yet.


Othman Talib's Blog

Othman Talib
Othman Talib isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Othman Talib's blog with rss.